Jun 30, 2010

Hup Capailah Bintangmu

Sebenarnya aku sangat sibuk sekarang. Bulan paling tough sepanjang hidup aku. Bukan pasal cinta lah gila!. Cinta tak kasi aku makan. Ini semua soal kerjaya.

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Aku nak berhenti kerja. Aku suka tempat aku kerja sekarang. Sangat suka macam dalam satu keluarga. Gila kot nak berhenti kerja kat sini. Macam benda bodoh yang aku selalu buat. Macam satu line dalam scene The Pursuit of Happyness (2006) This part of my life... this part right here? This part is called "being stupid."

Tapi apa aku boleh buat, aku kena ada impian yang lain. Maksud aku, jalan sebenar yang patut aku tuju. Cumanya, aku tak seberapa berani. Perjudikan balik life yang semakin stabil dan kembali hidup huru hara. Tak ada apa yang boleh aku buat, kerana aku memang dari situ dan aku patut kembali ke sana.

Berhenti kerja dan kembali buat production.

Fuh!.

Huru hara balik lah.

Sebenarnya...

Ermmmm, malas lah nak cakap. Biar jer lah pasal benda ni. Tak penting untuk kamu, yang pentingnya aku sahaja aja yang tahu. Kalau gagal ertinya aku perlu mati. Kata perjudian hidup bukan?. Harapnya aku ada keberanian.

Dalam impian aku tu, ada beberapa yang aku nak.

Salah satu, aku nak ada working machine sendiri. Tengah set up perlahan-lahan, sebab payah nak dapat yang betol-betol fix dengan kerja aku.

Kedua, aku nak Fazleena, bukan nak kat dia!. Aku nak dia berlakon, dah lama aku nak kat dia. Sekali lagi bukan nak kat dia, ni soal kerjaya. Maksud seperti yang aku cakap kat kerjaya yang diterangkan pada bahagian atas. Kenapa dia?. Sebab satu hari semasa ada acara seni di Maps KL, aku jatuh hati pada tiga patah perkataan yang diulang selama 15 minit dalam berpuluh ekspresi. Payah aku nak cakap pada kamu, tapi aku tahu lah apa yang aku nak buat.

Ketiga, aku memang tak nak kerja. Tapi aku nak buat kerja. Begini mudahnya, aku bosan dengan benda yang mengikat, sampai ko rasa diguna macam sampah. Paham tak?. Tak paham sila abaikan aja lah.

Keempat, aku nak balik kampung. Chilling. Dengan cara-cara di atas mungkin aku boleh balik kampung dan buat kerja kat kampung. Bukan kerja kampung, kerja macam aku buat sekarang, tapi dengan guna komputer rasanya tak jadi masalah yang besar. Rasanya kalau kat kampung lagi banyak idea. Tak pening macam kat KL ni. Fuh, rasa macam budak Kuala Lipis pulak sebab selalu balik kampung jumpa mak.

Kelima, aku nak beli kereta dengan cash!.

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Ada lah, malas nak bagitau pun. Sebab aku nak sell out gila-gila lepas ni. At least, macam prinsip yang aku pegang, kalau nak jual benda biarlah bermaruah.

Jadi aku akan kerja keras untuk benda tu menjadi sempurna. Semoga begitulah kawan.

Jun 24, 2010

Ringkasan 25 Tahun

Do the thing you think you cannot do.

Jun 22, 2010

KULA FUCKING SHAKER!

Band yang selama ni aku selalu cakap kat kawan aku "kalau Crispian Mills ada depan mata, aku cium mulut dia"

Band yang banyak mempengaruhi pandangan aku tentang dadah, cinta dan kehidupan. Inilah dia KULA SHAKER FUCKING LIVE IN KL, 5 FUCKING AUGUST FUCKING 2010.

FUCK OFF!!!

Tak percaya.

Macam nak mati.

Gila sial.

Seriously gila!.

Buat Kita Juga Bahagia



Macam mana lah nak jaga empat orang budak kembar. Gua lost wei.

Jun 21, 2010

Revolusi Dari Bilik Tidur #6

Saat ini ramai rakyat Malaysia sedang menonton bola. Semasa Portugal membenam Repulik Rakyat Korea Utara dengan jaringan yang besar. Saat ini, semua orang mengatakan Christiano Ronaldo adalah pemain ulung dunia yang tiada bandingnya.

Dan siapa lagi peduli pada sejarah?.

Sejarah di negara Malaysia ini sendiri.

Menurut Datuk Awang Adek di dalam Malaysia Kini, Penjara Pudu adalah sejarah yang tiada apa yang boleh dibangga. Benar juga kata Awang Adek ni, kerana Malaysia tidak ada sejarah yang mahu dibanggakan pun. Jika beliau mahu mengunakan terma "bangga".

Soalannya, ada sejarah yang bertitik tolak dari kehitaman dan ada juga sejarah yang penuh kegemilangan. Macam Stadium Merdeka, Dataran Merdeka dan beberapa lagi boleh dianggap sebagai sejarah penuh gemilang. Tapi aku percaya, satu hari ada pula yang akan katakan "tiada apa pada Stadium Merdeka, ia hanya sejarah".

Dan generasi-generasi aku tidak akan ambil peduli lagi pada sejarah. Kemudian mereka pula mencemuh, katakan generasi aku adalah generasi yang buta sejarah.

Sebab semua sejarah yang dicipta, kamu sendiri yang hancurkan. Mahu salahkan generasi yang masih lagi dalam air mani pada saat ini?. Macam kamu bakar semua buku dan suruh kami baca buku itu. Tak nampak apa gila!.

Bagi aku, Penjara Pudu adalah satu sejarah yang penting. Sejarah zaman penjajahan British lagi. Sudah lebih 100 tahun umur penjara tersebut. Tidak boleh diukur pada status wang ringgit, ia adalah satu nilai yang tidak boleh dibeli.

Oh ya, Penjara Pudu tidak relevan untuk kemodenan negara. Jika begitu, sejarah juga tidak relevan. Boleh runtuhkan semua bangunan-bangunan lama dan dirikan-lah pasar raya. Kerana itu untuk ekonomi negara.

Apakan daya, kalau modenisasi kita dicanang oleh para ekonomis yang sempit sejarah. Jika aku ahli politik, apa salahnya Penjara Pudu dibuka untuk orang ramai, dijadikan salah satu pusat penyebaran kultur. Tapi ahli politik kita mahu meramaikan lagi "anak-anak Bukit Bintang" - kultur pop Justin Bieber.

Nanti semasa melalui Jalan Hang Tuah, aku akan merindui sebuah penjara yang sudah lupus. Turunkan bendera untuk sejarah dan naikkan bendera orang-orang kaya yang akan terus kaya.

Segi tiga emas Bukit Bintang akan terus berkembang. Dan Kuala Lumpur akan jadi ibu kota yang paling dasyat sekali akan muka bumi ini dengan menghapus sejarah 100 tahun sebuah bangunan yang dibina pada tanah seluas 10 hektar. Semakin berkembanglah juga budaya Bukit Bintang di hati anak muda Malaysia.

Bagus sekali!.

*nota kaki
Seorang pembikin filem dokumentari, Fatul Ghazali ada menghasilkan sebuah sesuatu tentang Penjara Pudu. Rasanya nanti, dia akan jadi orang kaya selepas runtuhnya bangunan tersebut. Dengar kata sudah ada permintaan dari syarikat tv dari luar negara yang berminat, apatah lagi dengan keputusan merobohkan penjara ini sudah pastinya meningkatkan lagi "demand" terhadap dokumentarinya.

Forgotten Memories - Pudu from fatul ghazali on Vimeo.

Jun 20, 2010

Each Friend Represents A World In Us

Selalunya aku hanya berikan peluang orang sekali sahaja. Take it or leave it. Mana ada peluang kedua lagi. Dan aku nak minta tolong, jangan buat perangai macam kucing. Masa kenyang kau pergi merata, masa lapar baru kau reti pulang. Itu selfish ok!.

Biasanya orang macam ni, bukan rapat dengan kita pun. Mereka hanya guna kau masa kau ada sesuatu. Lepas kau dah tak ada apa-apa kau dibuang macam sampah.

Beautiful friendship my ass!.

Ini bukan orang yang rapat dengan aku, ini orang yang hanya tahu mengambil kesempatan. Sebab aku tahu, kawan-kawan yang rapat dengan aku memang selalu ada masa susah dan senang. Aku bukan budak umur 15 tahun yang boleh ditimbang macam bola. So called kawan "Kuala Lumpur".

Nasib baik aku sudah kenal siapa lawan siapa kawan. Terima kasih kerana mengajar aku hidup berkawan. Old friends pass away, new friends appear. It is just like the days. An old day passes, a new day arrives. The important thing is to make it meaningful: a meaningful friend - or a meaningful day.

Jun 18, 2010

You Cunt!! Kevin Drew



Terlepas melihat BSS di Singapura. Aku dah mula emo. Akan emo selama dua tahun bermula dari sekarang.

Jun 16, 2010

Semua Manusia Adalah Ahli Magik



Video ini membuatkan aku hampir menagis.

Aku selalu percaya, limitation adalah satu perkara yang wajib dirempuh oleh manusia. Benda yang selalu aku fikir, "kalau orang lain boleh buat, asal plak aku tak boleh buat".

Cuma satu sahaja yang diperlukan; kesabaran.

Banyak perkara tidak akan datang setahun dua. Kadang-kadang kena tunggu batu jadi pasir baru ia datang. Bak kata mama yang selalu ulang ayat sama "won't stop to surrender my dear".

Apa lagi, teruskan kejar impianmu, jangan duduk melangguk depan tv sahaja. Jangan duduk pegang tangan kekasih sahaja. Jangan pandai cakap kosong sahaja. Kalau kau tembak bintang tapi mengenai bulan, it's ok. Tapi kau perlu juga tembak sesuatu. Kerana ramai yang tidak berani pun untuk menembak.

There is no substitute for hard work-Thomas Alva Edison


Maybe One Day




Jun 14, 2010

Art, Korea, dan Kekasih Kawan Aku?

Masa weekend lepas adalah hari yang mana aku menjadi haiwan sosial, menghadiri majlis-majlis seni dari Annexe sampai lah di Solaris Dutamas. Biasa aku pilih satu sahaja, memandangkan acara di Solaris hanyalah 500 meter sahaja dari rumah aku, jadinya aku pergi ke dua-dua acara seni tersebut.

Di Annexe meraikan buku Mohd Jayzuan, di Solaris pula menonton rockumentary hasil kerja Ahmad Faris yang berjudul TAPAU: the music, the road & a camera. Kedua-dua kenalan aku, pergi memberikan sedikit sokongan moral. Buku Mohd Jayzuan sangat cool gila ok!. Sebuah buku buat aku takut pada perempuan dan cinta. Ia macam sebuah cerita hantu tapi dalam konteks cinta. Rockumentary Ahmad Faris pula mungkin tidak lama lagi akan ditayangkan di kaca tv. Kerana menurutnya sudah mendapat persetujuan sebuah syarikat tv tempatan. Hanya tinggal mendapatkan best deal sahaja lagi.

****

Semasa di Annexe tidak banyak perkara yang berlaku, kecuali syurga buku dan juga ramai awek yang langsung tidak menarik minat aku [?].

Solaris Dutamas pula, ramai awek urban. Pakai hot pants kerana panas duniawi mungkin. Sama seperti mana acara-acara seni lain juga, begitulah di sini. Selain berjumpa kenalan lama yang jarang bersua muka, tidak banyak dari itu dan juga menghayati hasil kesenian. Sayangnya aku tidak cukup seni jika otak aku waras sebagai manusia normal. Oh ini alasan sahaja untuk menlakukan perkara yang tidak patut dilakukan.

Sedang aku lemas dengan awek-awek urban berhot-pants dan baju-lurah-dada, aku cuba mendapatkan semula udara segar dari boobies-bobbies-boobies dan boobies. Keluar dari segala dosa-dosa mata, aku mendapatkan sebatang rokok dari seorang kenalan aku di luar.

Sambil berbual-bual tentang topik di luar pemikiran kesenian, kami bercerita tentang pasukan Korea Selatan yang menjadi pujaan aku pada masa ini. Tak sampai 5 minit, kami masuk kembali kepada cerita seni, topik filem Korea pula. Kemudian gadis Korea, makanan Korea, porn Korea, kereta Korea. Cerita kami pada masa itu telah berjaya membentuk satu Korea pada keseluruhan. Harapnya ada awek Korea membaca entri ini.

Borak-borak-borak.

Mata aku tiba-tiba terlintas pada seorang awek. Cantik orangnya. Cara dia senyum mengingatkan aku kepada kekasih kawan aku, cara dia berjalan mengingatkan aku kepada kekasih kawan aku tu juga, sama juga dengan rambutnya, hidungnya, pipinya, bibirnya, dan semua tentang dia sama seperti kekasih kawan aku.

Eh, memang kekasih kawan aku pun!.

Setahu aku, kawan aku ni baik orangnya. Jarang keluar bersosial, mana pula nak mengorat perempuan lain. Aku pandang lagi untuk kepastiannya.

Eh, memang kekasih kawan aku pun!.

Mata aku dengan cermin mata sebesar ini memang tidak akan salah.

Eh, tu kawan kepada kawan aku. Maksud aku kawan kepada pakwe perempuan tadi. Contoh A bercinta dengan B. Manakala A, B, dan C adalah kawan. Sekarang B dan C pula sedang bercinta. Aku membuat tanggapan begitu kerana B dan C berpimpinan tangan macam pasangan bercinta lain. Kalau kawan pegang tangan buat babi apanya!. Antara A dan B aku tidak tahu apa kisah, lagi pun aku malas nak ambil kisah, cuma mereka pernah mengaku di depan aku dan seorang lagi sahabat aku mereka sedang bercinta. Kalau dahulu A, B dan C hanyalah kawan aku tidak lah merasa pelik. Konsep BMW (best man win) itu sudah biasa dimana-mana.

Aku senyap sekejap.

Cinta ni memang komplikasi.

Masa ini lagu baru Yuna yang berjudul ********* tiba-tiba flash dalam otak aku. Yuna memang genius sampai buat aku meremang bulu roma. Harap Malaysia ramai lagi perempuan bijak. Ermmmm... Maksud aku orang bijak tak kira laki ke perempuan.

Aku punk rock, tak perlu bijak pun. Kerana punk rock itu sendiri sudah cukup bijak!.


Jun 13, 2010

Pengalaman Psychedelic



Aku yang buat pun rasa nak muntah. Dicipta dengan sedikit ilmu matematik yang aku belajar hari tu serta sedikit ilmu programming yang masih cetek. Tapi inilah dunia psychedelic yang aku sendiri pun tak paham.

Jun 10, 2010

Liberal Yang Hilang Tuju

Tidak tahu sama ada kamu tonton ke belum iklan perfume Axe di kaca TV. Aku adalah fan iklan tersebut di you tube. Alangkah terkejutnya aku bila iklan Axe sudah muncul di kaca tv Malaysia dan mengunakan model Malaysia(?).

Yang paling best iklan tersebut ditayangkan pada waktu perdana. Masa buletin utama beb!. Memang mengancam habis. Selepas ni, bila aku nak balik kampung mesti ada suara sumbang yang nak kirim perfume tu.

Untuk pengetahuan siapa yang tidak tahu mengenai perfume ini, mereka membrandingkan-"pakai perfume dapat seks free". Iklan mereka semua, dari sudut brandingnya juga adalah mempromosikan seks. Mereka mesasarkan perfume ini banyak kepada lelaki, kerana lelaki lagi kelaparan seks berbanding dengan perempuan, kena pula lelaki Melayu memang otak seks sahaja. Dan mengunakan visual tubuh badan perempuan sebagai salah satu cara mendapatkan apa yang disasarkan.

Kalau siapa belajar media studies/masscomm pastinya di tahun pertama akan diajar Uses And Gratification Theory oleh Blumler and Katz yang menerangkan tentang, “what people do with media” rather than what media does to people”.

Aku bukan kisah sangat pasal free seks ni. Pergi mampos korang lah. Itu hal masing-masing dan lagi pun aku bukan ustaz. Cuma aku rasa ada yang tidak kena dengan sistem kita. Maksud aku, dimana lembaga penapisan yang kononnya selama ini amatlah mengambil berat tentang soal-soal visual begini. Apatah lagi ini menjadi tontonan adik-adik kita di rumah.

Tahukah anda, lembaga penapisan filem tidak membenarkan adegan merokok di kaca tv atau wayang, kecuali atas sebab-sebab memberi pengajaran. Tapi kali ini, iklan tersebut terang-terangan mempromosikan seks. What the fuck!!!. Eh, everyone can fuck!!

Mesti sesuatu yang tidak kena dengan sistem bukan?.

Kerana bagi aku, lembaga penapisan adalah sesuatu yang cukup bagus. Makin kuat penapisan dilakukan semakin kreatif kita perlu berfikir. Jika tidak, jadilah kita seperti karya-karya America Hollywood yang langsung tidak mencabar minda-kecuali "Batman:The Dark Knight" (2008).

Cuba kita sekali sekala merujuk kepada filem Iran, betapa kuatnya penapisan filem mereka, tapi makin kuat juga orang-orang kreatif mereka memerah otak supaya tidak menjadikan penapisan filem adalah halangan untuk melontarkan idea.

Oh ya, aku bukan lah peminat filem Iran, kerana aku lebih gemar filem German yang lebih "cutting edge" dari mana-mana region filem dunia.

Berbalik semula kepada iklan Axe tersebut, sejauh mana liberal pun aku, terpesong hidup sekali pun, hatta hilang pedoman, aku tidak akan menghasilkan sesuatu yang murah untuk tatapan masyarakat. Kalau aku rosak pun, aku akan rosakkan diri aku sendiri, bukan bangsa aku.

Bayangkan kalau kamu sudah ada anak atau punya adik yang masih lagi mentah. Mesti soalan yang mereka akan tayang, "kenapa perempuan tu buat muka macam tu, apa maksud iklan ni?".

Salam satu Malaysia dari saya.




Jun 9, 2010

Aku Khinzir: Part 3

Dear Joyah Kinky,

The glass is always half empty
For I've drank my life away.

So goodbye to you my old friend
Your time on this earth is up.
I'm taking control of your life
And hell-bent on cleaning it up

Little Piggy a.k.a Si Khinzir

Aku Khinzir: Part 2

Namun disebabkan adanya nilai-nilai etika yang tinggi pada diri Khinzir, niat untuk menumbuk pekerja KFC dikenselkan serta-merta. Khinzir tidak mahu tindakan caca merba Joyah Kinky berbuah dua kali. Cukup lah dua orang pemimpin mengkorupkan pemerintahan negara. Jangan ada yang ke-3.

Malas nak melibatkan diri dengan politik, Khinzir pun berlalu meninggalkan tempat kejadian.

Sambil mengayuh basikal, Khinzir menunjukkan jari tengah ke arah pekerja KFC tadi. Pekerja KFC tadi menjeling tajam ke arah tayar basikal Khinzir dengan harapan tayar itu akan bocor. Tapi Khinzir lebih advance. Khinzir menggunakan tayar terbaru keluaran Silverstone yang mana ianya kalis bocor.

Cerita tadi tidak berakhir hanya disitu. Berbekalkan ilmu sains yang dipelajari dari college Sunway cawangan jalan ipoh dan juga rakaman video dari Youtube yang ditonton berulang kali, Khinzir sempat mengambil sampel darah pekerja KFC tadi tanpa disedari oleh sesiapa pun termasuk yang sedang membaca.

Bersambung...

yang benar,
Betik

*Betik adalah teman rapat kepada Si Khinzir

Jun 8, 2010

Aku Khinzir: Part 1

Di satu sudut yang paling hampa, cahaya yang suram-suram, tidak terlalu silhouette, masih lagi nampak wajah Si Khinzir. Muram, sedih, banyak kepiluan yang tidak boleh diceritakan secara literal. Nyamuk betina yang bernama Joyah Kinky datang kepadanya, perlahan-lahan dia usap belakang Si Khinzir, cuba memujuk.

"Tak pe Zir, hidup ini kejap di atas kejap dibawah, macam roda" kata Joyah Kinky.

Si Khinzir tidak mahu berpaling ke arah Joyah Kinky, kerana khuatir nampak akan matanya yang sudah berkaca.

"Hati yang rentak siapa yang tahu", kata Si Khinzir cuba bermadah dengan ayat-ayat yang masih puitis tatkala jiwanya mula sudah gundah gulana.

"Jangan macam ni, malam nanti I belanja u makan KFC nak?", kata Joyah Kinky yang masih bertahan untuk memujuk Si Khinzir.

Dia mula mengukirkan sedikit senyum, kerana di dalam kepalanya sudah dapat mengambarkan bagaimana bahagianya memakan X meal Deluxe. Si Khinzir angguk-angguk kepala, sambil mengesatkan sedikit pecahan kelopak air di matanya.

***

Di dalam kereta mini cooper berwarna merah yang dipandu oleh Joyah Kinky, Si Khinzir hanya memandang ke arah luar tingkap sahaja. Hatinya sedikit dibuai dengan keindahan dunia fana ini. Beberapa ekor khinzir betina sedang melambai ke arahnya sewaktu di dalam perjalanan. Ini menambahkan semangat Si Khinzir untuk meneruskan kehidupan untuk mungkin setahun dua lagi sebelum dewasa dan dihidangkan di restoren sekitar Kepong.

Dia memandang ke arah Joyah Kinky yang sedang memandu kereta, matanya hanya berkelip-kelip sahaja menunggu nyamuk betina itu memandangnya semula sebelum memulakan perbualan. 13 minit selepas itu barulah Joyah Kinky perasan yang Si Khinzir mahu bertanyakan sesuatu.

"Kenapa Zir?", tanya Joyah Kinky dengan lembut.

"Macam mana kau boleh kuat teruskan hidup, sedangkan tempoh hayat kau tak sampai pun sebulan?" tanya Si Khinzir.

"Optimistik!" balas Joyah Kinky dengan penuh keyakinan di dada.

Si Khinzir senyum sahaja dan perjalanan pun diteruskan sampai di KFC Wangsa Maju. Di sana, ramai hipster keturunan Melayu sedang berkeliaran. Mereka pandang Si Khinzir dengan penuh prejudis serta tanda tanya.Seorang pekerja KFC muncul di depan pintu menahan Si Khinzir dan Joyah Kinky untuk terus masuk ke dalam restoren

"Awak tak boleh masuk ke sini" kata pekerja tu sambil menunjukkan ibu jarinya kepada Si Khinzir.

"Kenapa???", tanya Joyah Kinky yang tidak berpuas hati.

"Sebab dia seekor babi" balas pekerja KFC itu semula

"Saya bukan babi bang, saya khinzir. Babi tu sepupu saya"

"Keturunan awak memang dilarang masuk ke sini, kerana babi sondol pernah buat hal di restoren kami" ulas pekerja KFC tersebut.

Kerana tidak berputus hati, Joyah Kinky terus menghisap darah pekerja KFC itu.

"Saya ada AIDS" kata pekerja KFC itu sambil tergelak-gelak akan sifat panas baran Joyah Kinky. Tak sampai pun 1 minit, Joyah Kinky terus jatuh ke tanah dan dipijak dengan kejam oleh pekerja KFC.

Air mata Si Khinzir mengalir seperti pili bomba kerana tidak mampu lagi menahan kesedihan kehilangan sahabat karibnya itu.

Dia mengenggam tangan seerat-erat untuk melepaskan satu tumbukan sebagai pembalasan di atas kematian Joyah Kinky...

Bersambung....

Jun 5, 2010

Lurgee



I got something, I got something heaven knows

Jun 1, 2010

Kasih Abah

"Anak papa si Juna ni dah pon menjangkau usia setengah tahun. Papa rasa sekejap jer dah besar macam ni. Well juna, papa and mama sangat sayang kat Juna. U are my Everything. Untuk setengah tahun ni.. papa belikan Juna hadiah Walker dan mama belikan donut & sepotong kek untuk kita celebrate sama-sama. Sayang papa sekarang ni dah pandai tengok orang makan & dia tau itu adalah makanan… dan Juna memang asyik perhatikan seperti nak cuba jugak makanan yg kitorang makan… kesian dia, tunggulah besar sikit sayang.. nanti papa akan berikan apa jer yg juna nak makan. sekarang ni yg boleh untuk sayang papa cuma basic Solid food jer.

untuk Juna.. Papa & mama sayang juna sampai lah tak terkira besarnya seperti lautan yg tiada penghujung.. seperti butir pasir laut yg tidak terkira dan setiap rintik hujan yg lebat menyembah bumi. macam tu lah jugak papa sayang kan mama Juna"

Ini entri yang ditulis oleh Adi Nang di blognya www.adinang.com.my . Masa Adi kahwin dulu, aku ada sama. Seronok lihat orang kahwin, sampai ada sahaja yang menangis. Tak kira laki perempuan mesti nangis. Sebak gembira mungkin.

Tapi ini bukan apa yang aku nak cerita pasal kahwin, aku tersentuh bila baca entri Adi. Abah kita pun macam dia juga. Sayang kita sepenuh hati. Macam mana dia tengok kita membesar, mula bertatih, mula masuk tadika, menduduki SPM dan sampailah kita masuk universiti. Aku rasa, abah adalah seorang yang cool. Sebab abah tak macam mak, dia tak banyak membebel. Nak rotan aku pun tak pernah.

Dulu aku selalu pow rokok abah, sekarang abah pula pow rokok aku. Ironi hubungan antara anak jantan dan seorang ayah. Satu masa dia tak kasi kita merokok dan bila masanya nanti dia mahu kita merokok supaya boleh berbual dengannya di beranda.

Entah macam mana nak explain kasih sayang ayah, sebab ayah bukan macam mak. Ayah tak akan peluk anaknya. Biasanya ayah akan berlagak macho. Tapi dari jauh-jauh dia pandang kita dengan penuh kasih sayang.

Oh fuck!.

Rindu kat abah. Nak pula musim Piala Dunia ni. Abah akan tengok sorang-sorang, kesian dia. Kalau aku ada sama, mesti dia akan ikut support team mana yang aku minat. Abah aku memang selalu minat apa yang aku minat. Mungkin juga itu tanda sokongan dia kepada aku.