Jul 30, 2010

Tribute To Punk Literature Hero

Masa sekolah menengah aku adalah pelajar aliran sastera. Bila masuk universiti aku ambil bachelor of art. Tapi aku selalu tidak pernah suka dengan art school. Tak tahu kenapa. Mungkin juga sekolah adalah sesuatu yang membosankan. Tenaga pengajar yang membosan. Perempuan yang membosankan. Situasi yang membosankan.

Ya. Fuck school!.

Tapi aku habiskan juga degree. Cepat-cepat supaya aku tidak lagi perlu ke sekolah. Mana-mana sekolah sangat membosankan. Sekolah akan membuatkan kau lebih tua daripada waktunya. Kau akan jadi orang yang mengikut peraturan, kerana ada teori yang mengatakan jangan langgar itu dan jangan langgar ini.

Oh fuck.

Hukum hakam yang digariskan manusia ini sangat menyesakkan dada. Merimaskan otak. Pernah satu ketika di dalam kelas deklamasi puisi Prof Rahman Saari. Aku kira orang tua ini sangat dikenali kerana deklamasi puisinya cerita seekor harimau. Dia ini telah menghafal lebih 100 buah puisi.

Pada satu hari semasa aku di tahun pertama, semua pelajar diwajibkan mendeklamasikan sebuah puisi di dalam kuliah. Aku juga tak terkecuali.

Selepas seorang dan seorang pelajar baca puisi-puisi yang membuatkan aku mahu tidur - puisi yang tidak ada perjuangan, tidak ada impian, hanya kosong dengan kata-kata overrated. Lalu aku bacakan puisi John Cooper Clarke yang bertajuk "Evidently Chickentown". Sebuah puisi revolusi tentang ketidakpuasan hati dengan pelbagai perkara dan hampir separuh dari perkataan tertulis "fucking".

Kita ni orang Melayu selalu sempitkan maksud fucking - jadi aku dibenci kerana menyebut perkataan yang menjadikan otak Melayu sempit itu. Kerana fucking mungkin maksud mereka adalah kongkek semata-mata. Kita orang Melayu tidak mahu buka pemikiran yang lebih luas, "Evidently Chickentown" dan John Cooper Clarke adalah seperti "Sonnet #18" dan Shakespeare bagi generasi punk di UK lewat 70an dan awal 80an.

Orang Melayu selalu menafikan kehadiran Patti Smith, Richard Hell, Raegan Butcher dan Cooper Clarke sendiri. Oh fuck!.

Bukan orang Melayu sahaja, orang Cina juga begitu. India pun. Hurmmm. Iban, Kadazan, Melanau. Hurmmm. Bukan orang Malaysia sahaja. Tapi negara ini lebih obvious lah jika mahu dibandingkan dengan Indonesia yang lebih celik.

Jadi kita semua selalu menafikan mereka.

Kerana mereka, generasi kesusasteraan punk selalu menjadi manusia picisan. Kalau pun karya mereka sebenarnya adalah tentang revolusi dan juga perjuangan untuk orang-orang yang selalu ditindas. Boleh jadi orang yang ditindas sebenarnya sudah lupa mereka sedang ditindas.

***

Satu hari semasa di dalam bilik hostel, aku membaca sajak John Cooper Clarke yang aku tulis di dalam satu buku. Aku salin sendiri kerana tak mampu nak beli bukunya. Puisi orang tua berambut besar ini membuat aku gembira, fucked up, kelakar dan fucked up kembali. Kemudian datang seorang peminat tegar Joy Division yang menuntut di universiti yang sama dengan aku, yang juga tinggal sama hostel dengan aku - tak perlu aku fokuskan jurusan apa. Dia duduk sambil melihat aku, kemudian tergelak. Kerana katanya aku menghidap penyakit jiwa. Baca tulisan karut-karut jiwang seorang loser sepenuh masa.

Tak sampai 5 minit, dia pun pasang music video Joy Division yang berjudul Transmission. Kan aku sudah kata, dia adalah peminat tegar Joy Division, dia menyanyi dengan penuh perasaan berserta gaya sawan Ian Curtis. Kemudian aku pun bangun dan duduk disebelahnya. Lalu aku kata padanya, "mamat yang mula-mula sekali dalam video tu lah yang tulis benda yang kau kutuk tadi".

Hell fuck bukan?. Dia adalah orang yang selalu dianggap picisan, walaupun nama-nama besar seperti Sex Pistol, New Order, Buzzcocks, Siouxsie and the Banshees dan generasi-generasi 24 hour party people yang lain menganggap dia adalah seperti hero yang menyelamatkan mereka semasa resah tentang keduniaan.

***

Oh fuck.

Pendidikan kita tentang dunia sastera perlu juga diubah. Supaya kita tidak lupa dengan quotes terkenal Picasso, "Art is a lie that makes us realize truth". Kerana buta tentang sastera itulah juga kerajaan Malaysia tidak tawaran biasiswa kepada pelajar sastera. Ada ke?. Sepanjang aku menuntut di universiti tak pernah dengar budak jurusan aku mendapat biasiswa.

Biasa sahaja kalau jurusan sastera dianggap picisan. Jangan terlalu kecil hati eh.

Jul 28, 2010

Manic

Wanting to be someone else is a waste of the person you are.
Kurt Cobain

Oh life memang fucked up!.

Tapi itu life yang kau pilih. Untuk jadi diri sendiri memang sesuatu yang penat. Kerana ia adalah ruang kosong yang perlu diisi sendiri.

Aku tahu, fuck adalah perkataan paling overrated dalam blog ini. Bunyi macam sangat menjelikkan. Jadi kau cuba bayangkan fuck itu keluar tanpa sebarang getaran suara. Bibir sahaja yang bergerak, tapi kau tahu itu fuck yang aku maksudkan.

Fuck it!.

Benar. Aku benar-benar maksudkan ialah fuck it. Fuck the world.

Sebenarnya aku dah malas nak buat kerja. Malas nak buat apa-apa. Aku nak duduk kat rumah atau pun duduk di tepi jalan tengok orang lalu lalang. Otak macam kosong walaupun kerja berlambak. Atau ini mungkin tekanan dari kerja.

Aku perlu pergi jauh dari kota.

Pergi jauh dari semua orang.

Oh fuck.

Jadi benci dengan perasaan ni. Benci tengok manusia di Bangsar, benci tengok orang bercinta, benci tengok cermin yang nampak diri sendiri.

Holy fuck!.

Young and fucking lost.

Bagaimana perasaan pergi tengok Smashing Pumpkins eh?.

Babi ah!.

FTW, aku masih ada Kula Shaker disini.

Jul 26, 2010

Pretty Fucked Up

Aku macam orang lain juga, macam kamu semua. Sangat lembik dan penakut. Masalah utama aku adalah cuba untuk memuaskan hati orang lain. Kadang-kadang aku tak mampu, tapi ada ketikanya aku berusaha keras untuk memuaskan hati semua orang.

Pretty fucked up.

Tak nak kecewa orang. Tapi aku belajar perlahan-lahan untuk puaskan hati sendiri juga. Cuma aku tetap juga penakut, ada sahaja aku dilacurkan untuk memuaskan hati siapa-siapa.

Kenapa tak boleh aku pedulikan pasal orang lain?.

Aku jawab sendiri jika kita semua tak tahu apa maksudnya. Kerana kita hidup secara komuniti dan bersama, ada rantaian yang wujud mengerat kita ke arah satu sfera hieraki. Disekeliling kita ramai yang mahu dipuaskan. Status dan darjat benar jadi ukuran masa ini. Yang dibawah akan tetap perlu memuaskan yang diatas.

Kalau mahu izinkan sahaja aku tinggal dalam ruang yang sepi. Tiada siapa-siapa. Ditemani dengan khayalan yang membinasakan. Saat-saat rasa benci itu datang kembali, rasa gelap itu bagai kawan yang baik, sesat dalam ruang yang luas tapi tidak bermakna.

Katakan apa sahaja wahai orang sial, biar manusia kecil ini terus jatuh dengan perasaannya sendiri.

Tanya seorang kawan aku, "apa kau nak?"

Aku nak mengembara. Jumpa orang lain yang langsung tidak aku kenal. Mungkin ada hidup baru yang akan bermula.

"Kemana", tanyanya lagi.

Ruang untuk aku bebas dari segala perihal duniawi.

"Macam jalan ke syurga" balasnya sambil mengunyah keropok yang sudah keras dibeli pada petang semalam.

Kawan aku itu bukan orang lain pun. Tapi bayang-bayang sendiri yang menjadi cermin kepada aku.

Kamu boleh cuba juga bercakap dengan bayang-bayang.

*ketakutan menunggu sesuatu jadikan aku tidak waras


Jul 25, 2010

Cinta Karipap Ala-Ala Vovin

Hari ni aku agak free selepas dah lama aku asyik bekerja tidak tentu masa.

Kemudian baru aku terfikir.

Alangkah bagusnya kalau ada kekasih.

Boleh juga diajak berjogging di taman bunga atau menghabiskan duit di shopping complex. Paling tidak pun ada teman untuk menonton wayang.

Hurmmm

Alangkah bagus bukan kalau ada seorang kekasih?.

Tapi kekasih selalu peningkan aku kalau masa tengah sibuk bekerja. Jadi aku batalkan sahaja niat di atas.

Alangkah bagus juga kalau kekal begini. Tak ada orang menyusahkan aku. Dan bahagia bersama kawan-kawan yang selalu buatkan aku gembira.

Jul 23, 2010

Sekitar Video Making



Lama tak direct music video, berkarat dah wei!. Saje nak cuba bikin mv macam hindustan skit. Asyik nampak indie jer, bosan jugak kalau tak cuba benda lain. Kata kawan aku, hindiestan. Cam harammm.

Cintai Bahasa Kita



Kalau ada Melayu yang kata Bahasa Melayu dia teruk dan boleh berbahasa Inggeris sahaja. Aku rasa nak lempang!. Butuh pak hang tak reti cakap Melayu. Poyo nak mampos!!!!

Jul 22, 2010

Maklumat Untuk Jadi Filmmaker Katanya

Tiga tahun lepas aku pernah masuk program realiti kat tv3. Itu tiga tahun lepas lah, masa tu aku pun student lagi.

Susah nak tembus industri kat Malaysia ni. Kalau anda berjaya tembus tu kiranya patut bertepuk tangan lah. Guna sahaja apa cara untuk anda capai impian anda. Dari aku yang kali ini berdiri dibelakang takbir sahaja, "good luck buddy!".

Jul 20, 2010

Atas Tarikh Pendek

Aku bukan reti nak reading. Tak pernah buat pun seumur hidup aku. Kalau zaman sekolah dulu pun aku tak akan berdiri depan perhimpunan. Gila apa nak suruh orang tengok kita. Aku pemalu sebenarnya. Tapi sebab kawan aku yang sekarang dah jadi penulis dan dengar-dengar cerita dah nak beli sebuah kereta mini cooper akibat bukunya yang laris dijual dipasaran. Aku pun sudi lah bacakan sesuatu untuknya.

Malu memang malu, sebab aku dah jadi hitam legam. Baru lepas shooting pilot test tv series yang aku sendiri tulis dan aku sendiri direct. Tajuknya KL ROCK N ROLL. Orang yang banyak tolong aku masa tu, Ajun, Boy, Joe dan Faliq. Takde depa memang mati aku. Sayang korang!. Dan maaf kalau ada yang aku mengamuk sikit-sikit. Atau kadang-kadang banyak. Atau kadang-kadang aku jadi entah apa-apa. Atau tertengking terkasar bahasa. Tak sengaja semua tu sebenarnya. Tapi yang paling best masa shooting, aku kerja dengan bekas teknikal krew arwah Yasmin Ahmad. Aku boleh cakap macam ni je, "camera work is fucking awesome!". Shoot tv series macam shot film. DOP yang paling best pernah aku kerja. Tak sabar nak shoot full version plak. Tunggu di kaca tv rumah anda next year ok!.

Jul 10, 2010

Karma Police

"Life's a box of chocolates, Forrest. You never know what you're gonna get"
Forrest Gump (1994)




Jul 5, 2010

Dulu Aku Tak Gagap, Itu Dululah





Dah dekat setahun aku tak shoting, sampai kadang-kadang aku gagap. Ok aku tipu, sebenarnya gagap tengok talent.