May 30, 2011

Random #1


Hope Pjoe boleh explain something. Kenapa letak muka dia macam tu, then dia delete balik. Konfem dia rasa menyesal dengan gambar dia yang buruk tu kan?.

Penampilan aku sekarang. Lu orang tak tergoda ke?. Yang pasti mana-mana gadis jangan stim tengok gaya aku ya. Muah!.


Kelab terbaik dunia pada masa kini. Iniesta tu macam kena betol.

Hajat nak beli buku ni, dengar kata ada cite pasal punk lah jadah apa punya anak Melayu. Punk sana punk sini, ludah kang baru tau. Ada orang cakap, buku ni best. Kiranya nak jadi cult untuk buku-buku bawah tanah lah. Tak semestinya buku cult tu kena pandai, buku yang tak pandai macam ni pun boleh jadi cult. Punk memang cult kot, hangpa mana tau!. Tu lah, orang nak pakai dr martens nak pakai jugak, butuh apa sial pakai dr martens dengar lagu burno mars. Teranjang kang baru tau. Sambung sikit lagi, aku rasa buku ni patut dibeli. Sebuah tulisan pop ala-ala The Clash gitu. Jangan risau, tak de ayat-ayat berat pun kat dalam, sebab penulis tu tak berapa pandai. Dia tahu punk sana sini jer.

May 29, 2011

VDS, i still love you

Kita sama suka Sex Pistol.

Kita sama suka filem Quadrophenia.

Kita sama suka United Kingdom.

Jadi jangan lah keji aku sangat sebab team aku kalah malam ni. Barua!.

Malam ini aku agak sedih melihat muka Van Der Sar (VDS), final game yang kena kaw-kaw punya. Celaka punya Messi, sangat power nak mampos.

gila random tiba-tiba ada gambar ni

May 26, 2011

Ceri & Aiskirm

Katanya, "Success is like being pregnant. Everybody congratulates you, but nobody knows how many times you were fucked before you got there".

Maka hari ini dia buat aku tersenyum bahagia, sebab aku tahu dia perempuan yang punya otak.

Dan aku pun bilang padanya, aku tak kisah bersama dengan perempuan yang tidak cantik sekalipun.

Dia jeling dengan kerut-kerut tanda tanya.

"Apa?" tanya aku.

"Dian Sastro tu tak cantik ka?"

"Perasan!"

Kemudian kami menghabiskan ais krim di tepian Orchard Road melihat kelip-kelip lampu malam yang tergantung pada bangunan.

Dengan perasaan rendah diri, kami hayati malam itu dengan penuh warna warni dan juga cita-cita untuk hari esok.

May 25, 2011

Akhirnya

Update daripada entry mindfuck dan apa jadah.


Nik Bukhari juga adalah bekas rakan sekelas aku semasa sekolah.

*jangan suruh aku translate

May 23, 2011

10 Common Thing Kedai Makan

Beberapa benda yang aku selalu buat lepas makan kat kedai.

Kalau aku makan kat rumah, aku tak buat macam ni. Maybe tak tau apa nak buat kot kalau lepas makan kat kedai. Tapi aku rasa orang lain pun buat juga macam mana aku buat.

1. Hisap rokok
Bagi orang yang merokok lah. Kalau tak boleh hisap rokok kat premis tu, aku akan cari tempat yang boleh merokok juga. Tak kira, aku kena hisap rokok kalau lepas makan. Kenikmatan berganda okay.

2. Kunyah ais
Bila aku haus, aku kunyah ais. Atau saje je nak kunyah sebab bosan tunggu kawan aku habis makan.

3. Patahkan straw
Aku selalu gulung straw. Sebenarnya tabiat ni bermula lepas aku dapat tahu kedai makan kat sekolah aku dulu recycle balik straw.

4. Main talifon
Padahal tak ada apa pun, lepas makan aku mesti check talipon. Macam baru bangun tido lah jugak kot.

5. Tengok awek
Masa makan aku tak akan tengok orang lain. Lapar sial nak duk fikir pasal orang lain plak. Then bila lepas makan baru aku tengok awek orang lain. Tengok aje lah, tak lebih dari tu.

6. Baru Tengok Menu Kat Atas
Pelik kan, lepas makan buat apa lagi tengok menu. Padahal dah habis melantak dah. Mungkin berkira-kira apa untuk makan lain kali. Tapi benda yang tak best, bila tengok menu baru rasa menyesal tak order makanan tu.

7. Termenung
Kalau dah kenyang, malas nak layan orang lain. Selalunya aku senyap sekejap, fikir kenapa aku perlu makan. Atau termenung balik pasal makanan tu tak sedap ke, atau makanan tu mahal ke.

8. Fikir Nak Lari
Kadang-kadang imajin aku akan lari malas nak bayar. Tapi aku tak pernah buat lagi. Mungkin aku patut try.

9. Tengok Anak Tuan Kedai
Bayangkan kalau mak dia pandai masak, anak dia pun mesti pandai masak. Rajin plak tolong mak dia kat dapur. Macam ni lah baru boleh buat bini.

10. Keluarkan duit
Apa lagi, kira kerugian hari tu lah.

*sebenarnya aku dah bosan makan kat kedai..please datangkan aku bini yang pandai masak..tak lawa pun tak pe.

May 20, 2011

world can be F up place ,but these kind of videos give me hope for future



Selepas menonton video ini, saya nekad untuk kahwin.

*tengok last part, comel gila.

May 18, 2011

Apa Jadah

Aku pernah tulis pasal ini. Sila baca entry Mindfuck untuk maklumat lanjut.


Bayangkan ini belum sampai seminggu, semua benda yang ada kat facebook aku dia like. Apa yang sedang berlaku ni?. Aku dah mula paranoid.

Memang sah, ini adalah salah satu bentuk seksaan yang cuba dia lakukan kepada aku. Aku letak gambar dia like, aku letak lagu dia like, aku tulis status dia like, aku check in dia like, relationship status aku single dia like.

Tapi...

Tapi masa ada tulis in relationship dia tak like plak.

Setahu aku mamat ni masa sekolah dulu bukan gay.

Puas aku tanya, dia tak jawab sepatah haram. Aku bagi seminggu lagi berserta dengan ugutan untuk block dia dari friendlist.

Gila psiko dol!

May 17, 2011

Transaksi Nan Muda

Aku tahu, apa yang bakal kamu baca ini semua bullshit jika kamu tidak sebulu. Tettttttttt!. Baik kamu jangan baca sekiranya kamu rasa entri yang kali ini sedikit menyampah.

Okay. Mari kita mula.

Topik yang sudah basi dalam blog ini, jika ia difilemkan mungkin dikategorikan di dalam genre komedi romantik ataupun chick flicks. Tetttttttt. Kalau nak baca bacaan maskulin boleh baca blog Pipiyapong atau soal serius boleh baca tulisan Tukartiub.

Ini memang blog cinta pun.

Tettttt. Bukan blog seks juga okay!.

So topiknya, bolehkah enggang terbang sama tinggi dengan pipit?. Dah basi pun topik ni, tapi dalam dunia malayneum sekarang ni konsep enggang dan pipit dah tak ada rasanya. Manusia sekarang dah tidak disamakan dengan jenis burung lagi. Jadi aku rasa konflik zaman sekarang adalah "boleh ke budak student bercinta dengan profesional?".

Mesti lah boleh bukan?. Asal pulak tak boleh. Kan bagus kalau student bercinta dengan orang yang dah kerja, boleh tanggung masa dia belajar. Mak cik dengan pak cik aku pun macam tu juga lah, ada yang masih belajar tapi dah kahwin. So konsep ini sangat relevan aku rasa.

Cuma jika diperhatikan lebih dalam, kau akan jumpa sesuatu. Sebenarnya student tak sesuai bercinta dengan orang bekerja yang demografinya berumur bawah 30 tahun atau dengan erti kata lain, baru lima tahun di alam pekerjaan (new professional).

Sebab paling mudah, orang yang baru bekerja sebenarnya sedang melakukan transisi dari dunia student mereka ke dunia perkerjaan. Dimana dunia pekerjaan adalah satu perkara yang semakin serius dan membosankan. Mereka sedang struggle untuk mendapatkan gaji yang lebih bagus, posisi atau kenaikkan pangkat dan boleh jadi berusaha keras untuk melepasi tahap prohibition period.

Sebenarnya inilah masa yang paling sukar yang dialami oleh mereka yang baru bekerja. Ya aku juga mengalami perkara ini. Ia adalah satu tempoh yang memenatkan. Kau kena buktikan kepada majikan yang kau benar-benar serius dengan apa yang kau buat.

Masalah utama akan muncul, bila kekasih anda adalah student yang masih lagi hooray hooray sedangkan anda pula sedang berjuang untuk mendapat posisi. Bayangkan aku pernah fight dengan 8 orang untuk dapatkan hanya satu posisi. Jangan tanya kepada aku balik jam 12 malam pada mula-mula aku start kerja dulu.

Ia akan menjadi konflik kerana anda tidak punya masa untuk bercinta tapi gatal mahu bercinta. Yang pastinya student tidak akan paham dengan situasi orang baru bekerja. Aku boleh cakap macam ni sebab aku juga pernah belajar dan aku juga pernah fight untuk dapatkan kerja. Sampai sekarang aku masih lagi struggle, tapi kali ni lain pula cabaran, ia dalam bentuk pembalasan kepercayaan kepada majikan pula. Sebagai lead effect designer dan creative director segala kualiti company bergantung kepada aku, jadi aku tak boleh main-main. Kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan juga.

Kalau kau masih lagi student, kau akan cakap ini semua bullshit. Sekali lagi aku ulang, aku juga bekas pelajar universiti seperti kamu. Dulu cuti aku ada hampir empat bulan setahun, sekarang cuti aku sudah tinggal 20 hari sahaja. Weekend adalah hari untuk aku tidur rehat.

Hakikatnya, hanya orang bekerja boleh memahami orang bekerja. Oh ya bukan kerja sambilan ya, ini kerja sepenuh masa untuk menampung kehidupan hari ini dan masa depan. Kadang kala kita sukar untuk menerangkan kepada mereka yang belum mengalami apa yang kita rasa. Tapi bila mereka rasa, baru mereka akan sedar. Bak kata orang-orang dulu, hanya jauhari juga yang mengenal manikam.

Jadi aku rasa, mereka yang sedang transisi kepada alam pekerjaan lebih sesuailah cari pasangan yang sama-sama juga sedang struggle kena maki kat bos. Yang student tu bercinta aja lah dengan student. Simple deal bukan?. Tapi kalau jodoh tu tak kemana. Jadi jangan risau dengan entri ini atau rasa tergugat gelabah sms si dia yang sedang overtime. Semua akan baik-baik sahaja kalau anda lebih memahami dan merasai apa yang sedang berlaku. Sila berfikir bukan atas kepala otak anda sahaja. Please think foward.

Janganlah masam lagi, senyum cikit :D


May 15, 2011

Tiada Tajuk Yang Sesuai

Di depan rumah, kami sedang rancak berbual-bual tentang pelbagai perkara. Seorang kawan aku yang ayuh kita namakan dia sahaja dengan A bukan nama sebenar. Seorang yang sangat rendah diri, suka tersenyum dan aku tak pernah nampak A marah. Dia manusia yang tenang.

A banyak ceritakan pengalamannya semasa tinggal di Australia, pandangan tentang dunia Islam di sana hingga lah kepada dia pernah jamming bersama Craig Nicholls sewaktu menetap di Sydney. Kini usia A sudah hampir 40 tahun, menetap di Aljunied, Singapura, dia hanya habiskan banyak masa dengan melukis, kebetulan A juga mendapat pendidikan formal dalam dunia fine art di salah sebuah universiti Australia.

Aku buatkan A air kopi, dia suka minum kopi pekat dan pahit. Bila dia telan kopi, dahinya sedikit berkerut dan bibirnya dirapatkan. Memang benar, kopi itu pahit, cuma ia tetap menjadi kesukaan A.

A jadi kawan aku lepak malam-malam di depan rumah selepas habis kerja. Dia akan datang dan berbual-bual seperti cakap-cakap kedai kopi. Mungkin aku dan A ada satu chemistry walaupun umur banyak membezakan kami.

"Aku masa umur kau, ada seorang girlfriend, minah salleh" kata A.

"Then?"

"Tapi jodoh aku dengan Melayu Bugis juga"

Aku hairan, kenapa A cuba bercakap tentang isteri dan bekas kekasihnya. Selama ni dia hanya bercakap tentang falsafah dunia seni dia sahaja. Sebagai orang yang lebih muda, aku cuba selami tentang metafora dan signifikant maksud A. Lagi pun aku tahu, dia suka aku. Dia gemar orang muda yang advantur, jadi dia akan ceritakan apa sahaja. Ramai kenalan aku orang tua dan aku masak benar dengan perangai mereka.

"Kau tak ada girlfriend kat Malaysia?" tanya A dengan slanga Melayu Temasek.

"I prefer being on my own"

A kecikkan anak matanya, jawapan aku tidak cukup menyakinkan.

"Aku rasa hubungan jantan betina hanya hasilkan kesakitan dan kelam kabut sahaja. Siapa nak merasa sakit kan?. Lagi pun aku muda, tinggal di salah satu bandar yang sangat mengujakan, jadi aku nak have fun while i can, soal serius aku nak simpan dulu" ulas aku panjang lebar.

A berpuas hati, dia senyum dan menyandarkan badannya ke kerusi. Wajahnya seperti terkenang satu memori.

"Asal kau kahwin?" satu soalan yang tidak bernas aku lontar buat A terkedu.

"Jodoh"

"Qada dan qadar"

A senyum.

Kemudian A ketawa. Ada sesuatu yang lucu bermain di fikirannya. Aku tidak mampu mengerti dan hanya menunggu apa selanjutnya pula.

"Masa bercinta kan, mesti girlfriend kau tanya, 'why u love me'?"

"Mesti ada kan?" A cuba terangkan apa yang membuatkan dia rasa kelakar.

"Konfem ada!"

"Apa kau jawab?"

"Aku cinta dia sebab aku rasa betul-betul cinta dia lah kot"

"Ermmmm, lagi pun jawapan aku ikut pada apa yang perempuan tu fikir" sambung aku.

"Kau tak yakin kan dengan apa yang kau cakap?"

Aku angguk, sebab itu juga yang selalu berlaku. Well, manusia selalu menipu tentang perasaannya. Dan manusia juga mudah tertipu dengan perasaan. Itu semua hanya sandaran sahaja, bukan hakiki.

"Habis wife kau tanya tanya kau soalan macam tu?" aku cuba jerat A.

"Konfem ada!"

"Apa kau jawab?"

A senyum, dia tengok aku, mukanya nampak serius kembali, tapi masih lagi tenang seperti suasana dan dingin malam itu juga.

"Apa kau cakap?" aku desak.

"Aku cakap..."

"Aku cinta dia kerana Allah Subhanahu wa ta'ala"

Aku terus senyap dan fikir, cinta itu memang begitu sepatutnya. Cintai seseorang kerana Allah buatkan kau rasa sayang dan takut. Kau tak akan pukul kerana kau takut pada Allah, kau tak akan kecewakan kerana kau sayang Allah. Dan selebihnya fikir sendiri, sebab aku bukan orang yang layak untuk bercerita panjang.

Cuma, ia benar-benar buatkan aku berfikir pada malam itu. Buka mata aku untuk melihat lebih jauh tentang dunia ini.

May 4, 2011

The Dream Machine

Ramai yang email tanya aku kerja apa sekarang? Kenapa berhenti kerja kat KL?. Ada kawan-kawan cakap aku ni bodoh, elok-elok baru berjinak dengan mainstream dah lari plak.

Tapi aku bukan lah bengap sangat ya kawan-kawan. Aku fikir dua kali ganda lebih dari kalkulus masa depan. Macam aku cakap, inilah masanya untuk move on to the next level. Pada umur akan mencecah 26 tahun bulan depan, aku tak nak buang masa dengan politik dalam industri filem di Malaysia. Kalau anda baru berjinak-jinak atau baru jadi krew angkat barang, mungkin tak rasa lagi apa yang aku dah rasa.

Aku dah meeting dengan macam-macam orang dalam industri, macam-macam peel aku dah jumpa. Dah kena tipu, payment tak bayar, banyak kepukian lagi lah. Bukan aku give up dengan negara aku sendiri, tapi malas nak sakitkan hati orang lain. Mulut aku jahat sikit, tak kira kau tua ke muda, aku rasa tak betol tetap tak betol. Orang macam aku memang ramai yang tak suka.

Well banyak sebab kenapa aku pindah ke Singapura, walaupun bukan jauh sangat, tapi still perlukan working visa apa. Yang jelas working condition kat sini 100% berbeza dengan Malaysia. Tak nafi politik wujud merata-rata, cuma politik lagi berkesan dengan cara kerja yang lebih efektif.

Lagi pun work aku kat sini mudah diterima oleh client. Tak sampai sebulan aku dah collect beberapa client international. Art is not living. It is the use of living.

Next stop adalah Armsterdam. Huh!. Orang yang suka bermimpi memang akan cakap pasal mimpi saja. Tak apa, kalau tak ada mimpi orang macam aku ni tak akan hidup. So kawan-kawan, wish me luck okay!.

So boys and girls, check it out company yang kerja sekarang www.wormwood.sg . For livin, kitaorang buat tv commercial a.k.a iklan (kalau mana-mana mangkuk tak tahu). For passion kitaorang buat indie film untuk hantar film festival. Macam penyucian diri lah kiranya.

Company ni sekarang memang kena sangat dengan jiwa aku. Dari produser sampai lah tukang sapu semua sempoi gila. Aku pergi kerja pun pakai short pants dengan selipar jepun jer. Serious shit, aku happy gila sejak move here.

“love life, engage in it, give it all you've got. love it with a passion, because life truly does give back, many times over, what you put into it”- Maya Angelou

May 3, 2011

Lagu Untuk You Lah



Ditujukan khas kepada future girlfriend saya yang bekerja di butik nike orchard road.

Kepada awak, hell fuck aku tak minat dengan nike. Tapi kerana awak, saya akan pergi butik nike hari-hari dengan pakai perfume yang paling wangi atas dunia.

Holy fuck, malam ni aku tak boleh tidur sebab awek kedai nike tu macam menghantui bila aku pejam mata - walau sesaat.

So esok, bila saya balik kerja, saya akan pergi ke Orchard untuk lihat awak dari jauh-jauh. Masalahnya dia tak kenal aku. Mimpi lah kau sampai mampos stradust.

*dia tak cantik pun sebenarnya, aku suka dengar suara dia, then cara dia cakap memang macam heroin. Maybe dia unicorn untuk aku. Harap Nordin tak datang kat kedai tu, kalau tak habis lah.