Malam minggu aku bersama dengan seorang punk rocker tua tak tua tapi hopeless romantic, menghabiskan masa bersama di satu kawasan pinggiran Kuala Lumpur. Sudah lama tidak berjumpa dengan si punk rocker ini. Kalau sebulan maksudnya agak lama bagi aku dan dia tidak berborak tentang falsafah cinta-cinta karat berdebu.
Buat pertama kali juga aku pergi ke kedai Fynn Jamal yang terletak di Seri Kembangan. Kawasan yang aku kira satu escapism terhadap haruk pikuk kota. Manusia macam aku punya fobia dengan urbanisasi. Di sana sekali sekala adalah tempat yang sesuai untuk aku.
Dengan Fynn sendiri pula, sudah hampir dua tahun tak jumpa. Nampak sahaja aku ni orang yang suka bersosial, tapi orang yang disekeliling aku adalah orang yang sama. Atas keadaan itu, aku jarang jumpa orang. Kawan-kawan lama pun memang dah lama tak jumpa. Menyembunyikan diri sendiri.
Yang aku tahu pasal Fynn, dia sakit tahun lepas, then dia dah kahwin. Jadi aku membuat rumusan mudah, Fynn akan jadi macam makcik-makcik yang membosankan. Berbanding dulu, Fynn adalah rocker kangkang!.
Tapi semua jangkaan meleset, Fynn masih lagi mencarut, masih lagi melatah, masih lagi menhentak meja dengan cara gengsternya. Mulutnya juga masih berbau longkang, masih lagi melontarkan semua rasa tidak puas hatinya. Seorang perempuan berhati besi keras hati.
Dalam borak-borak tentang banyak perkara, aku dapat tahu Fynn akan keluarkan bukunya sendiri. Kamu tak tak yang Fynn antara salah seorang yang mula-mula yang membaca sajak di gig-gig sekitar KL?. Masa tu scene indie baru tengah nak naik. Art scene di KL ni masa tu semua tulus dol. Bukan buat suka hati macam apa yang berlaku pada hari ni.
Pada masa tu, art dan rock n roll sangat akrab. Dan aku rindu pada masa tu. Tak macam hari ni, baru baca dua tiga sajak kat public dah nak menyombong mengalah rock star. Piraahhhh mabuk!.
Jadi, aku mahu menunggu sahaja buku sajak patah hati oleh Fynn Jamal supaya ia boleh menjadi pengubat kesakitan hati yang haru biru.
1 hour ago

13 caci maki:
Cerita ni ada fakta salah la. Tak silap aku mamat punk rocker tu, muda lagi. Bergaya. Baik. Kiranya sesuai la kalau memana makwe nak rapat dengan dia. Hang pass la sepam dua memana kawan pompuan hang kat dia. Dia ok.
macam palatttttttttttttttttttttttttttttt
hoh!
aku masih ingat naga merah.
kak fynn mg rock.
aku dgr suara dia smpai skg.
aku tak pernah bcakap dengan kak fynn. tak pernah jumpa empat mata. tapi suara & tulisan dia sampai pada aku. bila aku bole tonton dia lagi yek. entah.
lepas kak fyn sebar sajak..pastu sume pon nak buat sajak.... a good start actually...
kak fynn hati pawer rock kangkang.
she have a persona.. love it!
I miss the days where every Layar Tanchap had people coming in droves just for Fynn's recital
tak sama kan macam skang..dulu lg happening kan
i'm impressed by her performance...one of a kind
Fynn ni idola dalam puisi ah. Macam dia tak kisah orang cakap apa pasal dia. Respect ah orang yang tak kisah pasal orang, kisah pasal diri sendiri sudeyh.
aku masih ingat lagi sajak dier yg bertajuk "tetek mak aku lagi best dari tetek mak ko" masa kat mtc dulu...haha giler~
Post a Comment