May 26, 2010

Ruang Lutsinar

Kenapa dalam banyak ruang, kita pilih juga ruang kemarahan, hampa dan lemas?. Kemarahan macam aku selalu buat, adalah ilusi aku sendiri. Sebenarnya kalau difikirkan sedalamnya, tiada apa untuk dimarahkan.

Bila si bos marah, bila si produser mula naik angin, bila si client minta yang bukan-bukan. Banyak kali aku terperangkap dalam semua keadaan yang mendesak. Di pukul dari kiri dan kanan kadang-kadang buat aku sudah lali.

Apa-apa sahajalah dalam hati aku mula memekik-mekik.

Pekakkan telinga dan kebalkan hati. Kerana mereka macam aku juga, selalu tersesat dalam ruang marah.

Seorang sahabat kata, aku sedaya upaya untuk mencipta ecstasy, untuk tinggal dalam republik utopia. Sambungnya lagi, perangai malas aku datang balik. Hanya duduk di komputer, buat kerja dan pekakkan telinga. Melayan perangai orang sampai bila-bila tak habis. Jadi baik buat tak tahu lebih bagus.

Apa-apa sahaja lah.

1 caci maki:

Anonymous said...

nice :)

tak ramai bley buat2 pekak n admit drg layan sampah .