Oct 16, 2013

Absolut Youth

Kehidupan adalah komedi bertemu dengan tragedi. Ia bermula dengan komedi dan berakhir dengan tragedi atau vice versa.

Drama.

Drama kehidupan ni macam mana kita tengok kat tivi, macam tu juga lah life kita. Cuma dalam tivi jenis kehidupan yang telah diedit, part-part yang mendatar dibuang untuk rasa lagi dramatik. Jadi jangan takut untuk menangis dan ketawa dengan drama kehidupan kita. Jangan rasa takut untuk pergi mengembara, ambil risiko dan campak diri keluar dari zon selamat.

Go fucking explore this fucking world my friends!.

Kerana satu hari apa yang kita explore ini akan mengajar kita something, sama ada directly or indirectly kita akan dapat sesuatu. Ada yang pahit, ada yang manis, tawar, masin, masam, kelat atau segala macam. Ia akan bergerak mengikut fasa-fasa kehidupan.

Contoh yang paling mudah, bila kita umur tujuh tahun, benda paling best adalah layan kartun. Masuk umur belasan tahun kita mula minat dengan muzik, taksub dengan idola kita. Bila masuk dua puluh tahun kita mula memberontak dengan kerajaan. Umur dua puluh adalah something tentang kemarahan dan penuh kebencian. Kita emosional dengan semua benda. Jumpa kerusi kita mahu gigit kerusi, jumpa pintu kita pun teranjang pintu. Dua puluh tahun adalah satu angka yang penuh dengan anger. Kerana fasa adolescence macam stage between infancy and adultery. Masa paling lost dalam sejarah individu, kita tak tahu nak jadi apa tapi mahu jadi semuanya. Dalam erti kata lain, fasa paling bergelora penuh rasa dramatik yang dicipta sendiri.

Jangan kerisauan sobat. Fasa ni (awal dua puluh tahun) kita semua macam tu.

Sebenarnya apa yang aku nak cakapnya, ia juga terjadi pada aku. Well my dear friends, satu masa dulu hidup aku penuh dengan rasa curiga, rasa takut, insecure dengan semua benda. Aku jadi marah, angry young man yang mahu mengoncang dunia. Padahal apa yang aku mahu goncang pun aku tak tahu. Tak ada sebab munasabab. Menjadi seorang lelaki muda selalunya bertindak tanpa ada sebab. Kerana itulah rata-rata diantara kita yang muda ini letak "about" di facebook atau twitter - a dreamer/si pemimpi.

Fuck you dreamer!

Kalau apa yang kau mimpikan pun kau tak tahu.

Ya satu stage dalam life aku, yakni umur awal dua puluh tahun aku gelarkan aku sendiri dreamer. Dan fuck me!. Basically semua orang masa umur ini adalah poser. Rasa pandai, rasa macam seorang revolusioner, padahal aku tak buat apa-apa pun. Bukan aku je, kau pun sama. Kita semua adalah poser.

Nanti satu hari, bila sampai masanya kita semua secara gradually mula terlerai semua kemarahan itu. Pada waktu kita mahu mencari identiti, roh kita akan keluar merayau-rayau. Pergi ke kelab malam bersosial minum arak hisap dadah berkongkek jantan betina balik lewat pagi. Kita rasa kita adalah revolusioner dan inilah hidupnya. Dan fuckus!. Itu semua adalah roh yang sesat.

Lalu bila kita selesai, kita akan pergi menghilang ke satu fasa yang lain.

Radang marah mula lenyap. Kita hanya mahu duduk bersama dengan mak ayah kita di rumah. Luang masa bersama mereka. Baca buku di katil. Habiskan masa dipejabat dan office mate yang berperangai macam abah-abah. Petang-petang makan goreng pisang, jam dua belas sudah tidur, masa hari minggu hanya ngeteh di kedai mamak.

Masa tu kita akan fikir, hidup ni simple je. Jangan marah, rilek, senyum dan terus berbahagia. Jika kau mati pun dunia masih lagi berpusing, tiada siapa pun yang ambil kisah pada perang yang kau cuba cetus sobat.

Kerana aku percaya seperti mana kata Rumi, "Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself."

Nah lagu untuk pagi ini.



Sep 25, 2013

Hello

Somehow aku nak tulis pun payah, macam tak boleh nak cakap (mulut kau kena kunci). Writerfuckingblock!.

For those kawan-kawan yang masih suruh aku menulis, terima kasih atas semangat yang diberi. Tahu kan aku dah lama tak menulis?. Bapak payah sebenarnya nak menulis ni.

Oh ya siapa-siapa yang pernah baca blog semusim di neraka dulu?. Penulisnya dah buat buku, sila pergi beli.


May 28, 2013

What The Fucking Life

Life is about fucking up and fucking down!.

Fucking seriously geng.

Caranya untuk hidup adalah raikan semasa kita di atas dan terus berani apabila di bawah.

Aku dah lalui macam-macam tahap kehidupan. Satu masa aku jadi macam najis, satu masa aku jadi macam emas - walaupun warnanya tidak lah berkilau mana, walaupun najisnya pun tidak lah busuk mana. Tapi aku dah rasa semua itu.

Terima kasih Tuhan terus berikan aku satu kehidupan.

Untuk pengetahuan yang follow blog ni dari tahun 2008 dan ni dah tahun 2013. Fucking shit man!.

Holy bloody fucking shit.

Lama juga blog ini beroperasi, dari masa aku suka menulis semua benda kat blog ni. Macam satu tempat untuk aku berleter, tempat untuk aku berak, tempat aku untuk buang kebencian. Ia terus setia di sini biarpun aku tak punya lagi masa untuk catat sesuatu.

2008 ke 2013 kalau aku ceritakan semua terlalu panjang. My bloody life, my bloody love, my bloody history biarlah disimpan.

Aku just nak beritahu, 2011 aku berhijrah kerja di Singapura dan bulan April lalu aku sudah pulang semula ke Kuala Lumpur, kota kejam-indah-sakit-gila-bahagia-kaya-miskin bagai satu hubungan cinta-benci bersamamu

Kepulangan aku kali ini membawa satu harapan.

Bloody fucking hope untuk diri sendiri.

Kita tunggu dan tengok dulu. Lets kick some arse!.

Terus bikin cinta, art dan peace.



May 5, 2013

Pilihan Raya Dan Kesatuan Rempit Nasional


Anekdot sosok seorang rempit pilihan raya.

1. Hari ni sampai esok malam, mat rempit akan diraikan sebagai hero - pemuda harapan bangsa. Jangan ada lagi rasa rendah diri bergelar rempit untuk tempoh ini. Berbahagia lah wahai rempit-rempit semua.

2. Mak bapak tersenyum bangga kalau jiran cakap tersempak dengan anak depa yang ke hulu ke hilir. Dengan syarat, bendera parti disangkut kat motor kenalah betul dengan parti depa. Silap hari kalau silap bendera parti boleh kena jual motor.

3. Rata-rata tak cukup umur untuk mengundi. Kalau yang cukup umur pun depa tak register. Mungkin mereka menentang untuk mengundi kerana tidak ada manifesto dari mana-mana parti untuk menurunkan harta motorsikal. Malah, konvoi di jalanan sebenarnya adalah simbolik kepada penentangan mereka terhadap undi pangkah pada kertas kemudian masuk ke dalam kotak. Proses pengundian patut dibuat dengan motorsikal dan bendera parti kemudian SPR pandai-pandailah kira.

4. Dapat baju t shirt percuma, duit minyak, rokok, makan minum, kalau yang bernasib baik dapat bonus duit 30 ringgit. Yang jenis pakai duit sendiri tu memang kental gila.

5. Boleh kata semua rempit bawa bendera politik adalah Melayu. Mana rempit cina, india, kadazan, iban dan lain-lain?. Mungkin boleh cakap Melayu dah conquered peluang kerja dalam industri rempit. Patutnya hak rempit lain-lain kaum diperjuangkan. Rempit untuk semua kaum!.

6. Rempit yang tak ada motor akan pinjam motor bapak. Kalau bapak pakai motor pergi balai raya, motor kakak pun boleh dikira.

7. Secara puratanya mengunakan motor kapcai. Rempit superbike risau motor depa calar kalau ikat bendera kat tepi. Lagi pun rempit superbike tak berapa disarankan untuk tujuan politik kerana kos yang mahal. Bagi 100 ringgit pun belum tentu depa ni nak terima.

8. Sekarang ini lah masa yang paling best untuk merempit, polis tak buat road block, siap dapat escort polis lagi beb.

9. Minah rempit tak boleh join. Kalau nak join jugak kena pegang bendera kat belakang. Kelakar dol minah rempit pegang bendera. Patutnya minah rempit hanya duduk lentikkan bontot sahaja.

10. Malam ni boleh balik rumah lambat, tak payah lagi masuk ikut tingkap rumah (untuk yang jenis ada curfew)

11. Sebelum ini ada geng rempit yang rival antara satu sama lain akan bersatu dibawah satu bendera parti politik sama. Mereka tidak lagi geng mana yang ada motor laju atau berebut minah rempit tetek besar.

12. Mereka tak akan lari bila nampak polis. Kali ni siap boleh bagi hon manja-manja lagi.

13. Bagi geng rempit yang bawa bendera parti pemenang akan meneruskan perjuangan mereka tanpa diganggu selama dua tiga hari lagi. Tapi pada masa itu perbelanjaan mereka tidak lagi ditangguh. Inilah sepatutnya rempit dibenarkan untuk mempunyai kesatuan sendiri supaya bakat mereka itu tidak salahgunakan oleh orang politik.

14. Akhirnya, selepas sebulan, kehidupan sosok seorang rempit akan berubah kembali. Mereka akan dibenteras semula oleh polis, metro akan tulis cerita teruk-teruk, mak bapak mula membebel semula, masyarakat akan kembali memandang seorang terhadap mereka, ahli politik yang dulunya berbaik-baik terus keluarkan statement untuk menidakkan hak mereka untuk mengunakan jalan raya dengan sebebasnya. Akhirnya nasib seorang rempit terus dianiyai dan ditindas seperti biasa. Mereka ini akan diangkat sekali dalam masa lima tahun.

Itulah nasib untuk seorang sosok yang bergelar mat rempit. Mereka berjuang bersama-sama ahli politik, sanggup berpanas hujan, ada yang jatuh luka calar balar, atau engin motor mula rosak-rosak. Tapi tidak mendapat hak untuk berdiri sama tinggi dengan mat-mat kereta atau setidaknya dipandang setaraf dengan mat superbike pun sudah cukup baik.

Maka jadilah seorang rempit yang bijak. Pilihlah bendera parti yang betul untuk dikibarkan pada motor anda. Carilah parti yang akan memperjuangkan hak seorang rempit bukan dengan hanya bayaran 30 ringgit. Ini penting untuk melahirkan generasi rempit akan datang yang berdaya saing tinggi. Namun anda rempit yang tidak ada otak, maka jadi lah rempit yang cerdik dengan petang bawa bendera BN, malam bawa bendera PR. Makanlah duit kiri dan kanan masa orang nak hargai anda ketika ini.

Rempit for all!

Sep 13, 2012

Empat

Aku tak tahu kemana dia pergi, ada aku cuba telefon dia tapi sentiasa masuk ke peti suara.

Sekarang masalah jadi komplikated. Sebab orang yang terakhir keluar dengan dia adalah aku, kalau jadi apa-apa kat dia mesti terus berkait dengan aku. Kalau dia kena rogol?, bunuh?, rompak?, culik?. Mesti aku akan jadi suspek utama polis, silap- silap aku yang masuk jail nanti. Semua ni terus bermain dalam kepala otak aku hari-hari. Aku tak tahu macam mana nak cari perempuan tu.

Aku hanya tahu nombor telefon dia sahaja.

Aku tak kenal rumah dia.

Aku tak kenal siapa kawan dia.

Aku tak ada email dia.

Akhirnya semua ni menyebabkan masalah.

Aku lost contact dengan dia.

Aku ada juga nak report polis, tapi aku nak cakap kat polis benda basic pasal dia memang tak tahu apa. Mesti polis ingat aku ni gila.

Kadang kala aku ada cuba pergi book store yang kali pertama kami jumpa, tak ada pun. Ada juga aku pergi tempat kami makan, tak ada juga.

Benda yang lagi payah, sebenarnya aku tak tahu pun nama dia. Tu yang buat aku berminat dengan perempuan ni. Dia pelik. Banyak kali juga kami keluar makan malam bersama, tapi aku just panggil dia awak. Katanya dia nak keep relationship tu macam strangers. Aku tak tau nama dia, dan dia tak tahu nama aku.

Dia memang pelik.

Aug 22, 2012

Nota Kaki

Sebenarnya aku dalam projek tuliskan buku. Dah lama aku tak menulis, sebab tu aku ada publish sedikit-sedikit dekat sini apa yang aku tulis.

Untuk pengetahuan umum, apa yang aku tulis disini adalah diceduk randomly dari chapter yang sudah siap ditaip.

Buku ni mungkin kisah seorang jantan dan seorang betina - mungkin.

Aku pun tak tahu apa yang sedang berlaku, masih lagi rangka yang bergerak secara rawak. Harap ia menjadi sebab untuk kita terus raikan cinta di dunia ini kawan.

Tiga

Aku keluar dari sebuah bilik - tak berlampu, gelap gelita dan sunyi sepi - pergi mencari sedikit kehidupan, seperti kelip-kelip yang mula terbang bila sinar matahari mula pudar.

Aku lihat manusia di kota ini, kota Kuala Lumpur ini sekali sekala buat kita gembira. Aku suka manusia seperti aku suka ikan sardin. Bila muak aku akan menyampah dan buang ke dalam tong sampah. Bagi aku, Kuala Lumpur adalah kota yang ringkas, kau pilih apa yang kau mahu, jangan beri peluang pada Kuala Lumpur untuk menentukan nasib mu.

***

Menyusur lalu perlahan-lahan ke satu pusat kegiatan kapitalisme yang terkenal di Lembah Klang. Aku menuruti langkah sehingga ke tingkat paling atas, ada sebuah pawagam di tingkat itu. Kelihat ramai anak muda mudi kota ini, nampak pusat kapitalisme ini sangat terkenal dikalangan mereka. Boleh kata juga semuanya anak muda, jarang sekali orang lanjut umur. Biasalah, pawagam dan orang muda memang tak boleh dipisahkan. Orang tua hanya akan ke pasar sahaja. Jika begitu aku juga anak muda, masakan aku sampai ke situ kalau aku sudah tua bangka.

Mereka datang bersama pasangan masing-masing, jantan dan betina, perempuan dan lelaki. Ada juga sekelompok yang datang secara berkawanan.

Cuma aku seorang sahaja yang terasing seorang diri… Barangkali aku dilihat oleh mereka seperti alien. Ah!! Macam aku seorang yang kesunyian melayan realiti ini. Orang lain semua macam tak sunyi ke bahlol?.

Tak apa... Kadang kala aku suka dengan sunyi, cuma jangan lah selalu sunyi, boleh lemas perasaan ni lama-lama.

Melangkah kaki ke sudut satu penjuru, aku melihat poster-poster filem yang ditayangkan di pawagam itu. Kemudian aku menumpukan anak mata pada poster filem "Datin Ghairah", mungkin tertarik pada tetek Maria Farida. Sambil otak kananku masih tertumpu pada tetek Maria Farida sebagai "Datin Ghairah", otak kiri bekerja fikirkan bagaimana pada tahun 2012 ni pun masih laku juga filem begini. Aku teliti poster itu sedalamnya, cuba gali seninya dan otak kananku hanya kata "oh tetek Maria Farida". Secara harfiah, lama juga aku menatap poster itu. Kasihan sungguh!. Sunyi sehingga aku lost dalam poster yang hodoh itu, tak ada nilai seni, font haram jadah, compositing tak payah cerita lah, memang bangsat punya designer buat kerja.

Masih berdiri disebelah frame poster filem itu, aku memerhati dua tiga pasangan kekasih melintas, mereka semua tergesa-gesa untuk masuk ke pawagam – filem akan diputar bila-bila masa.

Kemudian kejadian yang aku cuba sedaya upaya elak selama ini akan berlaku hari itu. Kata yang paling pendek untuk aku ungkapkan, ‘shit happen’.

Fuck!.

Fuck the fucking shit!.

Aku mahu mencarut sekuat hati saat itu. Sekuat hati dalam dada aku, bergegar habis organ dalaman ni.

Kau tahu kawan?.

That fucking bitch!.

Perempuan paling jalang satu semesata alam itu bersama dengan seorang lelaki. Seorang lelaki yang sangat metroseksual rupa parasnya dan pakaian juga nampak berkualiti seperti orang kaya tapi tak ada taste fesyen - orang kaya yang tak pernah miskin selalunya hanyalah seekor udang.

Ah!... Pendek kata kawan masa tu, fucked up kawan!. Fucked up!.

Celaka!.

Tak best langsung bila orang just nak buat kita sebagai back up plan. Kawan, menjadi pilihan kedua adalah kegagalan yang paling besar, kawan.

Oh ya, kalau mahu tahu, wajah lelaki itu iras-iras Anuar Zain!.

Dan perempuan itu adalah orang yang paling beruntung, keluar dengan lelaki setampan Anuar Zain dan bertambah beruntung kalau dapat main dengan lelaki itu. Anuar Zain sial!. Siapa-siapa pun akan rasa tergugat kalau tengok Anuar Zain bogel depan mata. Jangan cakap perempuan muda, makcik-makcik pun boleh merembes.

Sedang aku sedang berperang dengan perasaan ketika ini - perasaan dengki, mara dan palat, dia (perempuan itu) kemudian menoleh ke arah aku. Mata paling jalang satu semesta itu tepat ke arah aku yang sedang kedunguan berkedekatan dengan poster "Datin Ghairah". Ah, satu intepretasi yang sangat buruk tentang aku.

"Datin Ghairah" dan aku?.

Damn!

Aug 16, 2012

Dua

Semua ini adalah seperti satu harapan. Sama ada harapan palsu yang mati atau mungkin ia adalah satu sinar.
Aku beranikan diri. Aku kata pada diri aku, yang hatinya akan aku takluki.
Kemudian selepas perjumpaan pada malam itu, aku memberi pesanan ringkas padanya.
"Terima kasih"
Aku cuba seringkas yang mungkin. Ringkas baru nampak lagi jantan. Lagi pun aku cuba memasang pancing, bagi sedikit dahulu, nanti umpan sudah melekat aku tarik perlahan-lahan kemudian sentap kuat.
Suka bila aku bayangkan tiap kali merancang sesuatu. Strategi itu penting.
Satu jam.
Dua jam.
Tapi tiada apa-apa tindak balas darinya. Oh ya, sudah jam empat pagi. Mungkin esok sahaja dia balas.
***
Esok pagi, aku bangun sahaja dari katil, perkara pertama adalah periksa telefon bimbit. Tak ada apa-apa.
Mungkin tengah hari sedikit.
Bila tengah hari, tak ada juga.
Mungkin malam?. Biasanya malam balik kerja baru ada masa. Aku masih cuba untuk positif.
Malam pun masih tidak ada respon darinya.
Lusa pun tak ada juga.
Begitu pada hari seterusnya.

Dia (perempuan) yang pada malam itu kita berkongsi segelas air, telah hilang. Dia yang malam itu kononnya sangat mesra dengan aku, lesap. Dia yang malam itu kelihatan malu-malu, pergi. Dia yang malam itu bermain dengan kepulan asap rokok ku, tak menjelma lagi.
Dia. Perempuan itu.
Aku rasa dia adalah vampire.
Ataupun bitch!.

Fucking real bitch!.

Aug 15, 2012

Satu

Jam 2 pagi, biasanya aku sudah melelapkan mata. Tapi semalam tidak. Kami leka berbual-bual walaupun tidak satu pun mempunyai pesimis-pesimis intelektual. Bukan dia tidak pandai, tapi dia masih tidak faham tentang berapa ramai manusia yang bunuh diri akibat kemelesatan ekonomi, berapa juta yang terbunuh semasa Perang Dunia I dan II itu belum masuk diceritakan kisah Perang Dingin yang berlaku hampir 50 tahun bagi merebut idealogi mana yang menjadi utopia.

Sebaliknya kami hanya bercerita tentang benda yang bodoh-bodoh. Apa dia buat hari-hari dan apa aku buat masa di dalam kereta misalnya. Kemudian ada lagu Death Cab For Cutie di dalam telefon tangannya. Aku kira dia punya taste di samping baju yang sangat cool.

Cuma dengan dia, aku tidak boleh merokok dengan lebat. Dia kata dia tak suka. Apa aku peduli kalau dia tak suka pun. Jadi aku merokok juga tapi hanya sebatang

*nyalakan rokok

Sambil aku lihat mata dan senyuman yang paling comel pernah dilihat, dia minta telefon. Riak wajah memang nampak prejudis. Tapi tak risau, sudah lama aku tidak sms berunsur romantis kecuali beberapa sms dari bekas kekasih lama untuk beberapa bulan yang lalu.

*sedut rokok

Dia minum air kopi ais yang kami kongsi bersama. Jam sudah 3 pagi, tapi walaupun air itu dikongsi ia tetap juga lambat habis. Masing-masing sebenarnya tidak mahu air itu cepat habis, jika tidak, ia boleh dijadikan alasan untuk mengakhiri pertemuan.

*sedut rokok sambil melakukan aksi kepulan asap bulat

Dia giggles bila nampak kepulan asap bulat. Sambil dia pecahkan asap itu dia kata, “wah bestnya”.

Aku pun kata;

“saya boleh buat asap bentuk heart, nak tengok?”

Dia pun sedikit malu-malu tunduk.

Bila rokok sudah habis masa untuk kami pun berakhir disitu juga. Akhirnya dia hanya lambai dengan ucapan “take care”.