Sebaliknya kami hanya bercerita tentang benda yang bodoh-bodoh. Apa dia buat hari-hari dan apa aku buat masa di dalam kereta misalnya. Kemudian ada lagu Death Cab For Cutie di dalam telefon tangannya. Aku kira dia punya taste di samping baju yang sangat cool.
Cuma dengan dia, aku tidak boleh merokok dengan lebat. Dia kata dia tak suka. Apa aku peduli kalau dia tak suka pun. Jadi aku merokok juga tapi hanya sebatang
*nyalakan rokok
Sambil aku lihat mata dan senyuman yang paling comel pernah dilihat, dia minta telefon. Riak wajah memang nampak prejudis. Tapi tak risau, sudah lama aku tidak sms berunsur romantis kecuali beberapa sms dari bekas kekasih lama untuk beberapa bulan yang lalu.
*sedut rokok
Dia minum air kopi ais yang kami kongsi bersama. Jam sudah 3 pagi, tapi walaupun air itu dikongsi ia tetap juga lambat habis. Masing-masing sebenarnya tidak mahu air itu cepat habis, jika tidak, ia boleh dijadikan alasan untuk mengakhiri pertemuan.
*sedut rokok sambil melakukan aksi kepulan asap bulat
Dia giggles bila nampak kepulan asap bulat. Sambil dia pecahkan asap itu dia kata, “wah bestnya”.
Aku pun kata;
“saya boleh buat asap bentuk heart, nak tengok?”
Dia pun sedikit malu-malu tunduk.
Bila rokok sudah habis masa untuk kami pun berakhir disitu juga. Akhirnya dia hanya lambai dengan ucapan “take care”.
3 comments:
Di sana mula menulis, begitu juga di sini. Ewah.
power !!!! selamat hari raya brader!
mj
hahahaha. gedik gila kot!
asang
selamat hari raya too bro
Post a Comment