Aug 24, 2010

Commune

Semalam tiba-tiba macam aku nak makan sesuatu, rasa mengidam nak makan kambing. Biarpun aku bukanlah pengemar kambing tegar, tapi perasaan nak makan kambing tu macam teringin sangat - macam orang beranak.

Aku pergi ke pasar ramadhan. Satu kawasan ibu kota yang banyak juadah untuk berbuka. Kebetulan semalam aku hanya habiskan masa dengan tidur, jadi aku banyak tenaga nak pergi pasar ramadhan selain waktu sebelumnya aku hanya habiskan masa di studio tempat baru aku bekerja sekarang. Oh ya, aku dah ada kerja baru, tapi sebagai freelancer. Aku malas nak kerja tetap, cukup duit aku nak travel. Mudah dan senang untuk pergi mana-mana. Tak ada ikatan, seperti mana ikatan perkahwinan yang akan mengikat aku. Hurmmmmm... Maksud aku memuaskan nafsu rebelious nang muda. Rebelious? WTF!.

Sambung balik di pasar ramadhan.

Seorang kawan yang aku kira pernah baik, dia senior aku semasa di unversiti. Aku kira mamat ni agak sempoi, sembahyang cukup, pakai kopiah, tak mengumpat merata-rata, suka lukisan dan malu-malu untuk bercakap dengan perempuan.

Sebagai seorang senior yang prihatin, dia tanya aku mana kerja. Cepat-cepat aku jawab "aku malas nak kerja".

Dia kenal aku, tak mungkin ada sebab untuk aku tak bekerja. Dia senyum saja dengan jawapan aku, kerana aku tahu dia kenal aku.

Kerana waktu berbuka sudah hampir kami tak sempat berborak panjang. Lagi pun dia nampak aku malas sangat nak melayan. Dia kenal aku, masa bila aku mahu berborak panjang dengan orang.

Katanya sebelum pergi, "kalau hang gagal dalam hidup tak ada apa-apa pun, sebab esok lusa ada lagi gagal akan datang, selagi hang hidup selagi tu gagal tu datang tak henti-henti, tapi hang jangan gagal untuk mencuba".

Dia senyum sambil pandang tepat ke arah aku. Sebab dia kenal aku. Kalau aku dengan dia bukan rapat sangat pun, tapi dia adalah seorang lelaki yang mudah mengenali orang. Kerana hatinya tidak pernah bias dengan orang yang macam aku. Dia lihat orang sama rata.

Kau pandang orang sama rata tak?.

11 caci maki:

Pipiyapong said...

Tak. Gua gemar pukul rata.

alia said...

betul la ape yg dikata oleh maamat tu..aku sokong..kita akn gagal apb kita berhenti mencuba

tengku_fir21 said...

baguslah ayat itu...

Vitamin said...

"kalau hang gagal dalam hidup tak ada apa-apa pun, sebab esok lusa ada lagi gagal akan datang, selagi hang hidup selagi tu gagal tu datang tak henti-henti, tapi hang jangan gagal untuk mencuba"

gua suka ayat mamat ni.

Fiq said...

mesti dia jenis tak ego, sb dia pandang manusia semua sama taraf.

mmg kita semua sama di sisi Tuhan. yg beza cuma amal n thaqwa.

wd.bandages said...

Jawapan Pipi macam dia penat puasa.

Betik said...

apa jadi dgn kambing tu?

p is an g said...

ayat mamat tu mcm rocky balboa bgtahu kat anak dia.
;)

gee carmen said...

betul gak kata mamat tu... kene berdepan gak kalo gagal sekalipon. usaha tangga kejayaan. don't give up!!

the sastraboy said...

susah nak cari org mcm tu skang.

err.. gua tgk org tak rata. sbb manusia kan. ada tinggi, ada rendah. mana nak rata. haha!

nads quarantasei said...

mencuba apa? untuk tidak gagal? whts the point of trying if u know kau akan gagal jugak?pada gua , bukan the success or failure yg menjadi defines kehidupan no matter wht the system tells you. its the journey tht counts.now tht is the aletheia. afterall,we are all champions dude. we won the race against millions just to be born into this world.

*bila lu nak kawin? malangnya perempuan tu