May 20, 2010

Falsafah Kasut Carik-Carik

Bila satu masa nanti, kita sedar yang kasut kita itu sudah buruk. Sebab kita sudah pakai bertahun lamanya. Kasut itulah kita pakai untuk pergi kerja, kasut itulah juga kita pakai untuk bersosial. Sebahagian dari hidup kita adalah tentang kasut itu, dia adalah teman yang setia. Tak pernah pun untuk mengeluh kesah saat-saat digesel ke jalan raya, ke super market, atau kita campak dia dengan geng kasut yang lain.

Dia tak marah pun kalau diletak dengan geng kasut yang hapak. Sebab dia tahu, kita sayang dia. Seadanya. Sepenuhnya.

Nanti saatnya sudah tiba. Saat kita mula sedar, yang kasut itu sudah haus. Ada carik-carik dibingkai kasut.

Lalu muncul persoalan, adakah ia masih lagi sesuai untuk dibawa berjalan?. Kadang-kadang bila jumpa orang, mereka akan pandang kasut kita dengan penuh perasaan prejudis. Mereka tidak pernah tahu kita sayang kasut itu. Kalau boleh, nak katakan sahaja pada mereka "jangan pandang kasut aku begini!".

Cuma kita pasti mula menyedari, sesuatu perkara perlu fix dengan situasi. Mana boleh air kopi dicampur dengan sambal. Itu tidak fix bukan?. Melainkan kewarasan kita sudah mula hanyut dibawa ombak ke tengah lautan.

Akibat untuk cuba menyesuaikan situasi, logik, dan manusia sekeliling. Kita pergi ke sebuah kedai kasut. Dalam banyak-banyak kasut, ada yang kelihatan cantik tapi tidak praktikal, ada yang elegan tapi mahal, ada yang macam bohsia, ada yang biasa-biasa sahaja. Pilihan di tangan kita, tak lupa kasut juga punya pilihannya.

Bagaimanapun, masa kamu pilih kasut itu, pastinya yang kamu akan ambil nanti kasut yang boleh fix dengan kamu bukan?. Macam aku maksudkan tadi, kopi tidak boleh dicampur dengan sambal. Nanti tidak fix. Dan kamu membuang masa serta wang ringgit untuk membeli kasut baru. Balik-balik, pakai lagi kasut lama yang sudah carik-carik.

Payah mahu cari sesuatu yang fix. Kalau kasut pun payah, inikan pula teman hidup.

Ouchhhhh.

Payah!.

Architecture In Helsinki - Like it or Not

5 caci maki:

Anne M. said...

tanya sama Dia

HaSReY said...

oh..hampir serupa dengan karangan darjah tiga aku yg berjudul "aku sepasang kasut"
tapi kat sini cam happy ending utk kasut tuh...sebab owner dia still pakai jugak walau carik-carik

iqanabeera said...

Inikan pula teman hidup.


True that.

lisz. said...

haha..
buat aku teringat pada autobiography yang salu kene tulis time skolah2..

"aku sepasang kasut"
"hikayat kasut buruk"

etc.

p/s : doa pada tuhan..mintakan yang terbaik..insyaAllah..

eka zahid said...

love this entry!!!