Jan 27, 2011

Dear Lover

Hello kawan-kawan semua. Ada sedikit lagi update tentang "Kuala Lumpur, Aku Okay". Pada mereka yang belum tahu apakah yang sedang berlaku, anda boleh skrol ke bawah sedikit. Ya, ada projek filem indie yang sedang aku usahakan bersama dengan kawan-kawan aku.

Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah menulis dalam konteks penulisan publishing. Biasa sahaja aku menulis di blog tahi ini. Jadi untuk menyokong pembiayaan filem tersebut, aku dan kawan-kawan yang bersama-sama mahu menjayakan filem tersebut menulis sesuatu dalam satu booklet. Ada tulisan yang aku tulis dari tahun 2006 hingga 2011 tidak dipublishkan di blog ini. Jika ada yang mahu membaca tulisan itu, boleh sahaja membeli secara online dengan bertanya dengan seorang lelaki misteri di dvinecomedy@hotmail.com

Kalau tak nak baca, tapi mahu memberi sokongan kepada filem indie yang miskin ini, boleh juga menyumbang sedikit sebanyak. Jom kawan-kawan kita bikin revolusi!. Tanpa sokongan anda memang aku dan sahabat aku yang lain tak boleh mengerakkan projek ini. Kita buat dengan penuh kasih sayang okay?.

Projek ini dijayakan oleh:
Mohd Jayzuan
Penulis, pemuzik, pelakon, penyajak, stand up comedian dan sebagainya lagi. Sudah mempunyai dua buah novel, sudah mempunyai dua buah album untuk career muziknya dan pernah tour ke Manila, Jakarta, Bandung, dan Jasin atas cubaan menyebarkan idealogi seninya sendiri. Dia gila.

Aidil Rusli

Frontman kumpulan pop sensasi, Couple. Penulis dan editor untuk The Weekend. Pengemar filem tegar nak mampos. Sebagai housematenya, aku tahu mamat ni hanya menghabiskan sisa hidupnya dengan menonton filem. Selain itu, beliau sangat gempak tentang makanan sekitar Kuala Lumpur, itu sebab dia dipilih untuk menyertai projek ini.

Fazleena Hishamuddin

Ada seorang adik yang cantik dan dua orang adik lelaki yang boleh tahan hensem. Sebagai seorang aktivis teater, Fazleena mahu melengkapkan usia mudanya dengan menghasilkan sebuah filem yang jujur dari hatinya. Kerana itulah juga, dia tidak pernah berminat untuk menjadi heroin mengantikan Lisa Surihani.

Sufian Abas

Cakap banyak pun tak guna, dia adalah lagenda. Seorang penulis avant garde yang hebat, Sufian Abas sangat popular dengan novel cult Kasut Biru Ribuna. Actually projek ini banyak diilhamkan oleh nada penceritaan SA yang boleh membuatkan anda bunuh diri.

Razaisyam Rashid

Itu aku.

untuk tempahan awal sila hubungi dvinecomedy@hotmail.com

4 caci maki:

Pett Suhaimi said...

Aku dah email elly. hang check tgk.

iamstradust said...

hang sempoi lah pett

syed hafeez said...

yess, aku nak support

sonia bailey said...

its going to be DVD/VCD? boleh hantarkan ke Penang? Cambest jaaaa..and serious shit,cover art sangat awesome! Cayalaaahhh aci hang!