Jun 21, 2010

Revolusi Dari Bilik Tidur #6

Saat ini ramai rakyat Malaysia sedang menonton bola. Semasa Portugal membenam Repulik Rakyat Korea Utara dengan jaringan yang besar. Saat ini, semua orang mengatakan Christiano Ronaldo adalah pemain ulung dunia yang tiada bandingnya.

Dan siapa lagi peduli pada sejarah?.

Sejarah di negara Malaysia ini sendiri.

Menurut Datuk Awang Adek di dalam Malaysia Kini, Penjara Pudu adalah sejarah yang tiada apa yang boleh dibangga. Benar juga kata Awang Adek ni, kerana Malaysia tidak ada sejarah yang mahu dibanggakan pun. Jika beliau mahu mengunakan terma "bangga".

Soalannya, ada sejarah yang bertitik tolak dari kehitaman dan ada juga sejarah yang penuh kegemilangan. Macam Stadium Merdeka, Dataran Merdeka dan beberapa lagi boleh dianggap sebagai sejarah penuh gemilang. Tapi aku percaya, satu hari ada pula yang akan katakan "tiada apa pada Stadium Merdeka, ia hanya sejarah".

Dan generasi-generasi aku tidak akan ambil peduli lagi pada sejarah. Kemudian mereka pula mencemuh, katakan generasi aku adalah generasi yang buta sejarah.

Sebab semua sejarah yang dicipta, kamu sendiri yang hancurkan. Mahu salahkan generasi yang masih lagi dalam air mani pada saat ini?. Macam kamu bakar semua buku dan suruh kami baca buku itu. Tak nampak apa gila!.

Bagi aku, Penjara Pudu adalah satu sejarah yang penting. Sejarah zaman penjajahan British lagi. Sudah lebih 100 tahun umur penjara tersebut. Tidak boleh diukur pada status wang ringgit, ia adalah satu nilai yang tidak boleh dibeli.

Oh ya, Penjara Pudu tidak relevan untuk kemodenan negara. Jika begitu, sejarah juga tidak relevan. Boleh runtuhkan semua bangunan-bangunan lama dan dirikan-lah pasar raya. Kerana itu untuk ekonomi negara.

Apakan daya, kalau modenisasi kita dicanang oleh para ekonomis yang sempit sejarah. Jika aku ahli politik, apa salahnya Penjara Pudu dibuka untuk orang ramai, dijadikan salah satu pusat penyebaran kultur. Tapi ahli politik kita mahu meramaikan lagi "anak-anak Bukit Bintang" - kultur pop Justin Bieber.

Nanti semasa melalui Jalan Hang Tuah, aku akan merindui sebuah penjara yang sudah lupus. Turunkan bendera untuk sejarah dan naikkan bendera orang-orang kaya yang akan terus kaya.

Segi tiga emas Bukit Bintang akan terus berkembang. Dan Kuala Lumpur akan jadi ibu kota yang paling dasyat sekali akan muka bumi ini dengan menghapus sejarah 100 tahun sebuah bangunan yang dibina pada tanah seluas 10 hektar. Semakin berkembanglah juga budaya Bukit Bintang di hati anak muda Malaysia.

Bagus sekali!.

*nota kaki
Seorang pembikin filem dokumentari, Fatul Ghazali ada menghasilkan sebuah sesuatu tentang Penjara Pudu. Rasanya nanti, dia akan jadi orang kaya selepas runtuhnya bangunan tersebut. Dengar kata sudah ada permintaan dari syarikat tv dari luar negara yang berminat, apatah lagi dengan keputusan merobohkan penjara ini sudah pastinya meningkatkan lagi "demand" terhadap dokumentarinya.

Forgotten Memories - Pudu from fatul ghazali on Vimeo.

7 caci maki:

budak kampung said...

org akan ingt bila benda 2 dah tkde..penjara pudu? Tk penah pegi pn tp tau citenya

Anonymous said...

Kerajaan kata bgunana yg telah busia 100 thun ini bknlah kbanggaan, kerana mgimbau kenangan bnduan/penjenayah. Sya ingin mncadangkan kita robohkan smua monument yg bkaitan dgn pnjajahan British/belanda /Jepun. Monument ini hnya mgimbau kenangan pd kekejamam british/belanda/jepun. Pnjajah telah mgaut kkayaan negara kita, merogol wanita2 kitahingga myebabkan Melaka khilngan Sultan. Hehehehe

SUTINAH ya ini SUTINAH said...

aku orang muda juga sama marah. kadang kadang memang bodoh orang orang tua yang kaya ni. sampaikan orang muda yang pertahankan sejarah. Tapi diorang yang hancurkan. haih terbalik. Dunia mmg sudah nak kiamat agaknya.

Lil^GriZzLe said...

"Penjara Pudu tidak relevan untuk kemodenan negara. Jika begitu, sejarah juga tidak relevan. Boleh runtuhkan semua bangunan-bangunan lama dan dirikan-lah pasar raya. Kerana itu untuk ekonomi negara."

plus hapuskan terus subjek sejarah dalam kurikulum sekolah, itu langkah paling terbaik bukan?

Anez said...

saya juga tak faham mengapa mereka mahu lupuskan -sebahagian dari sejarah- ini. Banyak sangatkah wang yang dijanjikan lalu menutup mata dan telinga lalu robohkan saja? Meninggalkan kenangan buruk tentang banduan? Xrelevan langsung.

Suffian salim said...

apa nak buat dorg tak tau yang dulu ramai orang kena sumbat dalam pudu jail ni sebab nak tuntut merdeka dari British..ini projek ratus² juta..jadi mesti bagi hancur pudu jail tu..ada apa pada sejarah..huhu..

ili nadiah dzulfakar said...

sejarah bagai memory, kata arthur marwick. masyarakat tak mengenali sejarahnya sendiri mcm lelaki yang terpinga pinga, hilang ingatan, hilang significance. kita masyarakat hilang ingatan. we only see what we want to see. anecdotal fallacy.