Apr 29, 2010

Bullets & Flower

Katanya Hobbes, manusia seperti kita dilahirkan sebagai mahkluk yang jahat dan hanya melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Kerana itulah sejarah manusia dibentuk dengan kekerasan dan peperangan. Namun bagi Rousseau, kita dilahirkan sebagai manusia yang cintakan keamanan namun keadaan sekeliling akan membentuk bagaimana kita.

Aku tidak mahu untuk mengakui yang mana lebih tepat, kerana aku tidak bersetuju dengan pendapat falsafah era tok nenek ini lagi. Bagi aku manusia punya pelbagai topeng, kita tidak boleh menduga perangai manusia, seperti mana kita cuba menduga perangai harimau. Sedangkan manusia boleh menjadi lebih ganas dari harimau dan dalam pada masa yang sama boleh menjadi sejinak seperti kucing.

Apa yang berlaku pada tempoh hari, bila Aminul Rasyid yang baru sahaja berumur 15 tahun ditembak di kepala oleh Polis Diraja Malaysia kerana disyaki suspek ahli kumpulan samun. Membuktikan manusia boleh bertindak diluar kawal, atas sebab tertentu yang kita sendiri pun tidak tahu alasannya. Macam ada satu tangan ghaib yang mengacukan senapang dan memetik picu terus membenamkan peluru ke kepala remaja itu.

Macam mahu katakan pada semua, sudah ajal Aminul Rasyid ditembak polis.

Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, menurut media Aminul Rasyid budak nakal, kata ahli keluarga dan rakan-rakan arwah pula, dia seorang remaja yang tidak pernah mengundang masalah.

Tidak kenal pula, siapa Aminul Rasyid ini, jadi aku tidak mahu membuat apa-apa tanggapan. Bagaimana kalau dia benar-benar penyamun?. Bagaimana kalau sebenarnya dia adalah pemimpin masa depan[tidak korupsi]?. Aku tak tahu yang mana satu benar, yang mana satu salah.

Cuma aku terlalu musykil dan sedih. Dia baru sahaja berumur 15 tahun, alangkah sedihnya kalau dia sudah menjadi penyamun dan alangkah sedihnya juga kalau dia mati katak dek kerana kerakusan harimau.

Aku tak fuck polis, kerana ada sahaja polis yang baik pernah aku jumpa. Ada juga yang perangai macam setan. Jadi tak adil nak hukum semua polis jahat. Kalau rumah aku kena pecah, polis juga yang aku mengadu. Good or evil itu semuanya itu terpulang pada diri sendiri. Mentaliti dan nafsu kamu yang menentukan segalanya.

Tapi aku pernah ada satu pengalaman seperti arwah, semasa itu aku juga berumur 15 tahun. Aku pandu kereta mama selepas balik dari tuisyen, ada road block kat depan. Masa tu aku gabra tak ingat dunia, mula-mula aku ingat nak membuat pusingan U, tapi ada kereta yang banyak disebelah kanan. Tiba-tiba aku tertekan pedal minyak, nasib baiknya aku sempat menekan semula brek kereta.

Muka aku cuak gila, sebab kali pertama aku memandu kereta untuk menghadapi road block. Kalau aku terus tertekan pedal minyak dan memecut melintasi road block itu, adakah perkara yang sama berlaku terhadap aku?. Adakah aku akan mati kerana situasi pada masa itu?. Beruntung masa itu aku hanya disaman sahaja dan tidak pula diketuk atau dimarah sekalipun. Abang-abang polis melayan aku dengan baik sekali. Mungkin muka aku masa 15 tahun agak innocent untuk menjadi budak nakal.

Apa-apa pun, belangsukawa buat Aminul Rasyid. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

2 caci maki:

Azizulhakim said...

al fatihah, bagi aku arwah ada di tempat yang salah, pada waktu yang salah.

penarek becha said...

huh... yang pasti aku setuju:

"manusia punya pelbagai topeng, kita tidak boleh menduga perangai manusia, seperti mana kita cuba menduga perangai harimau. Sedangkan manusia boleh menjadi lebih ganas dari harimau dan dalam pada masa yang sama boleh menjadi sejinak seperti kucing."

alFatihah..