Jan 20, 2011

Revolusi Dari Bilik Tidur #7

Perkara yang mudah seperti terima kasih dan syukur paling susah kita nak buat. Aku pun tak terkecuali, sebab macam kamu juga, aku banyak kali mengeluh. Mengamuk dengan tekanan lalu membawa aku ke dalam ruang ketidakrasionalan. Ayuh kita gelarkan ini sebagai penyakit orang muda. Memang tak dinafikan mereka yang berumur punya psikologi mental lebih kuat dari aku atau orang muda seperti kamu - itu jika kamu muda.

Cuma, rasanya aku adalah orang yang gemar memerhati perangai manusia. Aku lihat dan aku adaptasikan semula. Sebab itu setengah orang tidak percaya aku baru berumur 26 tahun, mereka sangka aku sudah 30 tahun. Bukan nak cakap ni aku mature, kerana manusia tidak pernah membesar pada fizikalnya, manusia sentiasa berfikir seperti remaja sampai bila-bila, cuma dalam konteks manakah mereka akan remaja kembali. Jika tidak seorang bapa tidak boleh berkawan dengan anaknya. Ya inilah proses adaptasi maksud aku. Seberapa kerap proses adaptasi kita mampu lakukan semakin sejauh itu lah kita boleh mengenal manusia lain.

Sebagai contoh yang mudah. Dua tiga hari lepas aku ada academic talk di UM, aku sedaya upaya cuba tidak mengunakan bahasa kasar dan lebih berunsur akademik. Padahal komunikasinya menjurus ke arah matlamat yang sama. The end justifies the means, tapi tidak semua manusia boleh justifikasikan matlamat akhir kita sekiranya matlamat awal itu nampak samar dengan matamat akhir. Jadi apa yang aku cuba maksudkan disini, matlamat akhir itu sudah aku selaraskan dengan pengenalan yang cuba aku sampaikan. Sedangkan aku bukan begitu orangnya, sebab aku tidak suka sampaikan perkara yang sama pada jalan yang mahu dibawa kemudian di akhir cerita orang sudah tahu.

Ok cerita lain.

Aku baru berkenalan dengan seorang editor yang berpangkat abah-abah. Mungkin perkerjaan sebagai editor adalah kebanyakkan dipelopori oleh orang-orang muda. Teknologi yang ada sekarang sukar untuk dicapai oleh orang tua. Tapi kenapa di Hollywood editor yang terbaik adalah mereka yang tua. Sekadar mengambil contoh Thelma Schoonmake, Michael Kahn, dan Bob Murawski. Mereka sudah berusia separuh abad, tapi cutting style mereka masih lagi bertenaga. Kalau di Malaysia, antara editor yang terbaik pernah dilahirkan di negara ini adalah Meor Hashim Manaf. Rasanya semasa era-era tahun 70an dan 80an nama Meor sangat digeruni. Aku juga hormat padanya, dan bila berjumpa dengan Meor aku sedikit malu-malu. Kerana dia otai beb. Dan kenapa aku katakan Meor sudah tidak boleh menjadi editor. Balik kepada jawapan aku yang tadi, iaitu teknologi. Macam pak cik yang jadi editor tadi, usianya sudah menjangkau usia abah aku sendiri. Filem yang pernah di editnya ialah Wira Angkasa (1987), pada masa itu mengunakan teknologi steenbeck. Kalau dibagi kepada aku pun steenbeck, memang menagis aku nak pakai. Tapi steenbeck sudah tidak relevan pada masa kini. Jadi pak cik ni pun memang mengaku dia sudah malas untuk terus mengejar teknologi, kerana faktor usia.

Tengok kawan-kawan. Ini problem utama dengan orang tua di negara kita ini. Psikologi kita terlalu lemah untuk adaptasikan sesuatu yang baru. Kita tidak punya kelaparan untuk mencuba. Jadi bagaimana kita untuk terus berkembang bukan?. Rasanya apa yang aku cakapkan di sini bukan sahaja dalam bidang aku, tapi merangkumi seluruh bidang. Cuba pergi sahaja di sektor kerajaan, lagi lah mengerikan. Setiap kali aku masuk ke RTM, setiap kali itulah aku akan sakit dada melihat cara mereka bekerja.

Bukan aku nak kata aku cukup teknologi, aku pun banyak benda nak belajar lagi. Tapi setidaknya aku tidak pernah selesa dengan apa yang aku ada sekarang. Evolusi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Dan harapnya, generasi aku punya proses adaptasi yang sentiasa berkembang untuk mengubah masa depan negara ini menjadi negara yang lebih elok untuk di didiami. Tanah tumpah darah air ku!.

2 caci maki:

Anonymous said...

bagi aku,
apabila kau sudah sampai sesuatu peringkat usia nanti, kau pasti akan delete entry ni. haha percayalah.

kau pernah bergelumang dengan masyarakat2 yang kerja kerajaan.
kau tahu sebab dan akibat jadinya pekara sebegitu? dan kenapanya semua pekerja agensi kerajaan kerja lambat? malas menakluki teknologi?

pada mulanya awal2, mereka adalah golongan remaja yang bersemangat tinggi yang mahukan melakukan perubahan seperti anak muda macam kita. yang penuh dengan cita-cita.

tetapi apabila kau sudah masuk ke dalam kelompok masyarakat mereka, kau akan sedar apakah punca berlakunya masalah itu.

kau sendiri akan jadi seperti mereka walaupun kau tinggi semangatnya.

aku ada kenal seorang editor, terer gila. tapi bila dah kawin, dia nak kerja tetap kat rtm. tapi kualiti yang dia hasilkan untuk job aku memang cam haram. tak seperti kualiti yang sebelumnya.

aku nak tanya kau, satu dalam setuta kah manusia yang berperangai macam tu? tak kan. masalahnya semua yg bekerja di agensi kerajaan menghasilkan pekerjaan yang slow, tak kreatif.

kau tahu masalahnya? kau tahu puncanya?

seperti kau kata tentang teknologi.
pernah kau tahu betapa bencinya orang filem terhadap kamera video dan dslr? kau tahu sebabnya? kau tahu puncanya? kau pernah meletakan perasaan kau di tempat mereka?

kau muda, di lahirkan dalam tahun malaysia yang sedang membentuk maju. segala teknologi mula berkembang. kau beruntung di situ. manakala yang senior kau, dia lakukan lagi dasyat daripada kau. tiada pendidikan formal. risiko mereka lagi tinggi apabila melakukan sesuatu kerja. set up ligthing, operate kamera film. setiap tenaga yang berada dalam produksi tu, msemuanya mempunyai peranan yang tinggi dalam menjaga kualiti film tu. mereka punya stock film yg sedikit untuk hasilkan sebuah cerita,.

kerja siapa lagi mencabar? jadi usah bercerita sesuatu tanpa memikirkan situasi dari pelbagai sudut.

iamstradust said...

artikel ni ditulis dari perspektif aku sahaja. tidak semua artikel perlu ditulis dalam pelbagai sudut. kalau aku nak tulis semua sudut maknanya berjela lah artikel ni. bagus juga kau komen panjang, maknanya ada juga orang baca dari perspektif lain. btol tak?. good job bro or err.. sis? tak tau da