Aug 13, 2010

Memori 2000

Lagu Til I Hear It From You bergema-gema dari sebuah speaker. Aku tutup telinga supaya tidak mendengar apa-apa, takut nanti memori kembali memanggil.

Flash.

Aku dah cakap, aku tak nak tengok lagi memori. Tapi memori adalah seperti bayang yang tidak dapat dilupuskan. Memori adalah diri kita sendiri.

Tahun 2000

Boleh aku kembali pada tahun 2000?. Kalau ada mesin mengembara masa mestilah aku mahu hidup pada tahun itu. Mungkin kamu membuat anggapan aku mahu kembali betulkan sejarah. Sebenarnya tak ada apa yang mahu aku betulkan lagi, kerana semua sudah lurus sahaja.

Satu sahaja, aku rindu zaman tiada apa-apa masalah. Zaman hanya aku bergelak ketawa tanpa fikirkan apa yang akan jadi esok. Pagi pergi sekolah, balik tido sekejap, petang aktiviti riadah, malam masa lepak.

Yang paling best adalah hari sabtu. Mengambil tajuk album M83, Saturday=Youth. Mana boleh ketinggalan hari sabtu, mesti pakai leather jaket, seluar ketat, dan dr.martens. Hari sabtu yang penuh dengan budak-budak skinhead - sekarang nak cari budak skinhead memang payah dah - tapi aku bukan skinhead, bukan hardcore punk, aku hanya peminat sex pistol yang tidak tahu hala tujuan hidup.

Masa orang cakap, skin head perlu against racism atau sekelompok lagi cakap, skin head perlu meningkatkan tahap patriotik anak melayu, Malay Power jeritnya lagi. Masa tu aku hanya cakap pergi mampos!.

Ya tahun 2000, adalah saat-saat yang paling mengembirakan. Hidup bagaikan untuk terus bahagia. Tiada apa-apa yang perlu aku fikirkan lagi. Hari-hari pergi jumpa kawan-kawan. Hari-hari melepak. Hari-hari yang kosong tanpa perkara yang memeningkan.

Kenapa tidak boleh kekal macam tu sahaja kawan?.

Kenapa perlu jadi tua?.

Kenapa muda dirampas?.


3 caci maki:

budak hijau said...

kalu ko still ko tk kn ceritakan hal zaman muda ko...n aku tk dpat blajar dr zaman muda org orang laen...
Fuhh it gud to be young

lorihc said...

sebab masa tetap bergerak..kite sendri yg berubah..ikut keadaan sekeliling kita..ikut masa yang rampas semuanya dulu..

:]

Pulasan said...

Aku juga selalu merasa apa yang kau rasa.Biar badan aku tua,isi aku muda.