Sebenarnya aku sangat sibuk sekarang. Bulan paling tough sepanjang hidup aku. Bukan pasal cinta lah gila!. Cinta tak kasi aku makan. Ini semua soal kerjaya.
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Aku nak berhenti kerja. Aku suka tempat aku kerja sekarang. Sangat suka macam dalam satu keluarga. Gila kot nak berhenti kerja kat sini. Macam benda bodoh yang aku selalu buat. Macam satu line dalam scene The Pursuit of Happyness (2006) This part of my life... this part right here? This part is called "being stupid."
Tapi apa aku boleh buat, aku kena ada impian yang lain. Maksud aku, jalan sebenar yang patut aku tuju. Cumanya, aku tak seberapa berani. Perjudikan balik life yang semakin stabil dan kembali hidup huru hara. Tak ada apa yang boleh aku buat, kerana aku memang dari situ dan aku patut kembali ke sana.
Berhenti kerja dan kembali buat production.
Fuh!.
Huru hara balik lah.
Sebenarnya...
Ermmmm, malas lah nak cakap. Biar jer lah pasal benda ni. Tak penting untuk kamu, yang pentingnya aku sahaja aja yang tahu. Kalau gagal ertinya aku perlu mati. Kata perjudian hidup bukan?. Harapnya aku ada keberanian.
Dalam impian aku tu, ada beberapa yang aku nak.
Salah satu, aku nak ada working machine sendiri. Tengah set up perlahan-lahan, sebab payah nak dapat yang betol-betol fix dengan kerja aku.
Kedua, aku nak Fazleena, bukan nak kat dia!. Aku nak dia berlakon, dah lama aku nak kat dia. Sekali lagi bukan nak kat dia, ni soal kerjaya. Maksud seperti yang aku cakap kat kerjaya yang diterangkan pada bahagian atas. Kenapa dia?. Sebab satu hari semasa ada acara seni di Maps KL, aku jatuh hati pada tiga patah perkataan yang diulang selama 15 minit dalam berpuluh ekspresi. Payah aku nak cakap pada kamu, tapi aku tahu lah apa yang aku nak buat.
Ketiga, aku memang tak nak kerja. Tapi aku nak buat kerja. Begini mudahnya, aku bosan dengan benda yang mengikat, sampai ko rasa diguna macam sampah. Paham tak?. Tak paham sila abaikan aja lah.
Keempat, aku nak balik kampung. Chilling. Dengan cara-cara di atas mungkin aku boleh balik kampung dan buat kerja kat kampung. Bukan kerja kampung, kerja macam aku buat sekarang, tapi dengan guna komputer rasanya tak jadi masalah yang besar. Rasanya kalau kat kampung lagi banyak idea. Tak pening macam kat KL ni. Fuh, rasa macam budak Kuala Lipis pulak sebab selalu balik kampung jumpa mak.
Kelima, aku nak beli kereta dengan cash!.
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Ada lah, malas nak bagitau pun. Sebab aku nak sell out gila-gila lepas ni. At least, macam prinsip yang aku pegang, kalau nak jual benda biarlah bermaruah.
Jadi aku akan kerja keras untuk benda tu menjadi sempurna. Semoga begitulah kawan.
12 hours ago

9 caci maki:
there is no such thing as "sellout".
kau hanya mengangkat individuality kau to a next level, next phase. yang mati mungkin hanyalah idea/impian remaja. but in the end, kau tetap adalah kau.
-lolita
blk cepat, byk nk cite
hug
semoge sakses~
Haaa... pasal berenti-berenti kerja ni, aku memang sokong sepenuhnya! Ha ha ha.
nanti aku jadi anak ikan ko
terima kasih kerana acknowledge budak Kuala Lipis seorang pencinta ibu.
yang,
kalau nak i pun, i rela dan redha u. awwwww. tapi u nak ke dgn i yg tu-a ni?? :)
cant wait to work with u baby!!
gudluck.
sebenarnya...
sebenarnya...
sebenarnya...
ko nak kahwin kannn??!!!
haaaa kantoii
Post a Comment