Dec 25, 2010

Soalan SPM & Perempuan

Masalah utama saya - rasanya semua lelaki lain ada masalah yang sama juga macam saya. Ok masalah ini bukanlah berat, tapi saya rasa semua orang akan hadapinya. Maksud saya masalah lelaki-lah. Sebelum ini pun, Pjoe, Nasir dan saya selalu bertekak tentang masalah ini.

Ok!.

Masalahnya mudah. Tapi sukar untuk difahami. Lebih baik saya berikan contoh sahaja.

Seorang perempuan berkata kepada kekasihnya, "Sayang, tetek saya ni kecik kan?". Lalu si lelaki pun jawab "Besar apa". Kemudian perempuan melenting "awak suka tengok tetek, awak ni pervert lah".

Awek tadi masam muka.

Masalahnya... Ok ini sebenarnya masalah.

Kenapa perempuan selalu tanya soalan SPM eh?. Kalau lelaki tadi kata kecik, konfem kena marah juga. Perasan atau tidak, kenapa perempuan selalu tinggalkan lelaki dengan soalan yang tidak punya jawapan.

Kenapa?.

Aku pun tak paham kenapa.

Situasi lain, awak dengan pasangan awak berjalan di sebuah shopping mall, kemudian ada seorang awek hot berskirt pendek nampak spender pink. Awak sebagai lelaki terpaksa buat keras jer. Tap!!!!!!! kekasih hang tanya "awak tengok perempuan tu eh?". Apa kau nak jawab?

"Mana ada tengok" jawapan pertama

"awak tipu, saya nampak mata awak jeling tengok spender perempuan tu", balas kekasih anda. Itu saya boleh konfem. Memang itu selalunya.

"Ha ah saya tengok" jawapan awak yang kedua.

Kalau jawapan begini konfem hang kena babun jugak. Jadi selalunya perempuan tidak meninggalkan kita soalan yang boleh dijawab. Selalunya mereka memberikan soalan yang boleh memarahi kita. Mungkin faktor PMS.

Contoh lain yang pihak lelaki kena bersedia bila ditanya.

soalan 1 : Cantik tak I hari ni?.

soalan 2 : Baju ayang ni padan tak hari ni?.

soalan 3 : Baby nampak kurus tak?.

OK. Jika anda berhadapan dengan soalan ni, sebenarnya boleh menjerumus kepada perkara yang mendatangkan pergaduhan. Sebab perempuan memang suka cari pasal dengan soalan SPM mereka.

Awek aku macam mana?.

Ko nak kena lempang tanya aku macam tu!

Dec 15, 2010

Sharing Is Loving

Pertama, aku sangat nak minta maaf kepada beberapa orang yang hantar email tanya "macam mana nak jadi director?". Banyak aku dapat email dengan soalan sama, sebenarnya bukan aku tak nak jawab tapi memang aku tak tau apa jawapan nak balas.

Sampai sekarang kalau orang tanya pun aku tak leh jawab. Macam ada satu hari, aku hadiri sesi press conference, kemudian seorang wartawan tanya "umur 25 tahun dah jadi director, kenapa muda sangat?". Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Kalau terlintas patutnya aku jawab, Shamsul Yusuf sama umur dengan aku apa, dia dah buat filem dah, aku baru buat tv series kot.

Actually, umur bukan satu sebab untuk jadi director. Umur hanyalah angka kot. Bagi aku, yang paling utama adalah dapatkan penghormatan dari rakan production yang lain. Sebab, seorang director sebenarnya adalah golongan OKU, kerana dia hanya duduk di atas kerusi kemudian menjerit action.

Fuck!. Tu director tua.

Aku tak akan hanya duduk sahaja.

So macam mana aku nak explain kat orang yang tanya soalan untuk menjadi seorang director tu. Sebab memang tak ada jawapan. Mungkin satu jer, nasib aku baik. Tu jer.

Kemudian ada orang tanya lagi, bila nak buat filem bang. Aku tak berminat nak buat filem buat masa sekarang. Sebab aku tak bagus lagi. Macam aku kata, setakat tv series tu aku mampu lah. Filem tu tunggu aku matang dulu. Banyak benda lagi nak kena explore.

Ya, macam aku kata, aku bukan seorang director yang bagus. Team production aku pun bukan yang bagus juga. Cuma kami semua orang yang suka belajar, that why aku hanya stick dengan seorang kamera man sahaja, iaitu orang yang aku hormati. Dia bekerja dibawah aku, tapi dia juga guru aku. Orang yang tak pernah mengeluh dengan perangai aku yang nak macam-macam. Aku suka orang tua tu sebab adrenalin dia sama dengan aku.

Ok, bercerita tentang explore new thing, maksud aku cara teknikal yang baru lah kan. Lebih-lebih lagi zaman digital hari ni buat semua ilmu semakin bolos. Hello bro, aku belajar banyak benda dari google, almost semua benda yang aku cuba settlekan adalah dengan google sahaja. So lepas aku explore dengan camera video dslr, aku rasa new thing yang buat semua orang boleh bikin short filem/filem/dokumentari/etc adalah handycam!. Tahu kenapa handycam?. Ok, aku suka handycam sebab saiz yang kecil.

Eh abang, dslr pun kecil juga. Tapi teknikal untuk dslr boleh aku katakan adalah sama dengan profesional. Tahu kenapa?. Sebab aku sendiri pun tak reti nak pakai. Kalau just adjust ISO skit then main depth skit tu bukan dikira profesional. Banyak lagi benda tentang kamera. Dan aku mengaku aku tak ada bakat menguruskan kamera. Aku lebih kepada editing.

Jadi jawapan aku untuk bagaimana untuk jadi seorang director mungkin... tahulah dimana kekuatan anda dari sudut teknikal. Tak tau teknikal sangat bahaya sebab ia akan menganggu stylish video anda.

Then teori film?.

Pergi mati dengan teori film!. Mak aku bukan faham pun dengan teori film, so tak payah aku nak tunjuk pandai. Sebab bila makin jauh anda berjalan, makin ramai orang yang anda jumpa, kemudian baru anda akan rasa betapa kecilnya kita ini.

Berbalik semula kepada teknik. Aku suka menyelongkar benda baru, macam mana yang aku cakap tadi, aku suka dengan handycam. Jadi sekarang, kebanyakkan program atau tv series yang aku buat adalah dengan mengunakan handycam sahaja. Dulu mungkin kena bawa peralatan pengambaran hampir satu lori, sekarang hanya dengan sebuah kereta pun dah cukup.



*dibawah adalah sample video hasil beberapa test shot yang aku buat. Mungkin boleh guna lens yang bersesuaian untuk dapatkan shot yang anda mahukan. Jadi sentiasalah berexplore dengan benda baru. FYI handycam model baru sekarang bersaiz HD. Selamat tinggal untuk camera yang seberapa 20kg. Hurmmm RTM mungkin patut sedekahkan kamera gajah mereka kepada sekolah filem pun bagus juga.