Feb 21, 2010

Student Power

Hentikan tentang emosi yang gundah.

Terbaru untuk bulan depan, selain daripada short film I'm Here oleh Spike Jonze, Placebo live di Kuala Lumpur. Satu lagi berita gembira untuk kamu semua, inspiring Malaysia documentary director, Fahmi Reza telah menyiapkan dokumentari terbarunya, Student Power Kebangkitan Mahasiswa '60an' (check out trailernya). Anda juga boleh check out di tumblrnya.

Aku kenal Fahmi 3 tahun lalu, zaman aku masih belajar. Dari sudut politikal, aku dengan Fahmi memang tak akan sebulu. Tapi kami masih boleh duduk satu meja, sebab itu hanya pegangan politik masing-masing. Bukannya kebenaran yang akan membunuh kami. Hanya satu tentatif. Dia orang yang memperkenalkan aku dengan adapter film lens. Sungguh teruja pada masa tu.

Sebagai tergolong dalam generasi baru pembikin motion picture, aku suka dengan kerja-kerja Fahmi. Sangat jelas tentang misi dan visinya. Dia tahu apa dia nak.

Kamu semua tengok sahaja 10 Tahun Sebelum Merdeka. Hasil kerja yang cukup kemas dan bergaya. Dokumentari sejarah dengan lagu punk rock membuatkan ramai remaja mula minat dengan sejarah. Mungkin sudah ada yang mahu menjadi sejarawan selepas menonton dokumentari sulung Fahmi.

Apa pun, Fahmi sentiasa suka mengerakkan masyarakat dengan hasil kerjanya. Dan aku tak sabar mahu tengok kerja terbarunya ini. Macam buat aku mahu kembali ke universiti dan memberontak. Sayangnya, aku sudah menjadi hamba kepada kapitalis. Dan aku suka dengan wang.

4 caci maki:

Anonymous said...

wang buat u bahagia





ke?

jo said...

keliling kita sekarang semua kapitalis. ada pilihan lain ke?

iamstradust said...

pilihan bukan di sekeliling jo, tapi di tangan kita..

:D

Anonymous said...

i no longer have feelings

i had them once,but then i got scared of being poor