Dua hari kebelakangan adalah hari yang tenang. Aku dapat habiskan masa seorang diri - dalam bilik - habiskan novel yang sedang dibaca.
Baca novel tu bunyi macam pondan bukan?. Tapi aku suka baca novel, apa boleh buat. Yang terbaru aku sedang baca sebuah novel sci-fi post human, Heavy Weather oleh Bruce Sterling. Serius aku tak rasa best pun, cuma yang menarik adalah tentang fakta yang dia guna, setting tahun 2031 dan kemampuan Sterling dalam memanipulasi genre cyberpunk. Apa pun, dia menarik aku untuk terus membaca walaupun tak best mana.
Siang hari sibuk dengan kerja. Kadang kala aku run 4 hingga 5 project sekali gus. Penat memang penat, tapi aku suka dengan stress dan adrenalin yang turun naik. Rasa seronok dan mengujakan, especially bila client puas hati.
Sometimes, dalam post production, magik itu berlaku secara tidak sengaja. Macam magik yang benar-benar magik. Sebab software itu besar, bila di mix dengan pelbagai effect, output puas hati. Rasa macam orgasm berkali-kali bila experimen menjadi. Good digital artist tak ada satu peraturan, jika 2+2 tidak semestinya 4. Kena banyak explore macam-macam sampai setiap wiggle, teknik scripting atau expression buat kau rasa teknologi ini adalah memudahkan hasil seni.
Aku bukan bagus dalam design, tapi aku tahu aku lebih bagus dalam after effect. Apa-apa pun, aku rasa ketagih untuk datang kerja setiap hari, sebab setiap hari ada sahaja ilmu baru akan masuk ke dalam otak. Lebih dari pergi universiti. Dan aku perlukannya setiap hari, macam dadah yang masuk ke dalam pembuluh darah.
Punk tak perlukan sekolah, just perlukan pengetahuan untuk terus hidup.
Itu cara aku hargai hidup ini. Macam setengah dari kawan aku yang sebaya, ramai antara mereka meraikan kehidupan dengan menlangsungkan perkahwinan. Bagi aku, kahwin adalah tanggungjawab yang besar, memusnahkan segala kemudaan yang ada. Tapi satu hari aku akan berkahwin juga, cuma bukanlah dalam masa terdekat. Terlalu banyak lagi perkara yang perlu dibuat masa berseorangan.
Tak pasal pula kanak-kanak akan membataskan segala pergerakkan aku. Aku masih lagi mahu enjoy good film, good music, good art dan evil behaviour.
Kata bos department aku;
"Marriage is our last, best chance to grow up"
Tapi aku rasa Nietzshe lagi tepat;
"It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages"
Hello friend.
:)
8 hours ago

12 caci maki:
elly.ayat last lu best.
perempuan apa tau..jom lah main kad lagi kalau berani..hehe
pergh. jeles gua.
itu untungnya artis multimedia. sentiasa ada ruang explore dan belajar lagi dan lagi. sebab belajar sambil bekerja. artis lain kadang-kadang terpaksa kerja buat menda yang sama atau hampir sama. nak tak nak master 2 atau 3 software sahaja sebab dah itu sahaja pilihan (kekangan kerja dan masa)
memang boleh belajar semua benda bro..tp aku kena pilih jugak yg mana aku master.apa pun, cari kerja yg enjoy kan best :D
baca novel pondan ke?
saya suka lelaki yg suka membaca dan penulis. mcm saya :D
hello there ;)
hidd
macam pondan tu kira sinikal utk orang tak suka membaca :D
ayat last memang power ;p
ni yg buat aku fikir dua kali ni untuk kawin..
hahaha
cool ayat tuh~...
into the wild
brain+beard=si kacak
hee~
Post a Comment