Apr 28, 2011

She Not Into You Ler Mangkuk Hayun

Sebab yang anda perlu tahu sebenarnya ... awek tu tak nak kat kau pun. So cepat-cepat angkat kaki kalau salah satu perkara itu termasuk dalam cerita kau . Kalau semua list ada, baik kau bunuh diri je dari terus mengorat awek tu.

1. Awek kau suka tu suruh try kawan dia plak
Contohnya macam ni, kau baru lah berkias-kias nak ada awek, pada hal kau nak ajak dia bercinta. Then dia terus keluarkan telefon bagi nombor telefon kawan dia. Atau dia suruh add kawan dia yang kat facebook. Kalau dia pun nak kat kau, tak kan lah dia nak bagi kat orang lain kan?. Tu memang dah konfem dia tak nak punya.

2. Cakap pasal jantan lain
Hahahaha. Benda ni aku tak yah cakap banyak lah kan. Kau keluar makan dengan dia, then dia asyik cakap pasal Nordin jer. Nordin baru beli kereta lah, baru beli iphone 4 lah. Dia suka kat Nordin lah tu, jadi kau tak payah lah nak berharap sangat. Melainkan kau sanggup untuk jadi Nordin. Ingat, bapak Nordin tu ada mini market. Bapak kau ada ke?.

3. Panggilan telefon kau tak pernah dia balas
Masa kau call dia, dia tak angkat. Maybe masa tu dia tengah basuh baju ke. Tapi selepas seminggu pun dia tak pernah nak return panggilan kau tu. Kalau awek tu suka kat kau, pantang dia tengok nombor kau naik, terus dia call balik.

4. SMS yang bertahun baru nak reply
Hari ni kau sms dia "buat apa tu?, dah makan?". Aku tahu, soalan kau tu memang remeh lah kan. Tapi biasa lah tu, ice breaking lah katakan. Masalahnya proses pemecahan ais tu tak akan berlaku kalau malam baru dia reply - "tak ada buat apa". Bila cara reply macam ni sebenarnya dia nak cakap "fuck you!, jangan ganggu aku!". So jangan jadi bodoh lagi ya.

5. Cara dia duduk pandang kau
Okay, ni kiranya awek yang kau suka tu budak sekelas kau lah, atau boleh jadi satu pejabat dengan kau, paling rabak pun dia memang selalu lepak dengan geng-geng kau. Memang peluang kau nak keluar dengan dia agak tinggi lah. Tak pun kau memang keluar dengan dia hari-hari sebab abang dia kawan dengan kau, dia plak lepak dengan abang dia. Cuba kau borak dengan dia, tentang mata dia, tengok macam mana dia pandang kau. Kalau dia asyik dengan black berry dengan kaki bersilang baik tak payah lah. Ya kaki bersilang.

6. Beribu alasan untuk keluar dengan kau
Hujung minggu ini, kau tak ada apa nak buat. Tapi masa ni kau agak banyak duit. So kau teringin lah nak ajak si dia tu tengok wayang, tak pun pergi makan tempat-tempat best, paling busuk pun kau nak ajak dia pergi taman depan KLCC. Kau pun call dia ajak keluar. Tapi jadual dia dari bulan ni sampai bulan depan dah fullbook. Kalau awek tu suka kat kau, time dia nak final exam pun sanggup lagi keluar. Sumpah dia tak berminat langsung lah dengan kau tu. Lupakan sahaja ya.

7. Dating berteman
Dating berteman bukan double date ya. Kau kena ingat tu!. Maksudnya disini, dia sanggup keluar dengan kau, tapi dia ajak kawan dia yang nama Joyah. Tiap kali kau keluar dengan dia, tiap kali tu jugak lah Joyah ada. Sampaikan Joyah ni plak yang suka kat kau. Jadi kau ambik ajalah Joyah tu kalau payah sangat.

8. Pujian kau memang tak ada makna
Begini, kau nampak ada-lah satu gambar profile dia kat facebook. Memang cantik lah, macam buat kau angau tak tidur malam. Lepas tu kau komen lah "you nampak cantik dengan dress ni". Tapi like pun tidak komen kau tu. Tiba-tiba lusa Nordin datang then komen "dress merah darah", terus dia like empat juta kali, then balas komen Nordin tu berjela-jela. Apa boleh buat, kan aku dah cakap, bapak Nordin tu ada minimarket.

The Ramones - I Wanna Be Your Boyfriend


Apr 26, 2011

Dear Bunc



Nama kucing ni "Bunc". Sebenarnya bukan kucing aku. Bunc adalah kepunyaan jiran sebelah. Tapi aku pun tak tahu kenapa, sejak aku berpindah ke sini, Bunc selalu datang lepak. Tuan Bunc orang Belanda, jadi aku rasa dia nak tuan yang beragama Islam kot.

Sebab kalau orang sembahyang, mesti dia ada kat sebelah. Aku rasa Bunc sangat mistik. Lagi satu, Bunc adalah kucing yang manja, dia suka bermanja. Dia suka dipijak, aku pun tak tahu kenapa Bunc jadi macam tu. Mungkin Bunc seekor kucing psychopath. Dan dia tak berkawan dengan golongan sekucing dengannya, rata-rata kawan yang lepak dengannya adalah anjing dan seekor iguana. Nyata aku belum memahami lagi Bunc.

Tapi benda yang paling sweet pasal Bunc, dia adalah teman yang setia. Bila aku balik kerja, dia akan terus ikut aku. Dia tak suruh kasi makan pun, dia datang duduk dekat kaki. Dan aku akan pijak-pijak badannya. Seriously Bunc memang gemar dipijak.

Kalau malam-malam aku sambung kerja kat rumah, Bunc akan teman aku. Dia akan tidur kat sebelah key board, diam je dan macam patung. Bila aku tidur barulah Bunc akan tidur.

Bunc sangat comel.




Apr 20, 2011

Tenang Tenang Aje

Sepatutnya hari ni aku dah sampai ke Bangkok, atas urusan kerja company baru aku. Tapi perangai bos aku ni sangatlah laid back, next week pula katanya. Suruh aku biasakan diri dulu dengan Singapore. Lagi pun this week aku agak busy dengan promo untuk History Channel. Tapi tak ada lah busy macam dulu-dulu.

Petang-petang aku boleh pergi tepi pantai, jogging, lepak kat Raffles Place, makan karipap kat Old Chang Kee, atau apa-apa je lah yang aku suka.

Ya, hidup seperti inilah yang aku mahukan. Kerja kuat, main pun kena kuat juga. Producer aku tiap jam suruh aku pergi hisap rokok ke, gi main playstation ke. Padahal aku dah tak hisap rokok sekarang ni.

Kelakar gila, sebab aku banyak jalani kehidupan yang lebih sihat. Secara mental dan fizikal, aku rasa inilah yang aku carikan selama ni. So far okay lagi, esok lusa aku tak tahu lagi kan.

Kalau start rasa tak best, kita move ke tempat lain plak, apa ada hal. Hidup perlu rasa gembira, jangan jadikan ia bosan.

Rumah aku tinggal sekarang sebelah pantai, kira 300 meter sahaja dari Changi Beach. Walaupun pantainya tak best sangat, tapi aku suka. Sebab boleh duduk borak-borak kosong dan mengeteh.

Tempat aku lepak sekarang kat sini. Nak cari rumah bertanah macam ni memang mahal nak mampos lah. Tapi aku suka sini, dekat dengan laut, agak jauh dari orang, dan yang paling best, konsep rumah sini macam chalet. Tenang!.

Apr 18, 2011

Next Level

Tahun ini adalah tahun yang mana aku selalu berduka. Bukan ke setiap tahun aku berduka bukan?.

Apa-apa saja lah.

Aku kira dah tak ada hati nak kerja di Kuala Lumpur, semua dah berjalan dengan lancar. Macam tak ada lagi cabaran.

Kecuali putus cinta.

Kuala Lumpur dengan aku macam punya masalah, ada sahaja yang tidak kena dengan hubungan aku dengannya. Mungkin kami tidak pernah serasi untuk menjalani cinta yang lama. Kerana Kuala Lumpur memang tak pernah setia.

Aku setia?.

Well, tak juga!. I'm the boy your mom warned you about. Merbahaya. Kadang kala jinak macam arnab, boleh jadi cheetah yang kelaparan. Aku opportunist yang unggul.

**
So untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bulan lepas sebenarnya saya telah menjalankan misi rahsia saya. Eh saya plak. Aku!.

Aku dapat offer kerja di Singapore, tapi belum konfem lagi. Kerana, producer aku tengah menyiapkan working permit untuk aku.

Dan hari ni aku dah sampai ke negara ini. Secara rasminya, aku dah bekerja di salah sebuah syarikat Singapore dalam bidang advertising. Yang aku suka tentang syarikat ini, mereka menghasilkan tv commercial untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Tapi mereka juga menghasilkan filem. Ia lebih kepada passion semata-mata dan bukan untuk ditayangkan di pawagam. Kira art movie untuk festival filem-lah.

Aku rasa ini adalah syarikat yang benar-benar yang aku mahukan. Keep it low dan tidak terlalu overrated tapi masih mampu membayar gaji aku.

Lagi pun, ini adalah jalan untuk aku pergi lagi jauh. Maksud aku ke tahap yang internasional lah. Impian budak kampung yang poyo bukan?.

Macam aku selalu kata, "tanpa mimpi, orang kecil seperti kita akan mati kawan". Jadi teruskan bermimpi dan berusaha sampai mati. Tak ada benda yang jatuh bergolek dari langit dengan hanya berpeluk tubuh dan mengata orang sana-sini.

Korang bukan tahu, betapa banyak aku berusaha keras. Aku hilang segalanya untuk impian ini. Tapi ia datang dalam pelbagai bentuk.

Tuhan memang adil.

Atas sebab itu, sampai bila-bila aku akan percaya... Pada setiap jalan keluar, ada jalan masuk ke tempat yang lain. Jangan takut untuk gagal sebelum mencuba. Kalau tak cuba tak tahu bukan?. Jadi kita redah saja!.

**
Kalau ada kawan-kawan yang baca blog ni dari Singapore, jom lah bawak saya jalan-jalan makan rojak. Saya cuti sabtu ahad tau!(baca:gedik). Rare gila company yang nak bagi aku cuti dua hari seminggu dengan 30 hari annual leave. Macam kena loteri pun ada.

Sepanjang kontrak saya yang berdurasi tiga tahun, rasanya saya nak cari awek dekat sini lah. Buat bini!.

Apr 11, 2011

Kejam Yang Indah



To the one true God above:
Here is my prayer -
Not the first you've heard, but the first I wrote.
(Not the first, but the others were a long time ago).
There are two people here, and I want you to kill them.

Her - she can go quietly, by disease or a blow
To the base of her neck,
Where her necklaces close,
Where her garments come together,
Where I used to lay my face.
That's where you oughta kill her,
In that particular place.
Him - just fucking kill him, I don't care if it hurts.
Yes I do, I want it to,
fucking kill him but first
make him cry like a woman,
(no particular woman),
let him hold out hope that someone or other might come
then fucking kill him
Fucking kill him.
Kill him already, kill him.
Fucking kill him, fucking kill him,
Kill him already, kill him.
Fucking kill him, fucking kill him,
Kill him already, kill him.
Just fucking kill him! Fucking kill him,
Fucking kill him already, kill him.
Ah Fucking kill him, fucking kill him,
Kill him already, kill him.
Kill him already, kill him already
Kill him, fucking kill him.
Just fucking kill him, fuckin kill him,
Kill him already, kill him.
Fuckin kill him, kill him,
Fucking kill him already, kill him.

Kill him, fucking kill him,
Kill him, just fucking kill him.
Kill them already, kill them already,
Kill him.
Amen.

*aku addicted dengan lagu ni.

Apr 10, 2011

Sick Boy

Hey Hey.

Okay fuck!. Gedik nak mampos bila aku cakap macam tu.

Begini... Ermmmm...

Macam mana nak cakap eh?.

Okay aku deactivate akaun FB aku bulan lepas. Atas banyak sebab dan semua orang tahu bila aku berada dalam emosi yang tunggang langgang aku suka delete benda.

Macam blog ni sudah berada kali di delete, di tutup untuk sementara waktu. Itu memang perangai aku. Kalau aku dalam emosi yang kacau, rumah pun boleh aku bakar. Orang muda yang berapi-api memang begini kot.

So hari ni, aku dah aktifkan semula. Untuk berhubung balik dengan kawan-kawan aku, sebab selama ni pun aku terlalu busy.

Yes!. Aku dah ada masa kembali untuk bersantai.

Percaya lah kawan, pada setiap jalan keluar itu punya jalan masuk pada sesuatu tempat yang lain. Dulu aku percaya wang ringgit boleh beli semua kebahagiaan. Jadi aku kerja macam orang gila. Kejar pada keduniaan. Beli kereta, buat simpanan, masuk saham dan banyak benda lagi.

Tapi aku lemas.

Lemas dalam wang ringgit yang aku tidak boleh pakai.

Seriously, kalau kerja 24 jam seminggu pun tak ada guna. Sebab kita dah tak ada masa untuk memberikan kasih sayang pada diri sendiri.

Bak kata mudahnya, aku sangat pentingkan diri sendiri sehingga lupa pada diri sendiri. Sangat rumit nak diterangkan.

Cuma aku lebih selesa untuk hidup dalam keadaan yang lebih sederhana sekarang. Buang semua tabiat untuk makan di tempat mahal-mahal atau beli baju berjenama. Ia hanyalah bersifat sementara.

Jadi aku rasa, kejarlah kebahagiaan dengan cara kau sendiri. Tanya pada diri, apa yang kau mahu dalam hidup ini.

Aku mahu kerja yang lebih aman dan tersusun. Masa kerja aku kerja bersungguh-sungguh, maka bila main aku pun mahu bersungguh-sungguh. Tak adil lah untuk kesihatan mental kalau aku kerja lintang pukang tapi tak ada masa untuk merehatkan diri.

Sekarang aku dah dapat kembali.

"Choose life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, Choose washing machines, cars, compact disc players, and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol and dental insurance. Choose fixed- interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisure wear and matching luggage. Choose a three piece suite on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who you are on a Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing sprit- crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pishing you last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked-up brats you have spawned to replace yourself. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that?"-Trainspotting (1996)



*aku macam dah ada banyak masa kembali untuk menulis :)

Apr 8, 2011

Kerja & Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan kawan-kawan, saya sudah bersara dari menghasilkan drama swasta. Dalam erti kata lain, pada awal bulan ni saya dah berhenti kerja dan tidak melibatkan diri lagi dalam pekerjaan yang melibatkan drama televisyen.

Saya kembali masuk dalam bidang advertising. De Touche , syarikat baru saya bekerja setelah seminggu berhenti kerja. Ini juga syarikat yang kelima dalam jangka masa tiga tahun.

Syukur juga, kerana saya selalu bernasib baik. Mudah mendapat tawaran. Dan pengalaman saya setelah habis universiti tidak pernah menganggur kerana tak ada kerja. Mungkin rezeki saya murah kerana pernah bekerja di Asia Pacific Video Lab - yang mana sebuah syarikat pasca produksi yang terbesar di Asia Tenggara - telah buatkan diri saya ada jugalah nilai dipasaran kerja.

Bagaimanapun, sebagai manusia opportunist, saya tetap cuba mencari peluang yang lain. Kerana saya tak ada hati lagi untuk tinggal di Kuala Lumpur. Bak kata seorang kawan saya, "KL macam makwe kita, bila gaduh memang menyampah la... tapi bila sayang, rasa cam nak peluk-peluk gomol je!".

Kepada awak Kuala Lumpur, saya ingin memutuskan hubungan dengan awak!. Saya benci awak kerana selalu buat saya macam ni.

Apr 3, 2011

Fuh Aweks Cantik

Malam semalam seolah menjadi satu pertengkaran hangat diantara rakan-rakan aku -- ada perempuan dan lelaki. Ia adalah dialog tentang “cantik”. Bagaimana mahu kata perempuan itu cantik?.

Jadi aku rasa, cantik boleh buat aku cair. Perempuan yang buat aku cair secara harfiahnya adalah cantik bagi penaakulan aku sendiri.

Perempuan cantik adalah begini:

1. Rilek

Ya!... Rilek adalah elemen utama untuk aku melihat perempuan itu cantik atau tidak. Bagi aku, perempuan yang gelabah tak cantik. Orang begini, dia selalunya tidak suka kecoh-kecoh. Mungkin “gadis rilek-rilek” dimata aku terlalu banyak sifat misteri, jarang bercakap, tapi boleh meluahkan idea yang bernas, bila diperlukan. Lagi rilek bila dia adalah orang kaya yang tak suka menunjuk-nunjuk. Siapa dia tak penting, kerana dia tahu dimana liganya. Rilek bukan?.

2. Tak Kutuk Orang

Biasanya perempuan yang cantik tak kutuk orang. Dia tak akan kata orang tu hodoh atau nampak bodoh. Sifat judgemental tidak ada dalam kamusnya. Jika perempuan yang beperangai macam ni, kalau tak cantik pun boleh jadi cantik. Sebab dia tak pernah fikir pasal cantik.

3. Kurang Make-up

Perempuan pakai make up ada dua sebab; pertama adalah untuk keyakinan diri, kedua supaya nampak cantik. Perempuan yang cantik memang akan sentiasa cantik walaupun tanpa make up. Kalau make up tebal macam kapur tu nampak sangat dia berusaha keras hendak melindung kelemahan. Nak tahu dia cantik atau tidak, sila tengok waktu bangun tidur.

4. Tidak Perlu Berfesyen Sangatlah

Orang cakap, perempuan tidak boleh lari dari fesyen. Perempuan sangat gilakan fesyen. Ah bullshit jer semua tu. Aku rasa kelakar bila ada perempuan cakap dia suka fesyen, dan sangat “in-nak-mampos”. Perempuan cantik masih lagi nampak cantik kalau dia pakai seluar track dan baju tidur waktu pergi makan roti canai. Jadi fesyen itu tidak akan membuatkan anda nampak cantik kalau anda sangat beriya-riya untuk kelihatan menawan.

5. Tidak Rasa Pandai Tapi Bukan Nampak Bodoh

Perempuan selalunya ada sifat insecure dengan kebijakkan mereka. Kalau pejuang feminis, mereka tidak boleh rasa terancam dengan kemampuan lelaki. Bagi aku mudah saja, tak semestinya berpelajaran tinggi itu adlah satu penyukat untuk mengukur kepandaian. Perempuan cantik yang pandai tidak perlu katakan kepada teman lain yang dia sangat genius. Mereka lebih suka mendengar dari menghujah. Bila pendapat mereka diperlukan, dia akan berikan dengan logik dan bukannya dengan emosi. Perempuan cantik dimata aku adalah pengamal ilmu logik. Tak semestinya logik itu sains, logik itu adalah boleh diterima dek akal.

6. Tak Clingy

Dia tak memerlukan satu perhatian yang besar dari kekasihnya. Kerana perempuan cantik tahu, dia boleh mendapatkan perhatian dari sesiapa. Maksud; perempuan cantik tidak mencari attention. Sebaliknya dia mendapat attention secara semula jadi dari orang sekelilingnya. Tak payah lah teman lelaki nak sms 24/7, kerana perempuan cantik banyak perkara yang perlu dia lakukan dari bersms sahaja. Kalau begitulah awak... memang awak cantik!.

7. Tak Memerlukan Duit

Bukan kosong duit, maksud aku; perempuan cantik tidak kisah kalau berkawan dengan orang yang tidak punya harta sekalipun. Tak kisah untuk makan ditepi jalan. Tak kisah untuk hidup tanpa spaggeti butter cream. Perempuan yang cantik boleh survive dalam apa jua keadaaan. Bukan hanya mahu melepak dekat hartamas saja.

8. Tahu Untuk Bergembira

Semua orang pun tahu untuk bergembira. Adik kau pun boleh nak bergembira. Tapi tak ramai orang boleh bergembira seorang diri. Kalau anda tahu membuat begitu, aku rasa kau cantik. “hey perempuan cantik!”. Tapi bukan lah aku maksudkan kau tahu bergembira dengan pergi club seorang diri untuk cari mana-mana jantan. Itu bohsia bhai!.

9. Hati Kering

Perempuan cantik, bukan pada wajah saja. Hati itu lagi penting. Setengah orang kata mahu hati yang suci. Bagi aku sukar diukur hati yang suci. Aku melihat kepada “hati kering”. Perempuan yang punya prinsip sendiri -- bukan ikut kawan atau trend (hipster) -- adalah orang selalu tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Kalau dia kata A, maka A lah jawapannya. Hati kering bukan degil ya kawan-kawan -- hati kering adalah orang yang buat apa yang dia mahu sampai dia dapat. Perempuan berani macam ni memang cantik dimata aku.

10. Berdikari

Okay!. Ini perkara yang penting. Berdikari atas kaki sendiri itu penting untuk seorang perempuan cantik. Bagi aku mudah sahaja, tak semestinya dia boleh beli kereta sendiri itu berdikari, boleh pergi kerja sendiri juga bukan, apatah lagi boleh hidup tanpa lelaki. Itu bukan yang aku maksudkan. Berdikari yang aku maksudkan adalah punya kekuatan untuk hidup dimana-mana. Dia tak kisah untuk hidup tanpa duit, dia tak kisah kalau hendak berjalan kaki, dia tak kisah jika tidak punya telefon tanggan sekalipun. Berdikari bagi pandangan aku adalah seperti orang gipsi tidak kisah untuk berada dimana dan kelihatan bagaimana. Dia adalah seperti sebuah kayu yang diapungkan di laut, boleh hanyut kemana-mana saja.

*Ini adalah pendapat peribadi aku. Setiap orang ada mata sendiri dan pandangan masing-masing. Aku tak kata pun awek kau tak cantik. Bluekkk!.

"A pessimist is a man who thinks all women are bad. An optimist is a man who hopes they are"-Chauncey Mitchell Depew