Mar 23, 2010

Dalam Hujan Ada Cinta

Tahun 1996.

Petang seperti kanak-kanak lain, aku juga akan ke sekolah agama. Tapi yang tak macam kanak-kanak lain, aku pergi bermain bola. Aku tak masuk pun sekolah agama.

Dengan baju melayu, aku dan beberapa lagi budak keras kepala macam aku bersama-sama menendang bola ke sana kemari. Ada juga sesetengah mereka masih bersongkok di atas kepala semasa di atas padang. Kulat-kulat pun dah muncul di tepi songkok.

"Ely!, mari lah nok kelik" suara Rabiatul Adawiyah memanggil, tapi masih lagi kedengaran lembut.

Aku panggil Rabiatul Adawiyah dengan nama manjanya, Rabi. Kami berkawan baik sebab, rumah aku dan dia berjiran dan juga satu kelas yang sama. Oh ya, abang Rabi meninggal dunia setahun yang lepas, maksud aku setahun dari kisah ini, tahun 1995. Yang sadisnya, dia lemas di belakang rumah aku, kerana musim banjir padang bola di belakang rumah aku akan dipenuhi air. Sampai masuk dalam Berita Utama di Tv3. Ada lah orang TV datang ke kampung aku masa tu, semua orang-orang kampung keluar dan tunjuk-tunjuk peace ke arah kamera.

Aku lekas-lekas berlari ke arah Rabi sambil mengendeng basikal disebelah aku. Aku tahu Rabi memang tak suka menunggu.

"Singoh keda metar, beli air deh" kata aku pada Rabi, dia hanya mengangguk.

Mama bagi duit saku 20sen untuk kelas agama, jadi masa di kedai, aku beli air oren, 10sen dan 10sen lagi adalah asam untuk Rabi. Dia suka asam macam orang gila.

Aku bagi asam kepada Rabi, dia tak pernah cakap terima kasih pun walaupun setiap hari aku akan belikan dia asam. Dia hanya senyum sambil tergopoh-gopoh makan asam tadi. Bibirnya segera jadi merah-merah.

Kami pun mengayuh basikal pulang ke rumah. Seperti biasa, aku akan dibelakang, supaya kalau kena langgar pun aku yang mati dulu. Untuk Rabi aku sanggup buat apa sahaja. Dia pun tahu aku selalu teman dia bila-bila masa.

Tak sampai lagi separuh perjalanan ke rumah, langit dari warna biru bertukar warna dengan cepat kepada hitam, keadaan yang cerah dah bertukar kepada gelap. Petir-petir sudah membiaskan cahaya di langit. Guruh-guruh sudah mula berdentum dengan kuat.

Hujan mula gerimis dan turun seperti Tuhan mahu menyimbah dunia kotor ini. Sangat lebat pada masa tu.

Kami berhenti sekejap di sebuah wakaf. Yang ada hanya aku dan Rabi sahaja. Mata Rabi meliar-liar ketakutan kerana guruh sangat kuat, petir menyambung-yambung, lagi yang merisaukan sudah hampir jam 7 petang, siang mahu melabuhkan tirai untuk menghamparkan bulan. Tapi hujan, langit gelap tiada bulan untuk malam itu.

Seperti kanak-kanak lain, aku juga suka untuk bermain dengan hujan. Dan ini adalah alasan yang sempurna kepada mama kenapa aku basah kuyup.

"Mari kelik, sedak jugok naik basikal huje gini" kata aku pujuk Rabi.

Rabi setuju, mukanya juga nampak girang gembira. Pada umur begini siapa tak suka untuk dibasahkan dengan hujan bukan?.

Kami berdua pun segera memecut basikal. Berlumba lumba. Tapi sebagai budak yang gentleman aku tak mahu menumpaskan Rabi, aku pura-pura yang Rabi lagi kuat dari aku, sambil aku buat-buat muka keletihan mengejarnya dari belakang.

Sekali-sekala Rabi ada menjeling ke belakang, memastikan posisi aku tidak dapat memintas basikal. Sebenarnya aku sangat suka memerhatikan jelingan Rabi, cara memerhatikan aku dari belakang nampak kinky. Masa tu aku jatuh hati pada gadis kurus ini.

Tapi sayangnya, aku terlalu muda untuk katakan yang aku suka pada Rabi. Lepas UPSR, Rabi masuk sekolah asrama penuh, aku pula masuk sekolah lelaki. Sampailah ke hari ini aku tak pernah berjumpa dengan Rabi lagi. Keluarga Rabi juga sudah berpindah, aku tak tahu kemana rumah barunya.

Tak tahu macam mana Rabi sekarang ni, sebab masa sekolah rendah dulu, dia kurus dan tinggi. Slim orangnya. Ada lesung pipit di pipi, suka tersenyum tapi jarang bercakap.

Mungkin juga sekarang dia sudah berkeluarga, punya anak dan suami. Kalau berjumpa pun, mesti dia sudah tidak cam lagi siapa aku. Aku juga tidak tahu macam mana rupa Rabi lagi.

13 caci maki:

dewajiwa said...

pergh. touching gila.

"Seperti biasa, aku akan dibelakang, supaya kalau kena langgar pun aku yang mati dulu."

memang, memang hati sudah kat dia.

Betik said...

oh... sooo sweeeetttt...

S.I.D said...

cari rabi...kalau jumpe mesti seronok....


skejap...

anna ladycherrie said...

awww..sweet child of love

iamstradust said...

dewa
aku masa kecik dah hopeless romantic..hehe

betik
asal komen buat aku malu

SID
gila kau nak cari dia

anna
:D

lisz. said...

cerita ini bikin aku senyum!
ngeh..terime kaseh..

*sambung buat drawing sengsara sambil seyum*

iamstradust said...

selamat melukis

:D

HaSReY said...

aku juga suka cerita ini...

yakuza kajang said...

masa kecik hopeless romantic je ke?

emmm menurut sumber sumber yg dipercayai, saudara ni gay bukan?

monyet, kau dah la ajar aku menipu kawan aku... pastu buat aku bosan malam2. kau jahat!

iamstradust said...

hug!

Ftn Fth said...

sekolah lelaki? mungkinkah itu mj?

iamstradust said...

sekolah men putera

kisstenDUST~ said...

omg! comel gile oke cite ni.

dan xsangke, anda ore kelate deh? hohoo...

(^^)"