Mar 31, 2010
Yes, I Am Evil
Aku dapat email ini selepas aku tulis satu surat kepada pensyarah tentang sistem pendidikan di universiti aku dulu. Siapa yang email macam ni aku tak kenal, cuma yang aku tahu tulisan aku yang dahulu hanya difowardkan kepada pensyarah sahaja.
Katanya aku racist dengan siapa yang nak jadi cikgu. Rasanya dia patut berhati-hati mengunakan perkataan tersebut. Aku anti dengan orang yang nak jadi cikgu semata-mata kerana tiada kerja lain. Dulu tak nak jadi cikgu, sekarang bila dah tak ada kerja sibuk pula nak jadi cikgu. Sebenarnya tulisan aku kepada pensyarah adalah untuk bertujuan supaya sistem pendidikan di universiti di ubah kembali. Itulah maksud aku. Kemudian ramai pensyarah yang terasa (mungkin?).
Macam aku selalu kata, masa di universiti aku adalah orang yang tidak digemari-dibenci sampai mati. Kerana aku akan bidas sahaja kebodohan. Kalau anda buat silap dan aku rasa itu tidak patut berlaku lagi, aku akan cakap terus terang. Supaya kita akan terus maju dan tidak ketinggalan zaman.
Aku marah kerana, daripada 86 orang pelajar, hanya aku dan dua tiga orang lagi yang berjaya meloloskan diri dalam industri. Aku buat apa yang aku belajar dulu.
Dalam tulisan aku kepada golongan akademi tersebut berbunyi begini,
"Bukankah sesebuah institusi itu adalah untuk melahirkan pekerja-pekerja profesional dalam bidang yang diilmukan?.Saya tahu, universiti membuka luas kepada ilmu, bukan menfokuskan kepada tenaga kerja sahaja. Ilmu itu bukan satu komoditi yang boleh diniagakan. Kemudian kita akan mati dengan segala idealis itu".
Kalau aku mahu copy paste balik tulisan aku disini memang boleh jadi kamu semua pun malas baca. Apa yang aku nak cakapnya disini, sistem pendidikan kita macam itu lah juga, bila kita masih bergantung pada teori sahaja. Bila suruh buat tak pandai sepatah haram. Sebab pandai cakap sahaja.
Bila orang tegur, mereka melenting pula. Itulah dia perangai orang Malaysia. Aku tegur sebab nak suruh ada perubahan. Tak ada pun untuk kepentingan aku sendiri. Aku dah ada kerja, tak perlu lagi pensyarah nak tolong, lagi pun selama ni aku memang tak pernah minta tolong dengan aku punya pensyarah pun. Aku hanya bagi pendapat apa yang aku fikir. Sebab mereka bukan dalam industri, apa yang mereka tahu sangat?. Mereka tak tahu pun apa benda 5d mark ii pun.
Tak perlu nak kipas bontot siapa-siapa pun. Janji kita buat dengan ikhlas dan jujur bukan.
Jadi perlu aku ingatkan kepada kamu semua, aku tak pernah against sistem pendidikan apatah lagi sistem penguruan. Aku hanya fikir apa yang patut diubah. Kalau nak jadi cikgu silakan. Aku tak pernah nak marah pun. Bukan duit aku pun, bukan kamu bagi aku makan nasi pun. Tapi aku akan marah bila kamu belajar benda lain, kemudian tak ada kerja, maka kamu pun jadi cikgu. Bukan satu jalan penyelesaian yang bagus kalau begitu.
Lagi pun bidang penguruan adalah satu kerja yang mulia. Jangan kotorkan ia dengan hanya mahu untuk diri kamu sendiri sahaja.
Kata mamat tersebut aku adalah "i think your just evil". Aku memang suka orang panggil aku syaitan atau dengan segala panggilan jahat lain. Lagi pun aku memang budak jahat yang akan menghantui orang-orang yang korup.
I can't tolerate with stupid people.
Mar 30, 2010
Damai...
Dari mana kau datang.
Berapa banyak wang kau.
Jantina apa kau.
Agama yang mana satu kau.
Bangsa jenis apa kau.
Hitam atau putih kau.
Nilai dan idealogi kau.
Cuma beri peluang kepada keamanan.
Dan kau semua akan bahagia.
Mar 29, 2010
My Good Angel
Katanya Thom Yorke,
They love me like I was a brother
They protect me, listen to me
They dug me my very own garden
Gave me sunshine, made me happy
Tak ada orang boleh sayang aku macam mana Pjoe sayang aku.
Fuck sial. Aku rindu Pjoe.
Dan aku benci perasaan ni, sebab aku tak boleh jumpa sesiapa. Macam dalam penjara, banyak benda aku nak kena buat.
Pjoe dengan Nasir sahaja yang boleh melayan perasaan emo aku. Kalau aku jatuh pun mereka tak akan tinggalkan aku. Macam mana fucked up hidup ni pun, aku dah lalui dengan mereka. Tapi apa boleh buat, semua punya jalan hidup masing-masing.
Haih. Boleh Tuhan kembali kepada dua tahun lepas?. Masa kami sedang bergembira di dalam bilik kecil. Masa kami hilang kewarasan diri, dan aku akan tertidur paling awal. Malam-malam hanya dihidang dengan gelak ketawa. Duit pula tak pernah ada, nak makan pun tak cukup. Tapi kami tak kisah pun. Sebab kami bahagia di dunia lain.
Semua sudah sibuk. Keremajaan itu sudah hilang.
Aku benci bila semakin hari semakin pula banyak tanggungjawab. Nak lari tidak boleh, jadi pikul sahaja lah.
Mar 28, 2010
Revolusi Dari Bilik Tidur (wartawan hiburan Malaysia bangang)
Lama-kelamaan, kalau wartwan itu bodoh, kamu semua juga bodoh. Kerana kita hanya menelan sahaja makanan wartawan-wartawan itu semua. Sejauh mana tinggi ilmu mereka pun kita tidak tahu bukan?.
Sebagai contoh yang terbaru, aku ambil petikan daripada Harian Metro (seperti mana kamu tahu, akhbar lucah dalam bahasa melayu)
"Bila mahu jadi penyanyi, pastikan ia bukan kerana minat atau rasa diri berbakat semata-mata, tapi kena pasti benar-benar bersedia dengan perbaiki kelemahan yang ada.
Satu lagi persembahan yang mengundang mimik muka terkejut penonton di studio dan rumah adalah daripada band Couple yang menduduki carta teratas XFresh FM. Rosak lagu dik!"
Bukan aku mahu mempertahankan Couple kerana aku kenal Aidil atau aku pernah jatuh cinta pada Ariana. Tapi aku rasa tindakan wartawan tersebut adalah rendah ilmunya. Sebelum mengkritik kita patut tahu dulu sejarah subjek yang kita kritikan itu. Dan kritikan itu perlu dilihat dari sudut positif dan negatif. Bukan membabi buta sesedap rasa telinga kau sahaja. Art itu bukan sahaja sesedap rasa, tapi art lebih kepada daya pemikiran kau.
Macam wartawan tersebut sepatutnya tahu tentang sejarah power pop. Setidaknya dengarkan dahulu beberapa rujukan power pop seperti The Beach Boys, The Monkees, The Hollies dan sebagainya. Aku yakin, wartawan ini tidak pernah mendengar muzik sebegini.
Jadi amatlah menyedihkan bila dia katakan Couple adalah sebuah band picisan yang hanya merosakkan industri muzik. Mungkin Eddie Hamid adalah raja baginya. Setakat itu sahaja wartawan hiburan Malaysia boleh berfikir. Kerana tiada yang tampil memberika pendapat yang berbeza. Mereka yang membentuk kultur, kerana media dikawal oleh mereka ini.
Dan kita, sebagai rakyat biasa, semakin hari semakin disogokkan dengan perkara-perkara murahan. Sampai bila industri kreatif kita akan maju.
Kepada wartawan ini semua, Yuna dah perform di SXSW, Couple sudah perform di UK, Pesawat di LA Light Indie Fest, Tenderfist dapat bermain bersama dengan King of Convenience. Aku rasa, kalau wartawan bapuk ini kalau dengar muzik Space Gambut memang mereka akan jakun. Mungkin mendakwa Kamal Sabran itu adalah mahkluk asing. Ambil sedikit cogan kata popular Kamal Sabran, "artist is scientist".
Dan kamu semua akan terus percaya pada wartawan-wartawan yang tidak punya cita rasa ini?. Sedih sekali sebagai orang Malaysia. Oh ya, mungkin wartawan kita akan pengsan kalau tengok band Kuburan beraksi di atas pentas.
Sekali lagi, art performance itu sebenarnya bukan sesedap kita rasa, sedap atau tidak itu cerita nombor dua. Tapi yang pertama sekali, kebijakkan yang cuba seseorang pengkarya itu masukkan dalam karya. Tidak semestinya sesuatu yang simple itu tidak bagus, bukan mudah untuk untuk menjadi simple. Kerana membuat sesuatu yang simple memerlukan anda berfikiran kompleks.
Oh ya, kalau kamu dengarkan album terbaru couple, "Pop Tak Masuk Radio", adalah satu gabungan pemuzik power pop genius seperti The Knack, The Easybeats, Yo La Tengo(indie lo-fi), dan Neutral Milk Hotel yang akhirnya membentuk band Melayu bernama Couple.
Ini lagu yang dihasilkan oleh Couple untuk semua rakyat Malaysia dan juga khasnya aku tujukan kepada wartawan-wartwan hiburan sekalian. Watch out!!!!
"we went to see tenderfist and zee avi, and realised there is a scene here, unlike singapore" - King of Convenience
Mar 27, 2010
Mimpi Semalam

Ada hati yang kecundang. Tapi apa boleh buat, hati saya pada dia sahaja. Jangan marah atau jangan dengki ya.
Dan aku terus bermimpi lagi.
Usah ganggu.
Mar 25, 2010
Cosmic Rays
Aku ada cakap kat dia yang dari ofis aku boleh nampak sunset dengan cantik. Nampak sangat jelas. Dia nampak frantik bila aku cakap macam tu.
Jadi satu hari aku ambil sebuah camera, aku capture dari tengah hari sampai ke malam matahari jatuh. Supaya aku boleh tunjuk kat dia matahari memang cantik, macam mana secantik dia. Aku tak suka cakap dia cantik, nanti dia perasan pula. Lagi pun kadang-kadang ego dia kena tundukkan juga.
Ada 750 keping gambar aku susun dalam satu sequence supaya ia bertukar dari imej pegun kepada imej yang boleh bergerak. Setidaknya aku boleh kongsi perasaan aku sama-sama dengan dia. Kalau kamu mahu kata aku jiwang, apa aku peduli mati dengan pendapat kamu. Ya aku tahu, aku betol-betol gemarkan yang kali ini. Aku nampak aku dalam diri dia, dan memang dia suka membuatkan aku angau setiap hari. Perempuan ini memang destructive, tapi macam mana menghancurkan pun aku tetap suka dia. Tak pernah aku tak suka apa yang dia buat. Fuck!.
Kalau kamu tengok video dibawah, ada satu perkataan ditengahnya. Dan itulah perasaan aku. Crap, aku dah makin jiwang karat siot. Tapi apa boleh buat, cinta selalu jadikan aku gila meroyan.
Mar 23, 2010
Dalam Hujan Ada Cinta
Petang seperti kanak-kanak lain, aku juga akan ke sekolah agama. Tapi yang tak macam kanak-kanak lain, aku pergi bermain bola. Aku tak masuk pun sekolah agama.
Dengan baju melayu, aku dan beberapa lagi budak keras kepala macam aku bersama-sama menendang bola ke sana kemari. Ada juga sesetengah mereka masih bersongkok di atas kepala semasa di atas padang. Kulat-kulat pun dah muncul di tepi songkok.
"Ely!, mari lah nok kelik" suara Rabiatul Adawiyah memanggil, tapi masih lagi kedengaran lembut.
Aku panggil Rabiatul Adawiyah dengan nama manjanya, Rabi. Kami berkawan baik sebab, rumah aku dan dia berjiran dan juga satu kelas yang sama. Oh ya, abang Rabi meninggal dunia setahun yang lepas, maksud aku setahun dari kisah ini, tahun 1995. Yang sadisnya, dia lemas di belakang rumah aku, kerana musim banjir padang bola di belakang rumah aku akan dipenuhi air. Sampai masuk dalam Berita Utama di Tv3. Ada lah orang TV datang ke kampung aku masa tu, semua orang-orang kampung keluar dan tunjuk-tunjuk peace ke arah kamera.
Aku lekas-lekas berlari ke arah Rabi sambil mengendeng basikal disebelah aku. Aku tahu Rabi memang tak suka menunggu.
"Singoh keda metar, beli air deh" kata aku pada Rabi, dia hanya mengangguk.
Mama bagi duit saku 20sen untuk kelas agama, jadi masa di kedai, aku beli air oren, 10sen dan 10sen lagi adalah asam untuk Rabi. Dia suka asam macam orang gila.
Aku bagi asam kepada Rabi, dia tak pernah cakap terima kasih pun walaupun setiap hari aku akan belikan dia asam. Dia hanya senyum sambil tergopoh-gopoh makan asam tadi. Bibirnya segera jadi merah-merah.
Kami pun mengayuh basikal pulang ke rumah. Seperti biasa, aku akan dibelakang, supaya kalau kena langgar pun aku yang mati dulu. Untuk Rabi aku sanggup buat apa sahaja. Dia pun tahu aku selalu teman dia bila-bila masa.
Tak sampai lagi separuh perjalanan ke rumah, langit dari warna biru bertukar warna dengan cepat kepada hitam, keadaan yang cerah dah bertukar kepada gelap. Petir-petir sudah membiaskan cahaya di langit. Guruh-guruh sudah mula berdentum dengan kuat.
Hujan mula gerimis dan turun seperti Tuhan mahu menyimbah dunia kotor ini. Sangat lebat pada masa tu.
Kami berhenti sekejap di sebuah wakaf. Yang ada hanya aku dan Rabi sahaja. Mata Rabi meliar-liar ketakutan kerana guruh sangat kuat, petir menyambung-yambung, lagi yang merisaukan sudah hampir jam 7 petang, siang mahu melabuhkan tirai untuk menghamparkan bulan. Tapi hujan, langit gelap tiada bulan untuk malam itu.
Seperti kanak-kanak lain, aku juga suka untuk bermain dengan hujan. Dan ini adalah alasan yang sempurna kepada mama kenapa aku basah kuyup.
"Mari kelik, sedak jugok naik basikal huje gini" kata aku pujuk Rabi.
Rabi setuju, mukanya juga nampak girang gembira. Pada umur begini siapa tak suka untuk dibasahkan dengan hujan bukan?.
Kami berdua pun segera memecut basikal. Berlumba lumba. Tapi sebagai budak yang gentleman aku tak mahu menumpaskan Rabi, aku pura-pura yang Rabi lagi kuat dari aku, sambil aku buat-buat muka keletihan mengejarnya dari belakang.
Sekali-sekala Rabi ada menjeling ke belakang, memastikan posisi aku tidak dapat memintas basikal. Sebenarnya aku sangat suka memerhatikan jelingan Rabi, cara memerhatikan aku dari belakang nampak kinky. Masa tu aku jatuh hati pada gadis kurus ini.
Tapi sayangnya, aku terlalu muda untuk katakan yang aku suka pada Rabi. Lepas UPSR, Rabi masuk sekolah asrama penuh, aku pula masuk sekolah lelaki. Sampailah ke hari ini aku tak pernah berjumpa dengan Rabi lagi. Keluarga Rabi juga sudah berpindah, aku tak tahu kemana rumah barunya.
Tak tahu macam mana Rabi sekarang ni, sebab masa sekolah rendah dulu, dia kurus dan tinggi. Slim orangnya. Ada lesung pipit di pipi, suka tersenyum tapi jarang bercakap.
Mungkin juga sekarang dia sudah berkeluarga, punya anak dan suami. Kalau berjumpa pun, mesti dia sudah tidak cam lagi siapa aku. Aku juga tidak tahu macam mana rupa Rabi lagi.
Mar 18, 2010
Pretty
APRICOT - Short Film by Ben Briand (sponsored by his incredible actors and crew) from Moonwalk Films on Vimeo.
BROKEN SOCIAL SCENE akan bermain-main di Esplanade Singapore pada 27hb Julai 2010. Esok nak pergi bayar hutang PTPTN.
Mar 17, 2010
Pasca-Pasca Placebo
Konsert semalam semuanya kena, Molko memang sangat adorable. Gila wei. Dia sumpah sexy. Tapi sayang, sound system bila aku duduk belakang sekali untuk beli air macam tak berapa dengar, siap boleh gossip dengan kawan aku lagi. Apa-apa pun, moshpit semalam memang paling dasyat!!!.
Maple dahaga nak mampos!
sebenarnya sangat dahagaMar 15, 2010
Nasib Orang Tak Hensem Selalu Di Tindas

Nasib baik aku cepat-cepat sedar yang aku ni tak hensem. Kalau nampak muka aku mesti artwork kena reject terus. Sedih lah jadi orang tak hensem ni. Kalau muka macam Rain mesti tak payah ada graphic pun tak apa.
Anyway, kesibukkan mula menjadi-jadi, sebab aku cuti dua hari semata-mata untuk Placebo. Nanti masuk office semula kerja aku mesti macam orang gila. Tapi tak apa, harapnya ada dua hari aku boleh bergembira sepuasnya.
Mar 14, 2010
Achieving Your Childhood Dreams
Cuma yang aku tahu, setiap kita punya impian semasa kanak-kanak. Sama ada kau didera pada zaman itu pun, kau juga punya impian bukan?.
Macam kanak-kanak lain, aku juga punya impian. Kerana bagi aku fantasi yang paling hebat adalah semasa kanak-kanak.
Zaman kanak-kanak aku, pertamanya aku mahu menjadi pemain bola sepak. Masa aku darjah tiga aku mahu menjadi Eric King Cantona. Kerana itu juga, aku seorang pemain yang panas baran, aku tak akan siku orang. Mungkin aku terus tumbuk, jika saiz kamu lebih kurang dengan aku. Impian ini sudah tercapai, semasa aku darjah enam, bila pertandingan bola sepak peringkat sekolah, jersi pasukan aku tak cukup, jadi cikgu suruh aku pakai sahaja jersi manchester united kebetulan masa itu jersi sekolah warna merah. Sepanjang kejohanan pelajar-pelajar perempuan menjerit nama aku Ely Cantona. Cool bukan?.
Selain itu, aku mahu menjadi macam gaban. Bukan menyelamat dan menghapuskan segala penjahat. Aku hanya mahu ada motosikal macam gaban dan ikat satu skaf di leher. FYI, aku ada motor gaban sekarang. Mission accomplished!.
Mahu ada doraemon. Sebab boleh guna pintu suka hati. Secara logiknya, impian itu adalah untuk mengembara ke mana-mana. Mungkin satu hari nanti. Dengan kau mungkin.
Nak jumpa robot cop. Ada budak satu opis dengan aku jalan macam robot cop. Kira itu boleh jer lah. Hey aku berkawan dengan robot cop yang power buat 3D animation ok!.
Zaman aku kecil, mama belikan aku tape VHS ET (1982). Sebelum tidur, aku harap esok pagi ada makhluk asing mahu menjadi kawan aku. Sebab tu aku ada berkawan dengan seorang perempuan yang wajahnya macam mahluk asing. Tapi comel ya.
Mungkin kerana aku banyak terpengaruh dengan kartun Jepun bukannya terbitan Disneyland, aku mahu tinggal di Tokyo. Kerana disana seperti dalam cerita-cerita kanak-kanaknya, aku tidak perlu beli kereta. Masa kanak-kanak aku tak suka dengan kereta. Malah aku tak bernafsu untuk membeli permainan kereta. Aku lebih suka raksasa dan juga figure seperti Bat Man atau thundercat. Abah ada belikan aku pedang thundercat, kalau disimpan lagi sekarang boleh dianggap barang vintage dah tu. Ini juga mungkin refleksi kepada zaman aku dah besar, aku tak bernafsu untuk mempunyai kereta walaupun aku tidak tinggal di Jepun.
Aku juga tak nak ke sekolah, paling tidak pun sekolah itu mestilah berwarna warni. Maksud aku warna sekolah sangat dull. Masuk sekolah menengah, aku kena buat lukisan mural, lukis gambar tengkorak sempena kempen anti dadah.
Selain benda bodoh yang aku bayangkan, aku pernah mahu jadi reporter. Macam Clark Kent. Masa intern dahulu, aku latihan industri di Utusan Malaysia. Selepas itu aku tidak berminat untuk menjadi jurnalis, kerana di Malaysia jurnalis kadang kala seperti tukang kipas kerajaan sahaja. Kalau join paper pembakang akan kipas bontot pihak pembakang pula. Same shit duh!.
Imaginasi nakal zaman kanak-kanak aku pula adalah untuk mempunyai buah dada. Nasib baik aku tak buat bila dah besar. Gila bahaya.
Kamu pula bagaimana?
Belon Cinta

Sudah menjadi musim agaknya. Macam mahu terbang menemui mu alien. Macam mahu sahaja berteman dengan mu seorang sahaja.
Macam aku selalu kata yang aku suka pada rambut psycho-mu.
Katanya Percy Byshhe Shelley dalam segala kebolehan English romantic poets;
"Familiar acts are beautiful through love".
Weh, macam bermula tentang perasaan romantis aku dalam filem Secret yang mana aku mahu melintasi time travel, cuma realitinya aku mahu melepasi 7 jam kita terpisah. Dan kau kata itu adalah sama dengan Il Mare.
Superstring theory, fuzzy logic, dan Randy Pausch. This girl a genius!
Mar 13, 2010
Mengekori Mu Sehingga Ke Kegelapan
Lebih-lebih lagi bila dia berusaha menyanyikan lagu I Will Follow Into The Dark oleh Death Cab For Cutie dengan hanya mengunakan speaker YM. Nasib baik ada juga YM, setidaknya boleh menyemai cinta.
Mar 12, 2010
Yr Movie Suck Anyway
"Much has been said about the trials and struggles of making an independent film, and with good reason: it's incredibly difficult, and not many are able to accomplish this feat. The perception is, however, that once you have finished your movie, you can just "take it to Sundance". Yet the task of finding placement at a major film festival is often more daunting, and exhausting, then the making of the movie itself".
Hell yeah!.
Memang aku akui, melakukan sebuah independent film benda paling sukar. Nasib berbeza dengan muzik, kerana menghasilkan film bukan sahaja berkaitan produksi, tetapi perancangan pada pasca produksi. Maksud pasca aku disini bukan lagi pada tahap editing, ia lebih kepada pengedaran sebuah film. Macam filem aku, ini nasib yang sama dihadapi oleh pembikin film independent.
Jangan lupa, ada dua jenis pembikin film indie, kelas pertama yang sudah masuk mainstream tapi garis-garis filem punya attitude indie. Kalau aku gunakan istilah "indie" macam lame gila. Tapi itulah hakikat, film indie punya dogma mereka sendiri. Sebagai penonton kau akan rasa bagaimana perasaan film indie. Ia nampak jujur, bukan mahu menunjuk-nunjuk.
Tengok hasil kerja Harmony Korine atau Larry Clark. Jalur-jalurnya anda akan terasa seninya. Bukan film indie tidak boleh berada sama tahap dengan film arus perdana, tapi film indie punya karisma mereka sendiri yang lari dari kultur pop. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyampah.
Bagaimana bebas pun kamu menghasilkan filem, tapi perlu ingat. Tahap intelek dalam naratif yang merupakan tunjang pemikiran seorang pembikin filem tidak boleh diabaikan. Mahu lari dari kultur pop macam mana pun, kamu patut membawa penonton ke satu tempat. Maksud aku, menyampaikan satu perasaan, bukan hanya membodohkan penonton dengan alasan "seni". Jika itu yang kau buat, sama juga seperti kapitalis memeras orang lain hanya untuk keuntungan meraka. Bawa penonton ke dalam satu perasaan, bukan menyeksa penonton dengan kegilaan kamu.
Jika anda tengok filem Gummo, ia mendedahkan plot cerita sosial destruksi. Cerita yang lari dari keadaan tipikal filem arus perdana. Mereka tahu juga, filem mereka tidak akan mendapatkan keuntungan. Kerana tidak akan mendapat tayangan secara besar-besaran, tidak mengunakan pelakon yang pasaran pop, dan tidak mengunakan teknologi yang kononnya advance tetapi otaknya banggang. Mereka lakukan hanya atas sebab cinta dan kesabaran.
Selalunya, filem indie tidak iktiraf, kerana jika kamu sedar, setiap festival yang berlangsung kebanyakkannya masih bersifat politikal. Ada semangat kroni. Macam Berlin Film Fest, kamu akan jumpa satu tema yang sama sahaja. Kerana festival film yang berlangsung bukan semata meraikan filem yang bagus tetapi lebih kepada untuk subjek politik mereka sahaja. Jika tidak, kenapa filem "Budak Kelantan" tidak menang untuk filem terbaik di FFM?. Setidaknya pelakon terbaik memang patut dimenangi oleh Mohd Asrulfaizal yang memegang watak Jaha. Aku tak rasa pun Adlin Sauki yang lebih layak. Maaf abang Adlin, walaupun dia pelakon yang bagus tapi Asrulfaizal lebih layak.
Ah pergi mati lah semua itu.
"Whoohh.. Aku suka ah! Ini filek pilihan aku pada malam kedua. Walaupun dinyatakan filek ini cuba mengambil idea Run Lola, Run!, semangat muda, main-main dan urbannya mencengkam jiwa. Dan Razaisyam membuatnya dengan tujuan "berhibur" (persoalan akhir tentang filem itu amat menarik, menelanjangkan kenapa kita semua hendak bikin filem). Aku suka dengan babak yang mana Razaisyam "sengaja" mahu kita, penonton, jeda sebentar mendengar deklamasi sajak si antihero, ini momen paling mahal dalam filek ini, bukan sahaja sebagai pemahaman filek ini keseluruhannya (momen ini sahaja yang statik terus tanpa gerakan dan suntingan), tetapi filem keseluruhannya. Ini tujuan Razaisyam buat kita, anak muda, untuk ambil masa (ingat wayang-wayang dulu yang mengisi intermisi?), faham benda-benda yang cantik (di sini, sastera), dan reda serta menyanggupi hidup ini dengan seadanya (hal ini disengajakan bertentangan dengan gerakan, struktur dan qada' qadar filek ini). Momen ini sahaja membuat aku teringat, kenapa kita kadang-kadang datang untuk menonton filem"
Review dari Fadz TontonFilem tentang short film arahan pertama aku. My movie suck anyway!.
:D
Mar 11, 2010
Frantic


Tak perlu lagi membawa camera yang bersaiz besar. Untuk aku, semakin kecil semakin selesa, lagi pun bukan nak jadi photographer pun. Just untuk cherish the moment.
Kena kumpul harta dulu, beli apa yang patut semasa bujang ni. Nanti bila dah anak bini, nak beli baju pun tak boleh.
Baca disini untuk review camera ini. Hell yeah dan jangan hentikan segala dengki ya.
Mar 9, 2010
Seorang Pondan Yang Happy

Hari ni aku tidur 2 jam sahaja. Sampai ke tempat kerja dapat berita gembira untuk bulan ini, nanti Ogos akan ke Canada. Di taja semuanya. So aku kena simpan duit shopping bermula sekarang. Duit shopping memang bunyi macam pondan
Tak ada idea macam mana nak tulis perasaan happy tu, sebab aku hanya senyum sahaja sepanjang hari ni. Jadi aku guna illustrator untuk mewakili warna-warna gembira aku pada hari ni. Serius wei dah tak boleh menulis, rasa macam tengah jatuh cinta dulu-dulu.
Walaupun aku bukan ke Korea Selatan, tapi aku mahu tujukan lagu dari band negara tersebut untuk gadis-gadis comel di luar sana. Kamu semua peminat drama Korean kan?.
Stone Roses
Kawan-kawan aku kata, malam hujung minggu di Havana kecil. Kenal siapa mamat ni?. Aku minat dia masa umur 15 tahun. Pertama sebab dia pemain bass untuk Stone Roses, keduanya dia menjadi idola kepada Noel Gallagher. Tak kagum lagi?. Jangan lupa, dia juga bersama dengan Primal Scream.Kemudian dia putarkan lagu Sally Cinnamon. Cepat-cepat aku teringat pada seseorang yang nyanyi lagu itu setiap masa dalam kereta aku dulu. Itu sebenarnya perit walau senyum gembira. Aku harapkan kau ada masa tu, kerana kami sama-sama meminati Stone Roses, tiada perempuan yang aku kenal punya taste sebaik kamu. Rindu juga pada tee Vivien Westwood yang aku hadiah, mungkin sudah jadi pengelap kaki. Mungkin...
Mar 7, 2010
Weekend Bujang Punkrocker
Bagi orang bujang yang tak ada hala tuju, apatah lagi untuk berpunya kekasih, kami akan habiskan masa tidak tentu hala. Hari minggu dirumah sahaja sesuatu yang menyeramkan juga, lainlah kalau tengah emosi tak stabil. Macam-macam yang boleh dibuat, tempat yang jadi kegemaran bila tidak ada kekasih adalah kedai buku. Disana buatkan aku lupa sekejap soal-soal kerja dan tekanan hidup. Aku lupa Kuala Lumpur ini zalim.
Sekarang juga, aku dan housemate berkira-kira untuk membeli sebuah BMX, memandang kami jarang bersukan dan kami punya masa yang terluang. Kerana tidak diisi dengan keluar dengan mana-mana perempuan. Tak ada orang sudi. Tapi tak apa, asalkan ada juga benda yang boleh dibuat. Tak kan mahu keluar ke Bukit Bintang pada hari minggu. Seksa nafas duh!.
Hari minggu ini, berita gembira, aku dah dapat beli kasut Chelsea boot Dr Martens. At least berbaloi juga duit gaji. Bila nak buat presentation kat depan client pun rasa konfiden skit, sneaker buat aku rasa terlalu muda. Boot buat aku terasa aura Vincent Gallo sedikit sebanyak. Apa-apa pun, bila pergi tengok koleksi Dr Martens petang tadi, terasa mahu menjadi punk rocker macam zaman-zaman sekolah kembali. British punk rocker tak pakai converse ok!.
Mar 6, 2010
Malam Ini Aku Jatuh Cinta
Terus terang sahaja, aku terlalu seronok di Fringe Film Fest malam ini. Aku jatuh cinta pada kamu semua yang menayangkan filem. Kenapa aku masih cakap pasal short film lagi?. Sudah berapa entri aku tulis pasal benda yang sama sahaja. Dulu bagi aku, short film adalah untuk orang-orang kecil sahaja. Tapi malam ini semua berbeza, serius aku terkejut bila tengok filem "Babi itu Khinzir" oleh Faiq Khalifa. Mungkin tajuknya kamu tidak suka, tapi isinya cukup bermakna. Lakonan Fareed Ayam membuat aku rasa dia sangat seksi. Kalau aku perempuan, memang aku nak buka baju untuk dia. Aku suka idea pengarahnya, ringkas tapi dalam menusuk kalbu. Macam kau ketawa dalam pahit.
"Sinkronis", dulu aku pernah tengok filem pendek arahan Jaja Kadir ini di UITM. Aku rasa biasa sahaja, mungkin kerana persekitaran semasa menonton juga membantu. Bila kali kedua aku tengok, baru aku terasa filem pendek ini sangat memakau. Kalau aku perhati dalam-dalam, tak ada pun dialog hanya visual sahaja. Tapi aku dapat rasa loneliness dan dipression watak dalam cerita. Sampai terdetik dalam hati aku menyebut, "sungguh indah". Director perempuan, jika mereka bercerita lebih detail, kerana itu aku rasa "Sinkronis" adalah sebuah sentuhan seni sinema melankolik. Jika kamu sedang kejiwangan, kamu akan dapat rasa stress filem ini.
Rumah Ares, sebuah filem pendek yang romantis manis untuk malam ini. Kalau aku bersama awek, aku dah cakap ini untuk you. Sayangnya sebelah aku kerusi kosong. Walaupun aku masuk lambat, kiranya pertengahan semasa filem ini, tapi aku masih faham apa yang berlaku. Lakonan aku kira cukup menjadi. Aku suka tengok pelakon lelakinya tanpa baju, ia mengingatkan aku tentang filem "Budak Kelantan". Best!.
Sebuah filem lagi, yang dihasilkan oleh orang Melayu, kalau aku tengok nama directornya. Seorang perempuan yang menuntut di New York Universiti, maaf aku lupa tajuknya. Walaupun begitu, macam aku katakan, director perempuan lebih detail. Dari sudut color, sinematografi, editing, lakonan, skrip dan semuanya. Filem pendek ini tidak ada cacat cela. Rasanya nanti dia akan jadi director yang cukup hebat. Soundtrack dia pun best. Serius dia ada taste yang bergaya.
Malas dah nak tulis panjang lagi, filem lain pun membuatkan aku terhibur. Benar-benar menghayati apa yang anda semua buat. Aku hargai usaha anda. Serius beb, sangat seronok.
Kamu semua telah menaikkan balik semangat aku nak shooting, kalau nak kira short film aku, memang jauh ketinggalan dibelakang. Setidaknya, screening kali ini membuatkan aku bangga lihat hasil kultur anak muda Malaysia. Sungguh bergaya. Ah, kamu semua juga tahu, aku tidak akan cakap benda yang aku tidak suka. Kalau aku suka, aku kata sahaja suka. Tak suka aku tak cakap apa-apa. Pasal Razak aku tak cakap apa-apa pun. Kan?. Kan?.
Primitif?. Kau yang primitif!. Kerana primitif itu bagi aku bukan teknologi atau wang tunjangnya, tapi apa yang ada dalam otak kau. Kalau otak dah primitif, bagi teknologi wang berjuta pun tarak guna.
Bukan mudah untuk aku suka sesuatu benda. Macam mana aku nak suka orang, tak kira jantan atau betina, aku memang susah untuk jatuh cinta, rasa menyampah banyak ada-lah. Misalnya, photographer (kononnya), tapi ambil gambar perempuan sahaja sebagai subjek. Aku tak suka sesuatu yang tandus sebegitu.
*Aku benar-benar nak shooting tahun ni, siapa nak join email aku ke iamstradust [at]gmaildotcom. Tapi aku tak ada duit nak bayar kamu bekerja, kalau nak belanja makan boleh lah. Aku orang kecil, bukannya Razak. Dia lagi.
:D
--------
Lupa mau cakap, esok masih ada lagi screening di menara DBP. Tapi rasanya aku tak dapat datang, sebab office mate aku kahwin. Kalau sempat esok aku pergi. Boleh beramah mesra sesama kita kan?. Ah aku nak cakap sekali lagi, ini adalah screening paling best pernah aku tengok, sebab semua short film yang best sahaja. Untuk esok aku tak tahu, sebab ada juga kemungkinan tidak best. Tak menyesal aku datang malam ni. Usaha yang cukup baik oleh Bin Filem dan Dr Zubin. Serius aku tak suka puji orang, tapi ini usaha yang patut dipuji.
Mar 4, 2010
KL Fringe Film Fest
Aku yakin semua yang buat short film bukan untuk anugerah pun, tapi lebih kepada untuk kepuasan sahaja. Mahu melontarkan pandangan atau mungkin melepaskan geram.
Aku rindu untuk dipuaskan hati bukan disogokkan dengan wang ringgit.
Jadi malam esok bermula, jangan lupa bawa kawan-kawan kamu sekali ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Mungkin kamu dapat pengalaman baru. Mungkin...
Mar 3, 2010
Alienasi
Semalam aku pergi melawat kawan aku di hospital. Kenapa dunia ni gila sangat?. Kenapa?.
Aku hilang inspirasi. Sudah tak ada semangat. Malas nak jumpa orang, malas nak tengok perangai manusia yang macam palat. Ah nak pindah lagi lah, lebih baik aku tinggal sorang-sorang. Siapa tahu studio aparment yang murah-murah?.
Lagi pun orang macam aku memang susah nak tinggal dengan orang lain. Sebab aku perlu banyak masa duduk sendirian. Melainkan mereka yang paham aku macam mana. Susah nak paham, mak aku yang bela dari kecik pun tak paham.
Aku perlukan magik sekarang.
Mar 1, 2010
Human Stranger

Sudah confirm tarikhnya, Konsekuensi akan ditayang pada hari sabtu bersamaan 6hb Mac 2009 bermula pada jam 8.30 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Seingat aku, Fringe Film Fest sudah berapa tahun melakukan malam aspriasi filem pendek tempatan. Ini adalah kali pertama aku membuat tayangan di sini, lagi pun selepas tahun lepas, aku sudah perlahankan sedikit retak dalam perkara yang berkaitan dengan filem indie. Mungkin tahun ini aku cuba untuk aktif kembali, memandangkan hati pun sudah tidak rosak lagi, badan pun sudah berisi.
Untuk pengetahuan kamu juga, short film yang akan ditayangkan tersebut adalah hasil pertama kerja aku pada tahun 2007. Memang banyak gila kesilapan yang aku buat, kerja yang unpolish, sangat teruk, malah aku rasa itu adalah sentuhan seorang budak sekolah. Memang benar, aku baru tahun dua di universiti. Cuma satu sahaja, aku buat dengan jujur. Yang lain, sudah tak ada lagi jujur. Mesti ada politik disebaliknya. Bezanya kali ini, aku mungkin aku tayangkan version director cut. Hope dvd transfering tak ada masalah, kalau tidak, hanyalah yang pernah yang aku tayangkan. Macam pernah aku katakan, kemungkinan boleh berlaku dalam pelbagai.
Selain itu, aku rasa kamu juga boleh tonton kerja pengarah muda yang aku rasa sungguh berbakat, Azizulhakim Salleh. Serius wei, dia ada talent yang tak ramai ada. Jujur, nanti selepas ni kau pun jadi pembohong macam aku juga untuk next short filem. Mula-mula jer kau buat jujur. Aku boleh nampak di dalam mata kau brudda.
Bennylita Nasution, kawan lama aku. Kalau jumpa mesti ada gossip hangat, sebab Ben memang kaki gosip mak bedah punya. Kalau tak silap aku, sekarang Ben jadi pelukis, yang suka lukis gambar ada kepak. Mungkin inspirasi daripada short film dia kot. Dia ada tahap kesabaran yang tinggi. Ada sahaja muka dia kat mana-mana art show. Dia kawan yang baik.
Ridhwan Saidi, itu Binfilem beb. Tak payah aku nak kenalkan lagi. Dia genius dalam filem. Cuma aku lebih suka dia masa mula-mula. Sangatlah art school punya orang, padahal masa tu dia bukan masuk sekolah filem lagi. Tapi hasil kerja macam Hitchcok. Yang terbaru aku tak seberapa minat, dah tak ada Hitchcoknya. Tayang filem 1st-1st dulu memang gila orang nak paham. Bagaimanapun aku suka, soundtrack gila meremang. Kau rip kat mana sound tu jo?.
Jaja Kadir, seorang juga perempuan. Rasanya nama penuh dia bukan Jaja kot. Gila pop bapak dia nak letak nama Jaja jer. Short film dia shot on film beb. Apa nak cakap lagi, pakai pelakon gempak plak tu. Siapa tak kenal dengan Fazleena. Kalau tak kenal memang nak mampus lah lu orang. Tapi maaf, Fazleena dah tua. Dengar kata dia pakai jamu. Tapi aku tak sure.
Yang lain pun hebat-hebat belaka. Kalau tak hebat, mana lah rajin nak shot short film. Sebab depa hebat lah, ada keinginan. Bukan reti cakap kosong jer. Kalau kau sepandai Tonton Filem nak cakap gitu gini tak pe lah jugak. Harap Fad Tonton Filem ada, sebab aku peminat dia diam-diam. Malu juga nak cakap, tapi dia pembaca filem yang ada gaya.
p/s: untuk kawan aku yang nak ajak aku jadi volunteer, aku macam berminat dengan tawaran tu. Sebab bagus juga buat benda-benda baik, dan yang penting boleh aku travel ke luar. Tak ada geng siot nak pergi mana-mana, semua orang takut nak lepas ketiak mak. Cuma masalahnya, aku tak ada nombor telefon kau, memang aku tak akan telefon lah kalau ada pun. Apa kata kau add aku kat facebook. Paling bodoh pun, kau email lah kat aku, tengok tepi blog ni ada email aku. Aku rajin tau reply email.
Stranger Robot
Kerja gila mungkin. Atau itu hanya perasaan sober.
Mungkin itu semasa lagu Sally Cinnamon yang dimainkan oleh Mani di Little Havana hujung minggu lepas, masa itu aku rasa macam sober. So in love.
Akhirnya terasa juga seperti manusia, bukan robot sahaja. I wish perasaan ini akan menjadikan aku manusia kembali.
Kalau kau tahu kau siapa, ini lagu untuk kau. The Flamming Lips-Yoshimi Battles The Pink Robot
*Konsekuensi akan ditayangkan di KL Fringe Film Fest di DBP. Kalau sudi datang lah ya. Maybe aku akan tayang version director cut yang tak pernah ditayangkan dimana-mana. Mungkin. Kerana hidup ini pelbagai kemungkinan.

Banyak lagi filem-filem indie yang menarik akan ditayangkan, curator dia pemikir filem yang bagus, siapa lagi kalau bukan Bin Filem.








