Jun 24, 2011

Mimpi Harian, Flashfoward Lima Tahun, Masih Lagi I Am Stradust

Aku adalah orang yang hidup dalam mimpi. Aku jarang tidur, tapi aku kerap bermimpi. Selain dari kerja yang aku hadap hari-hari, selebihnya adalah mimpi.

Tak apa kawan, biarlah realiti itu mengigit setidaknya bermimpi aku tidak perlu bayar apa-apa.

Bos aku selalu pesan "that's okay to have a dream, at least you have one's".

Salah satu sebab kenapa aku benar-benar suka production house aku kerja sekarang. Bos aku selalu anggap semua orang sama rata, semua orang punya potensi untuk jadi lebih besar. Kami sama-sama kerja keras untuk ke arah satu impian yang sama.

Another thing, aku dengan bos punya chemistry yang sangat besar. Aku percaya dia tidak pernah anggap aku sebagai pekerja dia pun. Kami berdua banyak habiskan masa kopi bersama selain dia selalu panggil aku "my man" dan aku tak pernah panggil dia bos sebaliknya "friend".

Hubungan aku dengan bos betul-betul rapat, macam sekarang dia berada di festival filem di Taipei dan aku orang yang bertanggungjawab membuat segala keputusan studio sekarang. Aku rasa ini kepercayaan yang besar.

Orang cina lebih suka dengan aku. Sebab aku berpegang pada prinsip "action speak louder than word". Aku kerja keras dan dia tahu aku benar-benar buat benda yang aku suka buat.

Payah sebenarnya nak terlibat secara profesional dengan benda yang kau suka buat. Jujur aku cakap, benda ni mengambil masa bertahun-tahun bukan sehari dua. Selagi kau punya sabar, selagi tu kau boleh pergi jauh.

Aku bawa kembali pada mimpi.

Aku rasa dah bertahun aku cerita pasal mimpi - ya bikin filem adalah mimpi aku yang paling jujur, selain aku bermimpi nak pergi ke bintang. Dulu aku pernah dapat offer nak bikin film, orang suruh aku bikin drama untuk tv. Ya aku ada bikin sedikit drama, tak sampai pun 5 buah drama aku bikin.

Tapi fuck semua aku tak suka. Itu adalah salah satu sebab aku pindah ke Singapura, sebab aku tak tahan lagi dengan industri kat Malaysia. Bukan tak bagus, ada yang bagus tapi aku rasa malang sebab selalu jumpa dengan orang yang tak boleh think out of the box dengan apa yang aku nak. Alih-alih aku akan spoilkan job tu. So better aku move out dari orang terus tak suka aku.

Dan dulu aku selalu fikir, buat filem indie itu lebih jujur. Kita bebas dari fikiran materialism. Kita bikin filem kerana kita minat selain dari cuba buat orang capai akal fikir yang kita bawa. Tapi sayang, kat Malaysia berapa kerat jer yang bikin filem indie?. Sebab susah untuk survive dan yang hanya mampu terus kelangsungan adalah orang yang bawa karya mereka ke festival. Dari situ mereka dapat fund.

Orang-orang macam aku memang tak boleh nak survive sebab memang tak ada duit. Sebab itu juga aku mula masuk industri tv commercial selain daripada cuba tajamkan skill. Orang bikin tv commercial memang lagi skillful dari orang filem. Maaf kalau ada yang terasa tapi memang begitu kenyataan, tak puas hati boleh email aku. Sebab aku tak nak terangkan kat sini.

Tapi masalah dengan orang commercial, kebanyakkan terlalu "being gad savvy" sehingga hilang balance dalam kerja mereka. Contoh paling mudah, Puteri Gunung Ledang (2004) kebanyakkan tenaga kerjanya adalah orang commercial, dan lihat lah filem itu sendiri bagaimana jadinya. Tidak seimbang!.

Bukan aku nak jadi bijak dalam semua hal. Aku pun bodoh juga. Boleh kata, aku muda dan bodoh. Tapi aku punya hati yang tak bodoh.

Aku cuba seimbangkan di antara bijak dan bodoh kerana itu aku selalu terbabas. Macam mana aku cuba seimbangkan karya aku di antara art house dan consumerisme. Aku muda dan hilang kawalan diri. Sebab aku tak ada produser yang boleh bersama dengan aku.

Sampai seketika, aku macam dah penat. Aku dah malas nak layan benda ni semua. Berhenti dan jadi cikgu. Hell fuck aku tak leh jadi cikgu. Tapi pokok pangkalnya aku memang benar-benar hilang punca.

Aku nak sesuatu tapi aku tak leh buat. Pegang rama-rama lutsinar dan aku cakap kat orang lain itu adalah rama-rama memang orang tak akan nampak apa yang aku nampak. Dan orang lain itu menidakkan kebenaran aku hingga aku sudah lupa, sebenarnya ada rama-rama lutsinar. Jangan absurd pada kata-kata aku. Cuma imagin ia begitu - metafizik.

Pendek kata, aku tak pernah ada peluang untuk bikin filem yang aku suka buat dan hantar ke festival.

Kenapa festival?. Sebab itu adalah mimpi aku. Dan aku mahu bawa trofi kepada mama. Macam kalau kau seorang pelari pecut, dimana pentas kau diuji?. Pesta sukan bukan?. Begitu juga pembikin filem, ianya di pesta filem.

Sekarang, mungkin Tuhan punya jalan untuk aku. Jalan yang sedikit berliku, ada gaung lalu aku jatuh tapi bangkit melawan biar ludah-ludah orang semburkan. Tapi peduli apa, aku punya jalan untuk aku sendiri. Terima kasih kerana aku ditemukan dengan seorang produser yang punya otak dan cita rasa yang sama dengan aku.

Dan produser aku pesan "normally more than 100 films, including 11 world premieres, will be screened during the Cannes Film Festival, one of it your film my man".

Dulu aku punya masalah tak tahu macam mana nak hantar filem ke festival film. Sekarang ni orang yang rapat macam adik beradik dengan aku boleh bawa ke mana-mana.

Aku tahu apa yang aku tulis ni panjang. Sebenarnya tulisan ni untuk aku sendiri, supaya aku terus ingat ke mana landasan aku dan tidak sesat sesuka hati lagi.

Biarlah anda yang tak setuju dengan aku, biarlah seribu orang menentang aku, biarlah sejuta yang membenci. Selagi aku tahu apa yang aku nak, selagi itu aku akan tak berundur. Hanya masa yang akan tentukan, kalau bukan esok mungkin lusa, boleh jadi tahun depan, atau sepuluh tahu lagi atau juga boleh jadi juga ia hanyalah kubur untuk aku. Setidaknya tulisan ini ingatkan aku supaya ia tidak menjadi kuburan nanti.

Kepada kawan, jangan marah kalau aku bermimpi. Jangan benci kalau aku gagal. Jangan muntah kalau ini semua jelik. Setidaknya senyuman kau buat aku terus kuat di sini.


Aku selalu tengok jemputan penyertaan ke film fest, at least ini lah harapan aku buat sementara ada nafas-nafa yang masih terhembus

Salah satu fund dari orang-orang kaya untuk pembikin filem miskin macam aku

SELAMAT ULANG TAHUN KETIGA UNTUK BLOG DAN ORANG KECIL INI.

24 June 2011
Gilstead Rd
Newton
Singapore

6 caci maki:

kekatu said...

:)
nice . cukup menaikkan semangat gwa . the power of dreams . gwa harap jiwa2 muda mcam lu dapat meningkat-kan mutu industri filem malaysia .

Pisey said...

Good luck! Nanti capai bintang pula (;

nAqUiAh UmAirAh said...

inspiring.. walaupun mimpi kita xsama.. tp pegangan kita pada mimpi masih sama.. penat n jelik kengkadang bila org pndang mimpi kita sbg sampah.. at the end, dgn mimpi tu lah wujudnya perjuangan, utk dapatkan mimpi ada dlm genggaman.. mana nak jadi kenyataan kalo xda mimpi.. mimpi tu kan sebahgian dr rancangan kita jugak.. suka sgt entry nih..!

gud lux, make sure mimpi tu ada dalam tangan lepas ni..:)

Jerry Ghazali said...

banyak kekangan kat tanah sendiri ni. bagus la kau dah lari keluar tembusi kekangan. gud luck bro!

Anonymous said...

gud luck, babe!

Fiq Vertigo said...

kau hidup baik baik di tempat orang tau.