Aku macam orang lain juga, macam kamu semua. Sangat lembik dan penakut. Masalah utama aku adalah cuba untuk memuaskan hati orang lain. Kadang-kadang aku tak mampu, tapi ada ketikanya aku berusaha keras untuk memuaskan hati semua orang.
Pretty fucked up.
Tak nak kecewa orang. Tapi aku belajar perlahan-lahan untuk puaskan hati sendiri juga. Cuma aku tetap juga penakut, ada sahaja aku dilacurkan untuk memuaskan hati siapa-siapa.
Kenapa tak boleh aku pedulikan pasal orang lain?.
Aku jawab sendiri jika kita semua tak tahu apa maksudnya. Kerana kita hidup secara komuniti dan bersama, ada rantaian yang wujud mengerat kita ke arah satu sfera hieraki. Disekeliling kita ramai yang mahu dipuaskan. Status dan darjat benar jadi ukuran masa ini. Yang dibawah akan tetap perlu memuaskan yang diatas.
Kalau mahu izinkan sahaja aku tinggal dalam ruang yang sepi. Tiada siapa-siapa. Ditemani dengan khayalan yang membinasakan. Saat-saat rasa benci itu datang kembali, rasa gelap itu bagai kawan yang baik, sesat dalam ruang yang luas tapi tidak bermakna.
Katakan apa sahaja wahai orang sial, biar manusia kecil ini terus jatuh dengan perasaannya sendiri.
Tanya seorang kawan aku, "apa kau nak?"
Aku nak mengembara. Jumpa orang lain yang langsung tidak aku kenal. Mungkin ada hidup baru yang akan bermula.
"Kemana", tanyanya lagi.
Ruang untuk aku bebas dari segala perihal duniawi.
"Macam jalan ke syurga" balasnya sambil mengunyah keropok yang sudah keras dibeli pada petang semalam.
Kawan aku itu bukan orang lain pun. Tapi bayang-bayang sendiri yang menjadi cermin kepada aku.
Kamu boleh cuba juga bercakap dengan bayang-bayang.
*ketakutan menunggu sesuatu jadikan aku tidak waras
10 hours ago

4 caci maki:
agree!
kalau dapat lari ke ruang sepi bila-bila rasa tidak puas dengan dunia, jerit sekuat hati, kemudian keluar dan buat-buat macam tiada apapun terjadi, buat-buat macam hilang ingatan,
ulang lagi setiap kali benci dengan wayang hidup ni semua.
memang best agaknya...
Apa pandangan anda sebagai director tentang vklip ini? Menarik?
http://www.youtube.com/watch?v=NQdC7h609k8&feature=related
Effect macam ini kah yang dilakukan oleh VFX artist?
kagum.
setuju
Post a Comment