Jan 27, 2011

Dear Lover

Hello kawan-kawan semua. Ada sedikit lagi update tentang "Kuala Lumpur, Aku Okay". Pada mereka yang belum tahu apakah yang sedang berlaku, anda boleh skrol ke bawah sedikit. Ya, ada projek filem indie yang sedang aku usahakan bersama dengan kawan-kawan aku.

Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah menulis dalam konteks penulisan publishing. Biasa sahaja aku menulis di blog tahi ini. Jadi untuk menyokong pembiayaan filem tersebut, aku dan kawan-kawan yang bersama-sama mahu menjayakan filem tersebut menulis sesuatu dalam satu booklet. Ada tulisan yang aku tulis dari tahun 2006 hingga 2011 tidak dipublishkan di blog ini. Jika ada yang mahu membaca tulisan itu, boleh sahaja membeli secara online dengan bertanya dengan seorang lelaki misteri di dvinecomedy@hotmail.com

Kalau tak nak baca, tapi mahu memberi sokongan kepada filem indie yang miskin ini, boleh juga menyumbang sedikit sebanyak. Jom kawan-kawan kita bikin revolusi!. Tanpa sokongan anda memang aku dan sahabat aku yang lain tak boleh mengerakkan projek ini. Kita buat dengan penuh kasih sayang okay?.

Projek ini dijayakan oleh:
Mohd Jayzuan
Penulis, pemuzik, pelakon, penyajak, stand up comedian dan sebagainya lagi. Sudah mempunyai dua buah novel, sudah mempunyai dua buah album untuk career muziknya dan pernah tour ke Manila, Jakarta, Bandung, dan Jasin atas cubaan menyebarkan idealogi seninya sendiri. Dia gila.

Aidil Rusli

Frontman kumpulan pop sensasi, Couple. Penulis dan editor untuk The Weekend. Pengemar filem tegar nak mampos. Sebagai housematenya, aku tahu mamat ni hanya menghabiskan sisa hidupnya dengan menonton filem. Selain itu, beliau sangat gempak tentang makanan sekitar Kuala Lumpur, itu sebab dia dipilih untuk menyertai projek ini.

Fazleena Hishamuddin

Ada seorang adik yang cantik dan dua orang adik lelaki yang boleh tahan hensem. Sebagai seorang aktivis teater, Fazleena mahu melengkapkan usia mudanya dengan menghasilkan sebuah filem yang jujur dari hatinya. Kerana itulah juga, dia tidak pernah berminat untuk menjadi heroin mengantikan Lisa Surihani.

Sufian Abas

Cakap banyak pun tak guna, dia adalah lagenda. Seorang penulis avant garde yang hebat, Sufian Abas sangat popular dengan novel cult Kasut Biru Ribuna. Actually projek ini banyak diilhamkan oleh nada penceritaan SA yang boleh membuatkan anda bunuh diri.

Razaisyam Rashid

Itu aku.

untuk tempahan awal sila hubungi dvinecomedy@hotmail.com

Jan 23, 2011

Impromptu Dol!

Banyak benda gila yang aku buat dalam hidup aku. Sama ada orang suka atau tidak, aku tetap lakukan juga.

Semalam aku, Jay dan Sufian tengah melepak di satu kedai kopi. Borak tentang kehidupan, cinta, dan pengkhianatan. Kemudian kami tercetus satu idea untuk hasilkan kisah cinta dari perspektif kami sendiri. Jam 8 malam aku telefon Fazleena dan Ajun untuk membantu, kemudian 10 malam shooting baru bermula. Fucking impromptu man!.

Dan anda boleh lihatlah teaser yang kami hasilkan dibawah. Ditulis oleh aku, Jay, Sufian, Fazleena dan Aidil (couple). Tapi filem ini diarahkan oleh semua orang. Maknanya semua orang yang terlibat adalah pengarah. Jemput tengok...



Aku harapkan supaya kamu spread tentang perkara ini. Kalau sudi boleh tolong aku letakkan di facebook, twitter atau blog anda. Jika hits yang banyak, mudah sikit aku dan rakan-rakan nak cari dana. Seriously, filem ini jika diriliskan full versionnya... maka jadilah ia filem melayu yang paling miserable.

Thank kasih kawan-kawan.

Jan 20, 2011

Revolusi Dari Bilik Tidur #7

Perkara yang mudah seperti terima kasih dan syukur paling susah kita nak buat. Aku pun tak terkecuali, sebab macam kamu juga, aku banyak kali mengeluh. Mengamuk dengan tekanan lalu membawa aku ke dalam ruang ketidakrasionalan. Ayuh kita gelarkan ini sebagai penyakit orang muda. Memang tak dinafikan mereka yang berumur punya psikologi mental lebih kuat dari aku atau orang muda seperti kamu - itu jika kamu muda.

Cuma, rasanya aku adalah orang yang gemar memerhati perangai manusia. Aku lihat dan aku adaptasikan semula. Sebab itu setengah orang tidak percaya aku baru berumur 26 tahun, mereka sangka aku sudah 30 tahun. Bukan nak cakap ni aku mature, kerana manusia tidak pernah membesar pada fizikalnya, manusia sentiasa berfikir seperti remaja sampai bila-bila, cuma dalam konteks manakah mereka akan remaja kembali. Jika tidak seorang bapa tidak boleh berkawan dengan anaknya. Ya inilah proses adaptasi maksud aku. Seberapa kerap proses adaptasi kita mampu lakukan semakin sejauh itu lah kita boleh mengenal manusia lain.

Sebagai contoh yang mudah. Dua tiga hari lepas aku ada academic talk di UM, aku sedaya upaya cuba tidak mengunakan bahasa kasar dan lebih berunsur akademik. Padahal komunikasinya menjurus ke arah matlamat yang sama. The end justifies the means, tapi tidak semua manusia boleh justifikasikan matlamat akhir kita sekiranya matlamat awal itu nampak samar dengan matamat akhir. Jadi apa yang aku cuba maksudkan disini, matlamat akhir itu sudah aku selaraskan dengan pengenalan yang cuba aku sampaikan. Sedangkan aku bukan begitu orangnya, sebab aku tidak suka sampaikan perkara yang sama pada jalan yang mahu dibawa kemudian di akhir cerita orang sudah tahu.

Ok cerita lain.

Aku baru berkenalan dengan seorang editor yang berpangkat abah-abah. Mungkin perkerjaan sebagai editor adalah kebanyakkan dipelopori oleh orang-orang muda. Teknologi yang ada sekarang sukar untuk dicapai oleh orang tua. Tapi kenapa di Hollywood editor yang terbaik adalah mereka yang tua. Sekadar mengambil contoh Thelma Schoonmake, Michael Kahn, dan Bob Murawski. Mereka sudah berusia separuh abad, tapi cutting style mereka masih lagi bertenaga. Kalau di Malaysia, antara editor yang terbaik pernah dilahirkan di negara ini adalah Meor Hashim Manaf. Rasanya semasa era-era tahun 70an dan 80an nama Meor sangat digeruni. Aku juga hormat padanya, dan bila berjumpa dengan Meor aku sedikit malu-malu. Kerana dia otai beb. Dan kenapa aku katakan Meor sudah tidak boleh menjadi editor. Balik kepada jawapan aku yang tadi, iaitu teknologi. Macam pak cik yang jadi editor tadi, usianya sudah menjangkau usia abah aku sendiri. Filem yang pernah di editnya ialah Wira Angkasa (1987), pada masa itu mengunakan teknologi steenbeck. Kalau dibagi kepada aku pun steenbeck, memang menagis aku nak pakai. Tapi steenbeck sudah tidak relevan pada masa kini. Jadi pak cik ni pun memang mengaku dia sudah malas untuk terus mengejar teknologi, kerana faktor usia.

Tengok kawan-kawan. Ini problem utama dengan orang tua di negara kita ini. Psikologi kita terlalu lemah untuk adaptasikan sesuatu yang baru. Kita tidak punya kelaparan untuk mencuba. Jadi bagaimana kita untuk terus berkembang bukan?. Rasanya apa yang aku cakapkan di sini bukan sahaja dalam bidang aku, tapi merangkumi seluruh bidang. Cuba pergi sahaja di sektor kerajaan, lagi lah mengerikan. Setiap kali aku masuk ke RTM, setiap kali itulah aku akan sakit dada melihat cara mereka bekerja.

Bukan aku nak kata aku cukup teknologi, aku pun banyak benda nak belajar lagi. Tapi setidaknya aku tidak pernah selesa dengan apa yang aku ada sekarang. Evolusi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Dan harapnya, generasi aku punya proses adaptasi yang sentiasa berkembang untuk mengubah masa depan negara ini menjadi negara yang lebih elok untuk di didiami. Tanah tumpah darah air ku!.

Jan 11, 2011

Bodo

Siapa yang cuba hijack blog aku ni sangat lah bodoh. Nasib baik dia tak sempat tulis apa-apa. Shit man kalau tak konfem aku kena siram dengan cuka getah nanti. Oleh itu jangan biarkan blog anda dalam keadaan log in. Atau apa sahaja akaun laman sesawang yang lain, mungkin gurauan boleh menyebabkan pertumpahan darah. Sori pasal entri tidak bertanggungjawab dibawah. Walaupun hanya title sahaja yang tertulis, tapi seriously bukan aku. Lagi pun tak ada apa-apa maksud bukan?. Tak payah lah aku nak delete or apa, nanti org yang baca blog ni fikir apa-apa pulak. Ah fuck!!!. Kena plak aku explain benda yang tak payah aku nak explain. Celaka!.

Ok cerita lain.

Nak tanya pasal korang tengok tak AJL 25 hari tu?. Aku sempat tengok masa sebut nama pemenang jer. Tak sangka Ana Rafali menang, tapi lagu dia pun boleh tahan lah kan. Kalau tak bagus, tak dapat masuk final pula secara logiknya. Maknanya lagu dia memang bagus, dia memang ada bakat. Errrr, apa yang saya tulis ni berdasarkan apa logik sahaja, sebab aku tak tengok pun Ana Rafali tu buat persembahan yang macam mana. Alik-alik bila aku masuk kerja esoknya bunyi cerita macam-macam, ada yang tak puas hati, ada yang bengang sebab penyanyi pujaan mereka tak dapat anugerah. Boleh kata setiap orang yang jumpa bengang dan marah.

Bodo orang Malaysia kita ni satu hal. Kalau minah tu dah nak menang, memang Tuhan dah tentukan macam tu nak buat macam mana. Misal kata lah, sebenarnya semua juri nak kasi Faizal Tahir menang, tapi memang dah rezeki Ana Rafali nak menang. So kita tak boleh apa lah kan. Rezeki dia. Macam mana rezeki Shamsul Yusof yang menang pengarah terbaik kat FFM hari tu. Konsepnya hampir sama, rezeki Shamsul, sekarang ni rezeki Cik Ana pula.

Okay!.

Tu pandangan aku sahaja. Bukan nak cakap pandangan aku ni nak kata aku suka lagu Ana Rafali. Aku tak pernah suka dengar lagu Ana Rafali, tapi aku tak benci dia, no point aku nak benci dia. Sebagai contoh (contoh yang benar-benar contoh), dia sombong dengan aku, jadi hak dia nak sombong pun. Tak payah lah nak jadi bodoh sebab dia sombong tu kau nak benci dia. Kalau dia cakap muka ko macam tempe ke, ludah kat dahi ko ke, logik lah nak benci dia kan. So untuk Ana Rafali, fuck off dengan orang yang cakap awak bull shit. Teruskan minat awak dalam muzik, atleast awak mainkan muzik dalam stail yang berbeza. Mama saya cakap, dia suka tengok awak pakai baju kurung.

Tapi sekali lagi perlu saya ulangi, saya tak berminat sedikitpun untuk mendengar lagu Ana Rafali, sebab bukan taste lagu yang saya nak dengar. Saya cuma menghormati taste orang lain dalam mendengar muzik. Kalau pasal ni pun kita tak leh nak tolerate macam mana kita nak hidup aman damai bukan?.

Aku just nak bagitau kadang kala kita tak perlu lah nak ekstremis sangat sampai beriya-riya. Benda dah berakhir, kalau pada masa tu kita nak bengang boleh lah, tak perlu lah sampai dibawa berminggu-minggu cerita AJL ni. Untuk orang yang benci dengan Ana Rafali, seperti mana sampai wujud laman fanpage "kami tak suka Ana Rafali" atau "Belia Benci Ana Rafali", saya rasa dalam hatinya akan cakap FUCK OFF!. Kepada orang yang benci dengan kemenangan dia dalam AJL, dia akan kata FUCK OFF!. Kepada orang yang tak suka lagu dia, FUCK OFF!. Kepada orang yang tak berminat dengan dia, seperti saya, FUCK OFF!.

LOL.

Actually apa yang aku tulis ni pun tak tau. Just saying jer ok. Kalau ada yang marah sebab aku mencarut pun apa boleh aku buat kan. Fuck you (menaikkan jari tengah). Macam kata abang Cobain "I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not".

What ever!.

Saya juga suka article ni(sila click), walaupun saya rasa article ni sangat lah prejudis dan berhati busuk. Cuma pandangan dia relevan dan boleh difikirkan juga. Maksud saya lah kan, semua orang ada hak untuk ekspresikan apa yang dia rasa. Tapi cara kita berekspresi itu hendaklah relevan juga kan. Tak perlulah sampai hendak menjejaskan rasa kehormatan dan perasaan orang lain.

Apa kata kamu pula?.

my ex lover