Jun 23, 2011

Panik

Aku nak tulis sesuatu, tapi aku terlalu sibuk mengejar beberapa perkara.

***

Ya Kota Singapura bukan satu kota yang boleh untuk bersenang-senang. Disini bukan satu tempat untuk aku sedut rokok sambil melihat keindahan alam. Semua konkrit, tiada yang indah sekali pun. Cuma bijak mereka tanam banyak pokok di sekeliling kota. Udaranya rasa pelik, nak kata segar tak segar, nak kata wangi tak wangi. Aku anggap sahaja Singapura adalah satu ibukota yang konfius dengan urbanisasi.

Tapi aku suka hidup di sini walaupun panas macam celaka.

***

Banyak benda yang aku boleh ceritakan.

Tapi macam aku kata di atas, aku terlalu sibuk mengejar sesuatu yang belum pasti. Kenyataan yang samar-samar di antara syurga dan neraka.

***

Semalam hari jadi mama.

Semalam juga mama sudah bersara daripada kakitangan kerajaan.

Semalam jugalah aku cuba telefon mama berpuluh-puluh kali, tapi mama tak angkat. Masalahnya mama tak reti nak telefon aku kat sini, dah berapa kali aku ajar macam mana nak cari aku bila perlu. Dia masih lagi lupa.


4 caci maki:

Jerry Ghazali said...

mak aku pun terkial-kial belajar pakai tepon. kalau beri dia pakai tepon touchscreen lagi haru-biru agaknya.

Fiq Vertigo said...

sayang mama

Anonymous said...

Apa kata,kamu buat user manual utk mama kamu..dengan grafik yang senang utk dia faham. Mungkin dia takan lupa lagi?

iamstradust said...

ye tak ye jugak