Untuk pengetahuan kawan-kawan, saya sudah bersara dari menghasilkan drama swasta. Dalam erti kata lain, pada awal bulan ni saya dah berhenti kerja dan tidak melibatkan diri lagi dalam pekerjaan yang melibatkan drama televisyen.
Saya kembali masuk dalam bidang advertising. De Touche , syarikat baru saya bekerja setelah seminggu berhenti kerja. Ini juga syarikat yang kelima dalam jangka masa tiga tahun.
Syukur juga, kerana saya selalu bernasib baik. Mudah mendapat tawaran. Dan pengalaman saya setelah habis universiti tidak pernah menganggur kerana tak ada kerja. Mungkin rezeki saya murah kerana pernah bekerja di Asia Pacific Video Lab - yang mana sebuah syarikat pasca produksi yang terbesar di Asia Tenggara - telah buatkan diri saya ada jugalah nilai dipasaran kerja.
Bagaimanapun, sebagai manusia opportunist, saya tetap cuba mencari peluang yang lain. Kerana saya tak ada hati lagi untuk tinggal di Kuala Lumpur. Bak kata seorang kawan saya, "KL macam makwe kita, bila gaduh memang menyampah la... tapi bila sayang, rasa cam nak peluk-peluk gomol je!".
Kepada awak Kuala Lumpur, saya ingin memutuskan hubungan dengan awak!. Saya benci awak kerana selalu buat saya macam ni.
1 hour ago

3 caci maki:
pengalaman berbaldi-baldi, mesti la orang cari... : )
ahhahaha...
baget cam gadis gadis ayu lah konon yer buat nak putus putus nih?
caittttt
home
http://www.youtube.com/watch?v=jqxENMKaeCU
Post a Comment