Damansara menjanjikan pelbagai perkara - ada yang cukup menarik dan ada yang tak boleh blah - yang menarik sebab ramai perempuan seksi dan yang tak menarik makanan mahal tapi tak sedap pun. Damansara sebenarnya bagi aku adalah untuk "redneck kaya". Memang Damansara dengan aku semacam cukup akrab, sebab aku kerja kawasan Damansara, lepak pun ramai budak Damansara, mengorat perempuan pun kat Damansara. Tapi ingat, aku bukan Damansara Kids. Aku Jalan Kuching Kids. Fuck it benda yang aku mengarut kat atas. Pengenalan rambang tentang Damansara sex city.
Ok mengarut lagi tentang ayat paling last. Just random suka hati aku.
Pasal kena mengena dengan Damansara?. Aku jumpa kawan aku, kawan sekolah aku. Kawan sekolah yang aku baik. Tapi kawan sekolah yang sudah tak berkawan lagi setelah habis persekolahan. Benar-benar kawan sekolah bukan?.
Yes kawan sekolah.
Aku jumpa atas dasar pernah jadi kawan aku masa sekolah. Dan kami jumpa di Damansara yang tidak ada kena mengena langsung dengan talian darah persekolahan.
Sampai sahaja dia dah tunggu. Pakai baju kolar tegak jenama polo dan mengenakan kaca mata pada malam hari. Badan nampak sedikit sasa. Kira perempuan tengok nampak sedap lah (kalau tu taste kamu wahai perempuan)
Dipundekkan cerita...
Borak punya borak...
Dia tanya aku kerja mana...
Tapi aku cakap aku punk, punk mana keje. Malas nak menjawab, nanti banyak soal. Sebab dah biasa sangat dengan soalan yang meleret-leret.
Sampai ke satu fasa yang mana tujuan dia ajak melakukan perjumpaan atas dasar talian darah persekolahan ni.
"Ingat Caca?" tanya dia.
Aku macam ingat tak ingat lah, sebab dah lama tinggal dunia budak sekolah. Then dia pun explain. Caca ni zaman aku sekolah kira geng samseng jugak. Tapi geng aku tak pernah ngam dengan geng dia, selalu bertumbuk, berbesi, berkayu dan berantai segala macam. Aku dulu kira geng jahat juga lah, geng jahat yang berdaftar sebab budak perempuan kan suka ada pakwe geng jahat. Jadi aku pun daftar kumpulan. Padahal bila time bergaduh aku selalu kat belakang sekali, apa-apa hal aku cabut dulu.
Mamat kawan aku ni, dia ajak aku jumpa sebab dia tahu, aku jer yang belum menikah lagi. Yang lain sudah menikah, jadi perangai pun ayah-ayah lah. Dia pun terangkan lagi tentang Caca si tuan badan nama di atas. Mamat ni baru kena kencing kat mamat tu, pasal duit lah. Kata gengster, mesti pasal duit. Cuma bezanya, gengster kampung cakap duit ratus-ratus jer.
"Kau kena tolong, aku nak pergi belasah dia" dengan muka beriya-iya mamat kolar tegak tu.
Kemudian aku jawab, "Kau tak nampak aku dah pakai spek sekarang?"
Zaman bila lah nak bertumbuk-tumbuk ni. Sekarang ni orang pakai otak jer, tak ada dah nak guna kuasa tangan ngan kaki. Lagi pun upah bunuh 5k jer sekarang. Bayar ansuran pun boleh.