Mar 31, 2010

Yes, I Am Evil

Please, look inside your tiny mind and look a bit harder. I am so uninspired, so sick and tired of all the hatred your harbor. So you say it's not okay to be a teacher? Now i think your just evil. You're just some racist, who can't tie my laces, and your point of view is medieval. Go hush yourself, cos i hate what you do, and i hate your whole crew, so please don't stay in touch. And you know what, your words don't translate and it's getting quite late. Now do you get a little kick now cos being slow minded? You want to be like a pro huh? But dude, it's approval your after, well that's not how you find it. You think everybody needs to be like you? Well, you are wrong. Cos it's people like you that need to get slew, and no one wants your opinion. Don't be such a stupid breh!! And stop being a twat!!!

Aku dapat email ini selepas aku tulis satu surat kepada pensyarah tentang sistem pendidikan di universiti aku dulu. Siapa yang email macam ni aku tak kenal, cuma yang aku tahu tulisan aku yang dahulu hanya difowardkan kepada pensyarah sahaja.

Katanya aku racist dengan siapa yang nak jadi cikgu. Rasanya dia patut berhati-hati mengunakan perkataan tersebut. Aku anti dengan orang yang nak jadi cikgu semata-mata kerana tiada kerja lain. Dulu tak nak jadi cikgu, sekarang bila dah tak ada kerja sibuk pula nak jadi cikgu. Sebenarnya tulisan aku kepada pensyarah adalah untuk bertujuan supaya sistem pendidikan di universiti di ubah kembali. Itulah maksud aku. Kemudian ramai pensyarah yang terasa (mungkin?).

Macam aku selalu kata, masa di universiti aku adalah orang yang tidak digemari-dibenci sampai mati. Kerana aku akan bidas sahaja kebodohan. Kalau anda buat silap dan aku rasa itu tidak patut berlaku lagi, aku akan cakap terus terang. Supaya kita akan terus maju dan tidak ketinggalan zaman.

Aku marah kerana, daripada 86 orang pelajar, hanya aku dan dua tiga orang lagi yang berjaya meloloskan diri dalam industri. Aku buat apa yang aku belajar dulu.

Dalam tulisan aku kepada golongan akademi tersebut berbunyi begini,

"Bukankah sesebuah institusi itu adalah untuk melahirkan pekerja-pekerja profesional dalam bidang yang diilmukan?.Saya tahu, universiti membuka luas kepada ilmu, bukan menfokuskan kepada tenaga kerja sahaja. Ilmu itu bukan satu komoditi yang boleh diniagakan. Kemudian kita akan mati dengan segala idealis itu".

Kalau aku mahu copy paste balik tulisan aku disini memang boleh jadi kamu semua pun malas baca. Apa yang aku nak cakapnya disini, sistem pendidikan kita macam itu lah juga, bila kita masih bergantung pada teori sahaja. Bila suruh buat tak pandai sepatah haram. Sebab pandai cakap sahaja.

Bila orang tegur, mereka melenting pula. Itulah dia perangai orang Malaysia. Aku tegur sebab nak suruh ada perubahan. Tak ada pun untuk kepentingan aku sendiri. Aku dah ada kerja, tak perlu lagi pensyarah nak tolong, lagi pun selama ni aku memang tak pernah minta tolong dengan aku punya pensyarah pun. Aku hanya bagi pendapat apa yang aku fikir. Sebab mereka bukan dalam industri, apa yang mereka tahu sangat?. Mereka tak tahu pun apa benda 5d mark ii pun.

Tak perlu nak kipas bontot siapa-siapa pun. Janji kita buat dengan ikhlas dan jujur bukan.

Jadi perlu aku ingatkan kepada kamu semua, aku tak pernah against sistem pendidikan apatah lagi sistem penguruan. Aku hanya fikir apa yang patut diubah. Kalau nak jadi cikgu silakan. Aku tak pernah nak marah pun. Bukan duit aku pun, bukan kamu bagi aku makan nasi pun. Tapi aku akan marah bila kamu belajar benda lain, kemudian tak ada kerja, maka kamu pun jadi cikgu. Bukan satu jalan penyelesaian yang bagus kalau begitu.

Lagi pun bidang penguruan adalah satu kerja yang mulia. Jangan kotorkan ia dengan hanya mahu untuk diri kamu sendiri sahaja.

Kata mamat tersebut aku adalah "i think your just evil". Aku memang suka orang panggil aku syaitan atau dengan segala panggilan jahat lain. Lagi pun aku memang budak jahat yang akan menghantui orang-orang yang korup.

I can't tolerate with stupid people.

13 caci maki:

Anonymous said...

Beb, the first five lines tu mcm lirik lagu lily allen - Fuck u je...hehehe

iamstradust said...

no wonder lah..

hehehe

faheypairan said...

bekas cikgu, skrg keje exec, lepas ni nk pi interview askar..hehe..aku suke timba dan siram pelbagai pengalaman...baru bleh buat filem legend!! wahahahah

Vitamin said...

haha. gila berani kau. selamat kat fakulti aku ni semua pensyarah aku bagus2. tak macam kat universiti kau.lect aku semua supportive

iamstradust said...

tu lah pasal..dah lah awek uni kau hot2 belaka

sayataktipu said...

betul aku sokong part yg kaw ckp d uni lebey byk teori dari praktikal.
sbb tue kadg2 budak kemahiran yg ambek sijil lagi power dari budak yg da ade degree @ otw ke degree.

bukan nk kutuk tp aku pun rasa apa yg kaw ckp tue betul mmg kne ubah corak pembelajaran.

mmg betul ade sesetengah org ckp, degree ke hape ke kaw belajar mane2 pun boley dapt sebb da mcm xde value. DR pun bole beli niy kan degree.
yg membezakan kau dengan yg lain adalah kemahiran yg kaw ada.- pengalaman.

Ayyman Rahim said...

Suka. Rasanya dah tak ramai yang betul-betul nak jadi tenaga pengajar sebab betul dia nak curahkan ilmu, lebihnya kepada tiada kerja dan bila tengok kelayakan untuk kerja ni, dia lulus pulak. Jadi, apa lagi kan?

Arjuna Qaseh said...

haih.
nyesal pulak dulu aku tak cakap kat aku punya pengarah kampus mcm tuh.
haih.

tapi aku kira ok la..
pe aku belajar dulu.
aku dalam industri tu..
baru nak menapak.

agaknya lah koyt

mahirah said...

I love u!
I mean ur brain and ur guts. Hebat gila. Akhirnya ada juga orang yang berpegang pada prinsip 'action speaks louder than words'. Sebab orang lain kebanyakkannya cakap dan complaint je lebih. Bila suruh ambil tindakan semua takut. Sekurang-kurangnya u berani tulis surat tu.

Hee.

reverie said...

post ah whole content of the letter. aku nak baca. aku tak lama lagi jadi cikgu juga. kira sama tak kau bagi aku baca? mana tau aku boleh ubah nanti.

AIMI D said...

yes hidup razaisyam !
pejuang kebebasan akal ... =)

u're just cute lil' evil !

* sekarang masih ada x sistem kumpul grade A banyak2 waktu xm ?

iamstradust said...

berlambak lagi mcm tu

dhiana~berg said...

hey u evil devil..dats wat happens when kite ckp len,diorg plk x phm pastu nak emo lebey..haha!!

fyi,i never dreamt to be in any uni..coz frm skola lg i've alredy sick wit our whole edu system..!!

practical is as important as theory...is it so hard for them to understand??coz theory is not knowledge..experience is knowledge!!

~peace~