Lama-kelamaan, kalau wartwan itu bodoh, kamu semua juga bodoh. Kerana kita hanya menelan sahaja makanan wartawan-wartawan itu semua. Sejauh mana tinggi ilmu mereka pun kita tidak tahu bukan?.
Sebagai contoh yang terbaru, aku ambil petikan daripada Harian Metro (seperti mana kamu tahu, akhbar lucah dalam bahasa melayu)
"Bila mahu jadi penyanyi, pastikan ia bukan kerana minat atau rasa diri berbakat semata-mata, tapi kena pasti benar-benar bersedia dengan perbaiki kelemahan yang ada.
Satu lagi persembahan yang mengundang mimik muka terkejut penonton di studio dan rumah adalah daripada band Couple yang menduduki carta teratas XFresh FM. Rosak lagu dik!"
Bukan aku mahu mempertahankan Couple kerana aku kenal Aidil atau aku pernah jatuh cinta pada Ariana. Tapi aku rasa tindakan wartawan tersebut adalah rendah ilmunya. Sebelum mengkritik kita patut tahu dulu sejarah subjek yang kita kritikan itu. Dan kritikan itu perlu dilihat dari sudut positif dan negatif. Bukan membabi buta sesedap rasa telinga kau sahaja. Art itu bukan sahaja sesedap rasa, tapi art lebih kepada daya pemikiran kau.
Macam wartawan tersebut sepatutnya tahu tentang sejarah power pop. Setidaknya dengarkan dahulu beberapa rujukan power pop seperti The Beach Boys, The Monkees, The Hollies dan sebagainya. Aku yakin, wartawan ini tidak pernah mendengar muzik sebegini.
Jadi amatlah menyedihkan bila dia katakan Couple adalah sebuah band picisan yang hanya merosakkan industri muzik. Mungkin Eddie Hamid adalah raja baginya. Setakat itu sahaja wartawan hiburan Malaysia boleh berfikir. Kerana tiada yang tampil memberika pendapat yang berbeza. Mereka yang membentuk kultur, kerana media dikawal oleh mereka ini.
Dan kita, sebagai rakyat biasa, semakin hari semakin disogokkan dengan perkara-perkara murahan. Sampai bila industri kreatif kita akan maju.
Kepada wartawan ini semua, Yuna dah perform di SXSW, Couple sudah perform di UK, Pesawat di LA Light Indie Fest, Tenderfist dapat bermain bersama dengan King of Convenience. Aku rasa, kalau wartawan bapuk ini kalau dengar muzik Space Gambut memang mereka akan jakun. Mungkin mendakwa Kamal Sabran itu adalah mahkluk asing. Ambil sedikit cogan kata popular Kamal Sabran, "artist is scientist".
Dan kamu semua akan terus percaya pada wartawan-wartawan yang tidak punya cita rasa ini?. Sedih sekali sebagai orang Malaysia. Oh ya, mungkin wartawan kita akan pengsan kalau tengok band Kuburan beraksi di atas pentas.
Sekali lagi, art performance itu sebenarnya bukan sesedap kita rasa, sedap atau tidak itu cerita nombor dua. Tapi yang pertama sekali, kebijakkan yang cuba seseorang pengkarya itu masukkan dalam karya. Tidak semestinya sesuatu yang simple itu tidak bagus, bukan mudah untuk untuk menjadi simple. Kerana membuat sesuatu yang simple memerlukan anda berfikiran kompleks.
Oh ya, kalau kamu dengarkan album terbaru couple, "Pop Tak Masuk Radio", adalah satu gabungan pemuzik power pop genius seperti The Knack, The Easybeats, Yo La Tengo(indie lo-fi), dan Neutral Milk Hotel yang akhirnya membentuk band Melayu bernama Couple.
Ini lagu yang dihasilkan oleh Couple untuk semua rakyat Malaysia dan juga khasnya aku tujukan kepada wartawan-wartwan hiburan sekalian. Watch out!!!!
"we went to see tenderfist and zee avi, and realised there is a scene here, unlike singapore" - King of Convenience

15 caci maki:
wartawan kangkung.
kah kah
Love me Butch dah main kat filipina di depan 70 ribu penonton dan Pop Shuvit dah famous kat Jepun :)
kalau listkan semua local talent yg dah perform kat luar memang entri ni penuh dengan list jer..oh ya, siti nurhaliza pun pernah perform kat albert hall..hahaha..power kan?
rse2 nye reader da pndai menilai
Standard la tu, tabloid mana tak bodoh.
aku rasa waratawan ni minat aril af lah,hahaha
ariana rock and roll and rolling.
Nice one bro! Articulated opinion.
i pon baca dlm surt kabar harini. i don andersten et ol. biasa lah.
berita nak bagi laku.
cerita baik siapa nak baca...
i miss u baby
wartawan ni kaki rasuah ko tau, kalau kau tak suap mulut diorang konfom diorang kritik filem ko teruk2.. serius aku cakap ni tak tipu, inilah kebenaran industri filem zaman skang..
Heyyy...budak2 mane plak ni....
Macam kambing je bunyi nye...
mesti sekolah tak habis ni...hahaha
seperti biasa. i memang dah lama dan dari dulu lagi kecewa dengan keadaan Malaysia ni. tapi nak buat cemana. tak dapek pok cik nak nolong dik oi oi..
mama juwie pun tak komen mcmtu..
wartawan hiburan jer taw..yang lain tak ohh...
Tsk.tsk....
Dah nama pun wartawan Harian Metro, maka tak terkejut pun dengan tahap intelek & citarasa dia :)
Post a Comment