Mar 19, 2011

Hero Hidup Aku

Macam biasa, seperti yang aku selalu katakan dulu. Hidup macam pusingan roda, kejap di atas. Kejap lagi kita rebah tersungkur.

Itu hal yang selalu aku tanam dalam otak aku. Macam brainwash diri sendiri.

Sedar atau pun tidak, mungkin kau buat-buat sahaja tak nampak. Masa kau jatuh rebah. Berapa orang sahaja yang mahu berada di sisi?. Teman kau, pimpin kau semula. Kemudian ajak kau bangun kembali.

Berapa orang?. Boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja bukan?. Dalam usia 26 tahun, aku dah lalui jatuh bangun berkali-kali. Perkara paling lali dan sudah anggap itu biasa sahaja.

Sebenarnya aku suka dengan malang yang datang. Kadang-kadang aku macam sengaja mencipta malang itu sendiri. Ketagih dengan perkara malang dan sedih. Itulah warna hidup yang aku suka hadapi.

Untuk sebab apa mencari penyakit kawan?. Bodoh kan?.

Tapi kawan, aku percaya bahawa sentiasa masalah yang datang itu akan mendewasakan kita. Mematangkan kita tentang dunia ni yang kejam ni. Dunia memang kejam kawan.

Dia buai kau kemudian dia akan tikam kau dengan rakus. Kau akan merana, terkapai-kapai meminta bantuan. Sedih dan sakit itu kau sendiri yang telan. Orang mana pernah nak ambil peduli pun apa yang kau rasa.

Jelas bukan?. Hidup hanya seorang sahaja.

Namun kawan, aku selalu berterima kasih. Kerana aku punya seorang sahabat yang selalu menunggu aku saat lemas. Masa lemas itulah dia akan datang menyelamat aku. Beri aku makan, beri aku senyuman. Kau tahu siapa kau, tanpa aku perlu sebutkan siapa diri kau. Sebab kau sahabat aku. Kau tak perlu beriya untuk katakan pada dunia yang kau adalah hero yang selalu selamatkan aku.

Kau adalah abang yang selalu ada untuk aku pada bila masa. Hanya Tuhan tahu kau sungguh bermakna bagi aku, sahabat.

Seorang lagi hero aku adalah wanita yang rambutnya sudah mula tumbuh uban memutih. Buah hati aku yang sejati.

Dalam setiap doa aku pada Tuhan, izinkan aku mati dahulu sebelum dia. Sungguhnya aku tak boleh hidup tanpa wanita ini. Dia adalah inspirasi untuk aku meneruskan kehidupan ini, tidak pernah sekali untuk putus asa.

Barang kali tanpa wanita ini, aku boleh jadi gila. Kerana dialah yang buat aku terus tersenyum di saat aku duka.

Masa aku tenggelam, wanita ini akan datang. Dia capai tangan aku. Cukup sahaja melihat wajahnya, buat aku kuat kembali.

Dia adalah dadah dalam hidup aku sampai mati. Buat aku ketagih pada kata-katanya. Wanita ini juga adalah hero kamu semua juga.

Kerana wanita ini bergelar mama, ibu, mak, atau bonda.

Wanita ini tidak pernah putus asa mencintai aku, tanpa mengira masa susah atau senang. Orang yang paling memahami diri aku. Dan dia tak pernah minta apa-apa balasan untuk segala kasih sayang dan sakit payah besarkan orang muda pemberontak seperti aku.

Dialah orang yang tidak mahu aku kecewakan, tak sanggup nak tengok dia bersedih lagi.

Aku tak tahu lagi macam mana nak terangkan yang aku sangat sayangkan mama. Tiada perkataan yang boleh jelaskan semua ini. Biar sahaja dia terus gembira, kerana aku pasti akan bahagia dan tenang walaupun esok sudah tidak muncul lagi.

Terima kasih Tuhan kerana anugerah aku seorang ibu yang paling indah.

p/s: Lama tak meluahkan hati dalam blog sepi ni. Maaf kalau kamu meluat membaca apa yang aku tulis, ia benar-benar dari keluar dari hati tanpa aku rancangan sekalipun.

5 caci maki:

Hirzi Iskandar said...

Sungguh deep, jujur & ikhlas. Thumbs up!

Anonymous said...

Sungguh deep , jujur , ikhlas. Thumbs up bro!

Anonymous said...

jaga diri bebaik dik. jangan nakal-nakal sangat ok.

si penulis said...

the best! :)

Anonymous said...

semua emak pun begitu...bersyukurlah kerana dia emak kamu. Tapi paling penting dekatkan diri dengan yang paling Berkuasa. Susah, senang, bahagia dan sedih Dia yang bagi.. Kita hanya menggerakannya. Emak kamu akan jadi lebih bahagia jika kau dekatkan diri dengan Dia, jika kau cuba perbaiki diri dengan Dia, jika kesedihan dan kekesalan kau luahkan pada Dia....sebab itu lebih perlu dari yang lain....berdoalah bukan sahaja untuk emak kamu, tp untuk diri sendiri agar kita sama-sama jadi manusia yang sentiasa berpayung pada agamanya.