Aug 16, 2012

Dua

Semua ini adalah seperti satu harapan. Sama ada harapan palsu yang mati atau mungkin ia adalah satu sinar.
Aku beranikan diri. Aku kata pada diri aku, yang hatinya akan aku takluki.
Kemudian selepas perjumpaan pada malam itu, aku memberi pesanan ringkas padanya.
"Terima kasih"
Aku cuba seringkas yang mungkin. Ringkas baru nampak lagi jantan. Lagi pun aku cuba memasang pancing, bagi sedikit dahulu, nanti umpan sudah melekat aku tarik perlahan-lahan kemudian sentap kuat.
Suka bila aku bayangkan tiap kali merancang sesuatu. Strategi itu penting.
Satu jam.
Dua jam.
Tapi tiada apa-apa tindak balas darinya. Oh ya, sudah jam empat pagi. Mungkin esok sahaja dia balas.
***
Esok pagi, aku bangun sahaja dari katil, perkara pertama adalah periksa telefon bimbit. Tak ada apa-apa.
Mungkin tengah hari sedikit.
Bila tengah hari, tak ada juga.
Mungkin malam?. Biasanya malam balik kerja baru ada masa. Aku masih cuba untuk positif.
Malam pun masih tidak ada respon darinya.
Lusa pun tak ada juga.
Begitu pada hari seterusnya.

Dia (perempuan) yang pada malam itu kita berkongsi segelas air, telah hilang. Dia yang malam itu kononnya sangat mesra dengan aku, lesap. Dia yang malam itu kelihatan malu-malu, pergi. Dia yang malam itu bermain dengan kepulan asap rokok ku, tak menjelma lagi.
Dia. Perempuan itu.
Aku rasa dia adalah vampire.
Ataupun bitch!.

Fucking real bitch!.

4 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

x baik mencarut bulan ramadhan.

sabar lah..ada hikmahnya.

Izzah Jannah said...

itu bitch. btw lelaki juga ada. aku pernah rasa.

kekatu said...

huahua . .
momok la tuh . mungkin air yg ko minum pun belum tentu air betul . . haha

Sizzling Suzai said...

takde jodoh la tu yang oi tunggu saja yg lain..hahahha oh ohh your words r harsh but hmmm...nukilan yg bagus. suke. ;)