Oct 20, 2010

Senarai Perkara Jelik

Benda-benda yang aku payah nak tolerate.

Pertama
Dulu jual mahal, sekarang terhegeh-hegeh. Tak reti malu?. Masa orang bagi peluang sila lah guna sebaik mungkin. Tak payah lah nak cakap kau tu bagus sangat. Then bila kau rasa kau patut ambil peluang tu, kau menyesal pastu datang semula menuntut apa yang ditawarkan dulu. Kamon dude!.

Kedua
Bila aku nak bayar makan, kena jerit banyak kali. Nak ambik duit pun payah. Ok fine depa memang busy nak melayan ramai orang atau mungkin tak nampak aku. Cuma tak payah lah aku terpekik-pekik baru nak datang. Service suck!. Misalnya aku pernah makan di Nandos cawangan one utama.

Ketiga
Kerja kau berlambak lagi, tapi orang fikir kau tak buat kerja. Then cakap plak kerja kau tu mudah. Sedangkan kau pagi petang siang malam duk kerjakan benda tu. Pendek kata kau ni tak dihargai langsung.

Keempat
Bila aku tengah buat kerja, maksud aku tengah sangat busy buat kerja. Sebagai contoh aku tengah kejar dateline then boleh pula tanya aku pasal kerja lain yang tak de kena mengena dengan aku. Kadang-kadang kena belajar buat kerja independently juga. Jangan sampai menyusahkan orang lain.

Kelima
Bila orang kutuk kawan kau, sedang tukang kutuk tu pun tak kenal kawan kau secara peribadi. Dia kutuk ikut hukum hakam yang berlandaskan kepada fizikal. Ok nak mengutuk aku tak kisah, janji jangan kutuk kawan aku depan aku. Sebab aku tak tahu nak react macam mana.

Keenam
Bila aku tengah cakap something yang serius then orang buat tak dengar. Hello ingat aku tunggul?

Ketujuh
Orang kaya yang pandang kita sebelah mata. Tahu lah aku tak ada kereta. Tapi aku bukannya makan suruh kau bayar sekalipun. Please layan manusia sama rata. Eventho orang tu nampak sangat sampah sekali pun tapi dia juga manusia. Kambing pun kau patut layan dengan baik. Inikan pula manusia.

Kelapan
Budak yang baru tahu sesuatu then rasa sangat kebal. Apa yang dia fikir tu sudah sangat betol. Ada setengah orang yang tahu benda dia malas nak cakap dia tahu. Sangat memalukan bila kau bercakap dengan orang yang salah. Maksudnya kau cakap pasal sesuatu benda dengan orang yang lebih pakar. Ingat tak ada benda yang betol atau salah dalam dunia ni. Kebenaran adalah satu tentatif dan bila kita jumpa sesuatu yang baru kita akan rasa kebenaran yang sebelum ini adalah satu kesalahan.

Kesembilan
Kawan kau dulunya baik dengan kau. Then bila kau dah tak ada apa-apa dia pun mula jauh. Bila kau ada apa-apa balik dia pun nak berkawan semula. Kawan atas dasar apa?. Untuk untung kau sahaja?.

Kesepuluh
Orang tua yang gatal dan budak yang keras kepala. Which is aku adalah budak yang keras kepala. Yes, myself sendiri pun masuk dalam senarai jelik ni.

7 caci maki:

Anonymous said...

mintak besabar ye ;) hihi.pedulikan depa. asalkan kerja kamu siap.

S.I.D said...

-jangan kutuk kawan aku depan aku. Sebab aku tak tahu nak react macam mana.-
teman pon same juge...

saborlaye~

cikajune said...

alahai. mcm masalah je?

call me! gossip! hehe.

chill.

iamstradust said...

my life selalu trouble jun..

bila nak lepak

:(

anna ladycherrie said...

good luck pete with all ur hard work ur bound to reach somewhere!

twinkle twinkle said...

betul2 :D

weed something out said...

orang tua gatai memang menyampah dan paling menyampah orang tua gatai itu termasuk dalam golongan sedara mara