Apr 18, 2011

Next Level

Tahun ini adalah tahun yang mana aku selalu berduka. Bukan ke setiap tahun aku berduka bukan?.

Apa-apa saja lah.

Aku kira dah tak ada hati nak kerja di Kuala Lumpur, semua dah berjalan dengan lancar. Macam tak ada lagi cabaran.

Kecuali putus cinta.

Kuala Lumpur dengan aku macam punya masalah, ada sahaja yang tidak kena dengan hubungan aku dengannya. Mungkin kami tidak pernah serasi untuk menjalani cinta yang lama. Kerana Kuala Lumpur memang tak pernah setia.

Aku setia?.

Well, tak juga!. I'm the boy your mom warned you about. Merbahaya. Kadang kala jinak macam arnab, boleh jadi cheetah yang kelaparan. Aku opportunist yang unggul.

**
So untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bulan lepas sebenarnya saya telah menjalankan misi rahsia saya. Eh saya plak. Aku!.

Aku dapat offer kerja di Singapore, tapi belum konfem lagi. Kerana, producer aku tengah menyiapkan working permit untuk aku.

Dan hari ni aku dah sampai ke negara ini. Secara rasminya, aku dah bekerja di salah sebuah syarikat Singapore dalam bidang advertising. Yang aku suka tentang syarikat ini, mereka menghasilkan tv commercial untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Tapi mereka juga menghasilkan filem. Ia lebih kepada passion semata-mata dan bukan untuk ditayangkan di pawagam. Kira art movie untuk festival filem-lah.

Aku rasa ini adalah syarikat yang benar-benar yang aku mahukan. Keep it low dan tidak terlalu overrated tapi masih mampu membayar gaji aku.

Lagi pun, ini adalah jalan untuk aku pergi lagi jauh. Maksud aku ke tahap yang internasional lah. Impian budak kampung yang poyo bukan?.

Macam aku selalu kata, "tanpa mimpi, orang kecil seperti kita akan mati kawan". Jadi teruskan bermimpi dan berusaha sampai mati. Tak ada benda yang jatuh bergolek dari langit dengan hanya berpeluk tubuh dan mengata orang sana-sini.

Korang bukan tahu, betapa banyak aku berusaha keras. Aku hilang segalanya untuk impian ini. Tapi ia datang dalam pelbagai bentuk.

Tuhan memang adil.

Atas sebab itu, sampai bila-bila aku akan percaya... Pada setiap jalan keluar, ada jalan masuk ke tempat yang lain. Jangan takut untuk gagal sebelum mencuba. Kalau tak cuba tak tahu bukan?. Jadi kita redah saja!.

**
Kalau ada kawan-kawan yang baca blog ni dari Singapore, jom lah bawak saya jalan-jalan makan rojak. Saya cuti sabtu ahad tau!(baca:gedik). Rare gila company yang nak bagi aku cuti dua hari seminggu dengan 30 hari annual leave. Macam kena loteri pun ada.

Sepanjang kontrak saya yang berdurasi tiga tahun, rasanya saya nak cari awek dekat sini lah. Buat bini!.

14 caci maki:

kampong boy said...

"tanpa mimpi, orang kecil seperti kita akan mati kawan"

betul yang ni...
mimpi dan usaha nak mati capai mimpi...

um..gutlak kat singapore : )

kampong boy said...

"tanpa mimpi, orang kecil seperti kita akan mati kawan"

betul yang ni...
mimpi dan usaha nak mati capai mimpi...

um..gutlak kat singapore : )

pjoe said...

good luck baby!

Pett Suhaimi said...

Wahh.Tahniah bai. Gud luck!Kenduri aku hopefully hg dpt mai. Aku jemput kt belah pompuan. KL je. Pjoe sama Nasir aku kan jmp depa awal bln depan bagi kad. Skg aku xleh nk suh lu kim slm kt awek Singapore dah sbb dah berpunya. haha.

iamstradust said...

wowowowow..dah nak kawen, lepas ni nk kuar rumah kena bgtau kat bini lah eh..hehe

Anonymous said...

awesome :D

Nurul Binti Ibunya said...

selamat..........

- koroe - said...

baik2 kat negara orang lain.


kat sana bukan macam kat sini.


makan pun kena hati2. jangan makan sembarangan.



jaga diri.


kami di malaysia mendoakan abam selamat di sana nanti.

hee

muhsin.aminudin said...

wow. singapore. sane racist, kt sane, kita jd cam india. cina macam mlayu..

iamstradust said...

so far so good bro :D

E. said...

all the best to you, love. hugs.

iamstradust said...

hugs
visiting me nanti!

Anonymous said...

best post i've read so far. good luck n may Allah bless you always. :)

baju kurung said...

jadi bersemangat! life owz good :)