Apr 30, 2010

Mak Aku Kot

Rindu kat mak aku. Kejap lagi dia akan sampai di Kuala Lumpur. Dan macam biasa tempat yang selalu menjadi ketagihannya adalah di Masjid Jamek. Macam mana aku boring sekali pun di sana yang hanya menyediakan kain-kain perempuan sahaja, tapi aku gembira bila dapat bersama dengan mak aku.

Kenapa ibu adalah orang paling best untuk kita bersama?.

Tak tau kenapa bila dengan mama, aku rasa macam aman dan tenteram. Aku suka tengok mak aku senyum.

Buat aku rasa bahagia.

Masa aku balik kampung tempoh hari, aku nampak mak aku sedang memasak dengan memakai baju Pennywise yang sudah aku tak pakai lagi.

Kesian, anak mu punk rocker. Nanti nak ajak mak aku tengok wayang filem "kick-ass". Sumpah, mak aku punya gelak yang agak menjelikkan. Tapi aku suka mak aku macam mana sekali dia pun.

Apr 29, 2010

Bullets & Flower

Katanya Hobbes, manusia seperti kita dilahirkan sebagai mahkluk yang jahat dan hanya melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Kerana itulah sejarah manusia dibentuk dengan kekerasan dan peperangan. Namun bagi Rousseau, kita dilahirkan sebagai manusia yang cintakan keamanan namun keadaan sekeliling akan membentuk bagaimana kita.

Aku tidak mahu untuk mengakui yang mana lebih tepat, kerana aku tidak bersetuju dengan pendapat falsafah era tok nenek ini lagi. Bagi aku manusia punya pelbagai topeng, kita tidak boleh menduga perangai manusia, seperti mana kita cuba menduga perangai harimau. Sedangkan manusia boleh menjadi lebih ganas dari harimau dan dalam pada masa yang sama boleh menjadi sejinak seperti kucing.

Apa yang berlaku pada tempoh hari, bila Aminul Rasyid yang baru sahaja berumur 15 tahun ditembak di kepala oleh Polis Diraja Malaysia kerana disyaki suspek ahli kumpulan samun. Membuktikan manusia boleh bertindak diluar kawal, atas sebab tertentu yang kita sendiri pun tidak tahu alasannya. Macam ada satu tangan ghaib yang mengacukan senapang dan memetik picu terus membenamkan peluru ke kepala remaja itu.

Macam mahu katakan pada semua, sudah ajal Aminul Rasyid ditembak polis.

Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, menurut media Aminul Rasyid budak nakal, kata ahli keluarga dan rakan-rakan arwah pula, dia seorang remaja yang tidak pernah mengundang masalah.

Tidak kenal pula, siapa Aminul Rasyid ini, jadi aku tidak mahu membuat apa-apa tanggapan. Bagaimana kalau dia benar-benar penyamun?. Bagaimana kalau sebenarnya dia adalah pemimpin masa depan[tidak korupsi]?. Aku tak tahu yang mana satu benar, yang mana satu salah.

Cuma aku terlalu musykil dan sedih. Dia baru sahaja berumur 15 tahun, alangkah sedihnya kalau dia sudah menjadi penyamun dan alangkah sedihnya juga kalau dia mati katak dek kerana kerakusan harimau.

Aku tak fuck polis, kerana ada sahaja polis yang baik pernah aku jumpa. Ada juga yang perangai macam setan. Jadi tak adil nak hukum semua polis jahat. Kalau rumah aku kena pecah, polis juga yang aku mengadu. Good or evil itu semuanya itu terpulang pada diri sendiri. Mentaliti dan nafsu kamu yang menentukan segalanya.

Tapi aku pernah ada satu pengalaman seperti arwah, semasa itu aku juga berumur 15 tahun. Aku pandu kereta mama selepas balik dari tuisyen, ada road block kat depan. Masa tu aku gabra tak ingat dunia, mula-mula aku ingat nak membuat pusingan U, tapi ada kereta yang banyak disebelah kanan. Tiba-tiba aku tertekan pedal minyak, nasib baiknya aku sempat menekan semula brek kereta.

Muka aku cuak gila, sebab kali pertama aku memandu kereta untuk menghadapi road block. Kalau aku terus tertekan pedal minyak dan memecut melintasi road block itu, adakah perkara yang sama berlaku terhadap aku?. Adakah aku akan mati kerana situasi pada masa itu?. Beruntung masa itu aku hanya disaman sahaja dan tidak pula diketuk atau dimarah sekalipun. Abang-abang polis melayan aku dengan baik sekali. Mungkin muka aku masa 15 tahun agak innocent untuk menjadi budak nakal.

Apa-apa pun, belangsukawa buat Aminul Rasyid. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

Apr 26, 2010

Star



You're very uncool(oh yeah)
And forever wonderful.
I know.

Easy to make you out.
I see you're not an ordinary being.
But a luminary hearted soul
Who got it all wrong.


Aku terlalu "in" dengan lagu ini, terasa macam terlalu dekat dengan aku. Mungkin aku rasakan kau seperti milky way yang membentuk night sky di seluruh galaksi. Dan cahaya akan memecah seluruh sfera celestial sewaktu kau mula bersinar.

Lalu aku seperti star gazer menunggumu pulang. Kau pula seperti hurricane yang mempersona untuk dikejar lagi.

Pulanglah semula ke spiral galaxy wahai puteri andromeda, supaya kau tidak tenggelam dalam supermasive lubang hitam.

Apr 25, 2010

Fynn Jamal Perempuan Mulut Longkang

Malam minggu aku bersama dengan seorang punk rocker tua tak tua tapi hopeless romantic, menghabiskan masa bersama di satu kawasan pinggiran Kuala Lumpur. Sudah lama tidak berjumpa dengan si punk rocker ini. Kalau sebulan maksudnya agak lama bagi aku dan dia tidak berborak tentang falsafah cinta-cinta karat berdebu.

Buat pertama kali juga aku pergi ke kedai Fynn Jamal yang terletak di Seri Kembangan. Kawasan yang aku kira satu escapism terhadap haruk pikuk kota. Manusia macam aku punya fobia dengan urbanisasi. Di sana sekali sekala adalah tempat yang sesuai untuk aku.

Dengan Fynn sendiri pula, sudah hampir dua tahun tak jumpa. Nampak sahaja aku ni orang yang suka bersosial, tapi orang yang disekeliling aku adalah orang yang sama. Atas keadaan itu, aku jarang jumpa orang. Kawan-kawan lama pun memang dah lama tak jumpa. Menyembunyikan diri sendiri.

Yang aku tahu pasal Fynn, dia sakit tahun lepas, then dia dah kahwin. Jadi aku membuat rumusan mudah, Fynn akan jadi macam makcik-makcik yang membosankan. Berbanding dulu, Fynn adalah rocker kangkang!.

Tapi semua jangkaan meleset, Fynn masih lagi mencarut, masih lagi melatah, masih lagi menhentak meja dengan cara gengsternya. Mulutnya juga masih berbau longkang, masih lagi melontarkan semua rasa tidak puas hatinya. Seorang perempuan berhati besi keras hati.

Dalam borak-borak tentang banyak perkara, aku dapat tahu Fynn akan keluarkan bukunya sendiri. Kamu tak tak yang Fynn antara salah seorang yang mula-mula yang membaca sajak di gig-gig sekitar KL?. Masa tu scene indie baru tengah nak naik. Art scene di KL ni masa tu semua tulus dol. Bukan buat suka hati macam apa yang berlaku pada hari ni.

Pada masa tu, art dan rock n roll sangat akrab. Dan aku rindu pada masa tu. Tak macam hari ni, baru baca dua tiga sajak kat public dah nak menyombong mengalah rock star. Piraahhhh mabuk!.

Jadi, aku mahu menunggu sahaja buku sajak patah hati oleh Fynn Jamal supaya ia boleh menjadi pengubat kesakitan hati yang haru biru.



Apr 23, 2010

Secret

Rasa nak cakap macam ni;

"I suka you sebab you suka baca buku"

Tapi tak tau kat mana nak cakap. Sebab kita dua memang tak pernah kenal antara satu sama lain.



Love is coming 'round again
Have you spent your chances 'fore the end
or need a friend
Everyone's looking for something
Everyone's looking for someone
Fool...
Crispian Mills@Krishna Kantha Dasa



LGBT Slang

Di suatu seksyen untuk semua orang merokok. Sama ada staff ataupun pelawat, semua akan merokok disana, tanpa mengira perbezaan jantina perempuan, lelaki atau bukan kedua-duanya.

Aku nyalakan rokok sambil membawa segelas nescafe, sebelah aku ada dua orang lelaki. Tanpa kerusi, semua orang bersandar sahaja pada dinding.

Seorang perempuan datang untuk merokok bersama. Suasana senyap kecuali hanya dengar sekali sekala hembusan rokok perlahan-lahan dan juga kaki yang menghentak lantai macam mengikut irama lagu.

Belum pun sampai ke tengah, rokok itu sudah dipadam oleh perempuan tadi. Dengan muka yang agak-agak bengis, nampak sombong, membawa watak femme fatale serta ego feminism dia berlalu pergi tanpa ucapan "bye".

Salah seorang dari dua lelaki yang bersandar pada dinding tadi pun berkata,

"Tahu kenapa ramai lelaki jadi?"

Muka dia agak serius bila mengajukan aku soalan tersebut, macam mengharapkan sedikit respon dari aku.

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mungkin juga sebenarnya aku tidak berminat untuk mengambil tahu. Muka lelaki tersebut sangat beriya untuk berkongsi pandangannya, jadi aku layankan sahaja.

"Semua perempuan sekarang, sangat membosankan, diaorang tak tahu macam mana nak hargai lelaki", katanya sambil menyedut kembali rokok marlboro lightnya.

"Sebab tu aku lagi seronok hidup dengan jantan", sambung lelaki yang satu lagi.

Lekas-lekas aku juga pergi meninggalkan mereka. Terasa macam dikelilingi oleh bear communities. Berbadan besar, punya bulu yang banyak, perut buncit, tapi gay. Rasa geli juga sebenarnya.

*Aku suka tengok gay yang berbadan slim dan shave semuanya. Gay yang ada misai dan jambang bukan pilihan aku ok!.

Apr 22, 2010

Kucing Kurap

Masa kau banyak duit, kau sedang berada di atas, masa itu lah ramai manusia-manusia nak datang dekat dengan kau.

Bila kau tak ada duit, jadilah kau seperti kucing kurap.

Aku tak pernah peduli, kau ada duit atau tak. Sebanyak mana tahap popular kau. Tak pernah berikan aku makan sedikit pun. Aku orang yang suka melihat kawan aku semakin maju. Buat aku bangga.

Terus lupakan aku, tak kisah pun. Asal kau masih kenal mak kau.

Kerana aku percaya, mak kau satu-satu orang yang selalu di sisi, masa bila kau sihat dan sakit, masa kau kena puji dan keji, masa kau ketawa dan menagis, masa kau jatuh dan bangun.

Mak kau.

Ya mak kau tak pernah minta apa-apa dari kau.

Selain doanya.

Selain ucapnya untuk terus kau bahagia.

Bob Dylan-Mama You've Been On My Mind



Apr 20, 2010

Dirty Pretty Things

I wanted so badly to lie down next to her on the couch, to wrap my arms around her and sleep. Not fuck, like in those movies. Not even have sex. Just sleep together, in the most innocent sense of the phrase. But I lacked the courage and she had a boyfriend and I was gawky and she was gorgeous and I was hopelessly boring and she was endlessly fascinating. So I walked back to my room and collapsed on the bottom bunk, thinking that if people were rain, I was drizzle and she was a hurricane.

John Green, Looking For Alaska

Revolusi Dari Bilik Tidur #4

Tora datang lagi!.

Pilihan raya pun datang semula dengan segala permainan dan teknik baru. Ermmmm... Tak ada lah teknik permainan baru sangat pun, masih lagi dengan guli-gulinya. Adegan lompat parti itu sudah menjadi perkara biasa dalam politik Malaysia. Yang kerajaan bila ditendang masuk pembangkang dan yang pembangkang masuk pula kerajaan. Esok lusa, Najib dah nak balik terus ke Hulu Selangor, berceramah katanya.

Dalam tv semua cakap pasal 1 Malaysia;

Kamal[melayu]+Alan[cina]+Nathan[india]=Kamalanathan.

Aku bukan kisah sangat siapa yang nak memerintah. Same shit dol!.

Dalam twitter abang P Kamalanthan kita ni ada tulis bio ringkasnya "I am a Public Relations Practitioner with a passion in politics".

Suka sangat dia bermain dengan api-api politik.

Bio twitter Zaid Ibrahim pula ada tulis macam ni "
It is my hope that Malaysia will be born again as a free and egalitarian democracy state"

Bunyinya seperti matang sedikit bukan?.

Oh ya, dari empat calon yang bertanding, dua daripadanya telah menarik diri. Pelik betol, nak bertanding politik ke nak masuk pertandingan masak-masak ni?


Apr 19, 2010

Bad artists copy. Good artists steal Katanya Pak Picasso

video

If you try the best you can. The best you can is good enough. Memang itulah yang selalu aku pegang. Sebab, ada seorang kawan aku tanya, kenapa aku tak shoot lagi music video Khottal. Jawapan yang paling mudah aku boleh kasi ialah, aku perlukan rancangan yang betol-betol rapi. Maksud aku, semua benda perlu dirancang. Jika tak, hasil kau akan jadi macam sampah. Biasanya aku bermula dengan idea kemudian ia selalunya berubah menjadi bentuk yang lain. Katanya Uwei, good filmmaker akan design everything single thing.

Seorang kawan baik yang aku anggap sebagai guru, dia juga antara director yang aku kira gila babi prefect, yang mana antara orang Malaysia yang telah berjaya terpilih untuk menyertai LA Film Fest. Dia ajar aku macam mana nak design everything dan letakkan dalam satu composition. Aku belajar dari passion dia untuk menghasilkan sesuatu hasil yang baik. Macam biasa lah kan, semua orang punya guru masing-masing. Tapi aku tak akan jadi macam dia, diri aku adalah begini.

Berbalik kepada video Khottal, kalau kamu tengok macam concept video yang aku pakai, sebenarnya aku cuba masukkan elemen bohemian. Aku suka bila benda yang aku buat, ada kaitan dengan aku, walaupun ia adalah music video. Rasanya, bila concept sudah ada dan band member pun sudah setuju, so plan yang seterusnya achive sahaja macam mana video concept itu. Jadi kerja shooting pun mudah, aku kena rujuk reference sahaja, tapi bukan meniru ok.

Satu hasil seni yang bagus perlu ada good reference. Lagi pun aku tak suka video yang terlalu polish, aku suka yang lebih raw. Macam lukisan Picasso, bila dia melukis, dia biarkan sahaja bekas-bekas pensilnya itu. Tidak dipadam, supaya segala nafasnya masih bernyawa disitu.

To finish a work? To finish a picture? What nonsense! To finish it means to be through with it, to kill it, to rid it of its soul, to give it its final blow the coup de grace for the painter as well as for the picture.
Pablo Picasso

By the way, aku dah dapat good damn make up artist, dia bukan yang reti make up supaya orang nampak cantik sahaja, tapi dia memang berkarya dengan hasil make upnya. Director of photography pun dah setuju untuk tolong aku. As front man, director perlu tahu adakah orang yang dia pilih boleh achive atau tidak macam dia mahu. Rasanya, DOP aku ni punya soul dia sendiri. Sebab aku tahu, masa shooting aku mahu have fun, bila masuk post production barulah aku jadi serius. Aku post production people doh, aku tahu apa yang aku mahu. Cakap macam kerek, tapi serius, aku mahu bergembira masa shooting, bukan alami stress. Jadi jalannya, buat pre-production dengan sebaik yang aku mampu.

Next thing sebelum shooting, production design. Nampak sangat yang aku ni sudah masuk fasa sangap nak shooting benda-benda indie. Sebab aku dah semak dengan tv commercial yang sangat pressure!.

Apr 18, 2010

Sup Ayam Untuk Si Patah Hati

Bukan bermaksud pun sup ayam sebagai sup ayam secara fizikal. Mungkin ia lebih kepada ubat penyembuh untuk segala kekecewaan.

OPTIMISTIK

Rasanya, aku cukup optimistik untuk lalui hidup yang fucked up. Kena bayar hutang ah long, naik motor dalam hujan, makan maggi, hati yang patah. Semua aku dah lalui.

I'd really like to help you man
Nervous messed up marionette
Floating around on a prison ship

If you try the best you can
If you try the best you can
The best you can is good enough
If you try the best you can
If you try the best you can
Dinosaurs Roaming the earth
Thom Yorke

Untuk segala yang disekeliling, orang membising, orang bercumbuan, kucing sedang merenget, anjing sedang menyalak, aku hanya senyum sahaja.

Kita tak tahu apa yang akan esok menjelma. Masa depan, satu kulkulus yang tidak boleh dilihat pada ungkapan algebra atau sistem logik sains. Just fuck it!. Memang masa depan adalah satu perkara yang menakutkan, tapi masa lampau juga adalah hantu.

Mati bukan jalannya.



Apr 17, 2010

Masa Pegun

Aku rasa semua orang pernah naik atas tren yang didepannya ada seorang perempuan atau lelaki, kemudian kau memandang tepat ke matanya. Dia juga menlakukan perkara yang sama dengan kau. Masa tu keadaan jadi sunyi walaupun dalam pekat ramai manusia.

Segalanya macam kekok bukan?.

Nak senyum tak boleh, nak garu kepala pun nampak sangat kepala tak gatal, nak main telefon pun tak ada orang yang sms.

Macam mana keadaannya, kamu boleh tengok video ini(click).

Rasa seperti masa telah diberhentikan untuk kamu berdua. Peliknya, situasi atas tren atau bas adalah yang paling sesuai. Jika di kedai makan, kamu boleh fokus kepada makanan, atau semasa melintas traffic light, kamu boleh sahaja berlalu pergi dengan penuh yakin. Tapi bila di dalam tren, kamu macam dirantai.

Dirantai untuk jatuh cinta[?]

Mungkin esok aku mahu menaiki tren, untuk lihat kamu. Mungkin esok aku akan pandang kau dan pastinya seperti biasa, aku akan berlalu pergi walaupun aku menoleh sekali lagi.

Ya, aku pemalu orangnya.

Hope Sandoval & The Warm Inventions-Blue Bird

Apr 12, 2010

The Runaways



Boleh ke Kristen Stewart mainkan watak Joan Jett?.


Kawan aku tanya, kat Malaysia ada ke perempuan macam Joan Jett?. Sini, Karen O ramailah.

Apr 11, 2010

Taking Woodstock Dalam Perspektif Psychedelic

Selama ini aku tak pernah suka pada Ang Lee. Walaupun semua anggap dia antara filmmaker Asia yang cukup berprolifik. Aku lebih suka pada Wong Kar Wai. Tapi selepas aku tengok Taking Woodstock (2009), aku rasa Ang Lee lebih bergaya dari Wong Kar Wai. Dia buatkan aku mahu lupakan segala muzik generasi baru, tidak lagi memandang semua yahudi itu jahat, walaupun pada hakikatnya yahudi dalam Taking Woodstock memang golongan yang materialis. Tapi bukan semua antara mereka begitu. Macam orang Islam juga, bukan semuanya baik. Dan aku rasa kalau kamu patuh pada ajaran pun tidak semestinya kau baik hati. Pakai tudung kemudian mengata orang, membuat cacian sana sini.

Baik dan jahat itu siapa aku untuk tentukan. Cuma aku juga punya perspektif macam mana mahu melihat dunia ini. Jangan samakan semua orang mahu menjadi seperti kamu, setiap dari kita punya pandangan yang berbeza. Everyone with their little perspective. Perspective shuts out the universe, it keeps the love out.

Macam pernah satu ketika, semua orang benci pada golongan hippies kerana mereka suka membuat kekacauan. Bukan semua begitu. Bukan semua antara mereka mahu melontar koktel molotov. Memang ada sebilangan.

Tapi hippies cinta pada keamanan. Dan kita perlu juga memahami mereka. Berikan tuntutan mereka, bukan hanya melihat pada sudut yang sempit. Stop war, against racism, dan semua yang melibatkan freedom dan peace as well. Cumanya mereka terlalu banyak hisap weed dan telan acid. Dan kekacauan itu kita hanya lihat dari itu sahaja. Sedangkan sesuatu yang besar kita tidak pernah nampak. Habis siapa yang mahu perjuangkan Perang Iraq? Perang Afghanistan setelah semua hippies sudah hampir tiada.

Kerana generasi pada hari ini adalah generasi yang lembik. Kita takut untuk struggle. Berapa kerap sahaja antara kamu mahu hidup dengan cara possum?. Berapa kerat sahaja antara kamu yang berani untuk tidak mempunyai wang?.

Kerana wang, kita lemah. Kerana wang kita abaikan semuanya tentang segala keamanan. Tak pernah berikan peluang pun untuk hidup dengan lebih baik. Kerana bagi kamu wang adalah segalanya.

Memang aku tak nafikan, wang adalah segalanya hari ini. Siapa lagi yang mahu menjadi hero socialist dalam negara yang sudah penuh dengan kapitalis. Jadi mahu atau tidak, kerja dan wang diperlukan tapi dalam ruang batas untuk kau terus hidup dan hadapi hari yang lebih indah. Berikan wang pada mereka yang memerlukan. Supaya semua orang mampu hidup bahagia tanpa wujudnya sebarang syak wasangka.

Yes, life is fucked up, tapi ia mesti diteruskan. Terutamanya bagi orang yang masih muda, yang punya masa yang banyak lagi untuk melihat dunia ini. Setiap kali aku melihat anak muda yang membawa beg hiking, aku rasa mereka sedang mengembara mencari kebenaran untuk diri mereka sendiri. Mengembara untuk kenal diri. Membesar dengan dengan segala pengalaman. Bukan hanya duduk di rumah sambil membaca surat khabar. Tapi melihat dan merasai.

Selamat bergembira.



Apr 8, 2010

A Guide to Love, Loss & Desperation

Jam 6 pagi.

Malam ni sangat panas, tidur pun berpeluh-peluh. Atas sebab itu aku tersedar dari tidur. Yang kelakarnya, tidur pun mimpi ngeri. Aku mimpi aku akan ke satu tempat, tapi aku tak sampai ke tempat tu. Memang Tuhan tak nak kasi aku sampai. Kemudian aku salahkan diri aku sebab aku adalah seorang yang bodoh.

Atau sebenarnya aku broken heart sampai tidak boleh tidur.

Pagi-pagi aku pasang lagu Bob Dylan kemudian start block sesetengah orang yang aku tak nak tengok email dia lagi. 93 email aku delete. Sebelum tu aku baca satu-satu sampailah email terakhir.

You know?.

You know?.

Aku suka bila perasaan kecewa itu macam sudah sebati dalam hidup aku. Aku suka tengok bintang seorang-seorang. Hisap weed atas bumbung sambil mendengar pemain mp3. Setidaknya membuatkan aku adalah seperti manusia. Berani buat berani tanggup. Aku tak takut dengan kesedihan sebab kesedihan itu adalah sebahagian dari aku.

Delusi yang aku cipta adalah satu api.

Nampaknya, hari minggu aku nanti akan jadi macam biasa kembali. Untuk sekejap hari minggu aku adalah keluar dating hanya dengan borak-borak sampai rabak. Nyanyi lagu The Beatles sama-sama dengan kuat.

Sekarang hari minggu aku akan jadi macam sebelum ini. Di work station dan buat research. Good part, aku tengah belajar visual programming atau juga setengah orang panggil dengan nama diagrammatic programming. Setidaknya aku tahu juga apa yang boleh dibuat pada hari minggu yang senyap. Selain daripada hanya membenci kerajaan lebih baik juga aku buat sesuatu yang boleh memberikan aku keuntungan pada diri sendiri.

Kucing jiran sebelah tengah bersenggama pada awal pagi macam ini. Sebab aku boleh dengar dari bilik ke bilik. Bila sebut bilik, aku tak maksudkan sangatlah sebagai kucing. Boleh tak manusia jangan kongkek lepas subuh?.

Seorang teman aku cakap, dalam dunia ni macam jenis manusia yang ada. Ada yang jahat, ada yang baik, yang entah apa-apa pun ada. Tapi macam mana orang tu pun setiap dari kita ada taman dalam hati.

Mulai esok aku nak masuk kerja jam 7.30 pagi. Selain melanggar segala peraturan, baik aku mula perlahan-lahan untuk ikut kembali norma kehidupan. Jadi berdisplin. Rasanya aku terlalu berdisplin lah, sebab itu aku tidak suka bagi peluang pada orang. Sekali peluang yang beri, tolong lah guna sebaiknya.

Dalam kehidupan ini kau boleh bebas untuk memilih sama ada "hidup seperti kau hidup selamanya" ataupun "hidup seperti esoknya sudah tiada". Tapi aku akan memilih "hidup muda sampai bila".

#listen to Young Forever

selain dari mak aku, mamat ni tak pernah kecewakan aku

Apr 7, 2010

Fear Floating Fucked Up Mind

Pagi ini saya sangat dipressing. Rasa fucked up yang sangat saya menyampah.

Banyak benda yang saya fikir sampai sudah letih.

Jadi saya mahu tujukan lagu yang menjadi kekuatan saya sekarang pada anda semua. Dan seperti anda semua tahu, life penulis blog i am stradust sebenarnya dipressing. Cuma satu sahaja yang saya selalu pegang, "Half of life is fucking up the other half is dealing with it".

Hari ni rabu, ada juga client yang nak kena penendang kalau minta benda yang bukan-bukan.

Apr 6, 2010

Khottal



Dah lama tak buat kerja-kerja indie ni. Jadi aku dah buat pre production dan beberapa lagi briefing yang perlu disetelkan dengan band member.

Rasanya aku tak cukup kakitangan. Siapa yang berminat nak join, boleh lah email aku di iamstradust [at] gmail dot com. Rasanya yang paling aku nak pakai sekarang ni make up artist. Kalau ringgan tulang nak tolong angkat barang pun boleh juga join.

Shoting bulan 5 nanti.

Gila Geli Pun Suka Juga

Tahukah anda seorang biologist bernama Bruce Bagemihl telah menulis sebuah buku yang berjudul Biological Exuberance, Animal Homosexuality and Natural Diversity. Dalam buku tersebut dia menyenaraikan 478 binatang yang secara semulajadinya jatuh cinta pada jantina yang sama dengan mereka.

Antara binatang yang menarik minat aku ialah The Gelada atau biasanya dikenali sebagai Gelada Baboon. Dalam dialek Kelantan, binatang ini dipanggil Bokbong. Jika disusun dalam satu ayat ia akan berbunyi begini,

"Nate ni muko supo bokbong!"

Maksudnya Gelada Baboon ini mempunyai paras rupa yang hodoh, serta dengan perangainya yang agak saiko. Jika kamu saiko kamu juga tidak ubah seperti mahkluk ini juga. Dan lebih teruk lagi, kamu juga tidak terkecuali untuk menjadi gay.

Muka hodoh, saiko dan gay. Gila buruk wei!.

Selain daripada itu, dalam bukunya ada juga menyebut tentang Polar Bear yang dimempunyai minat dengan binatang yang sama jantina dengan mereka. Mungkin Polar Bear suka melakukan aksi lawan pedang. Cute bukan?.

Dalam pada itu, aku juga ada ternampak kucing termasuk dalam list 478 binatang yang mempunyai kemungkinan tinggi dilahirkan sebagai gay. Tak dapat dinafikan nafsu kucing memang tahap binatang sungguh. Baru jer lepas bersalin, boleh pula dia bunting lagi. Kalau nama kucing tu memang kucing juga lah. Jadi kalau kamu tengok kucing kamu tidak pernah mengandung, jelaslah dia sebenarnya gay. Atau juga dia sebenarnya mandul. Tidak pun dia punya penyakit yang dipanggil sebagai penyakit endometriosis (terbaca di ruangan sakit puan akhbar harian metro).


Oleh itu, jika anak anda nanti punya minat pada manusia yang sama jantina dengannya, apa yang mahu anda buat?. Mahu bunuh anak anda?. Kadang kala elok juga kita tahu kenapa orang jadi gay, daripada kita hukum mereka sesuka hati.

Aku bukan gay, tapi aku selalu kesian pada gay. Korang tak sakit ke?. Ah lantak pi lah korang, bukan aku yang kasi korang makan pun.


Apr 2, 2010

The Kids Are United!

Bukan Razaisyam, tapi ini Sham 69. "If the kids are united then we'll never be divided". Nak pergi cari harrington jacket!!.