Sep 28, 2010

Kepada MJ

MJ bukan bermakna kepada Mary Jane. Mungkin kau adalah Mary Jane untuk hidup aku. Cuma aku boleh katakan.

Hidupku tanpamu ibarat komputer tanpa tetikus. Pincang!.

Terima kasih kerana jadi kawan baik aku.

Selamat hari jadi Jay!.

Orang pertama yang selalu ucap selamat hari jadi untuk aku di telefon adalah dia. Dan seperti biasa aku jarang sms orang cakap selamat hari jadi. Sebab aku malas nak taip kat telefon. Kau tahu aku macam mana. Now aku rasa sangat gay. Demit!.

from L-R: Pjoe, Aku, Jay

Sep 24, 2010

Surat Kepada Pembaca

"Passion, though a bad regulator, is a powerful spring"-Ralph Waldo Emerson

Hey ho!.

Aku baru balik KL selepas 10 hari pengambaran di sekitar Kuala Kangsar, Terengganu, Melaka dan Seremban. Cara kerja memang hectic, tapi aku sangat seronok. Pertamanya, aku seronok melihat banyak benda, dari segi pemandangan dan orang sekeliling. Setiap daerah memang dari sudut sosionya berbeza. Pengalaman yang aku kira tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Keduanya, krew aku sendiri sudah aku rasa macam family. Kami gelak ketawa sama-sama, penat sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama.

Tapi benda yang paling penting aku belajar ialah, rasa bahagia bila buat kerja yang kita suka. Paham maksud aku?. Kau dibayar untuk benda yang kau enjoy buat. Itu adalah benda yang paling best dalam hidup aku. Jujurnya, aku sayang kerja aku sekarang lebih diri sendiri.

Mak aku ada telefon tanya bila nak ada kekasih.

Aku pun jawab, macam mana aku nak ada kekasih, sebab aku sayangkan kerja aku dari segala benda yang lain. Aku tak boleh kehilangan kerja aku sekarang, kerja sebahagiannya sudah menjadi nyawa aku.

Tapi macam biasa, hidup ni adalah satu lingkungan, sekejap diatas sekejap dibawah. Aku dah pernah merasa dua-duanya. Benda ni yang memacu aku untuk kenal apa itu kehidupan. Biarlah baru 25 tahun, hidup pun baru sahaja celik. Tapi aku dah merasa macam-macam celaka yang jarang orang lain rasa pada usia macam ni. Penat lelah selama ni dah terbayar, kerana "cinta" itu atasi segala halangan.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu menyokong, terima kasih juga kepada hater yang selalu memberi semangat. I love you all.

Most of the time, aku tak banyak masa nak menulis kat blog. Idea aku dikerah ke lain, jadi secara automatik blog ni memang dah tak best (dari dulu pun tak seberapa best jugak). Nanti aku cakap ok bila work-work aku start masuk tv. Now banyak lagi dalam proses shooting and editing.

Ah cakap pun tak guna, aku bukan ada apa-apa lagi pun. Aku hanya orang yang gembira dengan apa yang aku ada selepas macam-macam katastrofi yang datang dan pergi. Cuma ini jujur yang aku rasa dan aku mahu semua orang juga jangan menunggu emas jatuh dari langit. Mungkin apa yang aku cakap ni bosan. Malah sikit pun tak best. Tapi bila kamu tidak lagi tinggal bersama dengan emak bapak, kena bayar rumah sendiri, nak makan tidak lagi mak masakkan. Baru lah kau tahu wtf dengan kehidupan ni. Take care.

*next month shooting kat europe, siapa ada baju sejuk boleh pinjam?

Yang tulus ikhlas
Razaisyam Rashid



Kerusi dan kerja sekarang

Sep 8, 2010

Kerja Raya

Lepas raya aku akan start travel satu Malaysia untuk pengambaran realiti show ala-ala amazing race tapi versi filmmaker. Show ni akan start siaran kat astro ria oktober nanti. Ni kali pertama aku direct realiti show. Masa pre production memang sangat stress, tapi lepas semua benda hampir selesai hanya tinggal shooting je lagi, rasanya benda ni akan jadi fun.

Sebab yang best dapat travel sampai ke Turkey untuk episod final. Ni kiranya kali pertama juga benda yang aku direct melibatkan travel macam ni. Pengalaman baru dari orang yang masih cetek macam aku.

Ini(click) list contestant yang dapat masuk final. Menang akan dapat 60 ribu dan berpeluang jadi pengarah untuk telemovie dengan semua krew & talent profesional. Payah nak dapat peluang macam ni.

Anyway selamat hari raya semua kawan-kawan.