Feb 27, 2010

Togetherness/Happiness



Now we watch TV
Til we fall asleep
Not very exciting
But it's you and...

Me and we'll always be together
You and me always, and forever

Mahu tunggu orang yang boleh teman aku tengok tv, pergi beli roti di coldstorage, baca buku sama-sama.

Nah rokok!.

Feb 25, 2010

I Love a Mystery

Dua hari kebelakangan adalah hari yang tenang. Aku dapat habiskan masa seorang diri - dalam bilik - habiskan novel yang sedang dibaca.

Baca novel tu bunyi macam pondan bukan?. Tapi aku suka baca novel, apa boleh buat. Yang terbaru aku sedang baca sebuah novel sci-fi post human, Heavy Weather oleh Bruce Sterling. Serius aku tak rasa best pun, cuma yang menarik adalah tentang fakta yang dia guna, setting tahun 2031 dan kemampuan Sterling dalam memanipulasi genre cyberpunk. Apa pun, dia menarik aku untuk terus membaca walaupun tak best mana.

Siang hari sibuk dengan kerja. Kadang kala aku run 4 hingga 5 project sekali gus. Penat memang penat, tapi aku suka dengan stress dan adrenalin yang turun naik. Rasa seronok dan mengujakan, especially bila client puas hati.

Sometimes, dalam post production, magik itu berlaku secara tidak sengaja. Macam magik yang benar-benar magik. Sebab software itu besar, bila di mix dengan pelbagai effect, output puas hati. Rasa macam orgasm berkali-kali bila experimen menjadi. Good digital artist tak ada satu peraturan, jika 2+2 tidak semestinya 4. Kena banyak explore macam-macam sampai setiap wiggle, teknik scripting atau expression buat kau rasa teknologi ini adalah memudahkan hasil seni.

Aku bukan bagus dalam design, tapi aku tahu aku lebih bagus dalam after effect. Apa-apa pun, aku rasa ketagih untuk datang kerja setiap hari, sebab setiap hari ada sahaja ilmu baru akan masuk ke dalam otak. Lebih dari pergi universiti. Dan aku perlukannya setiap hari, macam dadah yang masuk ke dalam pembuluh darah.

Punk tak perlukan sekolah, just perlukan pengetahuan untuk terus hidup.

Itu cara aku hargai hidup ini. Macam setengah dari kawan aku yang sebaya, ramai antara mereka meraikan kehidupan dengan menlangsungkan perkahwinan. Bagi aku, kahwin adalah tanggungjawab yang besar, memusnahkan segala kemudaan yang ada. Tapi satu hari aku akan berkahwin juga, cuma bukanlah dalam masa terdekat. Terlalu banyak lagi perkara yang perlu dibuat masa berseorangan.

Tak pasal pula kanak-kanak akan membataskan segala pergerakkan aku. Aku masih lagi mahu enjoy good film, good music, good art dan evil behaviour.

Kata bos department aku;
"Marriage is our last, best chance to grow up"

Tapi aku rasa Nietzshe lagi tepat;
"It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages"

Hello friend.

:)

Feb 23, 2010

Revolusi Dari Bilik Tidur #2

Bila aku melalui Hospital Kuala Lumpur dalam lebat petang tadi, macam aku terlintas di kepala. Berapa banyak lagi perkhidmatan kesihatan yang boleh diberi secara percuma?. Selain HKL mana lagi untuk orang-orang yang tidak berduit seperti aku boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan bila sakit?.

Klinik 1 Malaysia?. Kita cuba fikirkan sekejap.

Dalam cerita yang pernah berlaku pada kawan aku sendiri, dia kemalangan, patah kaki. Hospital yang terdekat pada waktu itu adalah PPUM. Sampai di hospital, pihak hospital telefon ibunya untuk mendapatkan deposit kerana kawan aku tidak punya insurans kemalangan.

Ibunya kerja kampung, tidak mampu membayar sejumlah wang hanya untuk deposit, bukan lagi dikira jumlah keseluruhan kos perubatan, dalam kesakitan, pihak PPUM tidak boleh merawatnya dan dihantar pula ke HKL.

Tahu berapa lama dia terpaksa menahan sakit sebelum dirawat oleh doktor?. 8 jam!. 8 jam dengan kaki yang patah dengan badan-badan yang luka. Kalau dia sudah tenat, mungkin boleh meninggal dunia.

Peristiwa begini pernah keluar di surat khabar, dan ada yang sudah meninggal kerana kerakusan wang ringgit. Tapi ia tidak pernah berhenti disini sahaja. Ada sahaja yang nasibnya malang.

Baiklah, cuba kita bayangkan, jika satu hari kita sakit. Dan kita tidak punya duit untuk kos perubatan. Nampaknya kita hanya akan mati. Sebagai orang miskin, nyawa kita mungkin tidak ada guna di mata orang yang berharta.

Tak perlulah kita nak jadi sebuah negara maju kalau perkhidmatan kesihatan tidak boleh diberi secara percuma. Tidak perlulah kita bina bangunan tinggi-tinggi kalau ramai lagi yang menanggung sakit kerana tidak berduit. Sudahlah jatuh, ditimpa pula tangga.

Kemudian ada orang cakap,

"Kau ni semua nak percuma"

Dude, ini bukan soal aku mahu percuma sesuka hati. Ini soal nyawa. Kalau benda ini berlaku pada kau, pada keluarga kau, atau kawan-kawan kau. Barulah kau sedar.

Aku tak rasa sistem perkhidmatan kesihatan perlu diswastakan, mungkin boleh. Tapi sepatutnya hospital swasta yang didirikan patut ada tanggungjawab sosialnya juga. Bukan berteraskan wang material semata-mata. Kiranya orang miskin tidak layak masuk hospital, apatah lagi untuk mendapat layanan yang sama rata.

Dua sahaja perkara yang penting dalam meneruskan kelangsungan hidup seorang individu. Perkhidmatan kesihatan untuk membolehkan mereka punya kudrat untuk bekerja, satu lagi ialah pendidikan yang sempurna dalam memastikan mereka punya ilmu untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan masa depan.

Sistem pendidikan dan hospitaliti patut diberi secara percuma. Setidaknya ukur kemampuan seseorang dahulu, bukannya membebaskan segala kapitalis mengambil kesempatan ke atas manusia yang kesempitan.

*Hanya pandangan aku semata-mata dan apa yang pernah berlaku ke atas kawan aku, esok lusa mungkin aku atau kamu juga tidak terkecuali.

_________
Lupa mahu cakap, weekend ni Mani akan berada di Little Havana, Changkat Bukit Bintang. Sebagai peminat Stone Roses, aku tak akan melepaskan peluang ni. Kalau kamu suka Primal Scream pun, jangan lupa beb. Ini living lagend, bila lagi kan?.

Feb 22, 2010

Apakebest ni


Gambar dicilok dari facebook Fad yang sekarang tengah jadi photographer yang hot di Tanah Malaya.

Kenapa best sini?. Kenapa?.

Aku berharap ada banyak lagi tempat yang best macam ni. Fuck!. Best siot tempat ni, rasa nak pergi sana.

Baiklah, next month aku dah ada duit untuk pergi jalan-jalan kemana aku suka. I wish next month boleh jumpa tempat yang superb macam ni. Jumpa nice people macam kamu semua.

*

Oit banyak update.

Suka hati bapak aku ah!

Feb 21, 2010

Student Power

Hentikan tentang emosi yang gundah.

Terbaru untuk bulan depan, selain daripada short film I'm Here oleh Spike Jonze, Placebo live di Kuala Lumpur. Satu lagi berita gembira untuk kamu semua, inspiring Malaysia documentary director, Fahmi Reza telah menyiapkan dokumentari terbarunya, Student Power Kebangkitan Mahasiswa '60an' (check out trailernya). Anda juga boleh check out di tumblrnya.

Aku kenal Fahmi 3 tahun lalu, zaman aku masih belajar. Dari sudut politikal, aku dengan Fahmi memang tak akan sebulu. Tapi kami masih boleh duduk satu meja, sebab itu hanya pegangan politik masing-masing. Bukannya kebenaran yang akan membunuh kami. Hanya satu tentatif. Dia orang yang memperkenalkan aku dengan adapter film lens. Sungguh teruja pada masa tu.

Sebagai tergolong dalam generasi baru pembikin motion picture, aku suka dengan kerja-kerja Fahmi. Sangat jelas tentang misi dan visinya. Dia tahu apa dia nak.

Kamu semua tengok sahaja 10 Tahun Sebelum Merdeka. Hasil kerja yang cukup kemas dan bergaya. Dokumentari sejarah dengan lagu punk rock membuatkan ramai remaja mula minat dengan sejarah. Mungkin sudah ada yang mahu menjadi sejarawan selepas menonton dokumentari sulung Fahmi.

Apa pun, Fahmi sentiasa suka mengerakkan masyarakat dengan hasil kerjanya. Dan aku tak sabar mahu tengok kerja terbarunya ini. Macam buat aku mahu kembali ke universiti dan memberontak. Sayangnya, aku sudah menjadi hamba kepada kapitalis. Dan aku suka dengan wang.

Nafsu Menderu-Deru Bikin Malu

Kita semua punya satu perasaan pentingkan diri sendiri. Masing-masing ada conflict of interest. Kalau kau kata aku sangat facist, kau pun sebenarnya begitu juga.

Sekali lagi, conflict of interest.

Kau hanya mahu hidup untuk membuatkan kau bahagia. Begitu juga aku. Semua orang begitu. Masing-masing mahu berada dalam utopia.

Semoga semua akan okay sahaja. Dan aku punya dunia aku sendiri, setiap hari percayalah mulai hari ini aku akan menjadi orang yang paling penting diri sendiri. Kerana aku sudah belajar, terlalu beri muka macam membunuh diri sendiri.

Ah peduli lah. Aku mahu jadi punk!. Bila kau deal dengan punk, maka hati-hati.

*Bukan lagu punk tapi mesej dia kuat

Feb 20, 2010

Pagi Minggu Nak Tendang Orang

Apa sangat yang kau tahu pasal aku sebenarnya kau tidak tahu. Apa yang kau rasa itu sebenarnya tak pernah sama dengan apa yang kau rasa. Bila aku tulis diblog ini tak sama dengan apa yang realiti.

Contohnya, di luar sana aku tidaklah miserable sangat. Biasa sahaja seperti jantan normal lain. Bila aku tulis, ia menjadi miserable. Aku suka menulis tapi malas nak menlawak untuk kamu gelak.

Cuma bila aku tak buat apa-apa, perasaan kehilangan itu datang dengan sendiri. Sebab aku manusia biasa, makan bila lapar, tidur bila mengantuk, bila mahu stone aku akan stone. Jadi jangan anggap aku akan sentiasa romantik, sebab aku akan romantik bila aku mahu romantik. Aku manusia bukan?. Macam kamu juga. Bukan robot.

Aku ada hati dan jiwa. Begitu juga kadang-kadang aku mahu pergi melihat lukisan, mahu menonton wayang, aku mahu mendengar muzik atau hanya mahu bersendirian. Bukan "bipolar", sebab perasaan ini bukan terlalu drastik. Kalau ia datang terlalu cepat boleh-lah katakan aku menghidap "bipolar".

Bukan juga lalang, sebab aku tahu apa yang aku buat. Bila aku buat keputusan, aku akan buat apa yang aku cakapkan. Aku pegang actions speak louder than word. Ini bekas kekasih aku juga yang ajarkan.

Sama juga untuk kau, bila aku sudah mula letak kepercayaan dan mahu beri komitmen, kau pula main-main tarik tali. Maaf, aku boleh jadi sangat sombong, kerek gila, tak nak angkat telefon, malas nak reply sms, tak layan lagi karenah songgeh kau. Apa aku mahu peduli lagi.

Gila bodoh nak buang masa, kau pun bukan budak-budak sekolah lagi. Kalau budak sekolah tu aku tak kisah lah, banyak masa untuk main-main. Aku ada career, bukannya pagi-pagi buta mahu melayan panggilan telefon kau. Reti tak orang tidur?. Kalau siapa baca blog ni tahun 2008, akan terbaca satu entri aku mengamuk gila bila orang call aku tengah tidur. At least dengan kau aku tak maki-maki. Kira beruntung lah juga aku just reject call jer.

Ah, sebenarnya masa aku tulis ni, aku sangat marah dengan semua benda. Blog ni macam tempat aku marah sekarang ni. Dan kamu semua sedang membaca apa yang aku bebelkan.

Dont Cheat Your Girlfriend (sila click untuk tengok video) dan wahai perempuan, jangan buat aku pening lagi. LETIH LAH!

Lepas ni aku malas tulis pasal benda beremosi. Baiklah jangan marah. Jangan marah. Pagi ni mahu pergi jogging. Tak bagus jogging dengan marah-marah.

Apa jeling-jeling?. Nak kena tendang?.

Feb 18, 2010

Jalan Universiti Dan Memori Lelaki Tua

Mengimbau kenangan tahun 2005 tak pernah sama dengan kenangan era revolusi mahasiswa tahun 1970-an. Sebab aku tak pernah berada pada zaman itu.

Cuma satunya kenangan 2005 adalah benar-benar wujud untuk aku dan dia.

Setiap kali aku melalui Jalan Universiti, ia banyak kenangan. Tempat aku dan dia berjalan kaki menunggu bas, kadang kala bila ada duit kami bersama naik teksi. Kadang-kadang kami berjalan sahaja sampai ke LRT Universiti untuk pergi menonton wayang. Lepas keluar wayang dia akan menjadi pengkritik yang paling kritis.

Aku senyum sahaja kerana tidak mahu meletuskan pergaduhan dengannya. Kalau bergaduh dia mesti menagis, itu yang aku malas nak cakap banyak. Lagi pun aku suka melihat dia bercakap berserta tangan yang diangkat-angkat dengan beria-ia. Sekali sekala keningnya digerakkan ke arah dahi yang berkerut-kerut bila menerangkan sesuatu yang aku buat-buat tak faham.

Tapi itu kenangan sahaja. Kenangan yang tak akan mati walaupun mimpi ngeri datang hari-hari. Kenangan manis memang sukar dibunuh dengan beribu kejahatan.

Tempat aku kerja berdekatan sahaja dengan Jalan Universiti, setiap pagi dan malam masa datang dan pulang, aku selalu nampak kita berjalan disitu. Maksud aku, orang lain pula yang mengantikan kebodohan kita dulu. Mereka yang sedang belajar sama, pergi ke library sama-sama, makan sama-sama, dan tunggu bas sama-sama. Kalau boleh aku mahu patah balik saat itu. Hanya untuk patah semula bukan untuk ubah sejarah. Tiada apa yang aku mahu ubahkan.

Hopeless romantic!.

Hari ini disebalik memori manis yang selalu buat aku tersenyum, satu kopi untuk makan tengah hari di Old Town. Seorang lelaki masuk ke restoren itu. Jika dilihat pada lelaki itu, mungkin sebaya dengan ayah aku, atau mungkin juga lebih tua. Pesara kerajaan mungkin. Biasalah di PJ ramai dengan pesara kerajaan.

Dia duduk sebelah meja aku. Kemudian memesan kopi yang sama jenis dengan aku dan roti bakar.

"Kamu sorang ke?" tanya pak cik tu.

Aku hanya angguk-angguk dan senyum.

Tiba-tiba pak cik tu jadi mesra, mengangkat tongkatnya dan juga surat khabar datang untuk duduk di meja aku. Jadi aku persilakan sahaja.

"Kerja ke?" tanya dia sambil tenung aku.

Aku angguk lagi.

"Kat mana?"

"Sana" sambil aku tunjukkan arahnya.

"Umur berapa?"

"25"

"lebih separuh dari usia saya" sambungnya sambil senyum-senyum.

Pakcik ni sangatlah mesra. Sampai aku pula rasa malu-malu. Tak lama, pelayan restoren datang kembali dengan membawa kopi dan roti bakar. Dia capai cawan tu, tiup airnya sebelum meneguk perlahan-lahan.

Belum pun sempat air jatuh ke dalam perut sampai sahaja di tengkuknya - nampak payah menelan air - dia bertanya lagi;

"Tak pernah nampak pun kat sini?"

"Kalau malam saya ada lah sini, siang-siang jarang minum kopi" terang aku biar dia mudah faham, nanti banyak lagi persoalan dia timbulkan.

Senyap sekejap. Jadi aku bertanya supaya kesenyapan tidak membunuh kami berdua.

"Pak cik duduk mana?"

"Kat belakang ni jer"

Aku menggagak pak cik ni bukan calang-calang orangnya. Sebab kalau ikutkan arah yang dia tunjukkan, semuanya rumah orang kaya-kaya.

"Dah biasa dengan Petaling Jaya?" tanya pak cik tu lagi.

"Dah biasa sangat, dulu belajar kat UM" jawab aku seringkasnya.

"Jadi saya ni senior kamu lah"

Biasanya bekas pelajar-pelajar UM, bila mereka terjumpa, tak kira umur berapa, pangkat senior junior itu memang selalu ada.

"Ni bukan abang senior, ni dah datuk senior " kata aku mengusik, kemudian dia tergelak.

"Dulu Ungku Aziz tu sempat lah main bola dengan saya" katanya cuba buat aku kagum.

Kemudian diikuti dengan kisah cintanya semasa belajar yang mana telah menghabiskan masa rehat dua jam aku.

Sampai aku ternampak ada aku dalam ceritanya. Dan aku fikir, mungkin bila tua bangka nanti beginilah aku. Kecuali tidaklah seramah ini.

Hidup dengan memori dan kisah-kisah silam yang tidak boleh dipadamkan dengan seribu kejahatan.

"Perempuan tu kahwin dengan orang lain, saya kahwin dengan orang lain" pengakhiran cerita pak cik tu.

"Tak apa, kahwin juga" kata aku sebelum beredar pergi.

Tonite/Tonite

Apa kata malam ini kita jadi mellow sedikit. Lupakan segala kekejaman, perang, korupsi, dan segala politik kotor. Lupakan seketika tentang kebencian kita. Hayati kehidupan ini dengan segala bintang-bintang (anggap sahaja bintang itu masih nampak).



Sekarang musim kemarau, jangan jadikan hati mu itu kering kontang.

"i never going down, no more, no more"

Feb 17, 2010

Thrash Diary

Hari ni aku menyambut tv commercial yang ke 30 aku terlibat. Gila sentimental aku ni, setiap commercial yang aku buat, mesti aku catit pada google document yang juga menjadi diari aku secara tidak langsungnya. Macam pondan bukan ada diari?.

At least ia akan buat aku teringat banyak benda. Buat rancangan masa depan bagaimana untuk esok atau kulkulus masa lepas. Nanti bila masa nanti, kamu akan sedar betapa penting diari dalam menguruskan hidup. Setidaknya akan boleh buat double check tentang kesilapan lepas.

Dalam cerita lain, pertama kali aku dapat buat tv commercial yang melibatkan wanita yang aku adore. Memang suka!. Pastinya untuk job ini, stress mana sekalipun aku tak kisah. Rasa macam jatuh cinta. Biar lah dia tua ke apa, aku rasa dia tetap hot.

Bosan kot asyik buat model minah salleh, tak bernafsu aku dibuatnya. Ntah, aku tetap juga pilih Melayu. Ada sexual curiosity kot.



raw footage

sillhouette

Feb 16, 2010

Inspirasi Malam Ini


"Comedy just pokes at problems, rarely confronts them squarely. Drama is like a plate of meat and potatoes, comedy is rather the dessert, a bit like meringue"
Woody Allen

Kamu suka drama atau komedi?.

Aku suka dengan kekecewaan. Kerana kecewa ialah realiti.

"If my films make one more person miserable, I'll feel I have done my job"
Woody Allen

Revolusi Dari Bilik Tidur #1

Dalam kepala otak aku macam nak tanya, kenapa "photographer" selalu ambil gambar perempuan cantik sahaja ke?. Atau pergi ke gig untuk menjalani latihan fotografi dengan menangkap aksi para pemuzik.

Kalau aku ada kamera, aku lebih gemar dengan fotografi seni geometri. Terutamanya bangunan. Tak kisahlah bangunan lama atau bangunan baru. Aku suka melihat seni dalam satu garisan. Teratur dan kemas, atau garisan yang berselerakkan. Terpulang lah bagaimana mood aku.

Kamu pun "photografer" juga?. Ambil gambar perempuan tak?. Kalau ambil meh nak layan jugak. Poorah!

Feb 15, 2010

Memori



"Kasut buatan Gombak kan bagus"

I feel it all I feel it all
I feel it all I feel it all
I love you more
I love you more
I don't know what I knew before
But now I know I wanna win the war
I'll be the one who'll break my heart
I'll be the one who'll break my heart
(FEIST)

Feb 13, 2010

Your Junkie Son

Semua orang macam mahu mengelak bila berhadapan dengan kesedihan dan kemuraman. Atau kamu semua takut untuk menghadapi realiti. Jukstaposisi antara sedih dan gembira sebenarnya adalah warna hidup anda. Bukannya mahu lari dari masalah. Lagi pun masalah itu adalah sahabat baik kita, dia selalu datang tanpa dijemput.

Somehow, i dont know why, aku dibentuk oleh perasaan sedih. Macam ada sesuatu yang hilang dalam hidup yang sempurna. What it is?. I dont care, i dont need to know. Fuck it!.

It just happen dan aku tak kisah pun dengan apa cara sedih itu berlaku. Kesedihan itu adalah ketagihan untuk aku, memberi aku satu ruang untuk mengembara ke satu dunia aku yang lain.

Teringat kembali bila watak dalam Trainspotting, Mark Renton yang dilakonkan oleh Ewan McGregor.

" I chose not to choose life: I chose something else. And the reasons? There are no reasons. Who need reasons when you've got heroin?"

Oh sangat merosakkan manusia. These thing I called as satirical. Kerana ia memberikan cerita untuk kamu, padahalnya bila kamu bangun esoknya, kamu masih kamu.

Kau sebenarnya berada dalam situasi junkie limbo. Kau atau aku dalam scenario ini siapa mahu kisah. Relinquishing junk!.

Then suddenly, my mom came here to meet me as a bloody son ever. Bukan anak derhaka. Tapi anak yang tak pernah punya masa untuknya. Yeah i know she miss me. When she turns to me and smile. I can see me in her eyes.

I realize, in this world, my fucking world, i just got my mom. Satu-satu orang yang tak pernah kecewakan aku.

Hey kids, please love your mom. Please...

Daniel Johnston-The Sun Shines Down On Me

Feb 12, 2010

Lukestar

Ramai sungguh kawan-kawan aku yang kahwin sempena cuti raya cina ni. Ada juga yang ambil kesempatan kononya ia tarikh menyambut valentine day. Mungkin itu satu sebab, ia romantik. Satu sebab lagi bagi aku, ia mengada!.

Kawan-kawan aku ramai yang mengada. Sama macam aku juga. Mengada sebab valentine day duk rumah emo sorang-sorang.

Sejak dua menjak ni aku perasaan, ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin beranak lah pulak. Fuck ah!. Dah lah anak-anak depa comel-comel belaka, rasa nak kidnap jer. Fuck ah.

Memang emo macam ni.

Perasaan dengki bila tengok orang senyum gembira dengan pasangan mereka. Aku pula masih lagi horray-horray tak tentu hala pada umur 25 tahun. Tapi tak apa, sebab aku ada career. Career is my life, my life is career. Posisi sebagai parmanent pun dah dapat, gaji pun dah naik. Tapi life masih tak ada. Shitty!.

Nak kumpul duit, bulan April mahu pergi Manila bersama Jay yang akan performance sana. Tapi tahun ni juga, aku nekad mahu ke Hong Kong. Kenapa Hong Kong?. Mahu cari amoi maaaa.

Then kawan aku tanya,

"Nak ke amoi tu kat kau?"

Aku pun jawab,

"Boleh bayar apa!"

Errrrrr...

The Velvet Underground-Sunday Morning

Feb 11, 2010

In Love Too Much

Masa aku form 4, aku pernah sekolah di Batu Pahat. 6 bulan jer aku terus blah, sebab tak tahan dengan perangai orang asli yang sama sekolah dengan aku. Serius wei, aku kena buli ngan orang asli Renggit.

Tapi yang paling best, awek Batu Pahat memang comel-comel. Sampai sekarang bila aku nampak awek comel aku akan cakap;

"Ni mesti orang Batu Pahat kan?"

Kemudian perempuan tu tanya;

"Kenapa Batu Pahat?"

"Sebab comellllll"

Ok tak cara aku mengorat?. Memang basi, tu pasal perempuan mudah bosan dengan aku. Ah pergi mati lah!.

Tapi masa aku sekolah kat Batu Pahat dulu, aku selalu jatuh hati pada amoi. Sebab amoi Johor sangat hot maa. Mata mereka sedikit bulat dari mata cina Kuantan.

Sampai ada masa aku terfikir, mahu pergi lepak JB semata-mata untuk tengok amoi kat sana. Salah satu amoi yang buat aku jatuh hati ada dalam video dibawah.

XOXO




*Edited

Alexander McQueen RIP. Imaginasi liar McQueen pasti akan menjadi ingatan buat mereka yang memujanya. Aku tak melihat McQueen dari sudut fesyen, aku banyak melihat bagaimana daya imaginasi rekaciptanya membuat ramai yang terpanar. Tapi aku ulang, aku hanya suka design dia sahaja, melalui corak-corak bukannya fabrik. Selebihnya dia hanyalah fashion victim. Apa pun, dia adalah lagenda. Tindakan membunuh diri itu untuknya adalah tepat.

Feb 10, 2010

TIGER-TIGER

SELAMAT TAHUN BARU CINA.

Video dibawah aku buat masa raya cina tahun lepas. Aku tengok balik video ni, kemudian aku gelak. Semua video yang lepas-lepas mencuit hati, sebab semuanya buruk. Tapi dari yang buruk tu lah datangnya yang cantik. Evolusi bukan.

Katanya Ralph Waldo Emerson, "Every artist was first an amateur".

Tapi video ni buatkan aku mengingat kembali kenangan di tingkap 16 Flora Damansara. Ia adalah satu part yang terbaik dalam hidup aku. Nasir sihat ke sekarang eh?. Kamu semua yang baca blog ni dari awal pasti rindu pada jagoaan BMX bukan?.

Feb 9, 2010

Ironi

Hari ni aku adalah orang yang paling happy atas dunia!.

Rasa nak menari. Nak pergi terjun lombong.

Macam LSD dan weed yang buatkan kau mengelepar kebahagiaan.

Nak jumpa setiap orang kemudian salam-salam.

Nak peluk semua orang yang aku nampak.

Tak apa, hasil usaha keras selama ni, hasil muka berkerut tiap-tiap hari, hasil tidur yang tak cukup.

Percaya ia berbaloi untuk berusaha keras.

Tapi kan bagus kalau awak ada sama.

Dan kehidupan ini terus ironi sampai bila-bila pun.

Humanistik Bukan Fiksyen Tetang Sainstifik

Seorang lelaki keluar dari kereta mewahnya. Badan gempal dalam maksud aku ialah gemuk-tua dan juga sudah berkepala botak. Mungkin usianya sudah menjangkau 40 tahun. Di sebelah lelaki itu ada seorang gadis dalam lingkungan 20-an. Cantik dan nampak high fashion. High fashion untuk mereka yang meminati jenama seperti Guess, Prada dan yang bersamaan dengannya.

Keluar sahaja, dia memeluk pinggan gadis tersebut. Satu pelukan yang erat. Ya, kita semua akan tahu, mereka adalah pasangan yang dilamun cinta.

Kemudian aku terfikir, kenapa semua perempuan mahu lelaki kaya supaya mampu membahagiakan mereka dengan wang ringgit. Manakala si lelaki pula menang dengan segala nafsunya untuk meratap tubuh gebu si gadis.

Mungkin juga wang ringgit dan nafsu mampu memberikan kebahagiaan. Ia syurga dunia buat-buat mereka.

Hak mereka, kehidupan mereka, biarlah mereka tentukan sendiri. Tapi aku juga berharap supaya masih ada orang tidak pandang semua itu.

Mahu hidup susah, melihat dunia bukan dari kaca mata wang ringgit. Bukan dari celahan hotel-hotel lima bintang. Bukan dari tingkap kereta mewah. Cuma mahu melihat dunia dengan debu-debu kotor.

Dari situ kita akan belajar tentang dunia ini. Tentang kehidupan ini yang penuh warna warni. Macam mana orang boleh hidup dengan hanya mengunakan air sungai. Macam mana orang boleh masih lagi bernyawa dengan hanya berbumbungkan daun nipah sahaja.

Kalau boleh, jika aku punya masa nanti, aku mahu melihat tamadun dari prespektif lain. Bukannya pergi ke pameran seni yang berhawa dingin kemudian mengangguk-angguk menunjukkan aku seorang yang ambil berat tentang ketamadunan dunia. Itu sudah kira hipokrit jika aku berbuat demikian. Kerana aku adalah seorang yang bersifat fizikal, mahukan cabaran bukannya bersenang lenang sambil memeluk tubuh dengan satu tin beer ditangan.

Satu hari, aku berharap ada orang yang faham. Dunia ini bukan sahaja untuk dilihat pada kemodenan atau keindahan sahaja. Macam mana orang yang gemar untuk bercuti ke pulau sambil pergi scuba diving dan minum air kepala sambil berjemur dengan cermin mata urbanisasi. Bukan juga untuk ke bandar-bandar besar bagi membeli belah. Tapi orang yang boleh menghayati kehidupan ini dari mata kanak-kanak yang terbiar, ibu-ibu yang kehilangan suami akibat perang, dan orang-orang yang masih lagi menetap di pinggiran sungai.

Aku suka bila lihat perempuan mengkaji antropologi sosiologi. Mereka nampak kuat, bertenaga, dan okey sahaja untuk kehidupan ini. Kalau ada anthropologist perempuan yang kamu tahu, kenal-kenal lah dengan aku. Tak pun, dia mahu lepak kat Paraguay, sempoi juga. Kalau paling dekat pun, jom kita pergi lepak di Pattani.Tengok kenapa orang berperang bagi menuntut kebebasan mereka. Katanya seorang pengkaji antropologi perempuan memukau hati mana-mana lelaki seperti aku, Ruth Benedict; "The purpose of anthropology is to make the world safe for human differences".

Dan hidup ini sebenarnya memerlukan pelbagai jenis manusia. Kerana itu juga ekologi kemanusiaan, bukan hanya rocket science. Kemanusiaan dan sosialiti tidak pernah membunuh manusia. Tapi sains dan kapitalisme selalu menindas manusia. Sains yang mampan tentang ekosistem kita perlukan. Bukan untuk digunakan untuk mencipta senapang. Give me flower not a bullet!.

*Semakin hari, semakin aku rasa mahu bebas dari semua kongkongan hidup. Semakin aku dikongkong dan dikenkang semakin aku memberontak untuk dapatkan apa yang aku mahukan. Hidup ni tak pernah puas, jadi lebih baik hidup sahaja sederhana.

Feb 8, 2010

A story about two strangers. One a little stranger than the other...

Hari minggu ini aku habiskan dengan cukup baik. Bersama dengan kawan-kawan terbaik, mak cik, pakcik dan sepupu-sepupu yang comel.

Tapi most important thing, aku berjaya juga akhirnya menonton filem pertama untuk tahun ini setelah segala kesibukkan yang membatas segala aktiviti aku.

Adam (2009)



Ia adalah sebuah cerita yang charming dan cantik. Memberikan satu perasaan warm. Bila aku tonton, aku rasa macam mahu bercinta lagi. Dan bertemu dengan perempuan yang aku suka. Bukan buat-buat suka.

Aku suka dengan watak Adam Raki yang menghidap penyakit asperger syndrome. Dia menghadapi satu masalah dengan komunikasi macam budak retarded. Seriusly sweet.

Adam lari daripada karektor hero biasa. Dia tidak perlu gagah perkasa untuk memberikan kebahagiaan kepada kekasihnya. Biarlah cukup tentang cinta yang ikhlas.

Sweet bai sweet.

Filem ini bagi aku lebih menarik daripada 500 Days Of Summer, kerana ia lebih komplikated dengan unsur-unsur saintifik. Ia bukannya kisah cinta tipikal yang bergerak linear.

Ia juga buat aku rindu pada stranger.