Masa saya menulis entri ini, sebenarnya saya berada di bilik seorang penulis blog yang agak popular. Dia yang merasakan dirinya yang popular. Siapa tidak kenal dengan blog hilang punca atau penulis yang popular dengan karipapnya, Vovinski.
Banyak perkara yang dibualkan oleh kami, pasal filem, dunia art, perempuan, bekas kekasih, cinta dan air mata. Cuma ada benda yang menarik perhatian aku pada hari merdeka ni, kata Vovin dan juga Pipang, Indonesia mahu berperang dengan Malaysia. Kata mereka lagi, ini maklumat yang mereka dapat dari kawan mereka. Entah betol atau tidak, lagi pun Pipang popular dengan kaki putarnya.
Nak dijadikan cerita, Indonesia kata mereka telah hantar perisik mereka dalam banyak bentuk. Mungkin amah, pekerja buruh binaan atau juga profesional. Yang menjadi kelakarnya, bila ejen perisik mereka melihat penduduk Malaysia yang tidak ambil endah pun tentang Indonesia.
Di sini semua orang bahagia, pergi shopping sana sini, tiada perang saudara, aman dan damai. Siapa mahu kisah dengan Indonesia?.
Jadi negara itu pun tidak jadi lah berperang dengan Malaysia. Sebab negara ini memang aman dan tidak ambil pusing dengan Indonesia.
Ah cakap banyak pun tak guna, sebab macam mana teruknya orang yang menguruskan negara ini, kita sebenarnya cukup bahagia.
Selamat hari kemerdekaan Malaysia. Dan untuk Indonesia, peace!! dari kami orang "Malingsia". No point lah you all ni.
Sebelum tidur, aku juga macam orang lain buat, mengelamun. Selalunya perkara yang aku fikirkan adalah tentang perkara silam. Setidaknya mengingatkan aku juga tentang kebodohan zaman remaja.
Bila sudah berumur 25 tahun, rasanya tidak sesuai lagi untuk katakan aku masih remaja. Terma yang tepat adalah "young adult". Ada kerjaya dan duit sendiri untuk menampung segala perbelanjaan sosial. Jika ditanggung oleh mak bapak, patutnya anda klasifikasikan diri anda sebagai remaja.
Masa aku tingkatan lima, tinggal di rumah mama. Tidur di bilik yang disediakan mama, makan makanan yang diberi oleh mama. Dan yang tidak boleh lari, mendengar leteran mama. Seperti orang lain, leteran ibu adalah perkara yang paling pedih sekali. Mak aku boleh pot pet pot pet sampai berjam-jam. Sampai satu tahap aku rasa sangat benci kat mama.
Memang aku dah tak boleh blah dengan mama, kadang-kadang aku tak nak tengok pun mama. Bila makan aku bawa makanan depan tivi. Sebab aku bosan nak mampos bila mama membebel. Kalau boleh nak tutup sahaja mulut mama dengan kain. Annoying gila!. Lagi pun aku dari dulu sampai sekarang mudah annoyed dengan banyak benda. Remaja yang emosi dengan tanah, air dan udara.
Tapi mama pun sedar, aku dah memang nak blah dari rumah. Satu tahap mama pun cakap, kalau aku nak chow, belajar rajin-rajin pergi belajar kat mana-mana jauh dari rumah. Tak payah dengar dia membebel. Secara tak sengaja sebab dendam campur marah dan rasa rebel tanpa sebarang alasan yang kuat, aku pun belajar betul-betul. Tup tap tup tap, aku masuk universiti.
Kemudian "bye-bye mama".
Tak sampai seminggu kat universiti, aku tak boleh blah dengan makanan kat kantin asrama. Tak boleh nak telan. Masa tu lah aku teringat dengan makanan mama. Lepas minggu orientasi, aku balik ke rumah sebab rindu nak makan masakkan mama.
Sedar tak sedar, bila aku kena basuh baju sendiri, kena lipat kain baju sendiri. Baru aku sedar, tugas seorang ibu bukan mudah. Kalau boleh aku nak tukar leteran mama dengan basuh baju. Mana tak nya, masa sekolah, kasut aku pun mama basuhkan, baju sekolah mama gosokkan. Katanya tak mahu anaknya nampak selekeh, malu dia kat cikgu-cikgu nanti. Aku rindu bila mama kapurkan kasut sekolah aku supaya nampak putih, dan kawan-kawan aku ketawakan aku sebab kasut berkapur. Selalu aku sound mama, suruh jangan kapur. Tapi dia kapurkan juga. Mama memang tak dengar kata, macam aku juga. Hubungan aku dengan mama macam "frenemy".
Cuma bila aku dah 25 tahun. Bila dah dekat 7 tahun tak duduk dengan mama, baru aku sedar, tiada orang yang sebest mama. Orang yang tahu macam mana nak handle aku time aku tengah mengamuk, orang yang boleh tahu apa yang aku nak makan. Satu-satu orang yang boleh selesaikan apa sahaja masalah aku. Mama adalah hero dalam hidup aku.
Mama akan membuatkan aku tenang. Harapan aku masa ini, semoga boleh bersama dengan mama. Kalau aku mati pun mahu di pangkuannya, supaya aku boleh lihat matanya untuk kali terakhir, kerana dia orang yang paling penting dalam hidup aku. Buat aku kenal tentang dunia.
Sekarang, jika aku berikan beribu wang ringgit pun tak pernah cukup untuk penat lelah dia melayan perangai gila aku. Kata mama, biarlah aku bahagia, sudah indah untuknya. Aku masih tak paham, kenapa ibu aku dan kita semua adalah insan yang paling setia. Kenapa ibu kita tak pernah pun sangsi dengan kita. Hanya kerana dia melahirkan kita?.
Rindu mendengar mama berleter bila aku bangun jam 3 petang. Kadang kala dia akan siram aku dengan air, sebab aku seorang yang susah nak bangun kalau tidur dalam bilik yang aku membesar selama 17 tahun. Rumah dan mama akan menjadi kerinduan sampai bila-bila.
Semalam tiba-tiba macam aku nak makan sesuatu, rasa mengidam nak makan kambing. Biarpun aku bukanlah pengemar kambing tegar, tapi perasaan nak makan kambing tu macam teringin sangat - macam orang beranak.
Aku pergi ke pasar ramadhan. Satu kawasan ibu kota yang banyak juadah untuk berbuka. Kebetulan semalam aku hanya habiskan masa dengan tidur, jadi aku banyak tenaga nak pergi pasar ramadhan selain waktu sebelumnya aku hanya habiskan masa di studio tempat baru aku bekerja sekarang. Oh ya, aku dah ada kerja baru, tapi sebagai freelancer. Aku malas nak kerja tetap, cukup duit aku nak travel. Mudah dan senang untuk pergi mana-mana. Tak ada ikatan, seperti mana ikatan perkahwinan yang akan mengikat aku. Hurmmmmm... Maksud aku memuaskan nafsu rebelious nang muda. Rebelious? WTF!.
Sambung balik di pasar ramadhan.
Seorang kawan yang aku kira pernah baik, dia senior aku semasa di unversiti. Aku kira mamat ni agak sempoi, sembahyang cukup, pakai kopiah, tak mengumpat merata-rata, suka lukisan dan malu-malu untuk bercakap dengan perempuan.
Sebagai seorang senior yang prihatin, dia tanya aku mana kerja. Cepat-cepat aku jawab "aku malas nak kerja".
Dia kenal aku, tak mungkin ada sebab untuk aku tak bekerja. Dia senyum saja dengan jawapan aku, kerana aku tahu dia kenal aku.
Kerana waktu berbuka sudah hampir kami tak sempat berborak panjang. Lagi pun dia nampak aku malas sangat nak melayan. Dia kenal aku, masa bila aku mahu berborak panjang dengan orang.
Katanya sebelum pergi, "kalau hang gagal dalam hidup tak ada apa-apa pun, sebab esok lusa ada lagi gagal akan datang, selagi hang hidup selagi tu gagal tu datang tak henti-henti, tapi hang jangan gagal untuk mencuba".
Dia senyum sambil pandang tepat ke arah aku. Sebab dia kenal aku. Kalau aku dengan dia bukan rapat sangat pun, tapi dia adalah seorang lelaki yang mudah mengenali orang. Kerana hatinya tidak pernah bias dengan orang yang macam aku. Dia lihat orang sama rata.
"Loneliness has followed me my whole life. Everywhere. In bars, in cars, sidewalks, stores, everywhere. There's no escape. I'm God's lonely man." Taxi Driver (1976)
Ini adalah hari terakhir aku kerja, maka bermula-lah kembali hidup sebagai kutu.
Selamat datang ke dunia saya.
Dunia yang fun, walaupun tak ada duit. Di dunia ini hanya yang ada cinta dan kasih sayang sahaja. Tapi masalahnya dalam dunia kutu ni, selalu berada dalam keadaan lapar. Kalau minum kat kedai kopi pun kena order ais kosong jer, paling best pun boleh pergi sampai sirap.
Apa kata kalau korang rasa duit banyak ke, tak ada orang nak teman berbuka ke, tak pun nak ajak bershopping ke. Aku boleh temankan. Tak kira lah jantan ke betina. Wa tetap layan sama rata, janji belanja wa makan. Ok aku tipu jer, nanti ada yang betol-betol ingat aku GRO. Tapi pasal berhenti kerja tu memang betol. Mulai esok, aku dah ada banyak masa untuk pergi lepak tempat-tempat yang aku tak sempat nak pergi sebelum ini.
Jom road trip!.
*nota kepada kutu yang bernama Jayzuan, Easy Rider nak?. Tapi kita naik scrambler.
Lagu Til I Hear It From You bergema-gema dari sebuah speaker. Aku tutup telinga supaya tidak mendengar apa-apa, takut nanti memori kembali memanggil.
Flash.
Aku dah cakap, aku tak nak tengok lagi memori. Tapi memori adalah seperti bayang yang tidak dapat dilupuskan. Memori adalah diri kita sendiri.
Tahun 2000
Boleh aku kembali pada tahun 2000?. Kalau ada mesin mengembara masa mestilah aku mahu hidup pada tahun itu. Mungkin kamu membuat anggapan aku mahu kembali betulkan sejarah. Sebenarnya tak ada apa yang mahu aku betulkan lagi, kerana semua sudah lurus sahaja.
Satu sahaja, aku rindu zaman tiada apa-apa masalah. Zaman hanya aku bergelak ketawa tanpa fikirkan apa yang akan jadi esok. Pagi pergi sekolah, balik tido sekejap, petang aktiviti riadah, malam masa lepak.
Yang paling best adalah hari sabtu. Mengambil tajuk album M83, Saturday=Youth. Mana boleh ketinggalan hari sabtu, mesti pakai leather jaket, seluar ketat, dan dr.martens. Hari sabtu yang penuh dengan budak-budak skinhead - sekarang nak cari budak skinhead memang payah dah - tapi aku bukan skinhead, bukan hardcore punk, aku hanya peminat sex pistol yang tidak tahu hala tujuan hidup.
Masa orang cakap, skin head perlu against racism atau sekelompok lagi cakap, skin head perlu meningkatkan tahap patriotik anak melayu, Malay Power jeritnya lagi. Masa tu aku hanya cakap pergi mampos!.
Ya tahun 2000, adalah saat-saat yang paling mengembirakan. Hidup bagaikan untuk terus bahagia. Tiada apa-apa yang perlu aku fikirkan lagi. Hari-hari pergi jumpa kawan-kawan. Hari-hari melepak. Hari-hari yang kosong tanpa perkara yang memeningkan.
Buka jer pc hari ni, terus gua pergi layan lagu raya. Lepas tu terus wa ingat kat mak wa. Apa ye mak wa masak sahur tadi?.
Lu orang tak sedih ke?. Orang lain dapat makan dengan mak dia?. Lu orang mana semua?. Makan dengan sape?.
Wa bukan ape, wa cakap wa lu wa lu ni sebab wa sedih. Kalau wa cakap saya awak dengan lu orang, wa nampak macam pondan lah beb. Mana punk cakap sedih sebab tak dapat makan masakan mak, hati tak kental langsung beb. Wa kena jaga la attitude wa beb, nanti nampak wa ni macam mak bunga. Penampilan kena jaga, kalau nak nagis kita pergi belakang jamban.
Wa tak tau lah apa lu orang semua rasa. Wa dah malas nak duduk kat KL ni. Wa ingat wa nak balik kampung je. Tapi wa tak tau apa nak buat plak kat kampung. Habis-habis wa balik kampung kerja kat kedai buat signboard. Wa tak kisah pun nak kerja apa. Asal wa dapat tengok muka mak wa, kadang buat wa rasa bahagia.
Kalau lu orang tak suka tengok mak lu orang, wa tak leh cakap apa lah. Jadi dikesempatan bulan puasa yang buat wa rasa sayu-sayu ni, wa nak kata yang wa mintak maaf lah kalau wa banyak mencarut ke, wa caci lu orang ke, wa kata lu orang masam ke. Mulut wa memang tak ada lesen sikit, kalo lu orang tak suka, lu orang boleh berambus.
Aku dah fed up dengan kerja. Lantak lah apa nak jadi.
Penat dan stress gila babi. Susah nak gambarkan macam mana stress, tapi orang yang bersama dengan aku sahaja tahu macam mana stress yang terpaksa kami lalui.
Jangan fikir apa akan jadi esok.
Biarkan.
Fucked up?.
Dah biasa sangat.
Tiada apa-apa dengan masa depan. Hanya hari ini, tiada esok atau juga yang lepas.
Nak jadi polis ah lepas ni, boleh lempang-lempang orang. Nasib baik tak tembak jer rakyat yang keras kepala. Pasal budak yang kena tembak kat Shah Alam tu ape cerita?.
Aku sayang Malaysia. Kat umno pun aku sayang jugak. Lepas ni nak masuk kelab pemuda umno. Salam-salam, jilat bontot Najib, cakap terima kasih sebab berjaya membangunkan negara ini dengan begitu hebat sekali.
I love you Najib, cubit pipi skit.
AKU MAU JADI ANJING MU!
Aku memang kaki nyundal, Cium pungkok, aku pakar! Orang besar semua ku kenal Call me Tan Sri Muka Tebal!
Aku mau jadi anjing mu! Aku mau jadi anjing mu! Aku mau jadi anjing mu!
Well Kamon!
Aku memang ada harga, Mulut nganga, suap pulus, Senang aku tutup mata, Tanggung beres, jalan terus!
Aku mau jadi anjing mu! Aku mau jadi anjing mu! Aku mau jadi anjing mu!
Well Kamon!
*original by The Stooges, lyrics retooled by Carburetor Dung
Sama ada dia ingat atau tidak, aku tidak pasti. Tapi aku rasa itu sebenarnya adalah pengalaman makan malam dengan lelaki pelik untuknya. Kerana perempuan ini tidak pernah rasanya makan bersama dengan lelaki miskin. Dia anak orang kaya.
Tahun lalu.
Dia sms, ajak aku keluar. Ok. Dia adalah seorang gadis, cantik, sangat cantik, gila babi punya cantik. Holy shit, dia sangat cantik dan fucking genius. Masa dapat sms, sumpah aku sangat gelabah. Macam tak tentu arah.
Aku baru balik kerja dan terus pergi beli perfume, sebab malam tu dapat jumpa dia. Apa gila malam tu aku nak pakai perfume. Tak punk rock langsung. Tapi sebab dia yang buat aku tergila-gila, aku belikan juga perfume walaupun duit memang tak ada. Biar papa asal bergaya bukan?. Aku tak nak lepaskan peluang makan malam dengan seorang gadis yang aku suka.
Perasaan paling happy, tapi aku tak tunjukkan pada fizikal wajah, cuma dada aku memang bergegar pada tahap yang paling maksimum. Aku kira ini adalah satu pengalaman yang best dalam part hidup aku.
Makan malam bersama dengan perempuan yang aku adore gila-gila.
Sekali lagi - aku memang suka dia.
Suka bengong!.
Dan
Bad thing happen. Aku malas nak cerita apa benda.
Cuma bila aku ingat balik malam tu. Aku sangat asshole. Tapi dia tetap cool.
Selepas tu, aku dah tak sanggup nak jumpa dia lagi. Jangan tanya kenapa. Cuma yang aku boleh cakapkan, aku adalah asshole
Hari ini aku nampak lagi perfume yang aku pakai tahun lepas. Masih penuh satu botol. Kerana sekali aja yang aku sembur. Ia sebenarnya satu kenangan yang indah, tapi dirosakkan oleh sifat bodoh aku sendiri.
Oh aku masih suka pada dia walaupun perfume itu sudah tidak berbau wangi lagi. Cap pasar malam punya memang tak tahan lama. Macam juga cinta pasar malam. Sekejap lagi reputlah ia.
Awak gadis makan malam bersama saya pada tahun lepas. Oh memang ramai yang makan dengan I, tapi I rasa you yang paling special. Sebab I memang suka you. Malam tu you memang cantik gila. I sangat terpesona dengan you. Cuma kalau boleh janganlah bawa kekasih you datang juga.
Soundtrack malam tu adalah Boo Hoo Clapping Song, untuk seorang punk rocker jiwang yang hilang arah tuju kerana dapat makan malam bersama dengan perempuan yang dia minat, serta juga kekasih kepada perempuan yang dia minat. Hancus dol!.
Ada banyak lagi yang belum selesai. Ada banyak lagi masalah yang kena harung. Tapi sebab depa semua best dan seronok. Aku pejamkan mata sahaja tentang benda lain.