Oct 14, 2010

Teruskan Mimpimu Kawan

Aku selalu percaya pada mimpi. Kepercayaan paling mudah, dengan mimpi lah orang-orang kecil macam aku akan terus hidup.

Ya kawan-kawan.

Dengan mimpi.

Orang kecil yang bermimpi.

Untuk pertama kali, music video yang aku produce bersama dengan Rewan untuk lagu mirage-pesawat pada tahun lepas telah dinominasi sebagai video klip terbaik untuk Shout Award 2010. Bukan sebab anugerah. Benar kawan. Bukan sebab anugerah.

Tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya nak buat music video yang aku dengan Rewan buat tu. Sebab paling mudah, bajet memang tak ada. Kami hanya ada modal cinta dan kasih sayang sahaja.

Pada masa tu, aku sibuk bercinta lagi. Aku pernah cakap kat bekas kekasih aku, "Saya tengah prepare music video yang paling bermimpi untuk dihasilkan". Mungkin dia hanya ketawakan aku.

Tak apa, hidup aku sudah memang begitu. Siapa mahu untuk bersama dengan sang pemimpi bukan?. Janji aku bahagia untuk hidup begini. Dan kenapa aku sangat bahagia?. Terus terang kawan. Ini bukan soal anugerah, kalau mahu kira aku dah perlahan-lahan dapat yang aku nak. Aku dah buat dari tv commercial, reality show, tv series dan serangkai dengannya. Bukan untuk gahkan diri aku kawan. Bukan kawan.

Aku hanya mahu berkongsi mimpi aku. Mimpi orang kecil seperti aku, seperti kamu juga yang bukan dilahirkan daripada mak bapak yang kaya.

Orang miskin macam aku boleh hidup dengan mimpi.



Producer Razaisyam Rashid
Director Rewan Ishak
Director of Photography Sashmar Onipronko
Editor Rewan Ishak
Camera Assistant Awin Adly
Art Department Nadrah Radzi
Make Up Artist Amylina
Wardrobe Stylist Nariz (Frou Frou)
Production Designer Razaisyam Rashid & Rewan Ishak

5 caci maki:

sastraboy said...

bukan banyak benda start/berkembang dengan mimpi ke?

hehe. bermimpi itu perlu kot.

stupanaseh said...

nice... teruskan bermimpi...

Pett Suhaimi said...

Dengan mimpi la kita boleh jadi kaya+hebat+berkuasa. Adakala mimpi2 tu boleh jadi kenyataan bai. Tahniah sebab lu punya mimpi indah tu jadi kenyataan. Ayuh kita bermimpi lagi untuk masa2 depan. Mimpi itu semangat kehidupan.

eija said...

kalo ni dikatakan hasil bermimpi.teruskan bermimpi kwn. :)

Anonymous said...

congrats dan gudluck! sebabnya kamu berjaya buat video clip dengan apa yang ada didepan kamu,guna apa yang sedikit tapi menghasilkan sesuatu yang besar :) kalau tengok side lain pula,kamu dah survive dengan apa yang ada so mengajar kita infuture kalau-kalau situasi ni terjadik dgn sekali lagi, gudluck!and congrats pemimpi yang menghasilkan realiti! :)