Apr 20, 2011

Tenang Tenang Aje

Sepatutnya hari ni aku dah sampai ke Bangkok, atas urusan kerja company baru aku. Tapi perangai bos aku ni sangatlah laid back, next week pula katanya. Suruh aku biasakan diri dulu dengan Singapore. Lagi pun this week aku agak busy dengan promo untuk History Channel. Tapi tak ada lah busy macam dulu-dulu.

Petang-petang aku boleh pergi tepi pantai, jogging, lepak kat Raffles Place, makan karipap kat Old Chang Kee, atau apa-apa je lah yang aku suka.

Ya, hidup seperti inilah yang aku mahukan. Kerja kuat, main pun kena kuat juga. Producer aku tiap jam suruh aku pergi hisap rokok ke, gi main playstation ke. Padahal aku dah tak hisap rokok sekarang ni.

Kelakar gila, sebab aku banyak jalani kehidupan yang lebih sihat. Secara mental dan fizikal, aku rasa inilah yang aku carikan selama ni. So far okay lagi, esok lusa aku tak tahu lagi kan.

Kalau start rasa tak best, kita move ke tempat lain plak, apa ada hal. Hidup perlu rasa gembira, jangan jadikan ia bosan.

Rumah aku tinggal sekarang sebelah pantai, kira 300 meter sahaja dari Changi Beach. Walaupun pantainya tak best sangat, tapi aku suka. Sebab boleh duduk borak-borak kosong dan mengeteh.

Tempat aku lepak sekarang kat sini. Nak cari rumah bertanah macam ni memang mahal nak mampos lah. Tapi aku suka sini, dekat dengan laut, agak jauh dari orang, dan yang paling best, konsep rumah sini macam chalet. Tenang!.

12 caci maki:

muhsin.aminudin said...

good. boleh santai.

haziq pratama said...

yaAllah heavennya dengar cerita kau ni *mata berbintang bintang*

iamstradust said...

after 5 years of struggle..aku nk rilek2 la plak :)..mata berbintang tu telan E..hehe

kampong boy said...

best betul lah....
moga berterusan....

Tok Rimau said...

Berapa lama dah quit smoking?

Asang Da Condemnedemotion said...

ini impian yang tak selalu orang dapat. baguslah. berada di zon selesa buat masa ini. kalau ade rezeki lain. sambor jer bry!

iamstradust said...

tok
masuk ni dah empat hari..bibir pun dah start pinkish skit

asang
bkn zon selesa bro..zon rilek

shazreena ishak said...

kau ingat aku? adik kau yg bangang dekat fb tu HAHA. maaf terdelete, ade masalah sikit :/ kerja baik2 dkt sana, cepat2 kawin! and berhenti hisap rokok, cayalah!

iamstradust said...

kau remaja..memang byk masalah dalaman..hehe

shaz ishak said...

bukan aku, ehem ehem aku. dia mmg begini :(

shaz ishak

Anonymous said...

kiut nya dia

baju kurung said...

bila boring...pindah level lain, i loiKE!