Jul 11, 2011

0709


Bersih 2.0

1. Ada rakyat Malaysia yang terseksa kerana tidak dapat pergi Midvalley tempoh hari untuk membeli belah. Pukimak punya Bersih. Aku sehari tak shopping memang aku boleh mati tau.

2. Polis pukul orang. Polis buat tugas. Dan tugas polis memang pukul orang. Rilek ah dah ramai kot yang polis bunuh. Contohnya arwah adik Amirul Rasyid. Kalau abang-abang kita kena bunuh pasni, rilek ah dol, memang kerja polis kan jaga keamanan. Aku harap pasni polis pi kedai burger Pipiyapong, pastu belasah dia. Pipiyapong ni pengugat keamanan dol. Tengok muka dia dah tahu.

3. Zulhabri Sufian duk maki-maki kat facebook tak habis-habis lagi. Najib cakap "ala baru kena sikit teargas dah uh ah uh ah uh ah, macam dah nak mati". Okay memang patut pun Zulhabri maki lagi sampai mampus. Sampai bila-bila pun maki lah.

4. Ada lagi yang buat demostrasi bawa anak-anak kecil. Polis patut belasah teruk-teruk depa macam ni. Tak paham apa motif bawa anak. Kok ye pun tak ada orang nak jaga kat rumah, tapi niat dihati nak pi juga demostrasi tinggal lah kat jiran. Memang la jiran hang tu orang Najib, tapi tinggal kejap dia tak sempat pun nak brainwashed anak hang. Kelia sangat hang ni sampai nak bawa budak pi perang.

5. Najib pi Itali, Mahathir pi London. Bestnya. Tak ajak kitewww pomm

6. Ibrahim Ali ni katak ke manusia?. Sila tengok video ni (click) kalau mahu kepastian. Pi Jerman belajar kat School of Freedom konon. Podaaaah!.

7. Jalan jam gila babi, roadblock sana sini. Bodoh punya Bersih buat roadblock merata-rata. Sekarang ni Bersih ke polis yang buat roadblock?. Polis buat roadblock sebab tak kasi buat Bersih lah. Bukan polis yang bodoh tapi Bersih yang bodoh. Agong cakap boleh buat kat Stadium Merdeka pastu tak kasi buat pula. Macam satu yang bodoh ni?.

8. Mat Sabu sekarang top dol, asyik muka dia je masuk dalam video. Kes khalwat lu dulu wa tak akan lupa lah Sabu. Wa tetap tak pernah percaya lu.

9. Seorang mati kerana sesak nafas semasa demostrasi. Nak salahkan siapa ni?. Tapi kalau tahu sakit aku nasihatkan baik berada lah dirumah. Masa perang, askar sakit pun tak pi perang tau. Apa-apa pun kita sedekahkan al-fatihah kepada si mati, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sudah termaktub arwah meninggal dunia semasa demostrasi, itu semua kuasa Tuhan, jadi tak perlulah politikkan isu ini.

10. Negara Malaysia adalah negara diktator. Konek mana pula yang ajar Malaysia ni negara diktator. Kalau diktator tak ada pilihan raya langsung pulak. Kalau tak Bersih pilihan rayanya tak kan lah beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang?.

11. Facebook page 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation bertukar angka setiap saat dari semalam page itu dibuat (Justin Biebir perlu belajar teknik ini dengan Najib). Rasanya memang orang tak nak kau dah Jib, kita balik lepak kampung jer lah. Orang dah tak suka kita. Dah-dah lah tu nak jadi PM lagi.

Apa Rosmah marah kalau hang letak jawatan?. Tak leh cakap apa lah kalau macam tu Jib, ikut suka hati hang jer lah.

12. Salute pada A Samad Said. Dengan puisi dan sajak sahaja mampu mengegarkan kepimpinan Barisan Nasional. Sajak-sajak Pak Samad nampaknya lagi kuat dari senjata api FRU. Apa magik orang tua ni aku tak tahu lah. Tengok video dia masa nak pi Istana?. Pak Samad sangat comel dol.

13. Tv 3 selalu buat kelakar.

14. Anwar pun kelakar jugak, ada dalam video tu dia berjalan elok-elok biar pun ada darah kat tepi baju. Siap boleh cakap kat kamera lagi. Alih-alih nampak terlentang macam nak mati plak dah. Mana satu aku nak percaya Anwar?. Kes main bontot lu bila nak settle dol?. Rimas dah aku dengar.

15. Patriot ni kejadah apa pulak?. Aku tengok dalam video tu macam mat rempit mana ntah dorang upah. Memang sangat politik umno kot, depa time-time macam ni baru nak berkawan dengan rempit. Kalau tak dicacinya habis mat rempit ni. Kesian mat rempit, selalu jadi kambing hitam.

Kesimpulannya, aku tak sokong bersih dan aku tak juga sokong Najib Razak apatah lagi Mat Sabu atau Ibrahim Ali. Aku tak kisah pun kalau pilihan raya itu tidak adil asalkan kerajaan tahu memberikan pembangunan dan membantu rakyat-rakyat yang ditindas. Anwar pun belum tentu boleh bantu kita bang dan aku memang tidak pernah nampak Anwar punya kelayakan untuk membantu, tapi aku percaya Anwar lebih better dari Najib.

Cuma satu yang aku nak cakap kat sini, kita selalu lupa perkara yang lebih penting dari demokrasi. Ah demokrasi itu hanya ciptaan Amerika sahaja, bukan entiti yang terbaik patut kita anuti pun. Tak perlu kita perjuangkan demokrasi kerana Islam itu sendiri melebihi dari nilai demokrasi yang dipegang oleh Amerika.

Untuk lebih bagus dari demokrasi barat sebenarnya kita boleh capai dengan pendidikan dan juga ekonomi. Tapi kita lupa semua itu.

Penat dan tenat.

24 caci maki:

kuman. said...

tepuk-tepuk tangan.

dora explore said...

awak..

1.Pada saya BERSIH tu suara rakyat. Chorus: Boleh pergi mampus mana2 pemimpin atau siapa2 yang ada agenda tersembunyi itu.

2.Yang turun masa BERSIH haritu pun rata2 cina, india, melayu ada dan itulah suara rakyat.
**Patriot bagi tshirt free kat bangla tu lain cerita. Chorus:

3. Memang betul pendidikan amat penting sekali. Pendidikan boleh membantu manusia untuk lebih bijak menggunakan otak. Saya setuju. Chorus:

4. Gerakan yang paling digeruni oleh mana-mana pemerintah diseluruh dunia adalah gerakan pelajar. Saya believe dan percaya rata-rata yang turun berdemo BERSIH haritu pun golongan terpelajar. Chorus:

5. Tapi hairan 50K-120K sahaja ke golongan terpelajar di Malaysia? Mungkin roadblock berjaya menghalang mereka. Owh mungkin golongan terpelajar yang lain sedang belajar diluar negara? iya mungkin, kalau tidak takkan London, Australia, China, etc pun ada BERSIH sekali kan? Chorus:

5. Gerakan pelajar lah yang telah banyak menumbangkan banyak kerajaan kurop di dunia ini.
Chorus:

6. Jadi.. stay in school adik-adik.. Chorus:

iamstradust said...

mana ada gerakan mahasiswa kat Malaysia ni awak oi. kalo setakat 5 orang tu tak adanya nak gerakan sangat. nak bukak koperasi pelajar pun tak lepas.

tapi bersih memang bagus kecuali mat sabu

Syuhadah Azri said...

Tepuk tangan sikit,sikit je.
Tapi saya sokong Bersih.

Nak tanya,awak org tgh la ye tak sokong najib dan tak sokong bersih? Ke mcm mna?

pakkordi said...

Ada org kata mereka yang duduk atas pagar ni ibarat burung, takdak prinsip. Saya jawap, dalam hati saya takdak UMNO takdak PAS. Cukuplah Allah dan Rasul. Allah dan Rasul tak pernah tipu.

Itu pun ada org nak komplen juga. Insan macam tu lah. Tak pernah puas dengan ego masing2.

iamstradust said...

pakkordi dah tolong jawab utk saya syuhadah

dr lee said...

aku tumbukk jugak ko ni dora. komen panjang panjang baik ko buka blog sendiri

iamstradust said...

dia awek hot, rugi nak tumbuk dia..keh keh keh

dora explore said...

*stradust- 
1. saya maksudkan golongan terpelajar adalah mereka yang pernah menjadi mahasiswai. Tak kisah lah masih mahasiswai ke atau dah berkerjaya. Dimana mereka rata rata rajin menggunakan otak untuk melihat sesuatu keadaan itu dari pelbagai sudut. 

*dr lee- awak doktor betul ke?

iamstradust said...

golongan terpelajar?. mereka dah jadi kaya, mana nak kisah pasal orang miskin lg. bersih adalah perjuangan rakyat2 yg tertindas.

student movement dan so called golongan terpelajar sesuatu yg tak pernah sama

dora explore said...

Oh jadi yang berdemo kat London, China, Australia tu orang miskin yang tertindas lah? Setahu saya orang miskin yang tertindas di Malaysia kebanyakan berdiam diri je. Pada kebanyakan mereka "negara kita ni aman makmur dah, ekonomi semakin maju, buat apa nak berdemo demo. Lepak rumah menikmati kehidupan aman yang dari 50 tahun dulu macam tu je adalah lebih baik".

iamstradust said...

sah2 kalo kat london china dan negara yg anda masukkan itu kebanyakkannya student.

well anda tidak boleh membezakan lagi student movement dengan middle class action nampaknya. cuba tenang dulu okay. ada orang sokong bersih ada orang benci bersih.

dia ada hak dia juga untuk lepak kat rumah dia. kata demokrasikan, awak sendiri pun kalau pegang demokrasi lintang pukang juga. tu sebab saya tak pernah percaya pada demokrasi. negara membangun tidak perlu demokrasi dora, kita hanya perlu kerajaan yang baik sahaja, bukan kerajaan yang korupsi.

undi anda 2013 nanti menentukan kerajaan mana yang akan tadbir malaysia pula. jangan sia-siakan undi anda itu ya.

Anonymous said...

dora mesti awk turun bersih kn aritu... :p

nurdeena anuar said...

saya tak suka bersih mahupun pentadbiran najib. saya setuju dengn point Stradust yang kalau pilihanraya kita tak bersih lansung macam mana Selangor contohnya boleh jatuk ke parti pembangkang. Jika benar pilihanraya kita sangat xtelus xkan senang2 BN nak lepaskan negeri kaya macam Selangor ke pihak lawan. tambahan pula kalau masih pilihanraya kita ni xbersih kenapa Kelantan sentiasa dikuasai Pas.

Mengenai demokrasi, tidak semestinya menjanjikan kemajuan & pembanguna 100%. contohnya negara China bukanlah sebuah negara demokrasi 100% tetapi ia tetap menjadi antara kuasa besar di dunia. Saya setuju dengan point demokrasi itu satu ideologi Amerika semata2 contohnya misi demokrasi Amerika ke Iraq tapi lansung tengok apa jadi sekarang kat negara tu.

Anonymous said...

tak perlu nak yell for democracy kalau kita sendiri masih tak mendaftar sebagai pengundi pada umur 21 tahun.
Kita menuntut kebebasan bersuara atas nama democracy, tapi democracy yang dah di-provide tidak pula mahu digunakan.

Anonymous said...

tomeynya abe.... ala tomey sangat tu!

Anonymous said...

sedihkan sampai satu tahap agama pun dipolitikkan.
sedihkan sebab sekarang susah nak percaya ahli politik.
sedihkan bila manusia dah tak minat nak duk aman-aman

sokong pakkordi mujur ada Allah dan Rasul untuk kita ikuti sebab dah letih nak ikut sapa2 pun..haih~!



-Ada Rasa-

Anonymous said...

Bro..sorry menyampuk dlm blog lu..cume cube utk bantu terangkan ape yg patut..pertama Demokrasi bukan ciptaan Amerika, ianya dimulakan di England, sila google dan fhmkan, ade byk name yg berusaha utk mempopularkan sistem ini pd mase yg same anda juga mungkin boleh tahu konsep komunisma juga sosialis dan kapitalisma..demokrasi juga ade byk jenis cthnya demokrasi sosial,demokrasi terus,cuma kerajaan yg ade dinegara kite sekrang ni kurang mahir memahami konsep demokrasi yg mereka laungkan.. etc....

BERSIH bukan utk bantu golongan org miskin, tp BERSIH 1 NGO bebas utk mintak sistem pilihanraya yg bersih dan adil..

jika pilihanraya benar² telus bukan sahaja pembangkang menang di selangor,kedah dan penang..tapi kesemua 14 negeri mereka akan menang..


student movement sgt penting..byk revolusi berlaku hasil dr 'student movement' cthnya revolusi Peranchis,korea selatan juga yg paling dekat di negara Jiran iaitu Indonesia..dinegara ini juga pernah ade beberapa gerakan mahasiswa yg berjaya utk menggegarkan negara..cthnya kisah pd lewat tahun 70an juga 80an,berape ramai pelajar yg lari keluar negara dan dptkan suaka politik..tp sekarang ni pun masih ade jgk gerakan mahasiswa cume bergerak secara underground,biaselah org kerajaan mane suke bende2 ni.kalau belajar dkt universiti tapi x tau ape2 pasal AUKU rasenye baik x perlu buat review pasal BERSIH ..
bro..ahaha

politik sgt penting didalam menjana pengukuhan ekonomi,jika kerajaan korup ekonomi lemah,lu org smue nk kerja mcm mane?? kuasa membeli jd kecil, lu org nak beli rokok atau mkn mcmane??cube fikir..untuk terus berkuasa kerajaan yg ade terpakse menipu didalam pilihanraya..fikir secare kritikal bro..

Lu kate lu Punk tapi kurang kaji ttg sistem² yg menindas..jgn dengar SEX PISTOL je bro..jgn asyik nyanyi lagu 'Anachy in UK' je kalau maksud anarki pun tidak faham..

hope smue org jgn marah gua..ini sekadar info sahaja..

-red Stapler-

iamstradust said...

aku tahu england, tapi siapa yg naikkan demokrasi bro?. well said england tak demokrasi total pun bro, depa pun masih lagi monarki. depa ada queen kot. oh ya, aku tak google bro, dulu aku stadi amik politik kat UM. aku baca buku.

bersih bukan untuk orang miskin?. then aku fuck bersih. sbb depa nanti bila dapat kuasa akan lupa kat orang miskin. macam umno jugak lah

pembangkang menang semua negeri?. buktikan lah bro macam mana?.

lagi sekali bro, pasal student movement. aku dari UM. dan kau patut tahu aku lagi tahu pasal student movement dari kau :D tak payah aku cakap pasal student movement lah kat sini bro.

sekali lagi bro, dulu aku buat assignment pasal anarkisme kot. then sekali lg aku cakap, aku lagi tahu dari ko bro. seriously aku lagi tahu.

sori bro, apa yg ko cakap kat sini bukan info pun. apa yg ko cakapkan semua benda orang yang dah tahu. lagi pun bro, orang macam ko ni just google jer. semua orang tahu bro, aku tak payah nak cerita pasal apakah itu politik lagi sekarang ni. semua dah ada dalam internet.

anyway thanks bro sudi komen

hang tetap sempoi!

Anonymous said...

Cool...maaf sbb aku tak tau yg kau belajar ambil subjek politik..ingatkan kau belajar subjek lain..so utk dpt sedikit info dgn care yg mudah adelah dgn google..aku juga belajar politik,bace buku cume aku x study dkt UM.aku study dkt U lain..

mmg England ade dasar monarki dan aku tak ckp pun mereka gunakan sistem demokrasi secara total,cume dulu time aku study kt sane adelah aku nmpak satu dataran padang yg diberi name 'speaker corner' dan setiap ahad rakyat boleh berdiri disana sambil luahkan perkara yg mereka tidak puashati ttg kerajaan..ahahaha..kan demokrasi itu bermacam²..kate kau belajar politik xkan tak aware pasal jenis² demokrasi yg ade..

kenape perlu fuck BERSIH jika mereka bukan fight utk org miskin..and lg satu mereka mungkin xkan dpt kuasa kut..sbb mereka bukan parti politik yg sibuk nk bertanding dlm pilihanraya..mereka hanya NGO bebas yg minta sebuah sistem pilihanraya yg adil dan bersih..

pembangkang menang 14 buah negeri dan mahu bukti,well kau belajar politik xkan tak boleh buat review sendiri,oh mungkin kau study politik,tapi kurang faham ttg landskap politik negara..takpelah,nnti lambat laun kau mungkin fhm kut..

Student movement..mungkin aku kurang tahu sbb zaman aku dgn zaman kau mungkin berbeza..cume berdasarkan sejarah student movement di UM sgt agressif pd sekitar 70an..sekarang mungkin dh lain kut..maaf jika aku silap

well,berdasarkan komen² dari rakan² kau diatas aku tak rase mereka semua tahu 100% ttg politik,mungkin mereka tidak study politik mcm kau juga aku dan rasenye care paling mudah adelah 'google'

baguslah kau pernah buat assignment ttg anarki..harap kau fhm betul2 ttg anarki dan harap kau bukan sekadar copy & paste je dr mane2 fakta yg ade,semate utk siapkan assignment..

sorry bro sbb masih menyibuk2 dlm comment box lu..harap lu tak marah..if lu ckp gua sempoi..lu lagi sempoi..ahahaha

\/ -blue & red stapler-

iamstradust said...

thanks wei. aku rasa hang sempoi, aku respect pendapat hang. lain orang lain pendapat. aku tak leh rasa apa yg aku cakap betol dan hang pun tak leh nak fikir hang jugak betol.

but aku respect apa pendapat hang tu.

p/s: aku banyak keje hari ni. lain hari lah kita bertukar pendapat bodoh kita

Anonymous said...

Lu memang cool bro..bg gua..lu x bodoh, dan pendapat lu juga x bodoh..all the best didalam mengejar cita2..

-Blue,red & white stapler-

diskopi said...

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times - An essay and short story writing competition in Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

More than RM6,000 worth of cash, books and a super cool limited edition diskopi's bersih t-shirt "melawan atas jalan bukan hanya atas talian" to be won + a chance to get your writings published in a book to be launched this year!

For those interested to capture the zeitgeist of our era through essay or short story and won those prizes please check it out the details, terms and conditions of the competition at:

http://diskopi.wordpress.com

You can also download the competition poster in jpeg files at diskopi blog and publicised it in your blog and facebook.

And please spread the good words to all your online and offline friends.

Thanks.

dora explore said...

you dua orang ni gaduh pasal i ke???

so sweet..
tapi sorry lah... i'm sorry.. :D