Aug 29, 2010

Sebuah Piala Untuk Mama

Sebelum tidur, aku juga macam orang lain buat, mengelamun. Selalunya perkara yang aku fikirkan adalah tentang perkara silam. Setidaknya mengingatkan aku juga tentang kebodohan zaman remaja.

Bila sudah berumur 25 tahun, rasanya tidak sesuai lagi untuk katakan aku masih remaja. Terma yang tepat adalah "young adult". Ada kerjaya dan duit sendiri untuk menampung segala perbelanjaan sosial. Jika ditanggung oleh mak bapak, patutnya anda klasifikasikan diri anda sebagai remaja.

Masa aku tingkatan lima, tinggal di rumah mama. Tidur di bilik yang disediakan mama, makan makanan yang diberi oleh mama. Dan yang tidak boleh lari, mendengar leteran mama. Seperti orang lain, leteran ibu adalah perkara yang paling pedih sekali. Mak aku boleh pot pet pot pet sampai berjam-jam. Sampai satu tahap aku rasa sangat benci kat mama.

Memang aku dah tak boleh blah dengan mama, kadang-kadang aku tak nak tengok pun mama. Bila makan aku bawa makanan depan tivi. Sebab aku bosan nak mampos bila mama membebel. Kalau boleh nak tutup sahaja mulut mama dengan kain. Annoying gila!. Lagi pun aku dari dulu sampai sekarang mudah annoyed dengan banyak benda. Remaja yang emosi dengan tanah, air dan udara.

Tapi mama pun sedar, aku dah memang nak blah dari rumah. Satu tahap mama pun cakap, kalau aku nak chow, belajar rajin-rajin pergi belajar kat mana-mana jauh dari rumah. Tak payah dengar dia membebel. Secara tak sengaja sebab dendam campur marah dan rasa rebel tanpa sebarang alasan yang kuat, aku pun belajar betul-betul. Tup tap tup tap, aku masuk universiti.

Kemudian "bye-bye mama".

Tak sampai seminggu kat universiti, aku tak boleh blah dengan makanan kat kantin asrama. Tak boleh nak telan. Masa tu lah aku teringat dengan makanan mama. Lepas minggu orientasi, aku balik ke rumah sebab rindu nak makan masakkan mama.

Sedar tak sedar, bila aku kena basuh baju sendiri, kena lipat kain baju sendiri. Baru aku sedar, tugas seorang ibu bukan mudah. Kalau boleh aku nak tukar leteran mama dengan basuh baju. Mana tak nya, masa sekolah, kasut aku pun mama basuhkan, baju sekolah mama gosokkan. Katanya tak mahu anaknya nampak selekeh, malu dia kat cikgu-cikgu nanti. Aku rindu bila mama kapurkan kasut sekolah aku supaya nampak putih, dan kawan-kawan aku ketawakan aku sebab kasut berkapur. Selalu aku sound mama, suruh jangan kapur. Tapi dia kapurkan juga. Mama memang tak dengar kata, macam aku juga. Hubungan aku dengan mama macam "frenemy".

Cuma bila aku dah 25 tahun. Bila dah dekat 7 tahun tak duduk dengan mama, baru aku sedar, tiada orang yang sebest mama. Orang yang tahu macam mana nak handle aku time aku tengah mengamuk, orang yang boleh tahu apa yang aku nak makan. Satu-satu orang yang boleh selesaikan apa sahaja masalah aku. Mama adalah hero dalam hidup aku.

Mama akan membuatkan aku tenang. Harapan aku masa ini, semoga boleh bersama dengan mama. Kalau aku mati pun mahu di pangkuannya, supaya aku boleh lihat matanya untuk kali terakhir, kerana dia orang yang paling penting dalam hidup aku. Buat aku kenal tentang dunia.

Sekarang, jika aku berikan beribu wang ringgit pun tak pernah cukup untuk penat lelah dia melayan perangai gila aku. Kata mama, biarlah aku bahagia, sudah indah untuknya. Aku masih tak paham, kenapa ibu aku dan kita semua adalah insan yang paling setia. Kenapa ibu kita tak pernah pun sangsi dengan kita. Hanya kerana dia melahirkan kita?.

Seorang penulis novel berbangsa Perancis yang terkenal dengan kolektif cerpen, Honoré de Balzac, berkata, "The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness".

Rindu mendengar mama berleter bila aku bangun jam 3 petang. Kadang kala dia akan siram aku dengan air, sebab aku seorang yang susah nak bangun kalau tidur dalam bilik yang aku membesar selama 17 tahun. Rumah dan mama akan menjadi kerinduan sampai bila-bila.




16 caci maki:

Anonymous said...

so sweet ;)

nil said...

gaduh dgn mak.selalu. sedih sial baca entri mcm ni. x pe lah,bg kesdrn skit.

Fiq said...

mak ibarat bidadari yg terlampau perfect utk rangkumkan kehebatan dia.
bila aku tgk mak, aku tya diri mampukah aku jadi sehebat dia? *sigh.

ni aku akan tinggalkan mak utk 6 tahun. sesak napas memikior..

S.I.D said...

nace ni buat aku rindu kat mak aku gak.....ish3~
entri yang best~

Betik said...

papa?

GigiWangi said...

siapa tak syg mak kan.

Mak kau gila comel, tlg kapurkan kasut. hehe

GigiWangi said...

siapa tak syg mak kan.

Mak kau gila comel, tlg kapurkan kasut. hehe

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

little e=two said...

skrg aku rindu mak aku
mujur dah nak raya
blh balik!

selamat berpuasa eli!

plum said...

where's your papa?

Anonymous said...

where's your papa?

gee carmen said...

giler sweet mama kamu. kirims alam sama dia. kau pon sweet macam gula-gula. penulisan kau tak pernah buat aku bosan. best ahhh :)

Anonymous said...

http://vimeo.com/8300610

qifa kazar said...

aku quote kau

"Remaja yang emosi dengan tanah, air dan udara"

orait?

afiqsiddhartha said...

bro, aku nak pergi kat mak aku, peluk dan cium sekarang jugak. Terima kasih banyak.

Q said...

you can tell a lot about a man from the way that he treats his mother