Apr 28, 2011

She Not Into You Ler Mangkuk Hayun

Sebab yang anda perlu tahu sebenarnya ... awek tu tak nak kat kau pun. So cepat-cepat angkat kaki kalau salah satu perkara itu termasuk dalam cerita kau . Kalau semua list ada, baik kau bunuh diri je dari terus mengorat awek tu.

1. Awek kau suka tu suruh try kawan dia plak
Contohnya macam ni, kau baru lah berkias-kias nak ada awek, pada hal kau nak ajak dia bercinta. Then dia terus keluarkan telefon bagi nombor telefon kawan dia. Atau dia suruh add kawan dia yang kat facebook. Kalau dia pun nak kat kau, tak kan lah dia nak bagi kat orang lain kan?. Tu memang dah konfem dia tak nak punya.

2. Cakap pasal jantan lain
Hahahaha. Benda ni aku tak yah cakap banyak lah kan. Kau keluar makan dengan dia, then dia asyik cakap pasal Nordin jer. Nordin baru beli kereta lah, baru beli iphone 4 lah. Dia suka kat Nordin lah tu, jadi kau tak payah lah nak berharap sangat. Melainkan kau sanggup untuk jadi Nordin. Ingat, bapak Nordin tu ada mini market. Bapak kau ada ke?.

3. Panggilan telefon kau tak pernah dia balas
Masa kau call dia, dia tak angkat. Maybe masa tu dia tengah basuh baju ke. Tapi selepas seminggu pun dia tak pernah nak return panggilan kau tu. Kalau awek tu suka kat kau, pantang dia tengok nombor kau naik, terus dia call balik.

4. SMS yang bertahun baru nak reply
Hari ni kau sms dia "buat apa tu?, dah makan?". Aku tahu, soalan kau tu memang remeh lah kan. Tapi biasa lah tu, ice breaking lah katakan. Masalahnya proses pemecahan ais tu tak akan berlaku kalau malam baru dia reply - "tak ada buat apa". Bila cara reply macam ni sebenarnya dia nak cakap "fuck you!, jangan ganggu aku!". So jangan jadi bodoh lagi ya.

5. Cara dia duduk pandang kau
Okay, ni kiranya awek yang kau suka tu budak sekelas kau lah, atau boleh jadi satu pejabat dengan kau, paling rabak pun dia memang selalu lepak dengan geng-geng kau. Memang peluang kau nak keluar dengan dia agak tinggi lah. Tak pun kau memang keluar dengan dia hari-hari sebab abang dia kawan dengan kau, dia plak lepak dengan abang dia. Cuba kau borak dengan dia, tentang mata dia, tengok macam mana dia pandang kau. Kalau dia asyik dengan black berry dengan kaki bersilang baik tak payah lah. Ya kaki bersilang.

6. Beribu alasan untuk keluar dengan kau
Hujung minggu ini, kau tak ada apa nak buat. Tapi masa ni kau agak banyak duit. So kau teringin lah nak ajak si dia tu tengok wayang, tak pun pergi makan tempat-tempat best, paling busuk pun kau nak ajak dia pergi taman depan KLCC. Kau pun call dia ajak keluar. Tapi jadual dia dari bulan ni sampai bulan depan dah fullbook. Kalau awek tu suka kat kau, time dia nak final exam pun sanggup lagi keluar. Sumpah dia tak berminat langsung lah dengan kau tu. Lupakan sahaja ya.

7. Dating berteman
Dating berteman bukan double date ya. Kau kena ingat tu!. Maksudnya disini, dia sanggup keluar dengan kau, tapi dia ajak kawan dia yang nama Joyah. Tiap kali kau keluar dengan dia, tiap kali tu jugak lah Joyah ada. Sampaikan Joyah ni plak yang suka kat kau. Jadi kau ambik ajalah Joyah tu kalau payah sangat.

8. Pujian kau memang tak ada makna
Begini, kau nampak ada-lah satu gambar profile dia kat facebook. Memang cantik lah, macam buat kau angau tak tidur malam. Lepas tu kau komen lah "you nampak cantik dengan dress ni". Tapi like pun tidak komen kau tu. Tiba-tiba lusa Nordin datang then komen "dress merah darah", terus dia like empat juta kali, then balas komen Nordin tu berjela-jela. Apa boleh buat, kan aku dah cakap, bapak Nordin tu ada minimarket.

The Ramones - I Wanna Be Your Boyfriend


14 caci maki:

Elmi said...

ahhhhh setujunya akuuuuu!

A I E N S Y A H N A N said...

hahaha... sengal okey entry ni... but its totally true... muahahaha... like u said, "bapak nordin ade minimerket... ko ade???"
hahaha....

Marr Misrawi said...

hahahahha best !aku nak nordin jugak :)

myzatul~ said...

i wanna be ur gf! hahaha. by M Daud Kilau.

kampong boy said...

betul.....

Zamtercinta said...

siot..xde link tweet..haha

CAHAYA said...

haha. this can be applied for both gender. nais!

Dayana said...

omg I wish I can share this in FB.

Anonymous said...

cilake betul nordin ni!

Ahmad Chin said...

camne kalau ko ade pempua cantik, ko sygkan dia, pastu dia buat ape ko tulis nie, aku tgh hadapinya, kadang kadang je lah,shit dumb ass

baju kurung said...

x semestinya.....ada ppn yg buat cam tu sbb dia just nak jual mahal hehehehe

podshop/podboy/evagurl said...

sial punya nordin!!

Anonymous said...

saya suka awak.cuma awak pelik

dobot said...

I LIKEEE :)