Aku suka kucing. Kat rumah aku ada kucing nama Bunc. Aku juga tidak punya masalah dengan mana mana kucing. Aku sayang kucing atas setakat aku sayang kucing dan tak lebih dari prinsip itu.
Maka hubungan aku dengan kucing adalah seperti manusia dan binatang, tak lebih tak kurang. Tapi sekarang ini, masa depan dan hak kucing kadang kala dilaungkan lebih tinggi dari nilai manusia sendiri?.
Isu petknode tiga empat hari lepas misalnya diperjuangkan dengan sangat lantang oleh rakyat Malaysia. Permis itu diserang oleh NGO sehinggalah ia membentuk satu isu semasa yang sangat populist dan sampai ke telinga pemimpin tertinggi negara. Syabas kepada rakyat Malaysia kerana telah mewujudkan satu kesedaran menyayangi binatang dan makhluk lain dimuka bumi ini.
Tapi yang aku hairan kenapa isu kemiskinan tidak diperjuangkan macam mana isu kucing tadi?. Isu kemiskinan dan peluang pendidikan percuma tidak pun dibangkitkan macam mana kita bangkit menentang kezaliman terhadap kucing.
Tahu kenapa?.
NGO kebanyakkan adalah orang yang mendapat pendidikan, mereka berupaya untuk menanggung perbelanjaan pembelajaran anak mereka dan kebanyakkan mereka orang bandar yang tak akan paham untuk melihat dunia miskin daif orang kampung bagaimana. Itu hak mereka untuk memperjuangkan isu mereka, kerana NGO juga punya kepentingan mereka sendiri. Pastilah isu yang dekat dengan mereka yang diperjuangkan dahulu.
Macam aku kata, aku tak ada isu dengan kucing. Aku sayang kucing, bagi kucing makan, peluk kucing, kadang kadangkan kena taikkan dek kucing. Cuma yang aku impikan, kita meletakkan taraf yang sama juga mengenai isu manusia yang lain. Alangkah bagus kalo kita bersama sama bangun menuntut khidmat kesihatan dan pendidikan yang percuma dahulu, kemudian hal kucing itu kemudian.
Kita tak tahu berapa ramai manusia yang menderita kerana tidak mampu membiayai kos perubatan. Kita tak tahu berapa yang miskin hingga tak mampu bersekolah sehingga terus miskin untuk beberapa generasi. Alangkah bagusnya kita perjuangkan hak manusia tanpa melupakan hak binatang dan alam sekitar untuk terus hidup bersama.
Mungkin aku salah.
Tapi membantu manusia yang memerlukan tak salah kan?.
1 day ago

5 caci maki:
yang ni best... stuju...
kadang2 perlu belajar utk tutup sebelah mata....
kadang-kadang kita lupa our own priority.
awak, apa pendapat awak mengenai Imran Nazar Hosein? kita dengar dia tak boleh masuk singapore. nape ek?
senang jek aku ckp..kucing xada suara nak ckp yg dia sakit kena tendang kena sepak kena terajang..kucing xda tgn nak beli nasi, kucing xda duit nak beli nasi, sedangkan manusia ada akal ada suara ada tangan boleh buat itu dan ini..cuma perlu berusaha..manusia dah diletakan di tempat paling atas, tp diri sendiri terlupa dan terus letak diri di tahap yg paling rendah dari binatang..manusia byk diri berikan kelebihan tp xpandai gunakan..dunia bukan hanya milik manusia tp milik setiap mahluk tuhan di dunia..andai kata binatang berakal nescaya manusia akan lebih tertindas!
Post a Comment