Feb 27, 2011

The Good Old Days

Dalam sekeping gambar, ia menyembunyikan jutaan memori. Fuck!.

Aku rindu masa ni. Ia bukanlah satu golden era yang tidak boleh aku lupakan, tapi ia menceritakan segalanya. Sebenarnya, masa inilah kehidupan aku paling fun sekali. Aku rindu untuk hisap ganja, walaupun aku tak pernah terhibur dengan ganja. Entah aku tak suka ganja, buat aku mengantuk aja.

Masa ni aku tak perlukan duit pun untuk terus hidup bahagia bersama kawan-kawan. Dan masa pun berlalu, sekarang aku tak tahu apa yang aku buat. Just hidup yang semakin dewasa membuatkan ia menjadi boring. Boring as fuck!. Macam blog ini juga. BORING!!!

Feb 24, 2011

Rich Kid Blues



Untuk mereka yang tahu betapa susahnya hidup ini, aku nak tujukan lagu di atas. Tak kira apa perkara yang anda buat sekarang, hidup ini memang sukar. Dan masalah adalah seperti sahabat baik kita, dia sentiasa menemani kita ke mana kita pergi.

Tak ada duit, kebuluran, penat bekerja, semua itu perkara biasa sahaja. Apa-apa pun senyum sahaja okay kawan?

Feb 15, 2011

Update





Test shot untuk project yang aku sedang usahakan ni. Sekarang masih lagi dalam proses production. Lepas selesai shooting akan update lagi.

Currently blog ni memang bosan skit, tak banyak yang sempat aku tulis pasal cinta, emosi, revolusi atau buat lawak. Lagi pun aku bukan fun pun, tak catchy orangnya. Now life aku getting phase yang lebih serious. Cari duit nak kahwin bang, apa boleh buat. Bak kata seorang kawan aku, masa orang nak kita ni rembat jer semua, lebih dah tak nak, papa kedana lah balik. Tapi usaha kuat itu tak salah geng.

Feb 9, 2011

Mind Fuck

Sejak tiga bulan lepas, bekas rakan sekelas aku add di facebook. Okay fine, kawan sekelas kan, mesti lah nak berhubung kalau memang dah lama tak berkawan sekalipun.

Macam biasa, aku bukanlah orang yang friendly dan aku buat tak tahu jer lah. Atau dalam erti kata yang baik, aku tak ada idea nak start perbualan macam mana.

Lagi pun, ada kisah hitam antara aku dengan mamat ni.

Zaman sekolah dulu, mamat ni kiranya mangsa buli lah dalam kelas. Aku bukanlah king of bully. Tapi itu memang ada, peraturan pelajar sekolah mengunakan sistem hukum rimba. Yang kuat akan selalu di atas.

Untuk mengekalkan kekuasaan... erkkk, sebenarnya supaya tidak dibuli, kita patut menonjolkan diri kita sebagai pembuli. Jadi kena lah buli mamat ni hari-hari. Dia lah yang tukang beli keropok, dia lah akan sapu kelas untuk aku bila tiba giliran aku, dia lah yang kena bawa bag aku. Bak kata lain, dia lah semuanya.

Dan masa sudah berlalu, aku pun dah berubah.

Cuma yang jadi persoalan aku sekarang tentang mamat ni, aku rasa dia cuba melakukan perang psikologi terhadap aku. Setiap kali aku update status kat facebook, setiap kali itulah dia akan "like". Selama tiga bulan hidup dia adalah "like" apa yang aku tulis kat facebook. Gila freak sial mamat. Aku tulis kat private message pun dia tak reply, nak komen kat wall dia, off.

Jelas sekali, aku rasa ini adalah satu taktik balas dendam untuk kaki buli zaman sekolah. Mereka akan menjadikan anda paranoid dengan mereka tanpa perlu guna kata-kata kesat atau kekerasan sekali pun.

Mind fuck sial!.

Feb 7, 2011

90s is Great



Nasib baik sempat aku karaoke lagu ni.