Apa sangat yang kau tahu pasal aku sebenarnya kau tidak tahu. Apa yang kau rasa itu sebenarnya tak pernah sama dengan apa yang kau rasa. Bila aku tulis diblog ini tak sama dengan apa yang realiti.
Contohnya, di luar sana aku tidaklah miserable sangat. Biasa sahaja seperti jantan normal lain. Bila aku tulis, ia menjadi miserable. Aku suka menulis tapi malas nak menlawak untuk kamu gelak.
Cuma bila aku tak buat apa-apa, perasaan kehilangan itu datang dengan sendiri. Sebab aku manusia biasa, makan bila lapar, tidur bila mengantuk, bila mahu stone aku akan stone. Jadi jangan anggap aku akan sentiasa romantik, sebab aku akan romantik bila aku mahu romantik. Aku manusia bukan?. Macam kamu juga. Bukan robot.
Aku ada hati dan jiwa. Begitu juga kadang-kadang aku mahu pergi melihat lukisan, mahu menonton wayang, aku mahu mendengar muzik atau hanya mahu bersendirian. Bukan "bipolar", sebab perasaan ini bukan terlalu drastik. Kalau ia datang terlalu cepat boleh-lah katakan aku menghidap "bipolar".
Bukan juga lalang, sebab aku tahu apa yang aku buat. Bila aku buat keputusan, aku akan buat apa yang aku cakapkan. Aku pegang actions speak louder than word. Ini bekas kekasih aku juga yang ajarkan.
Sama juga untuk kau, bila aku sudah mula letak kepercayaan dan mahu beri komitmen, kau pula main-main tarik tali. Maaf, aku boleh jadi sangat sombong, kerek gila, tak nak angkat telefon, malas nak reply sms, tak layan lagi karenah songgeh kau. Apa aku mahu peduli lagi.
Gila bodoh nak buang masa, kau pun bukan budak-budak sekolah lagi. Kalau budak sekolah tu aku tak kisah lah, banyak masa untuk main-main. Aku ada career, bukannya pagi-pagi buta mahu melayan panggilan telefon kau. Reti tak orang tidur?. Kalau siapa baca blog ni tahun 2008, akan terbaca satu entri aku mengamuk gila bila orang call aku tengah tidur. At least dengan kau aku tak maki-maki. Kira beruntung lah juga aku just reject call jer.
Ah, sebenarnya masa aku tulis ni, aku sangat marah dengan semua benda. Blog ni macam tempat aku marah sekarang ni. Dan kamu semua sedang membaca apa yang aku bebelkan.
Dont Cheat Your Girlfriend (sila click untuk tengok video) dan wahai perempuan, jangan buat aku pening lagi. LETIH LAH!
Lepas ni aku malas tulis pasal benda beremosi. Baiklah jangan marah. Jangan marah. Pagi ni mahu pergi jogging. Tak bagus jogging dengan marah-marah.
Apa jeling-jeling?. Nak kena tendang?.
2 hours ago

11 caci maki:
selamat bersenaman pagi...
huhuhuhu
perempuan begitu lah..kekadang terlalu buta
mak ai.melayang i dibuatnya kena tendang.haha
garang..
-.-
Panas baran laa u ni.
lu pehal?..nak kena lempang?
rilek la brader...
chill..
ingat kau sorang boleh tendang??
hhuhu tetiba jadi emo lak bc entri ni
aik
dia plak garang
garang macho what?haha
tp kalau aku pun malaih angkat phone masa pagi pagi buta.
kena lawan garang ke apa ni?
KESIAN.....
Post a Comment