Lama aku tak tulis panjang-panjang kat blog ni. Sangat busy dengan kerja-kerja sekarang ni, kerja banyak pun aku tak pernah kaya. Generasi ninja seperti aku tidak akan kaya, kerana bapak aku tidak punya apa-apa harta untuk diturunkan. Kecuali seketul hati yang kental, sejumlah semangat dan sebuku pengalaman yang boleh diceritakan.
Nak dijadikan cerita, lepas aku balik sahaja dari Turkey, keesokkannya aku shooting lagi. Malam tu plak aku kena edit satu tv commercial then esoknya aku terus shooting another promo for astro. Yeah tak tido, terus aku dah ada kat set. Lepas settle jer terus aku kena edit lagi sampai selesai semua pada jam 6 pagi and aku ambil flight pagi tu jugak ke Langkawi bersama dengan seorang editor on set. Tugas aku pula seperti biasa, editor/director. Sebab aku sentiasa proper sedikit pasal benda-benda post production ni.
Masa kat Langkawi... oh ni project ketiga aku dalam masa dua bulan ni. Bukan project sekali jalan, aku dah hasil 37 episod untuk astro untuk dua bulan. Nasib baik juga aku dah ada complete team dari production sampailah kepada editor. Yes, generasi ninja lah katakan. Masa kat Langkawi kami satu team patut travel ke Penang pula, ada sedikit kesilapan yang berlaku shooting menyebabkan aku dan editor (Rafiq) kena pergi Penang terlebih dahulu dan semua krew kena balik KL.
Lepas semua orang balik dan tinggal aku dengan rafiq sahaja kat Tanjung Rhu Resort. Aku pandang Rafiq terkebil-kebil, dia pula tengok barang editing kita orang. Sebijik iMac 27 inch, dua buah mac book pro, 4tb ext hard disk. Macam mana dua ekor nak angkut semua ni, dah lah tak ada transport. Gila babi punya punk, dah lah buat editing on set yang kena output esok. Shot hari ni, out put material esok. Ada bran?. Kerja gila. Fuck man.
Tapi aku suka buat kerja gila. Pejamkan mata redah sahaja. Aku dengan Rafiq malam tu berjaya siapkan juga episod dekat Langkawi. Kerja bagai nak rak. Tergelak-gelak sebab stone keletihan dan terasa diri ni sangat bodoh dengan kerja-kerja gila. At least kerja aku kali ni screening dekat Asia Food Channel dengan inflight tv for MAS. Atas sebab tu jugak lah aku dengan Rafiq pejamkan mata hadapi dengan senyuman.
Esok pagi dengan tak tidor lagi, kecuali service dari Tanjung Rhu Resort yang best nak mampos. Orang kerja kat sana ingat kami dua ekor ni anak orang kaya, sebab buat editing pun dekat hotel 5 bintang. Terima kasih Tourism Malaysia atas hospitality yang sangat menakjubkan dan maaf kerana curi towel dan coklat dalam peti. Lupa nak bayar. Kemudian aku dengan Rafiq angkut semua barang naik ferri ke Penang pula.
Barang berat nak mampos, dua orang jer yang angkat. Rasa fucked dol. Tapi apa boleh buat, ini sebahagian kerja. Sampai kat Penang, kami dua ekor pun lepak kat Rasa Sayang Resort. Nice hotel dan ramai pak arab. Lepas balik dari Abu Dhabi aku dah tak suka dengan orang arab. Ah itu cerita lain. Tapi yang best, sampai jer orang ambilkan semua barang then kasi kami makan. Fuck heaven!.
Makanan yang heavenOk setakat ni sahaja aku nak ceritakan. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku kena buat kerja lain dulu. Banyak benda lagi yang nak kena siapkan. Workload dan stress nak mati. Apa boleh buat, dilahirkan dalam generasi ninja kena lah kerja keras sikit, kalau ayah aku yusof haslam tak pe lah jugak. Peace!.



3 caci maki:
wow!!
percayalah cakap aku jadi anak Yusof Haslam lagi susah kerja, kena maki ngan bapak sendiri hari2..
ely, apa nama tv series tu???
Post a Comment