Jul 29, 2011

Perlahan-Lahan

"tadi kat karangkraf ado sorey budok tanya kawe, "awak ni abang razaisyam kan?" terus rasa rindu dihati"kata Pjoe

Actually aku rindu masa dulu.

Masa tak busy dengan kerjaya. Masa boleh lepak, hisap ganja dalam bilik Nasir.

Itu dululah, Nasir pun sekarang dah pergi mendalami ilmu agama, tu sebab korang tak nampak Nasir. Pjoe pun dah berhenti hisap rokok.

Tak ada yang boleh dibanggakan dengan hisap ganja, tapi rasanya ramai budak lelaki yang dah try ganja. Tak pernah hisap tak lengkap sebagai lelaki. Oh ini pemahaman yang salah.

Cuma aku rindu, bagaimana hidup masa dulu nak makan pun bukan main payah. Seriously wei, masa tu aku rasa makan sekali sehari jer. Kalau mampu makan pun kira dah power la.

Lagi pun masa tu aku masih belajar kat universiti, patutnya aku habiskan Double Major. Kira degree akan keluar dengan dua pengkhususan lah. Tapi aku malas nak belajar, jadi aku berhenti dan graduasi dengan degree yang biasa-biasa sahaja, tapi still antara top student kot, even perangai macam setan pun. Sebab dari dulu aku berpegang pada prinsip "work hard, play harder"

"There's only one person in the world who's going to decide what I'm going to do and that's me." – Charles Foster Kane

Macam mana teruk kita sekali pun, jahanam nak mampos pun, pelajaran tu memang penting. Tapi kalau adik atau abang anda hisap ganja, aku rasa tak payah nak labelkan mereka dengan apa-apa. Hidup dalam satu bulatan, pasti satu hari dia malas dah nak menghisap dan fokus pada life. Kemudian kahwin-settle down-jadi abang abang.

Dont judge masa depan, sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kita gelakkan orang yang rosak atau bodoh, tapi kita tak tahu satu hari orang yang bodoh itu akan gelakkan kita.

Life is circle kawan. Be fair.


Jul 11, 2011

0709


Bersih 2.0

1. Ada rakyat Malaysia yang terseksa kerana tidak dapat pergi Midvalley tempoh hari untuk membeli belah. Pukimak punya Bersih. Aku sehari tak shopping memang aku boleh mati tau.

2. Polis pukul orang. Polis buat tugas. Dan tugas polis memang pukul orang. Rilek ah dah ramai kot yang polis bunuh. Contohnya arwah adik Amirul Rasyid. Kalau abang-abang kita kena bunuh pasni, rilek ah dol, memang kerja polis kan jaga keamanan. Aku harap pasni polis pi kedai burger Pipiyapong, pastu belasah dia. Pipiyapong ni pengugat keamanan dol. Tengok muka dia dah tahu.

3. Zulhabri Sufian duk maki-maki kat facebook tak habis-habis lagi. Najib cakap "ala baru kena sikit teargas dah uh ah uh ah uh ah, macam dah nak mati". Okay memang patut pun Zulhabri maki lagi sampai mampus. Sampai bila-bila pun maki lah.

4. Ada lagi yang buat demostrasi bawa anak-anak kecil. Polis patut belasah teruk-teruk depa macam ni. Tak paham apa motif bawa anak. Kok ye pun tak ada orang nak jaga kat rumah, tapi niat dihati nak pi juga demostrasi tinggal lah kat jiran. Memang la jiran hang tu orang Najib, tapi tinggal kejap dia tak sempat pun nak brainwashed anak hang. Kelia sangat hang ni sampai nak bawa budak pi perang.

5. Najib pi Itali, Mahathir pi London. Bestnya. Tak ajak kitewww pomm

6. Ibrahim Ali ni katak ke manusia?. Sila tengok video ni (click) kalau mahu kepastian. Pi Jerman belajar kat School of Freedom konon. Podaaaah!.

7. Jalan jam gila babi, roadblock sana sini. Bodoh punya Bersih buat roadblock merata-rata. Sekarang ni Bersih ke polis yang buat roadblock?. Polis buat roadblock sebab tak kasi buat Bersih lah. Bukan polis yang bodoh tapi Bersih yang bodoh. Agong cakap boleh buat kat Stadium Merdeka pastu tak kasi buat pula. Macam satu yang bodoh ni?.

8. Mat Sabu sekarang top dol, asyik muka dia je masuk dalam video. Kes khalwat lu dulu wa tak akan lupa lah Sabu. Wa tetap tak pernah percaya lu.

9. Seorang mati kerana sesak nafas semasa demostrasi. Nak salahkan siapa ni?. Tapi kalau tahu sakit aku nasihatkan baik berada lah dirumah. Masa perang, askar sakit pun tak pi perang tau. Apa-apa pun kita sedekahkan al-fatihah kepada si mati, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sudah termaktub arwah meninggal dunia semasa demostrasi, itu semua kuasa Tuhan, jadi tak perlulah politikkan isu ini.

10. Negara Malaysia adalah negara diktator. Konek mana pula yang ajar Malaysia ni negara diktator. Kalau diktator tak ada pilihan raya langsung pulak. Kalau tak Bersih pilihan rayanya tak kan lah beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang?.

11. Facebook page 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation bertukar angka setiap saat dari semalam page itu dibuat (Justin Biebir perlu belajar teknik ini dengan Najib). Rasanya memang orang tak nak kau dah Jib, kita balik lepak kampung jer lah. Orang dah tak suka kita. Dah-dah lah tu nak jadi PM lagi.

Apa Rosmah marah kalau hang letak jawatan?. Tak leh cakap apa lah kalau macam tu Jib, ikut suka hati hang jer lah.

12. Salute pada A Samad Said. Dengan puisi dan sajak sahaja mampu mengegarkan kepimpinan Barisan Nasional. Sajak-sajak Pak Samad nampaknya lagi kuat dari senjata api FRU. Apa magik orang tua ni aku tak tahu lah. Tengok video dia masa nak pi Istana?. Pak Samad sangat comel dol.

13. Tv 3 selalu buat kelakar.

14. Anwar pun kelakar jugak, ada dalam video tu dia berjalan elok-elok biar pun ada darah kat tepi baju. Siap boleh cakap kat kamera lagi. Alih-alih nampak terlentang macam nak mati plak dah. Mana satu aku nak percaya Anwar?. Kes main bontot lu bila nak settle dol?. Rimas dah aku dengar.

15. Patriot ni kejadah apa pulak?. Aku tengok dalam video tu macam mat rempit mana ntah dorang upah. Memang sangat politik umno kot, depa time-time macam ni baru nak berkawan dengan rempit. Kalau tak dicacinya habis mat rempit ni. Kesian mat rempit, selalu jadi kambing hitam.

Kesimpulannya, aku tak sokong bersih dan aku tak juga sokong Najib Razak apatah lagi Mat Sabu atau Ibrahim Ali. Aku tak kisah pun kalau pilihan raya itu tidak adil asalkan kerajaan tahu memberikan pembangunan dan membantu rakyat-rakyat yang ditindas. Anwar pun belum tentu boleh bantu kita bang dan aku memang tidak pernah nampak Anwar punya kelayakan untuk membantu, tapi aku percaya Anwar lebih better dari Najib.

Cuma satu yang aku nak cakap kat sini, kita selalu lupa perkara yang lebih penting dari demokrasi. Ah demokrasi itu hanya ciptaan Amerika sahaja, bukan entiti yang terbaik patut kita anuti pun. Tak perlu kita perjuangkan demokrasi kerana Islam itu sendiri melebihi dari nilai demokrasi yang dipegang oleh Amerika.

Untuk lebih bagus dari demokrasi barat sebenarnya kita boleh capai dengan pendidikan dan juga ekonomi. Tapi kita lupa semua itu.

Penat dan tenat.

Jul 2, 2011

Sebuah Balada Jantan Kalah

Bila kita memerlukan sesorang untuk bercakap, mana semua orang pergi hah?.

Mana semua orang?.

Bukan tak ada orang, tapi kau kena ingat, masa orang perlukan kau mana kau pergi?.

Ya tak ya juga kan?.

Semua perkara akan datang balik kepada kita. Bila kita ludah ke langit ia jatuh ke atas muka sendiri. Tapi seperti biasa, aku masih percaya, hidup dan mati hanya seorang diri tak ada yang lebih dari itu.

Aku tanya,

Kalau tak ada orang nak bercakap dengan kau, habis kau nak cakap dengan siapa?. Siapa yang kau nak ceritakan semua perkara?. Siapa kau nak mengadu tentang hidup yang haru biru tentang bahagia senang indah?.

Tuhan ada.