Kalau biasanya, aku masuk je studio, terus aku buat kerja. Tapi hari ni atas mengambil mode raya dan juga nak balik kampung serta ditambah pula dengan hari kemerdekaan, aku pun layan lah my phone shorties anjuran Digi. Hari tu aku dah layan, tapi satu je sempat aku tengok, jadi hari ni gua habiskan semua sampai yang behind the scene pun gua layan.
Okay dengan mengambil semangat merdeka, aku nak komplen sikit pasal kita punya stereotype tentang mat salleh. Well, bila cakap tentang mat salleh, kita mesti rasa mat salleh ni power gila, kita orang melayu tak cukup genius untuk buat benda yang bagus. Mat salleh adalah terbaik.
Itu adalah satu point, then mamat ni bukan mat salleh lah. Tapi depa cakap omputeh punya lah lebat. Kita yang tak reti cakap omputeh ni pun rasa lah rendah diri. Cuba korang tengok video ni behind the scene (click). Aku tengok video ni, tengok dia punya director duk cakap pom pang pom pang pasal HD camera, dynamic range lah apa lancau. Then dorang punya teknologi boleh tahan canggih lah, dengan editor pun mat salleh bagai. Memang lah student, tapi sabar dulu aku belum habis cakap.
So inilah hasil yang mereka buat tu, [video] (click).
Itu jer?.
Cuba compare dengan hasil kerja budak-budak melayu ni plak. Belacan (click) atau Surat Cinta (click).
Kesemuanya student dan korang nampak tak apa bezanya?. Nampak tak apa masa depannya?. Kita yang duk angkat mat salleh sangat, bila nampak mat salleh rasa depa tu hebat. Mula lah rasa rendah diri bila nak bersaing. Kena pula lah orang tu cakap omputeh kita pun layu lah downkan diri.
Sebab sesetengah kita punya mind set mengatakan melayu ni haprak. Tak semua bero, melayu ke, cina ke, india ke, mat salleh ke, mat zibabwe ke, semua tu bergantung kepada individu bero.
Point aku mudah sahaja, kita patut merdeka daripada perasaan pesimis dan takut. Kerana ketakutan itu lah yang menjajah kita. Takut untuk berhadapan dengan bangsa lain, terutamanya dari orang-orang negara yang lebih maju. Kita rasa kita mundur dan premisnya kita rasa jahil.
Padahal bukan semua orang yang reti bercakap tu boleh buat kerja, mereka hanya reti bercakap sahaja. Seperti tin kosong, mereka lebih banyak bunyi daripada menjadi berguna. Kita jangan jadi bodoh dengan percaya bulat-bulat. Sudah masanya kita patut bebas dari kepompong dijajah.
Apa kata kita pula yang menjajah?.
Oh well.
Aku bukan orang yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik, boleh dikatakan inggeris aku hancur berderai. Tapi tempat aku bekerja hanya aku seorang yang berbangsa melayu, malah aku seorang juga yang bertutur dalam bahasa melayu. Mereka orang Cina Singapura, Cina Hong Kong, ang moh Australia, ang moh Britain dan seorang India dari Mumbai. Tak ada orang paham melayu, tapi aku masih elok-elok sahaja survive kat sini.
So tak ada alasan bukan[?] untuk kita nak bersaing walaupun Inggeris kita hancur?. Tak adalah alasan bukan[?] untuk kita maju kalau tak power atau fluent omputeh pun?.
Pokoknya mudah sahaja, buktikan kau lagi bagus. Bukan cakap yang kau bagus. Itu omong kosong boi!.
Dan kata akhirnya, merdeka dalam dunia moden bukan lagi pada penjajahan territory sahaja. Merdeka wujud dalam banyak konteks kini, kita boleh menjajah dan dijajah dalam era internet sekarang. Bezanya adalah mind set kita sahaja.
Mahu atau tidak.
Pilihan ditangan anda.
Selamat hari raya dan peace.

6 caci maki:
Itulah, aku outstation kt Singapore yang companynya aku sorang je Melayu pun, boleh jugak survive.
Yang penting yakin diri, dan buktikan kita pun boleh buat apa yang diaorang buat. Jangan jumudkan pemikiran kita ye tak.
Selamat Hari Raya bro!
"Padahal bukan semua orang yang reti bercakap tu boleh buat kerja, mereka hanya reti bercakap sahaja. Seperti tin kosong, mereka lebih banyak bunyi daripada menjadi berguna." contoh - azmir affandi dari cube film. memang pandai bercakap macam roket2 mercun yang meletup kat udara. last sekali, rupanya haprak!
salam ramadhan.. jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman saya mengembara di 46 buah negara .. :)
kuli
amir tu baik kalau tahu macam mana caranya. kasi weed dia terus ok punya..haha
ok dah buat tahi..hehe entri merdeka kedua dibaca..dah setaun polo kau..
Part english ni susah sikitlah..asal cakap omputeh pung pang pung pang pung pang
terus cop hebak mu..dah gomen seniri penah gunakan bahasa english utk sains n math..katanya melentur buluh dari rebungnya..dari sekolah dah tau english time kat uni nati xdelah masalah english..ada betolnya..tapi secara automatic org akan letak english 1tahap cukup tinggi..zaman dr.m pn dah ditanam english hebat..asal mb ke org ada nama ke masuk tb..mesti cakap pakai english banyak dem!gila panjang polo kau..
Part english ni susah sikitlah..asal cakap omputeh pung pang pung pang pung pang
terus cop hebak mu..dah gomen seniri penah gunakan bahasa english utk sains n math..katanya melentur buluh dari rebungnya..dari sekolah dah tau english time kat uni nati xdelah masalah english..ada betolnya..tapi secara automatic org akan letak english 1tahap cukup tinggi..zaman dr.m pn dah ditanam english hebat..asal mb ke org ada nama ke masuk tb..mesti cakap pakai english banyak dem!gila panjang
agree.
selamat hari raya.
Post a Comment