Kata orang, zaman sekolah adalah satu tahap yang paling menyeronokkan dalam kehidupan kita. Tak ada tanggungjawab, duit sekolah mak kasi, pergi sekolah dapat mengorat awek. Masa rehat makan keropok dan minum air sirap 20sen.
Di sekolah, setiap orang di wajibkan untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum. Macam menyertai badan beruniform atau juga menjadi wakil sekolah untuk temasya sukan, debat, pantun, dan segala macam. Sebahagian syarat untuk masuk universiti juga ada tertulis selain mempunyai keputusan akademik yang bagus, penyertaan ko-kurikulum juga diambil kira.
Masa sekolah rendah, aku lebih aktif bersukan. Tapi masuk sekolah menengah, aku dah tak join mana-mana pertandingan sukan.
Dulu aku join Kadet Briged Bakti. Tapi aku bukanlah yang duduk berbaris tengah panas masa pertandingan kawad. Aku jadi tukang masak. Sebab aku nak merasa pergi berkhemah, tukang masak pun tukang masak lah. Ketua tukang masak ok!.
Kalau kat sekolah, aku bukanlah pengawas. Pernah juga pergi temuduga sebagai pengawas sekolah. Tapi cikgu tengok muka aku terus reject. Sebab aku tersenarai antara yang lambat pergi ke sekolah. Nanti aku akan salah guna kuasa.
Jadi aku mintalah sebagai pegawas pusat sumber. Tak lepas juga, sebab aku tak pernah pinjam buku kat library, pastu ada satu kes yang aku curi buku masih diambil kira. Jadi, aku mencuba lagi, yang mana pangkat yang paling rendah.
Akhirnya aku berjaya juga menjadi PRS atau dengan sebutan penuhnya sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Siap dapat jadi naib presiden lagi. Macam mana lah cikgu boleh terima aku untuk membimbing rakan aku yang lain. Tapi pengalaman jadi PRS memang menakjubkan, aku dapat ramai pelawaan untuk menjadi abang angkat untuk pelajar tingkatan satu dan dua.
Kalau budak tingkatan yang atas-atas sikit, mereka anggap aku adalah "jerk" sahaja. Pergi sekolah pun jarang, kalau aku pergi kelas tambahan pun buat kacau orang nak belajar. Tapi tak apa, minah-minah yang kelas depan berlagak dengan aku dulu, tak kemana-mana pun.
Masa sekolah, aku adalah jack ass.
Tapi bila jumpa budak sekolah lama aku, mereka masih lagi cakap aku adalah jack ass. Tak ada apa pun yang berubah, aku masih lagi macam ni. Cuma yang berubahnya, aku dah ada tanggungjawab pada diri sendiri.

tahun 2001 aku tak pakai spek, bila masuk universiti aku banyak membaca sampai aku jadi geek