Aug 31, 2010

Merdekah

Masa saya menulis entri ini, sebenarnya saya berada di bilik seorang penulis blog yang agak popular. Dia yang merasakan dirinya yang popular. Siapa tidak kenal dengan blog hilang punca atau penulis yang popular dengan karipapnya, Vovinski.

Banyak perkara yang dibualkan oleh kami, pasal filem, dunia art, perempuan, bekas kekasih, cinta dan air mata. Cuma ada benda yang menarik perhatian aku pada hari merdeka ni, kata Vovin dan juga Pipang, Indonesia mahu berperang dengan Malaysia. Kata mereka lagi, ini maklumat yang mereka dapat dari kawan mereka. Entah betol atau tidak, lagi pun Pipang popular dengan kaki putarnya.

Nak dijadikan cerita, Indonesia kata mereka telah hantar perisik mereka dalam banyak bentuk. Mungkin amah, pekerja buruh binaan atau juga profesional. Yang menjadi kelakarnya, bila ejen perisik mereka melihat penduduk Malaysia yang tidak ambil endah pun tentang Indonesia.

Di sini semua orang bahagia, pergi shopping sana sini, tiada perang saudara, aman dan damai. Siapa mahu kisah dengan Indonesia?.

Jadi negara itu pun tidak jadi lah berperang dengan Malaysia. Sebab negara ini memang aman dan tidak ambil pusing dengan Indonesia.

Ah cakap banyak pun tak guna, sebab macam mana teruknya orang yang menguruskan negara ini, kita sebenarnya cukup bahagia.

Selamat hari kemerdekaan Malaysia. Dan untuk Indonesia, peace!! dari kami orang "Malingsia". No point lah you all ni.

9 caci maki:

Fiq said...

aku bahagia sebab aku tak amek kesah, tak amek port pon.

wakakaka

Fiq said...

aku bahagia sebab aku tak amek kesah, tak amek port pon.

wakakaka

SiGedikDariScotland said...

kang Malaysia buat sweeping Indonesia baru semua nangis ampun pak ampun.

Betik said...

depa kecewa sebab tak dapat bergabung dgn malaysia. lantak lah siapa nak kata malaysia boneka British. kita terima malaysia seadanya. setuju?

tapi pasal pemimpin malaysia sekarang kerajaan rakyat perlu buat sesuatu.

Zamtercinta said...

hahaha...aku ada tgk berita TVOne Indonesia.. siap diorg buat compare lagi tahap ketenteraan diorang dgn kta.. memang kalah la Malaysia..

tapi org Malaysia buat rilek jer.. Syukur. Masih Peace!

Selamat HAri Merdeka En. Ely. :)

syafiqxsaifullah said...

oh serius aku suka ni.

"Ah cakap banyak pun tak guna, sebab macam mana teruknya orang yang menguruskan negara ini, kita sebenarnya cukup bahagia."

l0veyd0veyd00 said...

Sian, nak gaduh org xlayan...wkwkwkwk..

anyway, aku main online game, server indo... aku tanya kwn2 kat situ, suma ckp mslh perbatasan indo-msia mmg dipandang serius kat sana :P

tapi kalau bertepuk sebelah tgn, xberbunyi... kalau msia wat derk je, xkan jd pe2...

DiksiChick said...

i second syafiqxsaifullah!

AiMi D said...

ooo ... baru ak tau knp org msia x ambil peduli dgn berita ni sbb berita sosilawati lagi famous rupa2nya ...

* mcm kata arman maulana 'gigi' : "tidak mungkin kalau terjadi perang itu hanya antara jakarta dan kuala lumpur aja" ...